Latest News

TUJUH USUL AQIDAH AHL-SUNNAH WAL JAMAAH YANG PERLU DIKETAHUI

Wednesday, November 4, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 12:46 AM

I'tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah Pictures, Images and Photos
Al-Baghdadi menguraikan aqidah ahl-sunnah seperti berikut:
1) Siapa sahaja yang pengetahuannya meliputi masalah ketauhidan, hokum, janji dan ancaman, pahala dan dosa, syarat-syarat ijtihad, imamah dan kepimpinan. Ketika mengkaji dan mendalami ilmu-ilmu itu mereka menggunakan cara-cara yang bebas menyekutukan Allah, disamping meninggalkan bid’ah yang dilakukan kaum Khawarij dan semua pengikut hawa nafsu.

2) Para imam ahli ra’yi dan ahli hadith, yang mempunyai aqidah/I’tiqad dalam usuludin dengan sifat Allah, yakni sifat-sifatnya yang azali, yang terbebas dari keyakinan Qadariyyah dan Mu’tazilah. Meyakini akan adanya ru’yatillah pada hari kiamat tanpa disertai adanya penyerupaan. Meyakini adanya mahsyar sebagai tempat dikumpulkan manusia setelah di alam kubur, dan mempercayai adanya pertanyaan-pertanyaan dalam kubur. Meyakini adanya haudh (telaga) dan shirath (titian) syafa’at dan ampunan segala dosa selain syirik. Meyakini abadinya para penghuni syurga didalamnya dan kekalnya siksaan bagi penghuni neraka. Mempercayai dan mengakui akan khalifah Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali bin Abi Talib, serta menghormati para al-salaf ash salih dari umat ini. Berkeyakinan akan kewajipan solat jumaat debgan bermakmum pada orang yang bebas dari ahli hawa nafsu dan ahli sesat. Berkeyakinan pada kewajipan beristinbat dari al-Quran, sunnah dan ijma’ para sahabat. Berkeyakinan membolehkan membasuh kedua terompah (penganti wudhu’), jatuhnya talak tiga dengan satu lafaz sekalipun, mengharamkan nikah mut’ah, serta wajib mentaati penguasa kecuali dalam kemaksiatan. Termasuk jemaah ini adalah pengikut Abu Hanafiah, Malik, Syafi’I, Ahmad bin Hanbal, Auza’I, al-Thawri dan seluruh fuqaha yang meyakini secara aqliyah pokok-pokok sifatiyyah, dengan tidak mencampur aduk dengan fiqh ahli bid’ah dan sesat.

3) Mereka yang mengumpulkan dan mengambil sumber hadith dari pemberitaan dan riwayat yang sahih. Kemudian mereka membezakan antara shahih dan tidak shahih, mengetahui jarh dan ta’dil. Dan tidak mencampur aduk ilmu mereka dengan amalan ahli bid’ah dan sesat.

4) Mereka yang mengetahui dengan luas ilmu nahu, adab sharaf, yang mengikuti ulama ahli bahasa seperti Khalil b Ahmad, Sibawaih, Abi ‘Amr bin ‘Ala’a, Al-Farra’a, Al-Akhfasy, Al-Ashma’I dan semua ahli bahasa dari Kufah dan Basrah yang tidak mencampur aduk ilmunya dengan amalan ahli bid’ah dan ahli sesat.
sunnah followers.net Pictures, Images and Photos
5) Mereka yang mengetahui akan ilmu qiraat al-Quran, tafsir dan ta’wil ayat-ayatnya sesuai dengan mazhab ahl-sunnah tanpa disertai atau dicampuri dengan hasil penakwilan dan penafsiran ahli bid’ah dan ahli kesesatan.

6) Mereka para ahli auhud dan ahli sufi yang menyelidik dan membatasi, yang diuji dan dapat mengambil I’tibar. Mereka yang merasa rela dengan apa yang ditaqdirkan dan merasa puas dengan apa yang telah berlaku. Mereka yang mengetahui dengan yaqin bahawa pendengaran, [englihatan dan hati akan diminta pertanggungjawabkan tentang kebaikan dan kejahatan. Agama mereka adalah berserah diri kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya, serta meniadakan melakukan protes dan tuntutan kepadaNya.

7) Mereka yang memiliki ikatan kuat dengan benteng umat Islam. Menjaga dan melindungi seluruh wilayah Islam dan membaur bersama mereka dengan menampakkan mazhab ahl-sunnah wal jamaah dalam lingkungan mereka.

Itulah ahl-sunnah yang telah dirinci oleh Al-Baghdadi, salah seorang ulama ahl-sunnah yang termaklum sebagai perawi yang dapat dipercaya oleh ahli firqah yang beraneka ragam banyaknya. Dengan demikian dapat kita simpulkan bahawa ahl-sunnah adalah mereka yang mengikuti jejak para al-salaf al-shalih dan para sahabat. Tidak cenderung pada perilaku yang dapat mempengaruhi mereka untuk berbuat penyimpangan. Perilaku mereka dengan jelas dan tegas merujuk kepada Kitabullah, Sunnah NabiNya, ijma’, qiyas dan ijtihad yang jauh dari unsure penyimpangan dan berlebihan dalam hal meyakini dan mengungkapkan hukum hasil ijtihadnya.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment

KLIK UNTUK BERSEDEQAH