Marley And Me

Marley And Me Marley And Me

Crank:High Voltage

Crank:High Voltage Crank:High Voltage

WATCHMEN - The Movie

WATCHMEN - The Movie WATCHMEN - The Movie

Bedtime Stories

Bedtime Stories Bedtime Stories
Latest News

Sunan Tirmidzhi.سنن الترمذي

Posted by luqman al-jawa on Saturday, January 22, 2011 , under | comments (0)



Photobucket
1.LATAR BELAKANG KITAB

Judul kitab: al-Jamic al-Shahih wahua Sunan al-Tirmidhi
Pengarang: Imam Abu cIsa Muhammad bin cIsa bin Sawrah.
Penerbit: Darul Hadis, Qaherah.
Ditahqiq dan syarah oleh: Ahmad Muhammad Syãkir.
Bilangan jilid: 6 jilid termasuk 1 jilid fihras.
Tahun: 1999.
Cetakan: Pertama
Panjang: 24.5 cm.
Lebar: 18 cm.
Warna kulit: Hitam dan merah, manakala ukiran tulisan dan bingkai berwarna emas.


2. BIOGRAFI PENGARANG KITAB SUNAN TIRMIDHI

Nama penuh Imam al-Tirmidhi ialah Muhammad bin cIsa bin Sawrah bin Musa bin al-Dahhak, Abu cIsa al-Sulami al-Darir al-Bughi al-Tirmidhi. Perkataan al-Sulami dinisbahkan kepada Bani Sulaym iaitu satu kabilah Qays cAylan. Al-Bughi pula dinisbahkan kepada Bugh iaitu satu perkampungan di Turmuz. Abu cIsa dinisbahkan kepada kampung ini kerana beliau meninggal di kampung ini. Namun beliau lebih terkenal dengan nisbah Turmuz yang merupakan bandar tempat beliau dibesarkan di utara Parsi (Iran).

Terdapat perselisihan pandangan mengenai tarikh lahir Imam al-Tirmidhi. Syeikh Muhammad cAbid al-Sindi menyatakan tarikh lahir beliau adalah 209H. Manakala al-Shalah al-Shafadi menyatakan kelahirannya sekitar 200 tahun Hijrah. Beliau lahir ketika era pengajian hadis sampai ke Khurasan dan pusat Asia.
Beliau mula belajar hadis dalam tahun 235H ketika berumur lebih dua puluh tahun. Beliau merantau mempelajari hadith sehingga ke Khurasan, Iraq, Hijaz.
Di antara guru-guru Imam Tirmidhi ialah Imam Bũkhãrì (256H), Muhammad bin Bashãr Bundar (252H), Quthaibah bin Sacad al-Madini (240H), Ishaq bin Rahuyah (238H), Ismacil bin Musa al-Ghazari (246H), cAli bin Hajar (244H), Muslim bin al-Hajjaj (261H) Muhammad bin al-Muthanna Abu Musa (252H), Ziad bin Yahya al-Hassani (254H), cAbbas bin Abd al-cAzhim al-cAnbari (246H), Abu Sacid al-Ashaj cAbd Allah bin Sacid al-Kindi (257H), Abu Hafs cAmru bin cAli al-Fallas (249H), Yacqub bin Ibrahim al-Dawraqi (252H), Muhammad bin Macmar al-Qaysi al-Bahrani (256H) dan Nasr bin cAli al-Jahdhami (250H).


Di antara murid-murid Imam Tirmidhi yang terkenal ialah Abu Hamid Ahmad bin cAbdullah al-Marwazy , al-Haitham bi Kalib al-Shami, Muhammad bin Mahbub Abu al-cAbbas al-Mahbubi, Ahmad bin Yusuf al-Nasafi dan Muhammad bin Munzir bin Sacid al-Harawi, Abu al-Haris Asad bin Hamdawaih, Daud bin Nashr bin Suhail al-Bazdawi, cAbad bin Muhammad bin Mahmud al-Nasafi, Mahmud bin Numair, Muhammad bin Mahmud, Muhammad bin Makki bin Nuh, Abu Jacfar Muhammad bin Sufyan bin al-Nadr al-Nasafi, Muhammad bin al-Munzir bin Sacid al-Harawi.


Beliau telah mendapat banyak pengiktirafan daripada ulama antaranya ialah Abu Ismãil Abdullah bin Muhammad al-Azhari yang menyatakan: “Setelah Sunan al-Tirmidhi diperkatakan dihadapannya, menurut pendapatku kitab al-Tirmidhi lebih member manfaat (dipandang dari segi ulum al-hadith) daripada kitab al-Bukhari dan Muslim kerana kedua-duanya itu hanya dapat dinilai oleh orang yang benar-benar mahir dalam ilmu hadith, sedangkan Sunan al-Tirmidhi dapat dinilai oleh setiap pembaca , kerana Imam al-Tirmidhi menerangkan penilaian pada setiap hadith yang diriwayatkan. Manakala Abu Yacla al-Khalili berkata: “At-Tirmidzi seorang tsiqah yang disepakati para ulama”.


Beliau telah mengarang banyak kitab antaranya:
1. Kitab al-Jamic yang dikenali sebagai Sunan al-Tirmidhi. Dinamakan al-Jamic kerana ianya mengandungi lapan bahagian fiqh.
2. Al-Shama’il an-nabawiyyah wa al-khasa’il al-mustafawiyyah yang dikenali sebagai Shama’il al-Tirmidhi.
3. Kitab al-cIlal al-mufrad atau al-cIlal al-kabir.
4. Kitab al-zuhd (al-mufrad).
5. Al-Tarikh.
6. Asma’ al-sahabah.
7. Al-Asma’ wa al-kuna.
8. Kitab fi al-athar al-mawqufah.


Kitab beliau telah disyarah oleh ramai ulama di antaranya:
1. cĂridhah al-ahwazi fi syarh al-tirmidhi oleh al-Hafiz Abu Bakar Muhammad bin Abdullah al-Asybili.
2. Al-carf al-syazzi cala jamic al-Tirmidhi oleh Sirajuddin, Umar bin Roslan al-Balkini, al-Syafie.
3. Quwwat al-Mughtadhi cala jamic al-Tirmidhi oleh al-Suyuti.
4. Al-Tibb al-Syazzi fi syarh al-Tirmidhi oleh Asfaq al-Rahman Kandahlawi.
5. Tuhfatul al-Ahwazi li syarh jamic al-Tirmidhi oleh Abdul Rahman al-Mubarakfuri.
6. Miftah Kunuz al-Tirmidhi oleh Muhammad Fawaid Abd al-Baqi.



At-Tirmidzi telah meninggal dunia pada tahun 279 H.

3. PERIHAL KITAB

Bil. Perkara Jumlah
1. Keseluruhan kitab 47
2. Keseluruhan bab 2223
3. Keseluruhan hadith 3956
4. Hadith shahih 3133
5. Hadith dhaif 823


3.1. Isi Kandungan Kitab
معنه جملة الأحاديث جملة الأبواب الكتاب رقم
Bersuci 148 112 كتاب الطهارة 1
Sembahyang 339 240 كتاب الصلاة 2
Jumaat 129 82 كتاب الجمعة 3
Zakat 63 37 كتاب الزكاة 4
Puasa 127 83 كتاب الصوم 5
Haji 156 116 كتاب الحج 6
Jenazah 115 77 كتاب الجنائز 7
Nikah 66 43 كتاب النكاح 8
Penyusuan 29 19 كتاب الرضاع 9
Thalaq dan Lican 30 23 كتاب الطلاق واللعان 10
Jual-beli 117 77 كتاب البيوع 11
Hukum-hakam 64 42 كتاب الأحكام 12
Diat 37 23 كتاب الديات 13
Hudud 41 30 كتاب الحدود 14
Perburuan 29 18 كتاب الصيد 15
Qurban 31 24 كتاب الأضاحى 16
Nazar dan sumpah 24 19 كتاب النذور والأيمان 17
Perjalanan (musafir) 71 48 كتاب السير 18
Kelebihan berjihad 51 26 كتاب فضائل الجهاد 19
Jihad 50 39 كتاب الجهاد 20
Pakaian 68 45 كتاب اللباس 21
Makanan 73 48 كتاب الأطعمة 22
Minuman 36 21 كتاب الأشربة 23
Kebaktian dan hubungan silaturrahim 139 88 كتاب البر والصلة 24
Ubatan 54 35 كتاب الطب 25
Pusaka 26 23 كتاب الفرائض 26
Wasiat 9 8 كتاب الوصايا 27
Ketaatan dan pemberian 8 7 كتاب الولاء والهبة 28
Takdir 25 19 كتاب القدر 29
Fitnah 112 79 كتاب الفتن 30
Mimpi 25 10 كتاب الرؤيا 31
Saksi 9 4 كتاب الشهادات 32
Zuhud 111 64 كتاب الزهد 33
Sifat kiamat dan pengabdian dan ketaatan 107 60 كتاب صفة القيامة والرقائق والورع 34
Sifat syurga 51 27 كتاب صفة الجنة 35
Sifat neraka 33 13 كتاب صفة جهنم 36
Iman 39 18 كتاب الإيمان 37
Ilmu 43 19 كتاب العلم 38
Minta izin dan adab 48 34 كتاب الاستئذان والآداب 39
Adab 123 75 كتاب الأدب 40
Perumpamaan (amthal) 16 7 كتاب الأمثال 41
Fadhilat al-Quran 52 25 كتاب فضائل القرآن 42
Qira’at (bacaan al-Quran) 23 13 كتاب القراءات 43
Tafsir al-Quran 420 95 كتاب تفسير القرآن 44
Undangan 235 133 كتاب الدعوات 45
Kebaikan 352 75 كتاب المناقب 46
cIlal كتاب العلل 47
3956 2223



4. METODOLOGI PENGARANG

1. Imam al-Tirmidhi menamakan tajuk bab sebagai tarjamah dan membahagikan tarjamah-tarjamah (tarajum) itu kepada dua bahagian iaitu tarajum cammah (tajuk-tajuk yang berbentuk umum) dan tarajum jiz’iyyah (tajuk-tajuk kecil).
2. Terdapat pelbagai jenis tingkat hadith yang terkandung dalam kitabnya iaitu shahih, hasan, dhaif, muttashil, munqathic.
3. Kitabnya dimulai dengan membincangkan mengenai kitab Thaharah dan diakhiri dengan kitab cIlal.
4. Hadith yang dibawa oleh Imam al-Tirmidhi dipakai oleh beberapa imam, muhaddith dan juga ahli fiqh.
5. Terdapat beberapa hadith yang berulang, ia merupakan syawahid dan mutabaat pada satu-satu hadith. Jika hadith itu mempunyai kaitan dengan hadith yang lain Imam al-Tirmidhi akan menyatakan hadith ini sesuai dengan bab fulan.
6. Imam al-Tirmidhi akan menyatakan taraf hadith samada shahih, hasan atau dhaif.


5. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KITAB
Berdasarkan penelitian yang sempat dilakukan oleh penulis dapatlah dikenalpasti beberapa kelebihan dan kekurangan kitab dari aspek teknikal dan fizikal.
Kelebihan :

1. Telah disahkan oleh ulama di Hijaz, Khurasan dan Iraq. Antara pengakuan yang diberikan: “Sesiapa yang menyimpan Sunan al-Tirmidhi di rumahnya, seolah-olah Nabi s.a.w. sedang bercakap di dalam rumahnya”.
2. Kitab sahih yang baik dan banyak faedahnya. Susunannya yang bersistematik dan paling kurang mengandungi hadis yang berulang.
3. Mengandungi pendapat-pendapat mazhab dan hujah pendalilan mereka.
4. Ia turut menerangkan mengenai kedudukan hadis samada Sahih, Hasan, Dhaif, Gharib atau Mu‘allal.
5. Mengandungi keterangan mengenai perawi, samada dari aspek tajrih (mencacatkannya) atau ta’dil (mengadilinya).
6. Kitab yang membawa hadis dengan menerangkan secara berbab atau bertopik dengan tertib iaitu mengenai ilmu, hukum-hakam, kecacatan hadis yang dapat membezakan antara yang sahih dan tidak, nama dan gelaran, ta’dil dan tajrih, orang yang sempat bertemu dengan Nabi s.a.w. atau tidak dan petunjuk sejumlah perawi lain yang meriwayatkan hadis sama yang dimaksudkan.

