Latest News

AKU DIKEJAR ASKAR JEPUN & MAKHLUK SEKSI

Friday, December 25, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 9:34 PM

hantu Pictures, Images and Photos

Ini kisah bukan main-main, ini kisah benar, ini bukan cobaan, ini benar-benar berlaku iskh3, cobaan… kalo dulu aku telah ceritakan bagaimana pengalaman menjadi pocong di bulan Ramadhan, so kali ni agak berlainan sikit, kalo dulu ak suka menyakat tapi kali ni lain..hihi…kalo ak nk citer skng nnti xsuprise plak, so bacelah yee…

Kisahnya bermula begini…lokasi kejadian adalah sama di lokasi kejadian dimana tempat aku menjadi pocong iaitu di asrama aku, dan ditempat itu juga la ak hampir2 dicekup ustaz…haha… pada suatu malam di surau selepas aku solat isyak bersama-sama rakan-rakan yang satu kepala, satu jiwa dan satu Malaysia(kah3x), maka datanglah warden yang hampir2 mencekup ak dulu iaitu ustaz Abbas b Tambah, beliau memberikan sedikit taklimat bahawasanya esok ada qiamullail, so ustaz nak sok pukul 2 pg ustaz nk semua dh berkumpul kt Musolla sekolah, ustaz xnk ad sesiapa yang lambat, dalam ustaz memberikan taklimat aku terbayang dan tersenyum sorang2, kalaulah pd mse tu ak dicekup dek ustaz ni agaknya apa jadi la nasib ak ye…huhu…mesti ak jadi famous satu sekolah.

Malam pun terus melabuhkan tirainya, sang bulan purnama menyinari alam agak samar pada malam itu sebab dilitupi sekawan awan, pungguk datang menjengah menyanyikan lagu jiwa lagu cintanya, anjing melalak mendayu-dayu menyanyikan lagu Mas Idayu, maka datanglah angin meniup wisel perlumbaan menyerikan irama membelah alunan kesepian malam, pada malam tersebut aku dan kawan2 duduk2 bersembang-sembang di dalam bilik tidur yang mana kami telah angkat martabat bilik tersebut sebagai bilik persidangan mesyuarat agong, tjuk perbahasan pada malam tu berkisar tentang Qiamullail yg diadakan oleh ustaz Abbas, antara idea-idea yang dilontarkan pada malam itu adalah bagaimana nak melarikan diri dari program qiamullail ust Abbas, usul pertama daripada kawan aku yang bernama…tut..tut3…huhu, usul tersebut berbunyi kita tidur je bat2 xsedar, usul kedua pula menyatakan bahawa kita pergi lambat sikit n nanti mesti qiamullail dh start so kte buleh lepak-lepak dulu, kita duduk2 iktikaf pstu kita bt la solat sunat sikit2, kan nnti kte dapat dua pahala, org lain dpt 1 pahala je, sambil menyelam kita minum air, hohoho, agak cerdik idea ini ya kawan-kawanku…hik3

Setelah persidangan agong berlangsung beberapa minit, maka kesemua sahabat-sahabat sepakat untuk menghadiri program tersebut, memandangkan iman pada mase tu YAZID DAN BUKAN YANQUS, tapi lambat ckitlah kitorng pergi, so kata sepakat dah tercapai, esok kita wajib pergi ke program Qiamullail, maklumla kiteorng nk mengejar pahala. Malam tu aku tak leh tido so ak study laa, sbb ak nk bt yg terbaik dalam PMR thn tu. Study punya study ntah macam mana mlm tu ak tertidur secara automatic, tp yg aku pasti mmg dh larut malam gak la.

