AWAS…KAWALLAH API KEMARAHANMU...
Artikel pd kali ini berkisarkan tentang akhlak, iaitu sy mengambil tjuk marah, mengapa tajuk marah?? disebabkan akhir2 ni ramai yg suke marah, ada yg marahkan anak, ada yg marahkan kawan, ada yang marahkan pekerja, ada plk pekerja yg marah dgn sikap bossy boss, ad gk org yg marah dgn jiran sblh sbb nyanyi lagu kuat2 dh la xsedap kalo sdp xpe gk...hu3...namunx kra la siapa pun, semua ada sifat marah, bukan xboleh marah tp awas kawallah api kemarahanmu itu, tidak lupa juga kpd syaitan dan iblis yg tidak henti2 menganggu manusia dan sering menusuk manusia dgn jarum api kemarahan celakalah keatasmu, sesungguhnya memang benarlah tempatmu di neraka JAHANAM, So tanpa berlengah2 lg jom kita tatapi sedikit coretan kalam dan hasil pencarianku untuk membuat artikel ini, saksikanlah....
Marah itu sebenarnya adalah secebis api yang bersumberkan dari api Allah yang bernyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya terpancar sifat angkuh yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi. Orang yang melihat dengan nuril-yaqin (cahaya keyakinan) dapat menyingkap, bahawa dari manusia itu telah ditarik sepotong urat yang berhubung dengan syaitan yang terkutuk, apabila api kemarahannya mula berkobar-kobar, maka hubungan itu menjadi kukuh, sebagaimana pernah diucapkan oleh syaitan sendiri dan diceritakan dalam al-Quran surah al-A’raf :
Tafsirnya: “Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."
Bukankah sifat tanah itu sentiasa bertenang dan tetap, manakala sifat api pula bernyala-nyala, menyerang, berkobar-kobar dan bergelojak. Kemudian timbul dari sifat marah itu perasaan –perasaan yang lain iaitu dendam, hasad dengki, dan menerusi sifat-sifat inilah telah banyak orang-orang yang binasa dan banyak juga orang yang rosak. Pokok segala kebinasaan dan kerosakan itu, bersebab dari segumpal daging (hati), jika daging itu dijaga dengan baik, baik pulalah seluruh tubuh.
KECELAAN SIFAT MARAH.
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surah al-Fath ayat 26 :
• • • •
Tafsirnya: “ (ingatlah dan kenangkanlah ehsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada Dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang Yang sangat berhak Dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin, atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta’ala, disebabkan mereka melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu’minin, atau orang-orang yang beriman, disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang. Diriwayatkan, ada seorang telah mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja lalu baginda bersabda:
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Berilah aku wasiat.” Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jangan marah!” Dia bertanya berulang-ulang dan tetap dijawab, “Jangan Marah!”
(Riwayat al-Bukhari)
Perintah Rasulullah untuk tidak marah mengandung 2 penafsiran, yaitu:
1. Maksudnya tahanlah marah, yaitu ketika ada sesuatu yang membuat marah maka berusahalah untuk tidak melampiaskan kemarahannya.
2. Menghindarkan diri dari sebab-sebab yang mendatangkan kemarahan. (Sumber ringkasan syarah arba’in an-Nawawi)
TINGKATAN MANUSIA KETIKA MARAH.
Manusia dalam menghadapi keganasan marah terbahagi kepada tiga tingkatan:
1) Ketiadaan sifat marah.
2) Keterlampauan sifat marah.
3) Pertengahan antara marah dan tidak marah.
KETIADAAN SIFAT MARAH.
Orang yang tiada bersifat marah, ataupun yang lemah sifat kemarahannya itu tercela. Itulah orang yang dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri. Allah Subhanahu wa ta’ala telah mensifatkan para sahabat dan nabi dengan terkadang-kadang bersifat keras dan beperasaan cemburu atas diri, seperti firman Allah ta’ala dalam surah al-Fath ayat 29 :
Tafsirnya: “ Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).”
Yang dikatakan bersikap keras dan tegas itu adalah bersumberkan dari adanya tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, iaitu yang menyebabkan sifat marah.
KETERLAMPAUAN SIFAT MARAH.
Yang dikatakan keterlampauan dalam marah itu, ialah bila sifat marah itu tidak dapat dikuasai lagi, sehingga ia terkeluar dari batas pertimbangan akal dan agama dan kepatuhannya. Orang yang seperti ini, tentulah tidak lagi mempunyai bashirah atau mata hati yang dipandang dengannya, atau pemikiran untuk menimbang dengan akalnya, dan ia tidak ada pilihan lagi, melainkan seperti seorang yang terpaksa saja. Diantara tanda-tanda marah pada lahirnya, ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan lain-lain lagi. Adapun kesan-kesan atau tanda kemarahan yang terdapat pada lidah ialah kelancangan lidah ketika mencaci maki yang apabila didengar oleh orang yang waras akalnya akan merasa malu untuk menyebutnya. Tentang kesan-kesan marah pada anggota ialah suka memukul, menyerang, menghancurkan harta benda, melukai bahkan membunuh, malah adakalanya sampai melukakan diri sendiri. Adapun kesan-kesan dan tanda-tandanya pada hati pula ialah lahirnya sifat-sifat dendam dan dengki, memandangkan niat jahat terhadap orang lain, suka bersifat dengan sifat-sifat yang tercela dan dikeji, ia tidak senang melihat orang lain bergembira dan tidak segan untuk membocorkan rahsia dan keaiban orang lain. Demikianlah hasil sifat marah yang berlebih-lebihan atau yang melampaui batas. Manakala hasil sifat marah yang lemah, ialah ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang mengganggu kehormatan peribadi dan kehormatan isteri dan keluarga, ia bersifat acuh tak acuh sahaja ketika peribadinya dihinadinakan.Tegasnya, ketiadaan sifat marah dalam diri adalah tercela. Tetapi yang baiknya ada sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama.
PERTENGAHAN ANTARA MARAH DAN TIDAK.
Adakalanya marah itu perlu dan adakalanya penyantun pula yang perlu, tetapi sebaik-baiknya mengendalikan kedua-dua sifat marah dan penyantun itu menurut batas pertengahan, kalau marah jangan berlebih-lebihan, dan kalau penyantun pun jangan melampaui batas. Biarlah yang dilakukan itu pertengahan, seperti yang dianjurkan oleh Allah subhanahu wa Ta’ala ke atas sekalian hamba-hambanya, iaitu cara pertengahan yang disifatkan oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dalam salah sebuah sabdanya yang bermaksud: “ Sebaik-baik perkara ialah yang pertengahan.”
Terapi Ketika Menghadapi Kemarahan.
Ada beberapa cara untuk terhindar dari melampiaskan kemarahan, di antaranya:
1. Duduk, jika ketika marah di dalam keadaan berdiri.
2. Mengucapkan kata-kata yang baik.
3. Berwudhu. (Sumber ringkasan syarah arba’in an-Nawawi)
Sesungguhnya kita sebagai umat Islam yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian perlulah bijak mengawal api kemarahan hawa nafsu supaya segala yang dilakukan berlandaskan ajaran Islam dan ketahuilah bahawa sesungguhnya setiap sesuatu yang buruk dan tidak baik itu pasti dibalas dengan sesuatu yang tidak baik juga.
Rujukan:
1) Bimbingan Mu’min, Imam Ghazali, kitab mencela marah, dendam dan dengki.
2) Ringkasan syarah arba’in an-Nawawi.
JOIN NOW !!!
Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.org