Kekurangan:
1. Agak sukar untuk memahami metodologi yang digunakan oleh pengarang jika belum pernah mengenalinya. Sehingga memungkinkan seseorang yang tidak memahami metodnya dengan menganggapnya sebagai majhul.
2. Hukum yang dinyatakan oleh Imam al-Tirmidhi dilihat tidak bersesuaian dengan hukum kitab al-Bukhari dan Muslim. Hal ini kerana Imam Tirmidhi merupakan di antara muhaddithin yang agak mutasahil berbanding Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.



6.KESIMPULAN
Daripada huraian di atas dapatlah dibuat beberapa kesimpulan iaitu; pertamanya, al-Tirmidhi merupakan seorang yang begitu alim dan konsisten dengan keilmuannya sehingga majoriti ulama menilai positif apa yang telah dilakukan olehnya, kecuali Ibn Hazm. Namun hal itu tidak mencacatkan Imam al-Tirmidhi malah sebaliknya. Keduanya, dalam kitab jamic ini, semua kategori hadith ada di dalamnya kecuali hadith yang sangat dhoif dan munkar. Setiap hadith yang dibawa mempunyai penjelasan yang telah dilakukan oleh Imam al-Tirmidhi. Ketiganya, kitab jamic inilah yang merupakan kitab pertama yang membincang dan memperkenalkan istilah hadith hasan samada hasan lizatihi atau lighairihi.


Senarai Rujukan:
(aku sengaja xnk bagi, nti korang malas copy paste je bt asingmnt)
Man jadda wa jada....ini hanyalah artikel yg dhaif, segala kesalahan mohon teguran.....

salam....

SUNAN IBNU MAJAH سنن ابن ماجه

Posted by luqman al-jawa on Friday, May 7, 2010 , under | comments (0)



Photobucket
LATAR BELAKANG RINGKAS KITAB


Nama asal Sunan Ibnu Majah ialah al-Sunan. Nama ini telah digunakan sendiri oleh Ibnu Majah tetapi memandangkan al-Sunan itu terlalu umum kerana terdapat juga kitab-kitab hadith lain yang dinamakan dengan al-Sunan. Maka dengan itu, dihubungkan nama kitb kepada penyusunnya dan dinamakan Sunan Ibnu Majah.

Mempunyai 4 jilid.

Kitab ini adalah salah satu karya Ibnu Majah yang terbesar dan masih beredar sampai sekarang. Beliau menyusun sunan menjadi beberapa kitab dan bab.
Kitab sunan ini disusun secara baik dan indah menurut sistematika fiqih. Beliau memulai sunan ini dengan bab mengikuti sunnah Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Dalam bab ini dia membahas hadits yang menunjukkan kekuatan sunnah, kewajiban untuk mengikuti dan mengamalkannya.


Kitabnya berwarna Merah, Hitam dan Emas
Antara jenis tulisan yang digunakan dalam kitab ini ialah Khat Nasakh, Khat Thulus, Khat Riqaah dan lain-lain.


KEDUDUKAN SUNAN IBNU MAJAH


Sebagian ulama sudah sepakat bahwa kitab hadits yang pokok ada lima, yaitu Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan an-Nasa’i, Sunan at-Tirmidzi.
Mereka tidak memasukkan Sunan Ibnu Majah mengingat derajat kitab ini lebih rendah dari lima kitab tersebut.


Tetapi sebagian ulama menetapkan enam kitab hadits pokok, dengan menambah Sunan Ibnu Majah sehingga terkenal dengan sebutan Kutubus Sittah (enam kitab hadits).
Ulama pertama yang menjadikan kitab Sunan Ibnu Majah sebagai kitab keenam adalah al-Hafizh Abdul Fadli Muhammad bin Tahir al-Maqdisi (wafat tahun 507 H) dalam kitabnya Atraful Kutubus Sittah dan dalam risalahnya Syurutul A’immatis Sittah. Pendapat ini kemudian diikuti oleh al-Hafizh Abdul Ghani bin al-Wahid al-Maqdisi (wafat tahun 600 H) dalam kitabnya al-Ikmal fi Asma’ ar-Rijal. Pendapat mereka inilah yang diikuti oleh sebagian besar ulama.


Mereka memasukkan Sunan Ibnu Majah sebagai kitab keenam tetapi tidak memasukkan al-Muwatta’ Imam Malik. Padahal kitab ini lebih shahih daripada kitab milik Ibnu Majah. Hal ini dikarenakan di dalam Sunan Ibnu Majah banyak terdapat hadits yang tidak tercantum dalam Kutubul Khamsah (lima kitab hadits), sedangkan hadits yang terdapat di dalam al-Muwatta’ seluruhnya sudah termaktub dalam Kutubul Khamsah.
Diantara para ulama ada yang menjadikan al-Muwatta’ ini sebagai kelompok Usulus Sittah (enam kitab hadits pokok), bukan Sunan Ibnu Majah. Ulama pertama yang berpendapat demikian adalah Abul Hasan Ahmad bin Razin al-Abdari as-Sarqasti (wafat sekitar tahun 535 H) dalam kitabnya ad-Tajrid fil Jami’Bainas Sihah. Pendapat Razin ini diikuti oleh Abus Sa’adat Majduddin Ibnu Asir al-Jazairi asy-Syafi’i (wafat tahun 606 H). Az-Zabidi asy-Syafi’i (wafat tahun 944 H) dalam Taysirul Wusul juga punya pendapat demikian. Sebenarnya derajat al-Muwatta’ lebih tinggi dari Sunan Ibnu Majah.



BIOGRAFI PENGARANG KITAB

Ibnu Majah, atau nama lengkapnya Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini adalah seorang ahli hadis yang terkenal kerana menyusun kitab Sunan Ibnu Majah. Ia lebih akrab dipanggil Ibnu Majah. Sebutan Majah dinisbahkan kepada ayahnya, Yazid, yang juga dikenal dengan nama Majah Maula Rab’at. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Majah adalah ayah dari Yazid. Namun demikian, pendapat pertama adalah lebih rajah. Manakala perkataan al-Qazwani adalah berasal daripada Qazwain iaitu nama sebuah Bandar yang termasyhur di Iraq.
Ulama yang dikenali dengan sifat kejujuran dan akhlak mulianya ini dilahirkan di Qazwin, Irak. Beliau dilahirkan pada tahun 207 H.


Ibnu Majah mulai belajar sejak usia remaja. Namun baru mulai menekuni bidang ilmu Hadis pada usia 15 tahun pada seorang guru ternama kala itu, yaitu Ali bin Muhammad At-Tanafasi (w. 233 H). Bakat dan minatnya di bidang Hadis makin besar. Hal inilah yang membuat Ibnu Majah mengemabar ke beberapa daerah dan negara untuk mencari, mengumpul, dan menulis Hadis. Puluhan negeri telah ia kunjungi, antaranya ialah Rayy (Teheran), Basra, Kufah, Baghdad, Khurasan, Suriah, dan Mesir. Dengan cara inilah, Ibnu Majah dapat menghimpun dan menulis puluhan bahkan ratusan Hadis dari sumber-sumber yang dipercayai kesahihannya. Malah dalam berbagai kunjungannya itu, ia juga berguru pada banyak ulama setempat. Seperti, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin Al-Azhar, Basyar bin Adam, dan para pengikut perawi dan ahli Hadis, Imam Malik serta Al-Lays. Dari pengembaraannya ini, terdapat ramai ulama yang telah meriwayatkan Hadis dari Ibnu Majah. Antaranya ialah Ishaq bin Muhammad, Ali bin Ibrahim bin Salamah Al-Qattan, Ahmad bin Ibrahim, dan sebagainya.


Sepanjang hayatnya, Imam Ibnu Majah telah menulis puluhan buku, baik dalam bidang Hadis, sejarah, feqh dan tafsir. Di bidang tafsir, beliau telah menulis Tafsir Al-quranul Karim. Sementara di bidang sejarah, Ibnu Majah menulis buku At-Tariikh, karya sejarah yang memuat biografi para perawi Hadis sejak awal hingga ke masanya. Lantaran tak begitu monumental, kemungkinan besar kedua karya tersebut tak sampai di tangan generasi Islam berikutnya.


Karyanya yang menjadi monumental dan terkenal di kalangan kaum muslimin adalah hasil karyanya di bidang Hadis yang berjudul Kitab Sunan Ibnu Majah. Kitab ini merupakan karya terbesar beliau. Dalam kitabnya itu, Ibnu Majah telah meriwayatkan sebanyak 4000 buah Hadis seperti yang diungkapkan Muhammad Fuad Abdul Baqi, penulis buku Mu’jam Al-Mufahras li Alfaz Alquran (Indeks Alquran), jumlah Hadis dalam kitab Sunan Ibnu Majah berjumlah 4.241 buah Hadis. Sebanyak 3002 di antaranya termaktub dalam lima kitab kumpulan Hadis yang lain. Ia bukan hanya melingkungi hukum Islam, malah turut membahas masalah-masalah akidah dan muamalat. Dan daripada banyak Hadis yang diriwayatkan, beberapa kalangan ulama mengkategorikan sebahagiannya sebagai Hadis lemah. Pada asalnya, kitab Sunan Ibnu Majah ini tidak mempunyai tingkatan atau tidak termasuk dalam kelompok kutubus sittah kerana dalam kitabnya ini terdapat hadith yang daif bahkan hadith munkar. Oleh karena itu para ulama’ memasukkan kitab Al-Muwaththa karya Imam Malik dalam kelompok perawi yang lima (Al Khamsah). Menurut Ibnu Hajar ulama yang pertama kali mengelompokkan atau memasukkan Ibnu Majah ke dalam kelompok Al Khamsah itu adalah Abul Fadl bin Thahir dalam kitabnya Al Athraf, kemudian disokong pula Abdul Ghani dalam kitabnya Asmaur Rizal. Namun begitu, kedudukan Sunan Ibnu Majah di dalam al-Sunan al-Sittah adalah dikatakan paling rendah sekali kerana didapati banyak hadith dhaif dan dikatakan juga terdapat hadith maudu’ di dalamnya.


Atas ketekunan dan konsistensinya di bidang ilmu-ilmu Islam itu, khususnya disiplin ilmu Hadis, banyak ulama yang kagum dan menilainya sebagai salah seorang ulama besar Islam. Seorang ulama bernama Abu Ya’la al-Khalili al-Qazwini misalnya, berkata: “Ibnu Majah adalah seorang kepercayaan yang besar, yang disepakati tentang kejujurannya, dapat dijadikan argumentasi pendapat-pendapatnya. Ia mempunyai pengetahuan luas dan banyak menghafal Hadis.” Ulama lain, seperti Zahabi dalam Tazkiratul Huffaz, mengambarkannya sebagai seorang ahli Hadis besar dan mufassir (ahli tafsir), pengarang kitab sunan dan tafsir, serta ahli Hadis kenamaan negerinya. Sementara mufassir dan pengkritik Hadis kenamaan, Ibnu Kasir, dalam karyanya, Al-Bidayah, berkata: “Muhammad bin Yazid (Ibnu Majah) adalah pengarang kitab sunan yang masyhur. Kitabnya itu merupakan bukti atas amal dan ilmunya, keluasan pengetahuan dan pandangannya, serta kredibiliti dan kesetiaan beliau kepada Hadis dan usul serta furu’.”