Bang…bang…bang….bangun bang…abang luqman bangun, spe pulak ni kacau aku tidur, rse mse tu mcm nk penyepak je, tp mse tu iman yazid wala yanqus,huhu, so pelan2 aku bukakkn mata, terpacul sebujur badan dihadapan mata, owhh kamu nape?? (budak suruhan kt asrama mengejutkan aku tidur) bang bangun bang qiamullail,, ok3 jap lg aku bangunla, ko pergi dulu ajak budak2 yg lain pergi bentangkan sejadah dulu,, aku lambat cikit,.. maka waktu yang dinanti-nanti telah pun tiba, namun pd mse tu ak tidur lg, entah macammana dalam tidur tu tiba2 je ak bangun mengejut dan terus terduduk, ak lihat kawasan sekeliling senyap je, mse tu aku kt tingkat atas, pandang kanan, kosong, pandang kiri kosong, tengok bilik sebelah dah lengang, owh diorang dh pergi rupernyaa, lalu aku turun ke tingkat bawah, melihatkan sahabat2 ku sedang bergegas menyalin pakaian utk pergi ke Qiamullail, owh ad lg diorang ni bisik hatiku, melihatkan keadaan itu aku pun terus mencapai tualaku dan terus mandi,

Selesai mandi, krekkkKKKKkkk (pintu bilik mandi yg sedikit using aku bukak) suasana suram, senyap sepi, aku memandang keliling rumah memang sah dh xde orng ni, abislah aku sorng2 kt dlm umah peninggalan cina ni (asrama ni adalah umah sewa peninggalan orang cina) rumah ni memang diakui seram dan pelik oleh semua kawan2 aku, tambahan lagi apabila duduk sorang2 dalam rumah tu, mana taknya, dah banyak kali aku dengar suara orang berbisik2 seolah2 bersembang tapi time aku bukak pintu je xde orng, mmg pelik, tambahan lagi prnh berlaku kt aku time tu aku nk balik kg dh, tinggal aku sorang je kt umah tu, so aku tutup la pintu, agak aneh elok je aku tutup pintu, aku dengar suara orng bercakap2 dr dalam, spe yg cakap2 ni?? Bisik hatiku…tp ak xmengendahkan sgt, biasala rumah tinggal, mesti dh ada penghuninya,…JIN kot bisik hatiku, lantakla…......kita kembali kpd kisah aku qiamullail td pulak, aku pn dengan langkah yg berkobar melangkah dengan beraninya di sebuah rumah yg penuh dgn jin,

Tiba-tiba…....terpacul depan aku Azam, aduhh terkejut beruk ak, namun Azam bat tak tau je, dan terus masuk ke bilik mandi dengan pakaian yg serba lengkap utk solat, mybe nk wudhuk kot, sempat lg aku berkata padanya,” Azam tunggu aku jap, aku nk salin pakaian jap, Azam menonong je masuk blk mandi tp sempat die berpaling sedikit kearah ku, die dgr kot bisik hatiku, aku pn dgn gembira memakai pakaian memandangkan masih ada lg teman yg menanti aku untuk pergi solat bersama2, selang 10 minit aku bersiap, aku pn berjalan2 naik ke tingkat atas manalah tau ad lg yang tak bangun, boleh la aku kejut, cewahh baik btol nak kejutkan orng huhuhu….aku pn berkata2 dlm hatiku yg sedikit bengang ni “manalah bdk Azam ni, lama benar dok kt bilik mndi tu, ap shje la dibuatnya dlm tu, ak pn berjalan menuju ke bilik mandi nk melihat2 keadaan, tgk pintu masih berkunci lg, xpe ak tunggu lg mybe die was-was wudhuk kot, huhu, msti sampai basah baju dia ni…hik3…selang beberapa minit, apa pasal la budak ni lmbt sgt niiiii, aku pn hilang sabar, iman yang tadinya yazid berubah menjadi yanqus, aku pun memulakan skuad terjah keatas bilik mandi, perlahan2 aku hampiri masih lagi terdengar percikan air yg jatuh ke lantai, perlahan-lahan aku tolak pintu bilik mandi yg sedkikit uzur itu, KREKKKKKKKK…KEKKKK…KEKKK….maka terbuka la luas dengan seluas-luasnyaa, TAP…TAP…BUNYI PINTU TERHANTUK DIDINDING MENANDAKAN PINTU TELAH TERBUKA HABIS, ku toleh kanan ku toleh kiri, amat terkejut pada waktu itu Azam tiada di dalam bilik mandi, tp keadan bilik mandi yang basah mengejutkan aku, seolah2 baru sahaja ada orang menggunakannya,…aduhai, xkan aku cakap dengan hantu tadi, bulu tengkok ku makin meremang, bulu roma makin tertegak, mata makin meliar mencari2 Azam manalah tau die tersangkut kt atas nak main2 nyorok2 or berguraw, tp hasil carian ku mandapati Azam mmg tidak wujud pd pagi tu dlm blk mandi,

