PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH
Pendidikan adalah cara bagaimana kita untuk mendidik jiwa,dengan pendidikanlah umat manusia dapat melangsungkan kehidupan sejagat dengan harmoni dan jitu,so disini kita dapat melihat betapa pentingnya bidang pendidikan, dengan sebab itulah penulis membuat satu lagi kategori dalam penulisannya didalam blog ini,sesungguhnya tanpa kita sedari semenjak dari kecil lagi kita telah mengalami proses pendidikan tanpa kita sedari sehinggalah kehari ini, tanpa berlingah lagi, mari kita telusuri permulaan perjalanan pendidikan Islam di zaman Rasulullah saw:
1. PENDAHULUAN
Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Pendidikan bermula ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu pertama. Menunjukkan wajibnya umat islam menuntut ilmu. Terdapat 1404 atau 25 peratus ayat al-Quran tentang pendidikan.
2. PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW
2.1 sejarah.
2.2 Peringkat makiyyah.
2.3 Peringkat madinah.
2.3.1 Struktur pendidikan
2.3.2 Implikasi pendidikan islam peringkat madinah.
2.1 SEJARAH.
Muhammad Rasulullah dipandang sukses dalam mendidik masyarakatnya menjadi masyarakat yang berbudi tinggi dan akhlak mulia. Pada mulanya masyarakat Arab adalah masyarakat jahiliyah, sehingga perkataan primitif tidak cukup untuk menggambarkannya, hingga datang Rasulullah yang membawa mereka untuk meninggalkan kejahiliahan tersebut dan mencapai suatu bangsa yang berbudaya dan berkepribadian yang tinggi, bermoral serta memberi pengetahuan. Al-Qur’an memberi petunjuk atau arah, jalan yang lurus mencapai kebahagiaan bagi manusia, sebagaimana firman Allah :
Terjemahannya:
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.
Pendidikan pada zaman Rasulullah saw memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran yang mengubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikn tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan islam berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliyyah arab yang berasaskan pemikiran lojik dan matlamat keduniaan semata-mata. Perkembangan pendidikan islam zaman Rasulullah memperlihatkan dua peringkat iaitu peringkat makiyyah dan peringkat madaniyah.
2.2 PERINGKAT MAKIYYAH
2.2.1 Tahap rahsia.
Tahap rahsia berlaku pada peringkat awal Rasulullah SAW mengajar Al-Quran kepada kaum keluarganya. Hasil daripada usahanya ini, khadijah bt khuwailid, Ali b Abi Talib dan Zaid b Harithah telah memeluk agama islam. Seterusnya ramai kerabat Rasulullah dan para sahabat Rasulullah memeluk islam. Pertambahan penganut islam telah mewujudkan satu bentuk pendidikan yang mula tesusun.
Pada zaman permulaan islam, pelajaran agama disampaikan di rumah-rumah. Rasulullah SAW menjadikan rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam sebagai tempat belajar dan tempat pertemuan baginda dengan para sahabat dan pengikutnya. Di rumah tersebut baginda menyampaikan dasar-dasar agama dan pengajian Al-Quran. Selain rumah Al-Arqam, baginda menyampaikan pelajaran agama di rumahnya sendiri di Makkah, sebagai tempat kaum muslimin berkumpul mempelajari akidah dan syariat islam. Rumah al-arqam dianggap sebagai pusat pendidikan islam yang pertama dalam sejarah pendidikan islam. Nabi Muhammad s.a.w berhijrah pada tahun 622M. Setelah berhijrah ,Masjid Quba’ dan Nabawi didirikan dan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan. Masjid menjadi sekolah pertama didalam sejarah pendidikan islam.
2.2.2 Tahap terbuka.
Pendidikan islam dalam tahap terbuka bermula apabila Rasulullah SAW menerima perintah seperti yang tercatat dalam Firman Allah SWT:
Terjemahannya:
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
Ayat ini memerintahkan Rasulullah SAW menyebarkan islam secara terang-terangan dan meninggalkan tahap rahsia. Dengan perintah tersebut, pendidikan islam dilakukan secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pendidikan islam bukan hanya tertumpu di rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam, tetapi meliputi ceruk rantau kota Makkah, lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan di sekitar Kaabah.