Setelah sekian lama mendedikasikan hidup dan fikirannya kepada Islam, akhirnya Imam Ibnu Majah menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 22 Ramadhan 273 H/887 M pada hari Selasa. Ia dimakamkan di tanah kelahirannya, Qazwin, Irak. Ada pendapat yang mengatakan beliau meninggal pada tahun 275 H, namun pendapat yang pertama lebih rajih. Walaupun beliau sudah lama sampai ke penghujung perjalanan hidupnya, namun hingga kini beliau tetap dikenang dan disanjung oleh seluruh umat Islam dunia. Dan ini adalah bukti bahwa beliau memang seorang ilmuan sejati. Umat Islam terus mengenangnya melalui berbagai karyanya, terutama Kitab Sunan Ibnu Majah yang termasuk dalam Kutubus Sittah (Enam Kitab Utama Hadis).



LATAR PENDIDIKAN

Perjalanan beliau dalam pendidikan adalah sama dengan para imam-imam terdahulu yang gigih menuntut ilmu, beliau juga melalui perjalanan yang cukup panjang untuk mencari secercah cahaya ilmu Ilahi, dan kerana itulah ilmu yang dituntut oleh beliau memiliki nilai yang tersendiri. Antaranya beliau sudah melakukan rihlah ilmiyah-nya ke beberapa daerah; seperti kota-kota di Iraq, Hijaz, Syam, Pârs, Mesir, Bashrah, Kufah, Mekah, Madinah, Damaskus, Ray (Teheran) dan Konstatinopel.


Dalam pengembaraannya itu, beliau telah bertemu dan bermuzakarah dengan ramai guru yang dicarinya dan daripada merekalah beliau menggali sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan dan menggali potensinya. Rihlah ini akhirnya menghasilkan hasil yang sangat manis dan bermanfaat kerana dengan perjalanannya inilah yang memberi inspirasi kepada lahirnya buku yang sangat besar sekali manfaatnya, iaitu kitab "Sunan Ibnu Majah".


GURU-GURU DAN ANAK MURID IBNU MAJAH

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan keintelektualan anak didiknya, maka tidak hairan sekiranya, seorang guru yang hebat mempunyai anak didik yang sama hebat dengan dirinya malahan terdapat juga anak didik mereka yang lebih hebat. Dalam perjalanan konteks rihlah ilmiyah beliau telah menemukan beliau dengan banyak para syeikh pakar dalam bidang hadits, antaranya adalah kedua anak syeikh Syaibah (Abdullah dan Usman), akan tetapi beliau lebih banyak meriwayatkan hadits dari Abdullah bin Abi Syaibah. Dan juga Abu Khaitsamah Zahir bin Harb, Duhim, Abu Mus'ab Az-Zahry, Al-Hafidz Ali bin Muhammad At-Tanafasy, Jubarah bin Mughallis, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin Al-Azhar, Basyar bin Adam dan para pengikut perawi dan ahli hadits imam Malik dan Al-Lays.


METODOLOGI PENGARANG


Dalam penulisannya, beliau memulakan dengan mengumpulkan hadits-hadits dan menyusunnya menurut kitab atau bab-bab yang berkenaan dengan masalah feqh, hal ini seiring dengan metodologi para muhaddithin yang lain. Setelah menyusun hadits tersebut, imam Ibnu Majah tidak terlalu memfokuskan ta'liqul Al-Hadits yang terdapat pada kitab-kitab feqh tersebut, tetapi beliau hanya mengkritik hadits-hadits yang menurut pandangan beliau adalah penting. Seperti kebanyakan para penulis kitab-kitab feqh yang lain, setelah mereka menulis hadits, mereka akan memasukkan pendapat para ulama faqih, namun dalam hal ini terdapat sedikit perbezaan antara Ibnu Majah dan penulis kitab lain, dimana beliau tidak menyebutkan pendapat para ulama faqih setelah penulisan hadits.


Imam ibnu Majah juga ternyata tidak melakukan pengulangan hadits berulang kali kecuali hanya sebahagian kecil saja sekiranya dirasakan penting menurut beliau.
Ternyata kitab Sunan ini tidak semuanya diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti perkiraan orang banyak selama ini, tapi pada hakikatnya terdapat di dalamnya beberapa tambahan yang diriwayatkan oleh Abu Al-Hasan Al-Qatthany yang juga merupakan periwayat dari "Sunan Ibnu Majah".


KLASIFIKASI HADITH


Sunan Ibnu Majah berisi hadits shahih, hasan dan dhoif bahkan hadits munkar dan maudlu, meskipun jumlahnya kecil. Dibandingkan dengan kitab sunan yang lain, nilai Sunan Ibnu Majah jauh dibawahnya. Al-Mizzi berkata: “Semua hadits yang hanya diriwayatkan oleh Ibnu Majah sendirian adalah dhoif”.
Al-Hafizh Syihabuddin al-Busairi (wafat tahun 840 H) dalam kitabnya Misbah az-Zujajah fi Zawaid Ibnu Majah membahas hadits-hadits tambahan (Zawaid) di dalam Sunan Ibnu Majah yang tidak terdapat dalam Kutubul Khamsah, serta menunjukkan derajat hadits itu: shahih, hasan, dhoif atau maudlu. Usaha Busairi ini menguatkan bantahan terhadap pendapat al-Mizzi sekaligus menguatkan pendapat Ibnu Hajar.
Terlepas dari pro-kontra, yang jelas derajat Sunan Ibnu Majah lebih rendah dari Kutubul Khamsah dan merupakan kitab sunan yang paling banyak mengandung hadits dhoif oleh karena itu, sebaiknya tidak menjadikan hadits yang hanya diriwayatkan oleh Ibnu Majah sebagai dalil kecuali setelah mengkajinya terlebih dahulu. Bila ternyata hadits tersebut shahih atau hasan, maka boleh dijadikan pegangan; jika dhoif, hadits tersebut tidak boleh dipakai


Daripada keseluruhan hadithnya, terdapat empat ratus dua puluh lapan hadits diriwayatakan oleh para rijal yang dipercayai dan sanadnya shahih. Seratus sembilan puluh sembilan hadith, sanadnya adalah hasan. Enam ratus tiga belas hadits sanadnya dho'if. Sembilan puluh sembilan hadith sanadnya adalah Mungkar dan Maudu’. Oleh sebab itu buku ini dianggap istimewa disebabkan majoriti isinya diisi dengan hadith yang shahih, sedangkan hadith yang mungkar dan maudu’ hanyalah didapati dengan jumlah yang sedikit. Manakala hadith yang lain terdapat dalam kitab al-Sunan al-Sittah yang lain.


428 Para rijal yang dipercayai dan sanadnya shahih
199 Sanadnya Hassan
613 Sanadnya Dhaif
99 Sanadnya Munkar dan Dusta.

Manakala menurut syeikh Al-Bany, dalam sunan ini terdapat sekitar lapan ratus hadits yang masuk dalam kategori hadits dho'ifhttp://www.blogger.com/img/blank.gif.


KRITIKAN ULAMA’ TERHADAP IBNU MAJAH

Sunan Ibnu Majah adalah sebuah kitab hadith yang termasyhur dan tersohor setiap pelusuk bumi. Walaupun, telah sedia maklum bahawa Sunan Ibnu Majah mengandungi hadith Dhaif. Namun, karya Imam Ibnu Majah ini telah berjaya menarik perhatian bagi umat Islam mengenai kewujudannya, sehingga ramai ulama’ kemudian yang mengkaji kitab ini. Terdapat dari para ilmuan terhadap kitabnya.


Kitab ini memiliki keistimewaan yang sememangnya patut diberikan pujian, berkat kegigihan imam Ibnu Majah dalam menghasilkan karya yang terbaik dan bermanfaat bagi kaum muslimin sedunia, dapat dilihat bahawa buku ini memiliki susunan yang baik dan tidak ada pengulangan hadith yang sama kecuali sekiranya ia dianggap penting oleh pengarang. Shiddiq Hasan Khan dalam kitab 'Al-Hittah' berkata, "Tidak ada 'Kutubu As-Sittah' yang menyerupai seperti ini (Kitab Sunan Ibnu Majah), kerana ia menjaga sekali adanya pengulangan hadith-hadith, walaupun ada itupun hanya sebahagian kecil saja. Seperti Imam Muslim R.A. dalam kitabnya, beliau turut tidak mengadakan pengulangan hadith dalam beberapa sub judul kitab, tapi beliau hanya mengulang hadith tersebut dalam satu judul.


Menurut al-Zahabi pula yang telah memetik sebahagian kata-kata Ibnu Majah kepada Abu Zar’ah, “Aku bentangkan kitabku kepada Abu Zar’ah(seorang tokoh hadith yang masyhur), kemudian beliau menberi pendapat, jika kitab ini sampai ke tangan orang yang mempelajari hadith nescaya akan ditinggalkan banyak kitab hadith yang lain.”

Manakala di dalam Kitab Tahzib al-Tahzib, Ibnu Hajar menjelaskan bahawa Sunan Ibnu Majah adalah sebuah kitab hadith yang lengkap dan mengandungi banyak bab. Di dalamnya terdapat beberapa hadith yang lengkap dan mengandungi banyak bab. Di dalamnya terdapat beberapa hadith yang dhaif. Ini menyebabkan seorang tokoh hadith yang bernama al-Sarra berkata, “Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, kebiasaanya adalah dhaif”.

Menurut al-Hafidz al-Muzi, beliau berpendapat bahawa kebanyakkan gharib yang terdapat di dalam Sunan Ibnu Majah adalah dhaif.


Ulama’ yang mensyarahkan Sunan Ibnu Majah

Seperti sunan yang lain, Sunan Ibnu Majah juga disyarahkan oleh beberapa orang ulama’ yang terkenal, antaranya:

1. Jalaluddin al-Suyuty (meninggal dunia pada 911H), syarahnya dinamakan Misbah Al-Zujajah `Ala Sunan Ibnu Majah.
2. Al-Syeikh Sirajuddin Umar bin Ali al-Mulqan al-Syafie (meninggal dunia pada 804H), syarahnya dinamakan Ma Tamasa Ilaihi al-Hajat `Ala Sunan Ibnu Majah.
3. Abi al-Hassan bin Abdul Hadi al-Sindi (meninggal dunia pada 1136H), syarahnya Kifayah al-hajat Fi Syarh Ibnu Majah.
4. Kamaluddin Muhammad bin Musa (meninggal dunia pada 808H), kitabnya dinamakan al-Dibaajah.
5. Abdul Ghani al-Dihlawi (meninggal dunia pada 128H), syarahnya dinamakan Injaah al-Hajat.
6.

PENUTUP

Sunan Ibnu Majah merupakan sunan yang menjadi rebutan dan menyebabkan perselisihan pendapat di kalangan ulama’ selepasnya. Ini adalah disebabkan kerana masalah dalam meletakkan Sunan Ibnu Majah di kedudukan ke berapa selepas Sunan al-Khamsah. Sunan Ibnu Majah sering kali dibandingkan dengan al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Namun demikian, Sunan Ibnu Majah lebih diutamakan oleh kebanyakkan ulama’ adalah kerana didalamnya terdapat banyak penambahan hadith berbanding al-Muwatta’.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa Imam Ibnu Majah adalah seorang ahli hadith yang terkemuka dan mempunyai keperibadian yang istimewa, ilmunya yang luas, kesabarannya yang berterusan serta usahanya yang gigih dalam menghasilkan karya-karyanya. Kesungguhan dan ketekunan beliau menceburkan diri dalam tafsir adalah untuk menjelas, mengolah kitabullah melalui hadith Rasulullah s.a.w serta mengkaji dan mencatat sunnah Rasulullah untuk rujukan generasi terkemudian.