Entah kenapa tiba2 bulu tengkok ku meremang ke tahap maksima dan darah ku mengalir 90km sejam, terdengar bunyi tap2…tap…tap… dibelakangku….aku pn memberanikan untuk menoleh ke belakangku, sedikit demi sedikit ku pusing batang leher ku ini yang entah kenapa bagaikan rantai basikal karat yg sedang dikayuh, namun aku memusingkan juga dengan sedaya mungkin…setelah hampir 90° leherku ku pusing….masyaAllah…rupernyaaaaa….tadaa xde ap2 kt belakang aku tu...huhuhu, yg ada hanyalah baldi2 kosong dan setengah nya terisi dengan pakaian yg sedang direndam, tp suasana pada masa itu masih lg berbau seram n sejuk, mengikut firasatku masih ada lagi makhluk2 halus yg aku tidak dapat lihat dibelakangku ini, namun aku terus berjalan melajukan langkah, entah kenapa kaki ku tiba2 berjalan agak lambat seolah2 kejang, namun hatiku berkata “ Luqman cepat lari luqman, kt belakang tu ad hantu”, tp apa kan daya kakiku entah knp sangat berat sekali, bayangkanlah selangkah sahaja sudah berpeluh2 beratnya, waktu suasana ketika itu bagaikan amat lama untuk mendapatkan selangkah perjalanan,

Aku punya melangkah….melangkah…melangkah…aitt…rupernya bru sampai kt almari baju aku, aku rse cm dh banyak kali aku langkah apsal pulak bru smpai almari baju aku ni, tp ok lah aku dapat mencapai selipar yang berhampiran di almari aku, owhh berpeluh2 aku ketika itu bayangkanlah nk menuju ke pintu utama untuk keluar yang jaraknya lebih kurang dalam 8 meter mengambil masa yg lama , bagaikan ada suatu kuasa magnetic yg menarik ku dari belakang,

Aku pn apa lagi, DENGAN TIDAK SEMENA-MENA pada saat itu aku menjadi ahli zikir, LAILA HA ILLA ALLAH, ALLAH, SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH (tiba2 pulak perkataan Alhamdulillah terkeluar dr mulut aku..kah3 lawak btul) pd mse itu rasanya sudah berbuih mulut aku berzikir, dan rasanya iman aku telah menjadi Yazid( bertambah) dan bukan Yanqus ( berkurang) lagi…huhu…dalam hati aku sempat lagi berbicara celaka betol jin ni, berani die kacau aku, xpe nti aku kerjakan ko tgklaa….selesai sahaja aku mencapai selipar ku yang agak lusuh itu, tiba2 bagaikan mendapat kuasa baru, tubuhku menjadi panas semula yg asalnya sejuk bagaikan direndam dalam ketulan ais berg, setelah aku mendpatkan kuasaku semula tiba2….NGEH3…KIH4….KIH5…terdengar suara ngilaian dr makhluk tuhan paling seksi, mendengarkan suaranya sahaja aku dah tahu mesti hodoh n buruk muka makhluk tuhan paling seksi ni, namun aku xmau menoleh kebelakng….entah mengapa aku terpandang belakang sekejap apa yang aku nampak hanyalah seolah-olah makhluk berkemban.