Oleh sebab kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan akidah tauhid, maka isi pelajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih mebumpu kepada menolak kepada adat istiadat, kepercayaan, dan cara beribadat kaum jahiliyyah yang mensyirikkan Allah SWT.
Institusi pendidikan Rasulullah menjadi perhatian umum bukan sahaja di kalangan masyarakat arab tetapi luar Makkah iaitu golongan yang ingin menunaikan haji. Pangaruh Rasulullah pada tersebut telah menggugat institusi pendidikan arab jahiliyyah yang berteraskan syirik. Akibatnya, Rasulullah dan kaum kerabatnya telah diusir dari Kota Makkah dan dipulaukan. Seterusnya perkembangan pendidikan Rasulullah terbantut selama 3 tahun.
2.3 PERINGKAT MADINAH
Penghijrahan Rasulullah ke Madinah pada tahun 622 masehi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyebaran dan kestabilan agama islam. Bagi tujuan tersebut masjid mula didirikan di Madinah seperti masjid Quba dan Masjid Nabawi. Fungsi masjid menurut istilah islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang yang berhubung dengan ibadat dan pendidikan. Rasulullah SAW menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi di masjid menjadikannya lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar daripada di rumah kerana di masjid, seseorang itu tidak perlu meminta kebenaran untuk memasukinya jika dibandingkan dengan rumah.
Setelah berhijrah ke Madinah struktur pengajian masih lagi berbentuk tidak formal. Amalan baginda yang berkesan didalam bidang pendidikan ialah mukmin yang tahu membaca dan menulis mengajar orang tidak mengetahuinya. Hanya pendakwah yang pandai membaca dan menulis sahaja dihantar ke daerah yang baru memeluk islam. Contohnya, setelah Rasulullah menawan kembali kota Makkah, baginda menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman. Khalifah umar menhantar ‘abdullah bin mas’ud ke Kufah dan abu musa assya’ari ke Basrah.
Pendidikan pertama Rasulullah di madinah adalah memperkuatkan umat dan mengikis sisa-sisa permusuhan. Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariat tanpa melupakan soal-soal lain. Semasa di Madinah hal berkaitan ibadat ditingkatkan. Solat jumaat mula diwajibkan. Solat sunat hari raya aidilfitri dan aidil adha didirikan. Diberi peringatan supaya menjaga waktu solat fardu. Pendidikan berpuasa bermula pada tahun 2 hijrah. Begitu juga ibadat Haji pada 6 hijrah. Orang yang tahu menulis dan membaca disuruh menulis wahyu. Orang pandai diminta mengajar orang tidak tahu.cth; tawanan perang badar. Umat islam digalakkan belajar bahasa asing. Pendidikan wanita tidak juga diabaikan.pendidikan yang disampaikan bukan sahaja tentang agama malahan keduniaan.
Bentuk pendidikan yang disampaikan ialah melalui usrah dan halaqah yang berlangsung sehingga selepas Perang Badar. Kepesatan perkembangan islam pada masa itu menyebabkan lebih banyak sekolah didirikan. Dikatakan terdapat Sembilan buah sekolah yang telah dibina pada zaman Rasulullah. Antara yang terpenting ialah Sekolah Kaabah.
Setelah berlangsung Perang Badar pada 6 hijrah, masyarakat di Semenanjung Tanah Arab memberi perhatian besar kepada pendidikan islam. Lebih ramai umat arab sama ada yang ada di bandar atau Arab Badwi datang ke Madinah untuk berniaga dan mengenali agama islam. Sebahagian besar pendatang baru ini memeluk islam dan berhajat menerima pendidikan islam terus daripada Rasulullah SAW.