Peninggalan Imam Ibnu Majah telah menyebabkan keadaan dan suasana pada waktu itu keruh dan kesedihan yang meyelubungi keseluruhannya. Sehingga Muhammad Ibnu Al-Aswad al-Qazwini iaitu seorang penyair terkenal pada masa itu telah menunjukkan kesedihannya melalui bait syairnya.“Sesungguhnya kehilangan Ibnu Majah telah melemahkan kemahkotaan ilmu dan mengoncangkan segala-galanya.

NGILAIAN TERAKHIR KHAS BUATKU, EDISI PERPISAHAN

Posted by luqman al-jawa on Tuesday, May 4, 2010 , under | comments (0)



MMMMMMM...... Pictures, Images and Photos
Kalo allahyarham Sudirman nk pegi dia meninggalkan lagu SALAM TERAKHIR, kalo pasangan bercinta putus cinta, mereka mengatakan Salam terakhir sayangku (poyo2 je), kalo org nk tinggalkan seseorang dia akan ckp selamat tinggal ataupun babai, bye2, kalo…..eeiiiiii brpe bnyk kalo daaaaa……


Tp kali ni pelik ckit….pelik tp benar……


Pagi ni selepas ak blk dari sarapan pagi, tiba2 terlintas di benak fikiran ku, teringat akan sebuah memori yang lalu, ketika mana saat aku malu2, tersipu2, di zaman asrama yang penuh dengan nostalgia yang tak kan luput diingatanku…. Em… nape la malas sgt ak nk bat tesis ari ni, sepatutnya skang ni ak dh ad kt PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang) bat tesis ng sahabatku Mursyidi, tiba2 plk ingt zaman sekolah dulu, so membuatkan ak tersenyum sendirian….owhhh indahnyaaa ketika ituuuu, kisah persahabatan engkau dan akuuuu, di dalam sebuah pengajiaannnnn, menuntut ilmu dan pengalamannn….mengingatkan ku~ pengalamanku~ TRUS AK menulis post dlm blog....


PADA kali ini aku nk ceritakan sebuah lagi kalam hatiku, sebuah cerita dalam hidupku, ini bukan main- main, ini benar2 berlaku, dan ini memang benar2 cobaannnnn…….


Masa tu, peristiwa ni berlaku time ak tingkatan 4, kebetulan sekolah kami telah berpindah tmpt, so asrama pon berpindah la kt tmpt tu gk, tempat tersebut mmg besar, maklumla dgr nama sekolah tersebut je dh tau besar sekolah tu, nama sekolah tu ialah Complex Muhammadiyyah PEKAN SABAK ,SABAK BERNAM, mula2 dgr, rse cam pelik je, binatang apkah itu????????????, hahahahaaaa,


Ak nk citer dr mn ye…..em…sbnrnya ak tgh bingung ni, nk start dr mn ni…..adehhhhh,,,ok3… ak start citer dr ak masuk sekolah baru tu, mse tu result PMR bru je lps kuar, so ak mmg sedikit bangga dgn result ak, hahahahahahaaa, maklumla cikgu2 sume dh terbeliak mata dgn result ak, lg2 cikgu tutttttttttttt (nama dirahsiakan) hahahaaaa….ptg tu ak masuk lmbt ckit ke asrama, ak lepak lg kt umah, org lain dh masuk seminggu awl dh, tp ak dok relaks lg kt umah, rse mls plk nk tinggalkan umah ni, tp nk bt cmne, rse rindu pd kwn2 semakin membuak2, tambahan pula peminat2 ku di sekolah xsabar2 menantikan kehadiranku ini, sabarlah wahai peminat2 ku, ak akan sampai sekejap lagiiiiiiiii….chaaaaaa.... hahahhaahahahhahaahaaa………


Ptg tu akhirnya ak chek in gk ke asrama baru tu, kalo dlu asrama ak asrama luar, tp skng, asrama ak asrama dlm, so xleh la nk bt aktiviti tambahan seperti tngkp ikan laga, main meriam, keluar minum2 ais kacang, ngorat2 hahahahaaa, xdela graw jer tu, lps ak smpai je kt dpn asrama tu, terdgr suara junior2 ak n senior2 pngil2 ak, BANG LUQMAN3X….BANG LUQMAN3X, MAN3X, AL-JAWA3X, kesemua nama2 tersebut dinyanyikan serentak, ak tgk dh cm lirik lagu dh ni…hahaa…...kalo masuk kt AIM MSTI DH MNG PNYA.....


TP bukan ni yg ak nk citer, kisah sbnr bermula pada malam tersebut, malam yg dinanti2kn oleh sang perantau malam, ak smpt borak2 ng bdk2 tu, “weh keling(junior ak) cmne dok asrama ni? PANAS TAK??? OK JE BANG, tp besela asrama baru kan, msti ad penghuni baru, ooooo…..paham3 la ak, ak rse jin yg sakat ak kt asrama lama tu pn ikut pndh sekali daaaaaa, tp xtau la ble plk dia chek in kt asrama ni, huhuhuuuuuu….


Malam pon menjelang, kehidupan agk bebas mlm tu, warden2 sngje membiarkn kami merayau2 dlm asrama tu, maklum la asrama baru, msti budak2 ni batak ckit kan, warden sngje nk bg peluang dlu kt kami relaks2 n xnk bebankan sgt dgn peraturn baru, mlm tu slps solat isyak, besela aktiviti rutin bdk2 asrama, melakukan umrah n ziarah dr bilik ke bilik kawan2, mencari benda2 yg boleh dikunyah, ak cm besela kumpul ng kwn2 ak yg satu kepala n satu Malaysia…hahaaa


Eh2 knp citer ak ni meleret panjang2, sush plk ak nk citer, mklum la dh lama ak xmengarang post dlm blog ni, smnjk disebukkn dgn asngmnt n program2 JANNAH, N tesis,….


So, skng ni ak nk citer, mlm tu time tu nk tido, ak baru terperasan, ak lpe bwk selimut n cadar,adeh sejuk la ak mlm niiii, mlm tu ak tido berlapikkan plastic pembalut tilam je, mmg x selesa, ak pon satu, x terpikir plk nk bukak plastic tu mlm tu, jam menunjukkan tgh malam, kedengaran bunyi pungguk menyanyi mendayu2, ak melihat kwn 2 sebilik sume dh tido dh, ak plk asik pusing sana-sini, sbb xselesa bantal plk keras cm batu, ak pangil kwn2 ak, “wak2….wak2…wak3 (ni bukn bunyi burung gagak, ni nama kwn ak, nama dia WAK) wakkakkakkaaaaaaa, wak bt bodo je, sah2 dia dh tido mati, ak pn cuba sedaya upaya menidurkn diriku ini yg xleh tido,


Ntah cm ne th, eh2 ak dh tido rupanya, xsdr plk ak dh tido,pastu ntah cmne tah ak tiba2 terjaga dr tido, berpeluh2 plk tu….. suasana mmg gelap, gelap yg suram, suram yg sunyi, sunyi yang sepi…..sepi yg hanya kdgnran desiran angin kipas siling, nape ak tiba2 terjaga ni??? Bisik hatiku sendirian….knp ye???? Korng yg baca ni xperlu jwb persoalan tu, sbb ak pn xtau sbbnya knp, wahahahahaahahahaaa…..


Selang beberapa minit….entah knp sungguh pelik….pelik sgt…badanku sejuk, sejuk, seram,…


Bulu tengkok mula menegak, alamak, ni msti jin yg kt asrama lama ak ni nk dtg berguraw2 ng ak ni, tanpa berfikir panjang zappppppp….ak cuba menyental selimut, panik3x….ak lpe mse tu ak xbwk selimut, alaamk sudahhhh…ak nk berkubung dlm ap ni, selimut xbawak, tiba2 kedengaran ngilaian HUUUUUUUUUUUUUUUUUUU, huuuuu….huuuuuuuu…..HUUUUUuuuuuuuu…… dgn nada irama mendayu2, ak smpt berfikir, ni cara bacaan bayati ke or nahwan, hahahahhhaaaa,


Ngilaian semakin kuat, jantungku semakin kencang, ak lantas menyorokkan kepalaku di bwh bantal, x sanggupku melihat wajah hodoh mu wahai jin, bukan takut, tp seram je, kalo cantik xpela, ni muka cm apa tah….enth mcm mana ak terlihat kain tuala yg ku sidai di dpn katilku, ak sempat mengaut lantas menaikkan martabat tuala tersebut menjadi martabat selimut kecemasan edisi khas, suara ngilaian semakin perlahan, semakin perlahan, semakin perlahan….. tp badanku semakin meremang, jantungku semakin berdegup, dup dap, dup dap, dup dap, dgn kadaran kelajuan pecutan larian semasa ak melarikan diri dr hantu askar jepun dan hampir menyamai kelajuan ak melompat semasa dikejar ust Abbas bin Tambah di dalam hutan kerana menyamar menjadi pocong di bulan Ramadhan,


Orng citer kalo ngilaian kuat, benda tu jauh dr kita, tp kalo perlahan maknanya bnde tu dekat ng kita, so ngilaian tu semakin perlahan, semakin perlahan, so maknanya benda tu semakin dekat la ng ak, adehhh, jin ni nk dekat2 nGN ak plk, kang kena tangkap berdua-duaan kang payah plk, dh la wktu tgh2 mlm, mmg pd mse tu bdn dh meremang thp gaban…..ak cbe menarik2 tuala yg tlh ku martabatkn mnjdi selimut td, di setiap inchi badanku, kan ku pastikan tiada pun angin dpt masuk kedalam, biar ap pn terjadi…..ak msti pertahankan kubu pemerintahanku ini….


Dalam hatiku, pandai btul jin ni berguraw ng ak, xguna btul, ni jin jantan ke jin betina ni, rse2 cm betina, sbb dia pakai minyak wangi cap one drop perfume, ke fantasia ni ak pn xingt, hahahhahaahaaaa, tp yg penting bukan minyak wangi atar,


Kalo dia berguram cmtu, xpe biar ak plk berguraw ng dia, ku bacakan ayat2 cinta dari kalam Illahi, namun….xsmpt ak membaca, dia cm tau2 plk , ak nk bce ayt kursi,

Ok2, kita skng ni masuk suasana dan babak serius plak, yg td lwk2, yg ni serius, serius, ak cbe membaca,tp apakan daya, aku merasakan benda tu semakin menghampiri ak, hampir sangat, sgt hampir, ak terfikir, kalaulah dia tiba2 baring ats bdn ak, x ke naya, silap2 patah dua bdn ak ni, namun ap pon tu semua taqdir tuhan, tuhan yg menentukan segala-galanya, kita sbg manusia hndklh redha dgn qadha n qadar Illahi (baca ngan nada insaf),


Ak sempat mengintai, mengintai, di balik celah2 selimutku, ak dapati…….ak dapati….. xde ap2, hahahaaaa….Cuma suasana malam yg gelap, gelap sgt dlm blik tu, badan ku dh berpeluh2, aku mula membacakan ayat2 kursi, Alhamdulillah, rsenya dh pergi dh bnde tu, pandai btul dia berguraw ng ak, pstu ak xingt dh, ak sedar2 je dh subuh dh….
Ak xceritakan pd kwn2 ak, apatah lg pd junior2 ak, tkut diorng tkut plk nnti, lg2 kalo nk g toilet, berteman smpai 3 org….mklumla ramai dh jmpe sbnrnya bnde2 tu dlm toilet,tp diorng sbnrnya diam2 je, bt cm xde ap2, ad yg nmpk kt cermin blk mandi la, terserempk time basuh baju mlm2 la, kt tangga la, mcm2 la…..