Setelah mengumpulkan tenaga yang aku baru dapat tadi ketahap maksimum, maka dengan tidak semena-mena aku terfikirkan satu jurus dan hikmat untuk melawan makhluk tuhan paling seksi tersebut, aku pun apa lagi dengan segera mengeluarkan jurus terhebat tersebut…. YA JURUS HIKMAT LARIAN BIAWAK PERINGKAT 99…CHAAAA….larianku mmg laju maklum la dulu dh berlatih sebagai pocong di bulan Ramadhan tu yg lari laju tu, bezanya dulu kaki diikat skng tak, sebaik sahaja aku mencapai tombol pintu, maka bertambah kuatlah suara nyanyian ngilaian makhluk tuhan paling seksi tersebut, apa yang lebih mengejutkan lagi terdapat derapan kaki yg banyak..sahh…askar jepun ni… jepun dtng menyerang aku ni, DRAP4…DRAP4….DRAP7….DIIKUTI BUNYI PESAWAT TERBANG TEMPUR MILIK ASKAR JEPUN, TIDAK LAMA KEMUDIAN BUNYI KERETA KEBAL JEPUN DTG DR BELAKANG ASRAMA, BUNYI ENJINNYA MMG AMAT MENGGERUNKAN, seolah2 ingin melanggar asrama, sungguh menyeramkan, kali pertama aku berhadapan dengan bala tentera jepun yang ramai, matlamat utama mereka adalah untuk menghalau aku yang sorang ni, tidak lama kemudian bunyi tembakan menyusul….BANG…TRUTTTTT…BANG…TRUTTT….AIK MAIN KASAR NAMPAK ASKAR JEPUN NI, MAIN TEMBAK2 PULAK….

WALAU APA PUN TERJADI aku mesti mengelak juga, memang agak pelik kisah ini, tp kalau nk diikutkan pd mse tu seolah2 suatu reality, seolah-olah suatu rancangan reality tv…hu3… situasi pada masa itu aku masih lagi berlari laju kelajuan larian aku dengan menggunakan hikmat jurus biawak peringkat 99 sudah pasti digeruni oleh atlet2 olahraga sukan sea di Vientiance thn ni…kih3….ak rse mmg laju aku lari sebab ak rse sekejap shj dh sampai tmpat kawan2 ak Qiamullail, sgt sekejap, kalo nk tau mse tu pukul berapa, em…lebih kurang pukul 2.30 pagi aku berlari menuju ke tempat program Qiamullail tu…dan pada mse tu jalan raya memang kosong dan lengang, bagiku jalan raya sudah kuanggap trek balapan olahraga, namun aku bukanlah samseng jalanan atau mat rempit yg menyalahgunakan jalan raya sebagai medan perlumbaan…huhuhuhu…
Waktu tu aku dah sampai ke Masjid, aku tgk solat bru shj nk bermula, fuhh nasib baik x start lg….hehehe…sampai shj disana mmg berpeluh2 dibuatnya oleh askar2 jepun tu…xguna punya askar jepun nnti la korang eh silap, nntila kohantu ak bacakan yasin nnti masak la korang, setelah selesai solat, lebih kurang dalam kol 6.40 pg, tiba2 gempar, warden asrama datang dengan muka yang marah2 dan bengang, lalu beliau pun menyuruh semua warga pelajar asrama lelaki berkumpul di kantin, alamak ad ap bnde pulak ni warden bising2 pg2 ni, aku mula xsedap hati…setelah semua telah berkumpul, warden pun mula berucap dan berkata “ SIAPA TADI YANG AKHIR SEKALI KELUAR DARI ASRAMA!!!???? DENGAN NADA YANG MARAH….ALAMAK AKU RASA AKULAH YG AKHIR SEKALI KELUAR DR ASRAMA, TP AKU CUBA MEMBISU DAN BUAT2 TAK TAU, “ NI HA LAMPU TAK TUTUP, KIPAS BERPUSING, PINTU TERBUKA LUAS, NNTI KALO PENCURI MASUK MACAM MANA??? “ OWHH…AKU TERLUPA TUTUP SUIS LAAA…KIH3…MANA NK SEMPAT TUTUP SUIS LAMPU N KIPAS N KUNCI PINTU, DH KENA KEJAR DGN HANTU ASKAR JEPUN, MN LA NK TERFIKIR NK TUTUP SUME TU…WAKAKAAKAKA…AK KETAWA DALAM HATI SENDIRIAN, namun masih lagi mendengar luahan marah warden asrama, lepas tu beliau bersuara lagi “ SIAPA YG AKHIR????,” SEMUA BUDAK2 BT BODO JE, SEMUA XTAHU SPE YG AKHIR, HANYA AKU SORANG JE YG TAHU….SIAPA DIA???? ANDA SEMUA TAHU X SIAPA YG AKHIR SEKALI??? JAWAPANNYA ialah hantu askar jepun…wakakka….btul x??? sebab die yg kejar ak dari dalam asrama so aku keluar dulu, maknanya askar jepun tula yg paling akhir…..ngeh3… nk saje ak menjawap pde mse tu. “ HANTU ASKAR JEPUN CIKGU” HAHAHA….mesti gempar punya….