2.3.1 struktur pendidikan.Semasa zaman Rasulullah struktur pendidikannya telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk seperti:-
a) pendidikan umum
b) pendidikan khusus
c) pendidikan institusi(peringkat awal dan peringkat kedua)
a) pendidikan umum – dijalankan oleh Rasulullah dan para sahabatnya yang terpilih antaranya Abu Bakar as-Siddiq dan Ali b Abi Talib. Perlaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas solat fardhu atau selepas solat jumaat. Selain itu , kurikulum pendidikan pada masa tersebut ialah bidang akidah, syariat, muamalat dan lain-lain seperti menunggang kuda, berenang,bergusti dsb. Rasulullah juga melaksanakan qiamullail sehingga kaki baginda bengkak. Perkembangan pendidikan umum pada zaman tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Contohnya Raja Yaman mahukan tenaga pengajar dihantar ke Yaman dan Rasulullah telah menghantar Muaz b Jabal sebagai guru agama.
b) Pendidikan khusus – pengajaran yang tertentu yang diberikan oleh baginda kepada orang yang tertentu tanpa mengira masa dan tempat seperti berbentuk teguran atau tunjuk ajar secara langsung.
c) Terdapat dua struktur iaitu peringkat awal(menulis dan membaca). Pada peringkat ini ia lebih menumpukan kepada kanak-kanak. Antara tenaga pengajar pada zaman tersebut ialah Saad b Al-As dan juga kalangan ahli orang tawanan perang Badar bagi menebus diri mereka dengan wang. Manakala peringkat kedua ialah pendidikan keatas ahli suffah. Yang mana kebanyakan daripada mereka datang dari tempat yang jauh dan tiada tempat tinggal kecuali di serambi masjid. Selain belajar ahli suffah tersbut juga membantu Rasulullah dan para sahabat seperti mengangkat kayu api, barang-barang, air dan sebagainya dan mereka ini ditanggung oleh Baitul mal dan para sahabat Rasulullah SAW.
2.3.2 Implikasi pendidikan peringkat madinah.Pendidikan pada peringkat madinah merupakan titik tolak kepada kesinambungan pendidikan di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin. Pengajian Al-Quran adalah pendidikan yang terpenting dalam cirri-ciri penting yang terdapat dalam kandungan pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat ini juga gelah melahirkan para penghufaz Al-Quran yang tidak berdalahan dengan bacaan Rasulullah antaranya Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali B Abi Talib, Talhah Dan Abi Ubaidah dan ramai lagi. Manakala penghufaz wanita ialah Aisyah Bt Abu Bakar, Hafzah Bt Umar, Maslamah Dan Fatimah Bt Muhammad SAW
KESIMPULAN
Pendidikan di zaman Rasulullah adalah pendidikan yang paling cemerlang. Dalam banyak perkara Rasulullah menggunakan Al-Quran sebagai sumber pendidikan yang utama dan hadis sebagai sumber pendidikan kedua. Selain itu, Rasulullah telah memenfaatkan banyak perkara antaranya menggunakan khidmat tenaga pengajar dikalangan tawanan perang Badar. Ini menunjukkan Rasullullah dalah contoh teladan yang dikagumi sepanjang zaman tidak kira oleh pangkat, bangsa dan agama.
PENUTUP
Sistem pendidikan dizaman Rasulullah adalah yang paling sempurna. System pendidikannya menjadi model dan ikutan sepanjang zaman. Hal ini kerana system tersebut masih diguna pakai sehingga ke hari ini dan bukti menunjukkan tiada siapa yang dapat menandingi cara kepimpinan dan pengajaran Rasulullah. Pendidikan tersebut yang bersumberkan wahyu (al-Quran) dan Hadis dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi dunia akhirat. Baginda Rasulullah adalah pendidik terulung sepanjang zaman. Ianya terbukti dengan lahirnya insan –insan hebat pada zaman baginda.
BIBLIOGRAFI
1. Ahmad Mohd Salleh. Pengajian Agama Islam & j-QAF. OXFORD FAJAR.
2. Prof. Dr. Hasan Langgulung. 1991. Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke 21.cet. 1. Shah Alam. HIZBI Sdn. Bhd.
3. http://pedagogi-islam.blogspot.com/search/label/Falsafah%20Pendidikan%20Islam
4. forum.dudung.net/index.php?topic=5368.0
Kebangkitan agama tuhan (Asalama). Al Quran membawa kembali manusia ke agama nabi ibrahim dan bukan mewujudkan agama baru iaitu islam. http://1asalama.blogspot.com
Islam itu indah