Lain harinya, ak tido kt blk kwn ak nama dia AMIN, sbb kbtuln blk dia bnyk lg katil kosong, so ak lpk sana la, mmndngkn ramai dlm blk tu tingkatan 4, so lg best, berbanding dlm blk ak, sume bdk2 ting 1 n 2, bosan tol , cmne nk jd matang cmtu….
Kt blk Amin tu plk lain ceritanya, besela, jin tu mmg ske berguraw ng ak, smpai kt blk kwn ak pn dia nk ikut, yg peliknya, ak sorng je yg dgr ngilaian tu, ak tnya Amin, Min ko dgr ap2 tak??? Dgr ap??? Xde dgr ap2 pon…tnya bdk2 lain, sama je diorang jwb…so ak terfikir, mmg ngilaian ini ditujukan khas buatku edisi perpisahan kot, hahahahaahahaaaaa…..


Maklumla seminggu lg ak akan berpindah ke sekolah lain utk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains tulen agama, so mngkin itula ngilaian terakhir khas buatku sempena edisi perpisahan ni, kira cm majlis perpisahan la ni, hahaaa….


Selang sehari ak nk meninggalakn sekolah tu, bermacam2 dugaan ku terima, antaranya ramai cikgu2 bermuram denganku, guru kelas bermuram denganku, ak pon bertanyakan pd diriku, KENAPA??? DAN MENGAPA???, sampaikan guru penolong kanan tidak mahu menanda tangani surat pelepasanku tamat pengajian…..teringat ketika mana ak ingin memulangkan buku teks sekolah, assalamualaikum cikgu, “KENAPA!!!!! Em…sy nk pulangkan buku teks ni, esok sy nk pindah sekolah, knp nak pindah sekolah??? …kata2 nya seakan2 mengguris perasaanku, mereka seolah2 marah n bengang terhadap ku, tapi mengapa dan kenapa……, sampai plk ak ke pejabat sekolah, nk mntk tnda tgn guru besar, bermacam2 alasan diberinya, guru besar xdelah, meeting la, adehh, sungguh susah utk ku meninggalkan sekolah tersebut, tiba2 kdgrn suara seorang cikgu,” budak tu nk belajar sains tulen agama, bagi la semangat sikit kt budak tu” perkataannya sedikit menyejukkan hatiku, kalo nk diceritakan mmg bermacam2 lg peristiwa berlaku, namun biarlah ku tanam di dalam lubuk hati yg dalam-dalam…


Malam tu diasrama, ak tidak nyenyak tido, jam menunjukkan tgh mlm wktu yg sama ketika mn ak diganggu oleh jin giler yg ske berguraw tu, oleh kerna tensen memikirkan kerenah guru2 ku disekolah pg td, ak keluar dr bilik bersiar2 ,pusing2 di waktu mlm, seorang diri mengenangkan nasib, satu demi satu aras blok asrama ak pusing2, sampailah ke tingkat 4, tingkt yg tiada penghuni, mmg agak sepi di situ, mmg sudah dpt menggambarkan perasaanku yg sayu ini, pd ketika itu tiada lg perasaan takut, tiada la lagi perasaan seram, tiada lagi jiwa yg bergelora dengan ngilaian, tp jiwaku bergelora dgn perasaan sedih n sayu, sssaaayu dan piluuuuu~ bermain dijiwakuuuuuu~….sukar utk ku mencari jawapannya….


Kesokannya ak mula bertanya kwn2, apakah yg telah ak buat sehinggakan guru2 bermasam muka denganku, seorang dr kawanku mula memberikan pandangannya, “ak rse kan man, yela mn tak nya sume guru2 bermasam muka, nak xnk je layan ko, sume budak2 cemerlang kt sekolah ni sume ramai yg dh pindah ke asrama penuh, skng ni sekolah ni tnggal ckit je bdk2 cemerlang, pstu plk, ko plk nk pindah kt sekolah sebelah yg menjadi saingan sekolah ni, mn taknya semua guru2 masam muka je, sampai guru besar pon bt endah xendah je, dh tu nnti time SMA n SPM, SPE LG NK NAIKKAN nama skolah ni….ak mula tersentak… begitukah????


Ptg tu keluarga ak dtg menjemputku, utk pulang ke rumah, selesai mengangkt brg2 ke dlm kereta, ak sempat melihat sekeliling sekolah dan asrama, indahnya saat bersama sahabat dan guru2 disini, ak melihat ke langit biru yg agk sedikit berawan, burung2 berkicauan, sungguh bahagianya burung2 tersebut sentiasa bertawakkal kpd Allah dlm mencari sesuap rezekinya, sentiasa tabah,kuat mengharungi angin, fikiran ku melayang2 lantas mula terfikir, inikah dugaan,? inikah dugaan seseorang yg belajar??, seseorang yg ingin menuntut ilmu???


Sedang asik leka berfikir, enjin kereta dihidupkan, sedikit demi sedikt bumi Kompleks Muhammadiyyah Pekan Sabak ku tinggalkan, ku toleh kanan ku toleh kiri melihat bangunan2 sekolah tersergam indah,bagaikan setiap perjalananku diiringi lambaian dan kedukacitaan dr bangunan2 sekolah, ku lihat raut wajahnya sedikit muram dan suram,


Sempat ku mengangkat tanganku kpd bangunan2 sekolah, dan berkata di dalam hatiku “ suatu hari nnti kita pasti akan bertemu kembali, jikalau inilah jalan yg perlu kutempohi utk mendapatkan setitik ilmu, bahkan lebih dr ini sanggup ku selami….


SEBAGAIMANA DATANGNYA AKU TIDAK DIALU-ALUKAN , SEBEGITULAH JUGA PEMERGIANKU TIDAK DIALU-ALUKAN…..


TERIMA KASIH GURU-GURUKU, KAULAH PENCETUS ASPIRASI KU, KAULAH PEMBIMBINGKU YG MENGAJARKAN DAKU ERTI KEHIDUPAN…….


Tidak terlintas di fikiranku untuk membenci kalian, apatah lagi memburuk2kan kalian, bahkan ak amat sayang akan kalian, ak faham akan perasaan seorang guru yg ingin melihat anak diidikannya berjaya dengan usahanya , berjaya dihadapannya…..


INI HANYALAH SEDIKIT CORETAN KALAM HATIKU, HATI YANG SENTIASA INGIN MENCORETKAN LAKARAN-LAKARAN HITAM DAN PUTIH…..

DI SEPANJANG HIDUPKU……….


SALAM RINDU DRP LUQMAN AL-JAWA....

SANGGAHAN ORIENTALIS DAN JAWAPAN ULAMA'

Posted by luqman al-jawa on Monday, May 3, 2010 , under | comments (0)



bunga Pictures, Images and Photos
Definisi Orientalis


Orientalis berasal dari perkataan orient yang bererti timur dan orientalis pula biasanya dirujukkan kepada orang-orang barat yang mengkaji ilmu-ilmu ketimuran seperti bahasa, sastera, tamadun dan agama. Tetapi bagi dunia Islam, apabila disebut orientalis atau orientalisme ia merujuk kepada orang barat yang mengkaji tentang tamadun dan selok belok agama Islam termasuk al-Qur’an, al-Hadith, sejarah, bahasa dan lain-lain.


Orientalis dan Islam

Meskipun istilah ‘orientalis’ dari segi formalnya baru digunakan pada abad ke 18 tetapi ia mempunyai pertalian dengan latar belakang psiko-historis dari peringkat awal kelahiran Islam yang berdepan dengan golongan agamawan Yahudi-Kristian. Pertengahan umat Kristian dan juga Yahudi dapat dilihat dari dendam kesumat dan konflik dari mereka seperti gambaran negatif mereka terhadap Islam. Peperangan menguasai Sepanyol dan beberapa siri peperangan salib adalah rentetan dari dendam kesumat mereka terhadap Islam.


Di mana serangan yang dilakukan oleh tentera salibiyyin ke atas negara-negara Islam adalah disebabkan factor utama, iaitu faktor agama dan taksub [m/s 75] membuta tuli serta factor politik. Pada anggapan mereka bumi ini hanya layak didiami oleh orang Kristian sahaja. Berikutan itu proses pembersihan bumi ini dari didiami oleh orang-orang Islam perlu dilakukan. Selain dari itu serangan mereka juga didorong oleh factor politik dan penjajahan. Di mana kekayaan hasil bumi, kemajuan dan ketenangan yang dimiliki oleh negara-negara Islam pada masa itu khususnya negara Syam dan sekitarnya sedikit sebanyak mendorong mereka untuk menjajah negara-negara tersebut. Kegiatan penjajahan ini dipelopori oleh British dan Perancis dan diikuti oleh kuasa penjajah yang lain seperti German, Amerika dan lain-lain. Tetapi kehandak Allah (s.w.t.) mengatasi segalanya, di mana setelah peperangan salib yang berterusan selama dua ratus tahun berakhir dengan kekalahan dan kekecewaan kepada tentera salibiyyin.


Berikutan dari kekalahan dan kekecewaan tersebut, mereka mula mengalihkan pandangan mereka daripada serangan senjata kepada serangan mental dan fikiran. Dari sinilah mereka mula mengkaji tentang Islam dari pelbagai aspek termasuk aqidah, tafsir hadith, sastera dan lain-lain yang berkaitan dengan agama sebagai persiapan terhadap serangan mental dan fikiran umat Islam. Dapatlah dikatakan motif kajian terhadap bidang-bidang keislaman yang bersifat negative adalah pencetus ke arah melahirkan orientalisme khususnya di Inggeris (1779), Perancis (1799), dan di negeri-negeri lain. Dalam kata lain serangan orientalis adalah merupakan lanjutan dari konfrantasi antara Kristian da Yahudi dengan Islam yang pada awalnya lebih bersifat ‘un-realistic militant’ kea rah yang bersifat penyusupan di dalam kegiatan intelektual dan persuratan.



Orientalis dan al-Hadith

Kecenderungan awal di kalangan orientalis ialah berusaha membuktikan al-Qur’an bukannya wahyu Allah (s.w.t.), sebaliknya ia adalah ciptaan Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri. Namun usaha mereka tidak berjaya, kerana kesahihan al-Qur’an disokong oleh fakta sejarah konkrit, lagipun ia dijamin sendiri oleh Allah (s.w.t.) untuk memeliharanya dari segala penyelewengan dan penipuan. Selepas usaha mereka bagi menimbulkan keraguan terhadap al-Qur’an sebagai sumber yang utama dan pertama gagal, mereka beralih pula kepada sumber yang kedua, iaitu al-Hadith. Mereka berusaha membuktikan bahawa al-Hadith adalah rekaan umat Islam yang terkemudian dan tidak ada hubungkait dengan Nabi Muhammad (s.a.w.).



Golongan orientalis barat berminat di dalam pengkajian al-Hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya sejak lebih kurang dua ratus tahun yang lampau. Mereka membuat pengkajian kritis, membuat suntingan (tahqiq) dan menerbit banyak karya berbahasa Arab di bidang pengajian al-Hadith. Mereka juga telah menterjemahkan beberapa karya al-Hadith dan ilmu-ilmu yang berhubung dengannya ke dalam bahasa latin serta menulis buku-buku ilmiah dan makalah-makalah kritis tentang masalah asa berhubung dengan disiplin pengajian al-Hadith. Pengkajian tentang asal dan perkembangan al-Hadith secara komprehensif dan kritis juga dilakukan dan diterbitkan oleh sarjana-sarjana barat dengan tujuan yang sama, iaitu untuk menimbulkan keraguan kepada umat Islam tentang autoriti al-Hadith sebagai sumber kedua kepada syariat Islam.



Di antara orientalis barat yang membuat kajian terhadap al-Hadith ialah A. Sprenger, J. Horovitiz, A. Guillaume, W. Muir, S. Mackensen Ruth, R. A. Nicholson, Nabia Abbott dan T. W. Juynboll. Mereka telah menimbulkan beberapamasalah pokok dalam pengajian al-Hadith dan perkembangannya. A. Sprenger di anggap sebagai pelopor dalam usaha ini dan diikuti oleh William Muir. Akhirnya lahirlah I. Goldziher yang dianggap sebagai seorang tokoh orientalis yang paling terkemuka dalam bidang kajian al-Hadith serta paling merbahaya. Ini kerana beliau bukan sahaja pakar dalam bidang al-Hadith, tetapi juga mahir dalam bahasa Arab sehinggakan beliau digelar sebagai bapak orientalis di zamannya. Beliau telah mengarang banyak buku dan menulis beberapa artikel yang membicarakan tentang pegumpulan, sejarah, dan perkembangan formal al-Hadith. Karya utama beliau dalam pengajian ini, ialah ‘Muhammadanische Studien’. Tulisan-tulisan dan buku-buku beliau masih lagi menjadi rujukan utama kepada orientalis moden. Malah terdapat juga beberapa tokoh dan sarjana Islam yang terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh beliau. Antaranya ialah Ahmad Amin melalui bukunya ‘Fajr al-Islam’ dan Abu Rayyah melalui bukunya ‘Adwa‘ ‘ala al-Sunnah al-Muhammadiyyah’ dan lain-lain.



Antara pandangan dan rumusan yang dibuat oleh Goldziher terhadap al-Hadith ialah beliau menganggap bahawa sebahagian besar al-Hadith adalah lahir dari perkembangan semasa dalam agama Islam sama ada dari segi agama, sejarah dan social pada abad pertama dan kedua hijrah. Ini bererti kebanyakkan al-Hadith bukannya sahih datang daripada Rasulullah (s.a.w.), sebaliknya ia merupakan ciptaan umat Islam di zaman kecemerlangannya. Oleh itu, al-Hadith pada pandagan beliau tidak boleh dijadikan sebagai sumber penting dalam agama Islam. Tetapi hanya sebagai bahan penting kepada keterangan-keterangan sejarah perkembanganpelbagai aspek kebudayaan Islam zaman kemudian di bawah pengaruh bukan Islam.



Bagi menyokong pendapat tersebut, beliau cuba mengelirukan umat islam berhubung dengan sejarah penulisanj al-Hadith yang merupakan perkara utama yang dibincangkan oleh orientalis. Di mana Goldziher telah mengemukan sekumpulan al-Hadith yang menyatakan telah wujud beberapa sahifah yang dicatat pada zaman Rasulullah s.a.w, tetapi beliau meragui kenyataan itu datangnya dari generasi pertama umat Islam. Bagi beliau kemunculan riwayat tersebut merupakan ciptaan umat Islam terkemudian dalam usaha mereka membuktikan bahawa al-Hadith telah ditulis oleh generasi pertama umat Islam. Namun beliau tidak dapat menyokong pendapatnya secara konklusif.



A. Sprenger pula berpendapat bahawa al-Hadith disampaikan melalaui lisan selama lebih satu abad dan hanya ditulis di sekitar abad kedua Hijrah dan bukan pada zaman Rsulullah s.a.w sementara A. Guillaume membuat konklusi bahawa al-Hadith mesti dianggap sebagai satu rekaan. Pendapat ini disokong oleh Ruth. Sementara J. Schacht pula mendakwa al-Hadith berhubung dengan undang-undang direka dan hanya dianggap sahih mulai pertengahan abad kedua hijrah dan selepasmya sahaja. Beliau juga tetap menolak kenyataan tentang al-Hadith yang diusahakan pengumpulanya oleh Khalifah Abd al-Aziz (994 H-101 H.), kerana pada anggapan beliau semua al-Hadith sebagai rekaan selepas kewafatan ‘ Umar Abd al-‘ Aziz.



Orientalis juga menolak kenyataan yang mengatakan Khalifah Umar Abd al- Aziz adalah orang yang pertama meminta Abu Bakr Ibn Hazm (m. 117 H.), Ibn Shihab al-Zuhri (m. 124 H.)dan lain-lain supaya mengumpul dan menyusun al-Hadith. Oleh itu bagi kebanyakan orientalis, pengumpulan al-Hadith telah ditulis sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat. Pendapat ini dikemukakan oleh Sezgin dan Nabia Abbott, namun mereka berdua tetap menolak al-Hadith ditulis semasa Rasullullah s.a.w masih hidup. Sebenarnya penolakan orientalis terhadap penulisan al-Hadith di awal Islam berpunca dari anggapan mereka bahawa kebanyakan al-Hadith adalah rekaan umat Islam yang terkemudian.



Jawapan Ulama’ Islam kepada pandangan Orientalis Terhadap Al-Hadith

Pandangan-pandangan yang diutarakan oleh orientalis, baik mengenai penulisan Al-Hadith maupun mengenai isnadnya dan sekaligus terhadap Al-Hadith telah ditolak oleh beberapa ulama’ Islam. Antarany ialah Shaikh Mustafa al-Siba’ie melalui kitabnya ‘Al-Sunnah Wa Makanatuhu’, Mustafa A’zami melalui kitabnya ‘Dirasat Fi Al-Ahadith al-Nabawiyyah’, Muhammad ‘ajjah al-Khatib menerusi kitabnya ‘ al-Sunnah Qabla al-Tadwin dan Muhammad Abu Syahbah menerusi kitabnya ‘difa’ An Al-Sunnah ‘. Menerusi kajian-kajian dan penyelidikan ilmiah yang dilakukan, mereka dapat menolak segala keraguan yang cuba ditimbulkan oleh orientalis terhadap al-Hadith khususnya mengenai penulisan al-Hadith di awal Islam. Mereka telah mengemukakan bukti-bukti bahawa al-Hadith telah pun dicatat sebahagian besarnya semasa Rasullullah s.a.w masih hidup.



Walaupun pada peringkat awalnya Rasulullah s.a.w melarang para sahabat daripada menulis al-Hadith semasa hayat baginda kerana ditakuti bercampuraduk dengan al-Quran. Ini ditambah pula bilangan sahabat yang pandai menulis al-Hadith pada masa hayat baginda dengan mendapat keizinan khusus darinya. Di antara sahabat yang menulis semasa hayat baginda , ialah Abdullah Ibn Amru Ibn al-As’ (m. 65 H), Jabir Ibn Abdullah(m. 78 H.), Samurah Ibnu Jundub (m. 60 H.), dan Sa’ad Ibn Ubadah (m. 15 H.). Rasullullah s.a.w mengizinkan Abdullah Ibn ‘Amru al-‘As menulis al-Hadith, kerana beliau seorang penulis yang baik.



Begitu juga dengan beberapa sahabat yang lain yang turut sama dalam menyumbang dalam penulisan al-Hadith di zaman Rasulullah s.a.w seperti Sahifah Jabir Ibn Abdullah al-‘Ansari yang diriwayatkan oleh Qatadah Ibn Di’amah seorang tabi’in. Selain itu terdapat banyak lagi hadith-hadith yang ditulis pada masa hayat Rasulullah s.a.w oleh para sahabat, tetapi tidak sampai kepada kita. Ini di sebabkan sebahagianya dibakar oleh sahabat dan juga tabi’in kerana ditakuti ia terjatuh kepada yang bukan ahlinya.



Di samping hadith-hadith yang ditulis khusus oleh Rasulullah oleh sahabat, terdapat juga hadith-hadith yang ditulis secara tidak langsung melalui surat-surat perjanjian, surat dakwah dan surat-surat mengenai cukai seperti surat yang dihantar kepada Raja Habsyah dan surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah kepada raja-raja bukan Islam yang menyeru mereka memeluk Islam. Kesimpulanya semasa Rasulullah s.a.w masih hidup terdapat hadith-hadith yang ditulis oleh para sahabat, Cuma tidak secara rasmi, tetapi lebih bersifat individu.



Selepas Rasulullah s.a.w wafat, iaitu pada zaman sahabat penulisan al-Hadith secara individu jauh lebih bnayak dari zaman Rasulullah s.a.w. Antara sahabat dan tabi’in yang menulis al-Hadith pada zaman ini, ialah Abu Bakar al-Siddiq (m. 13 H.), ‘Umar al-Khatab (m. 23 H.), Mu’adh Ibn Jabal (m.51 H.), Amr Ibn Hazm (m. 50 H.), al-Mughirah Ibn Syu’bah (m. 51 H.), Hammam Ibn Munabbih (m.131 H.). Hammam Ibn Munabbih adalah seorang tabi’in yang banyak menerima dan menulis al-Hadith daripada Abu Hurairah r.a Hasil tulisannya kumpul dalam satu sahifah yang terkenal dengan nama Sahifah Sahihah bagi Hamman Ibn Munabbih. Sahifah ini telah ditulis pada zaman sahabat dan ia telah sampai kepada kita dengan sempurna sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hammam daripada Abu Hurairah dan ia telah didapati oleh Doktor Muhammad Hamidullah dalam bentuk manuskrip di Dimasyq dan juga Berlin. Malah kandunganya mempunyai beberapa persamaan dengan kandungan yang terdapat dalam musnad Ahmad Ibn Hanbal dan Sahih al-Bukhari. Kewujudan sahifah ini sebagai bukti yang jelas bahawa penulisan al-Hadith telah bermula pada abad pertama Hijrah lagi.



Proses penulisan al-hadith secara individu ini berterusan sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar ‘Abd al-Aziz (99 H. -101 H. ). Di mana penulisan dan pengumpulan al-Hadith secara rasmi bermula dengan arahan dan pemintaan yang dikeluarkan oleh beliau kepada gabenor-gabenor. Antara ulama’ yang menyahut seruan, ialah Abu Bakar Ibn Hazm (m 117 H.) dan Ibn al-Zuhri (m. 124 H. ).



Dari kenyataan di atas dengan sendirinya menolak dakwaan Goldziher yang menyatakan bahawa kebanyakan al-Hadith adalah hasil draipada perkembangan islam semasa dan bukannya dari Rasulullah s.a.w dan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ini ditambah pula dengan ketelitian dan kecermatan umat islam menerima sesebuah al-Hadith. Bukan mereka sahaja menyelidik setiap al-Hadith yang diriwayat oleh sesama mereka, malah mereka juga sentiasa menyelidik tentang pendusta dan pencipta Hadith-Hadith palsu. Justeru itu mereka dapat membezakan antara Hadith sahih dan palsu. Ketelitian dan kecermatan ini di ikuti oleh generasi selepas sahabat, iaitu tabi’in dan atba’ tabi’in. Kesungguhan mereka ini terbuti melalui beberapa kaedah dan metod serta ilmu-ilmu yang dicipta yang bukan sahaja bagi mengenal pasti Hadith-Hadith sahih dan palsu, tetapi juga bagi mengenal pasti perawi-perawi yang boleh diterima riwayatnya dan sebaliknya. Antara ilmu tersebut, iailah ilmu al-Jarah wa ta’ dil’ ilmu Rijal al-Hadith, ilmu ‘ilal al-hadith dan lain-lain. Di mana ilmu ini yang merupakan komponen kepada ilmu- ilmu al-Hadith telah menjadi satu disiplin pengajian ilmu yang lengkap dan sistematik.



Apabila sesebuah al-Hadith oleh perawi, sudah tentulah agak sukar sekali untuk membuat andaian bahawa berlakunya perbohongan dan penipuan. Ini kerana perbezaan mazhab dan fahaman yang dianuti serta kedudukan mereka yang berjauhan agak sukar bagi mereka untuk mengadakan satu pakatan pembohongan dan penipuan terhadap sesebuah al-Hadith. Jikalau pun ada amalan biasa mencipta isnad bagi memalsukan al-Hadith, ia adalah mustahil kerana ahli-ahli al-hadith sentiasa membuat pemeriksaan dan pembandingan segala perbezaan yang terdapat. Dalam pemeriksaan tersebut isnad palsu sentiasa ditemui dan tidak mungkin tetinggal tanpa diperiksa dan diselidiki. Walaupun begitu tidaklah dinafikan bahawa setiap penyalin al-Hadith itu tidak pernah membuat kesilapan yang perlu dibuat pemeriksaan teliti bagi memperbetulkanya. Faktor ini juga menolak dakwaan J. Schacht yang mengatakan isnad telah ditiru oleh perawi-perawi lain. Ini kerana perawi-perawi ini berasal dari tempat yang berjauhan dan berbeza kebudayaan, fahaman dan mazhab di antara mereka dan pertemuan di antara mereka adalah amat-amat sukar sekali.



Sementara dakwaan orientalis terhadap tumpuan kritikan ahli al-Hadith terhadap isnad tanpa teks al-Hadith adalah tidak benar sama sekali, kerana jika diteliti terhadap ulasan dan huraian mereka terhadap tekas al-hadith ternyata mereka juga tidak ketinggalan bercakap dan mengkritik teks al-Hadith sekalipun tidak sehebat kritikan mereka terhadap isnad al-hadith. Ini kerana kritikan terhadap isnad al-hadith kebiasaannya dilakukan oleh al-Hadith yang mempunyai autoriti dalam hal tersebut. Sementara kritikan terhadap tekas al-Hadith biasanya dilakukan oleh ahli fiqh.



Kesimpulan

Dari perbincangan di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa orientalis-orientalis barat telah lama beruasaha dan membuat kajian terhadap al-Hadith dengan tujuan menimbul keraguan kepada umat Islam terhadap autoriti al-Hadith sebagai salah satu sumber asas kepada syariat Islam. Usaha-usaha tersebut telah dibuat dengan pelbagai cara dan metod untuk menyarankan bahawa al-Hadith adalah perkara terkemudian yang direka oleh generasi Islam yang menyusul pada akhir abad pertama, kedua dan ketiga hijrah dan tiada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w tetapi ternyata segala keraguan yang ditimbulkan terhadap autoriti al-Hadith sebagai sumber syariat adalah tidak berasas sama sekali. Perkara ini jelas dengan bukti-bukti yang ditemui dan kemukakan oleh ulama’ Islam yang menggambarkan bahawa kriteria dan nilaitara periwayatan al-Hadith dan isnad serta perawinya adalah benar selain dari yang ditolak oleh al-hadith yang terkawal. Dengan ini jelaslah bahawa al-hadith tetap utuh autoritinya sekalipun cuba dipertikaikan oleh musuh-musuh Islam.

BIODATA IMAM AL-BUSHIRI امام البوصيري

Posted by luqman al-jawa on Sunday, May 2, 2010 , under | comments (0)



water Pictures, Images and Photos


Beliau ialah Sharaf al-Din, Imam Muhammad bin Said bin Hamad bin Manshur Busayri Bmdaiha Nabi, yang menjadi terkenal di zaman tersebut, (Aud al-Shahri 1983 : 9)

Busayri lahir di desa, "Das" salah satu desa dari Beni Suef, Mesir Hulu pada 608 H bersamaan Oktober 7, Mac 1213) berasal dari suku "Sanhaja" salah satu suku Berber yang tinggal di padang pasir Maghribi , dan dibesarkan di desa "Bosire" dekat daripada bandar kelahirannya, kemudian berpindah ke Kaherah di mana dia menerima ilmu pengetahuan dan sastera Arab. (Aud al-Shahri 1983 : 10)

Busayri menghafal Al-Quran pada masa kecilnya, dan mempelajari sejumlah bendera pada zamannya, sebagai mahasiswa beliau mengenali sejumlah besar para saintis terkenal, termasuk: mengangkat-Din Muhammad bin Yusuf, yang dikenali sebagai Abu Hayyan Ahlgrenati, buka-Din Abu al-Fath Muhammad bin Muhammad al-Omari Andalusia Al Ishbili Mesir, dikenali sebagai orang-orang Sayyid Ibnu ... Dan lain-lain. (Aud al-Shahri 1983 : 10 ). Busayri juga suka membaca biografi Nabi, dan untuk mengetahui berita mengenai Nabi (saw).



GURU-GURUNYA

1. Umar bin Syeikh Isa
2. Ali bin ahmad bin abi bakar
3. Adullah al-nur al-Adami
4. Jamal al-din bin yusuf bin ismail al-anbali
5. Badr al-qudsi
6. Izzudin abu umar abd aziz bin badr al-din al-makruf bin ibn jamaah
7. Attaqi ibn hatim
8. Ibrahim bin ahmad bin abd wahid al-tanwahki al-burhan al-Syami
9. Umar bin Roslan bin nasir bin soleh bin syabab al-ma’ruf bi al-syaikh al-islam al-balqaini
10. Abdul rahim bin hussain abd al-rahman
11. Abu Fadlu al-Iraqi
12. Al-Hashimi
13. Ahmad bin Ali bin Muhammad (Ibn Hajar al-Asqolani)

Guru yang paling kerap beliau berdamping dengannya ialah Ahmad bin Abd Rahim wali al-din Abu Zur’ah bin al-hafiz al-Iraqi. Guru Imam al-Busiri yang mengajarnya qiraat ialah, Burhan al-Din al-Syami. Manakala gurunya yang mengajarnya ilmu hadith ialah al-‘Iraqi, al-Hashimi. Gurunya dalam feqh ialah al-Balqaini. Manakala dalam ilmu aghlab ialah al-‘Azz bin Jamaah. (Aud al-Shahri 1983 : 24-25)



ANAK DIDIK IMAM AL-BUSHIRI
Imam al-Bushiri telah diakui bahawa beliau adalah muhaddith yang tidak ramai anak murid. Walau bagaimanapun, antara anak muridnya yang paling masyhur ialah Ibn Fahdun. Hal ini telah diberitakan oleh al-Sakhlawi. (Aud al-Shahri 1983 : 26)


PENULISAN IMAM AL-BUSHIRI
1. Zawaid Sunan Ibn Majah
2. Zawaid Sunan al-Kubra Lil Baihaqi
3. Ithaf al-Mahrah al-Khairah bi Zawaid al-Masanid al-Asyrah
4. Zawaid Nuwadar al-Usul Lil Hakim al-Tirmidzi
5. Tuhfat al-Habib bi al-Zawaid fi al-Targhib wa al-Tarhib
6. Juz’un fi khisol ta’mal qabla al-maut fiman yajri amalahu ba’da al-maut
7. Amala al-yaum wa al-lailah
8. Jama’ al-Mukhtalitin wa al-mudallisin
9. Juz’un fi ahadithsu al-Hujjah
(Aud al-Shahri 1983 : 27)


KEMATIAN

Imam meninggal di Iskandariah Busayri tahun (695 H - 1295 M) dalam usia 87 tahun, di Madrasah al-Sultan Hasan. Beliau dikebumikan di Dawar Tasywatar. (Aud al-Shahri 1983 : 11)

BIODATA IMAM IBN MAJAH امام ابن ماجه

Posted by luqman al-jawa on , under | comments (0)



water Pictures, Images and Photos

Ibn Majah adalah seorang ulama’ hadith yang terkemuka. Nama sebenar beliau ialah Abu Abd Allah Muhammad bin Yazid bin Majah al-Qazwini. Kunyahnya ialah Abu Abd Allah dan beliau masyhur dengan nama Imam Ibn Majah. Beliau berasal dari kampung Qazwin di cIraq. (Haji Dusuki. 1976: 116). Ibn Majah dilahirkan pada tahun 207 Hijrah bersamaan dengan 824 Masihi (Rosmawati Ali. 2005: 314).

Sebutan Majah dinisbahkan kepada ayahnya, Yazid, yang juga dikenali dengan nama Majah Maula Rabcat. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Majah adalah ayah dari Yazid. Namun demikian, pendapat pertama adalah lebih rajih. Manakala perkataan al-Qazwini adalah berasal daripada Qazwin iaitu nama sebuah bandar yang termasyhur di Iraq (HadiMuhsin.1985:158).

Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Ibn Majah. Kitab ini dianggap sebagai yang keenam dalam senarai kitab-kitab Sunan Sittah. Oleh kerana dalam kitab tersebut terdapat hadith-hadith yang dacif maka sebahagian ahli hadith memasukkan al-Muwattac susunan Imam Malik sebagai kitab keenam (Haji Dusuki. 1976: 116).

Sesungguhnya Ibn Majah mempunyai keperibadian yang amat istimewa dan mempunyai ilmu yang luas dan kesabaran yang berterusan serta usaha yang gigih dalam ilmu pengriwayatan hadith. Selain itu juga beliau merupakan Imam dalam pengajian hadith dan kitabnya Sunan Ibn Majah adalah hasil karyanya yang termasyhur (Ali Yusof Ali. 1998: 117).

Imam Ibn Majah wafat pada bulan Ramadan tahun 273 Hijrah. Beliau wafat ketika berumur 64 tahun. Namun demikian ada juga yang mengatakan beliau wafat pada tahun 275 Hijrah. Pada masa itu adiknya Abu Bakr telah menyembahyangkan jenazah beliau bersama anaknya cAbd Allah telah menguruskan pengkebumiannya. Pada masa itu juga ramai ulama’-ulama’ terkemuka berkata dengan syair-syair menunjukkn kesedihan mereka, di antaranya ialah Muhammad Ibn al-Aswad al-Qazwini yang telah membacakan syairnya yang bermaksud “Sesungguhnya kehilangan Ibn Majah telah melemahkan kemahkotaan ilmu dan menggoncangkan segala asas-asasnya” (Maulana Hasanudin. 1999: 109).
Di sini jelas bahawa Imam Ibn Majah sentiasa disebut-sebut pada zamannya kerana kegigihan beliau dalam mencari ilmu.


PENDIDIKAN

Ibn Majah sangat mencintai ilmu pengetahuan dan hadith semenjak kecil lagi. Beliau juga berasal daripada keluarga yang berminat dengan ilmu pengetahuan. Sejak awal-awal lagi, beliau sudah menunjukkan bakat dan ketokohannya sebagai seorang ulama’ sebagaimana para ulama’ hadith yang terdahulu.

Keinginan mengembara dan mencari ilmu serta pengalaman merupakan usaha utamanya. Antara daerah yang dikunjungi beliau ialah seperti Basrah, Syam, Iraq, Mesir Kufah, Hijaz dan lain-lain lagi. Setiap daerah yang Ibn Majah kunjungi, beliau akan menemui ulama’ hadith dan mempelajarinya. Beliau juga banyak menghabiskan masa untuk menulis dan berkarya. Antaranya seperti kitab Tafsir, Tarikh dan Sunan (Asmawi Hj Ehsan. 2003:174).

Selain itu beliau telah berjumpa dan bermuzakarah dengan syeikh-syeikh serta imam-imam hadith, dan daripada merekalah Ibn Majah menggali sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan juga potensinya (Ali Yusuff 1989: 113). Beliau juga telah mendengar dari sahabat-sahabat, Malik dan al-Laith r.a. sehingga beliau menjadi salah seorang Imam Ilmu al-Hadith al-Nabawi (Maulana Hasanudin1991:110).

GURU-GURU

Di antara guru-guru Ibn Majah yang sempat beliau temui dan mewarisi ilmunya ialah
cAli bin Muhammad (paling banyak hadith daripadanya), Jubarah bin al-Mughallis, Muhammad bin cAbd Allah bin Nasir, Muscab bin cAbd Allah al-Zubairi, Suwaid bin Sacid, Ibrahim bin al-Munzir al-Hazami, cAbd Allah bin Mucawiyah, Hisyam bin cUmar, Yazid bin cAbd Allah dan Abu Bakr bin Abi Syaibah (Rosmawati 2005:316-317). Dia belajar membaca al-Qur’an daripada Muhammad Ibn cIsa al-Abhariy, Abu al-Hasan al-Qattan dan lain-lain (Ensiklopedia Dunia (jilid 9). 2005: 15).


MURID-MURID

Antara murid-murid yang menuntut ilmu dengan Ibn Majah ialah Abu al-Tayyib Ahmad bin Rawh al-Baghdadi, Muhammad bin ‘Isa al-Abhari, Abu al-Hasan Ali bin Ibrahim al-Qattan, Sulaiman bin Yazid al-Qazwini, Ishak bin Muhammad al-Qazwini, Ali bin Sa’id bin Abdullah, Ibrahim bin Dinar al-Jarsyi dan ramai lagi (Asmawi Hj Ehsan. 2003: 174).

KARYA-KARYA

Antara karangan yang sempat dibuat dan ditinggalkan untuk tatapan umat Islam ialah
Tafsir al-Qur’an, Sunan Ibn Majah (merupakan antara koleksi kitab Sunan Sittah) dan Kitab Tarikh Qazwayn (mengandungi sejarah sejak zaman sahabat sampai zaman Ibn Majah) (Asmawi Hj Ehsan 2003:174).


PUJIAN ULAMA’ TERHADAP IBN MAJAH

i. Menurut Abu Yacla al-Khalili sebagaimana yang dipetik oleh Ibn Hajr, bahawa Ibn Majah adalah seorang yang thiqah yang kata-katanya boleh dijadikan hujah. Para ulama’ telah bersepakat menerima pengriwayatannya. Beliau juga mendalami ilmu hadith, seorang hafiz dan banyak mempunyai karya-karya dalam sunnah, tafsir dan tarikh.

ii. Menurut Ibn Khalakan, Ibn Majah ialah seorang hafiz yang masyhur dan pengarang kitab sunan dalam bidang hadith.

iii. Manakala al-Zahabi pula menyifatkan Ibn Majah sebagai seorang hafiz yang agung, seorang mufassir dan muhaddith bagi negerinya (Muhammad Fuad Abd al-Baqi. 1998: 9-10).

HADITH-HADITH TENTANG PERUBATAN NABI الطب النبوي

Posted by luqman al-jawa on Saturday, May 1, 2010 , under | comments (0)



labu Pictures, Images and Photos
Makan Mentimun Beserta Kurma
‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏وعبد الله بن عون الهلالي ‏ ‏قال ‏ ‏يحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏ابن عون ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إبراهيم بن سعد ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن جعفر ‏ ‏قال ‏: رأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يأكل القثاء بالرطب
‏(اخرجه المسلم كتاب الاشربة في أكل القثاء بالرطب: 3806‏ ( ‏

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.
Penjelasan Hadith

Menurut Abu Isa al-Tirmidzhi: Ianya hadith hasan lagi shahih lagi gharib. Ketahuilah bahawa makan timun Arab dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti dengan mentimun, maka barangsiapa membiasakan diri dengan makan mentimun dengan kurma masak boleh membesarkan badan, kerana timun Arab mempunyai khasiat padanya untuk membesarkan badan, selain itu juga ianya dapat menghilangkan dahaga, mendatangkan kekuatan tenaga bagi sesiapa yang menghidunya kerana padanya terdapat bau yang harum, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya tidak mudah busuk dan rosa.


Manakala kurma itu pula sifatnya panas pada peringkat pertama dan lembap pada peringkat kedua, ianya dapat memberi kehangatan terhadap makanan yang sejuk, akan teapi menyebabkan dahaga dan lekas menjadi busuk dan rosak, selain itu ianya boleh mengeruhkan darah dan menyebabkan pening kepala. Begitulah sifat kedua-duanya itu yang mana saling berlawanan antara satu sama lain, yang mana timun itu bersifat sejuk manakala kurma itu bersifat panas.


Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas. Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith, Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.


Berubat dengan Tamar Nabi

‏قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ أَكَلَ سَبْع تَمَرَات مِمَّا بَيْن لَابَتَيْهَا حِين يُصْبِح لَمْ يَضُرّهُ سُمّ حَتَّى يُمْسِي ) ‏
‏اللَّابَتَانِ هُمَا الْحَرَّتَانِ , وَالْمُرَاد لَابَتَا الْمَدِينَة , وَقَدْ سَبَقَ بَيَانهمَا مَرَّات . ‏
(اخرجه البخاري كتاب الطب في الدواء بالعجوة للسحر:5327)

Maksudnya: “Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.


Penjelasan Hadith
Tamar Nabi ialah Al-Ajwah. Ia adalah sejenis tamar kota Al-Madinah Al-Munawarah, bijinya lebih besar dari tamar Ash-Shaihaani, warnyanya agak hitam, merupakan suatu tanaman junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Antara manfaatnya ialah ia berguna unutuk menguatkan urat-urat perut, mengendurkan ketegangan urat-urat saraf dan melembutkan perangai seseorang yang kasar. Memakan tamar sebelum makan pagi dapat membunuh bakteria dalam perut. Meminum air rendamannya dapat melancarkan pembuangan air kecil seterusnya ia dapat menguatkan limpa. Kajian terbaru menunjukkan tamar secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiat dan dapat menyembuh banyak penyakit.


Untuk mengubati penyakit kencing manis , caranya ialah dengan memakan secara biasa tujuh biji sekali makan, dengan tiga kali makan sehari, sebelum memakan makanan yang lain. Dimakan waktu pagi, tengahari. Dan petang atau malam. Timbangan sekilogram kira-kira 60 biji (2 kilogram seminggu).


Berubat dengan Cendawan
حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏حدثنا ‏ ‏غندر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الملك ‏ ‏سمعت ‏ ‏عمرو بن حريث ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏سعيد بن زيد‏ ‏قال ‏ سمعت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏الكمأة ‏ ‏من ‏ ‏المن ‏ ‏وماؤها شفاء للعين ‏

(اخرجه البخاري كتاب الطب باب المن شفأ للعين رقم 5272)

Maksudnya: “Hadis Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang sangat istimewa) dan dapat mengubati mata”.
Said bin Zaid r.a. memberitakan Rasulullah bersabda: Ertinya : “Cendawan itu berasal dari Mannah (makanan dari langit atau embun) dan airnya penyembuh sakit mata.”


Penjelasan Hadith
Cendawan tumbuh berbentuk batatas (payung), warnanya coklat, dan banyak tumbuh di musim hujan (tengkujuh). Cendawan banyak mengandungi vitamin A dimana ia dapat mengubati gangguan dalam pemandangan mata. Sesungguhnya ia telah diserupakan dengan Manna yang diturunkan oleh Allah dari langit berdasarkan persesuaian antara keduanya, disebabkan kerja mencari dan mengutipnya tidak letih dan tidak menyukarkan (sebagai turun dari langit), begitu juga ia tidak payah ditanam (dengan membajak tanah) dan tidak perlu pula menjirus dan mengusahakannya.Menurut satu sumber: cendawan merupakan suatu makanan pengenyang bagi Bani Israel semasa mereka berada di Padang Tih yang penuh dengan cendawan bagi menggantikan roti gandum.


MINGGUAN MALAYSIA 13 JAN 2008 :
Bukan satu rahsia. Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan.Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau.Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.


‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat. Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England.Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.


Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser.‘‘Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.‘‘Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,”.


Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi).Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu:‘‘Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.‘‘Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.


Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor.Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.‘‘Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.‘‘Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell.


Berubat dengan Limau Utrujj
وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأُتْرُجَّةِ ريحها طيب وطعمها طيب، ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التَّمْرَةِ لا ريح لها وطعمها طيب حُلْوٌ، ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مُرٌّ، ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر".
(رواه البخاري في كتاب التوحيد باب قراءة الفاجر والمنافق وأصواتهم وتلاوتهم لا تجاوز:7005)


Maksudnya : “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran seperi buah Utrujjah (limau); baunya harum dan rasanya manis (enak). Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah kurma yang tidak berbau tetapi rasanya manis (enak).Dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran seperti minyak wangi; baunya harum tetapi rasanya pahit). Dan perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzalah, (buah yang pahit), tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit”.


Penjelasan Hadith
Utrujj ialah nama sejenis pokok limau yang banyak ranting berduri; mempunyai daun dan buah. Manakala buahnya seperti limau yang besar dan seperti Burtuqaal (limau manis) bentuknya hampir bujur seperti betik dan bermuncung. Warnanya warna emas indah. Limau ini mempunyai dua ciri keistimewaan iaitu keharuman baunya dan keenakkan rasanya.


Bau Utrujj akan menyembuhkan wabak seperti hawar, dan sampar serta keburukkan udara. Manakala kulit buahnya dijadikan bahan adunan (makjun) yang berguna untuk perut dan ia dapat menguatkan keinginan seks jantina. Adapun buahnya, airnya diminum bagi orang yang perutnya panas ia dapat menyejukkan rasa tidak selesa dengan cepat. Ia juga dipercayai dapat menguatkan hati yang lemah dan menyukakan hati yang duka.
Limau Utrujj juga dapat menimbulkan selera makan dan dapat menahan rasa dahaga: menghentikan radang kerongkong, berdebar hati dan menghilangkan rasa kesedihan. Selain itu ia berguna untuk menghilangkan racun yang membunuh dalam tubuh dengan cara meminum air pati dicampur dengan air suam kuku. Ia juga berguna untuk semua mangsa sengatan binatang yang berbisa, iaitu dengan cara mencincangkannya dengan halus dan kemudian diletakkan di tempat sengatan.Selain dari itu ia juga berupaya dalam menambahkan air mani, menyuburkan badan dan melipatgandakan vitamin-vitamin dalam badan.


Khasiat Buah Labu
حدثنا ‏ ‏قتيبة بن سعيد ‏ ‏عن ‏ ‏مالك بن أنس ‏ ‏فيما قرئ عليه عن ‏ ‏إسحق بن عبد الله بن أبي طلحة ‏ ‏أنه سمع ‏ ‏أنس بن مالك‏ ‏يقولا ‏ إن خياطا دعا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لطعام صنعه قال ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏فذهبت مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إلى ذلك الطعام فقرب إلى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏خبزا من شعير ومرقا فيه ‏ ‏دباء ‏ ‏وقديد ‏ ‏قال ‏ ‏أنس ‏ ‏فرأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يتتبع ‏ ‏الدباء ‏ ‏من حوالي ‏ ‏الصحفة ‏
‏قال ‏ ‏فلم أزل أحب ‏ ‏الدباء ‏ ‏منذ يومئذ .
(اخرجه مسلم في الأشربة جواز أكل المرق واستحباب أكل اليقطين وإيثار أهل المائدة:3803)


Maksudnya: “Daripada Hadis Anas bin Malik r.a:
Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ‏”.


Penjelasan Hadith
Menurut hadith diatas, sebagaimana pemakanan yang digemari nabi selain kurma, Nabi Muhammad saw menggemari buah labu. Buah labu antara lainnya sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat yang masih belum terungkap lagi, kini kajian moden mendapati buah labu kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat yang baik untuk tubuh badan, begitulah pemakanan baginda yang sebenarnya merupakan satu kaedah pemakanan yang baik, justeru itulah ditekankan bahawasanya mengikut sesuatu yang datangnya dari baginda dan menyelusuri sunnah-sunnahnya merupakan kebaikan dan kemaslahatan bagi umat manusia seluruhnya.


Labu adalah sejenis buah yang biasanya bersaiz bulat labu merah berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.
Dalam buku Vegetables: For Health and Healing nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.Katanya lagi, daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.


Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand. Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.


Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur. Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

KLIK UNTUK BERSEDEQAH