Setelah beberapa hari berlalu, aku didatangi oleh pakcik sebelah rumah yang menceritakan bahawa kawasan rumah asrama ni dulu sebenarnya kem sementara askar jepun, tp tapak tu terletak di belakang asrama yang sekarang dah jadi semak samun…selang beberapa hari berikutnya aku bertemu dengan seorang askar yang bernama Nizam, die pn menceritakan perkara yang sama bahawa tempat ni agak keras, untuk pengetahuan pembaca2 beliaulah yang mula2 menggelar DIRIKU INI DENGAN GELARAN JAWA, KERANA DIA ORG BANJAR, SO AKU GELAR DIE BANJAR, SETELAH LAMA MEMPELAJARI DAN MEMBACA KITAB-KITAB ISLAM MAKA AKU DAPAT MELIHAT DISITU TOKOH2 HEBAT umpamanya al-ghazali, al-biruni, al-khindi, ibnu Qayyim, ibn Taimiyyah, dan lain2 lagi,so aku pun letaklah nama sebagai AL-JAWA, sedap gak nama ni hik3….mudah2an aku menjadi seorang yg berilmu pengetahuan yg tinggi nnti dalam mengetahui dan memahami ilmu Allah, insyaAllah…..

Tapi walau apa pun jangan taksub sangat dengan cerita2 macam ni, biasalah makhluk tuhan bukan manusia je, ad bnyk lg kt dunia ni, so dalam cerita ni ad beberapa persoalan:
1) Siapakah Azam yg aku panggil masuk ke bilik mandi tu?? Adakah dia azam sebenar??
2) Bagaimanakah aku berlari dengan begitu laju sedangkan memakai kain pelikat..
3) Siapakah makhluk terakhir yg lambat keluar dari asrama tu??? Huhu…
4) Dan bagaimanakah muka makhluk tuhan yang paling seksi tu( hantu)…

Ok lah rasenya xde ap2 lg ak nk citer, ni pengalaman benar ni, ini bukan main2, ini cobaan, huhu

Ok la, nantikan posting yg akn dtg yg bertajuk KAKI HITAM PARAS LUTUT MILIK SIAPA??, NI KISAH SERAM NI JGN KETINGGALAN….

SALAM…

Currently have 2 comments:

  1. permata says:

    hahaha..aduih...lucu n seram r cite ko ni..wt ak igt kisah ak msa ak kt asrama dlu je..siap dmam lg..dpt MC 1 minggu lak tu...caiyok3

  1. haha...yeke permata??? cmne kisah ko, cbe citer sikit...bleh share2,
    wahh, ni lg hebat siap demam lg tu dpt mc 1 mngu plk tu bestnyaaa time tu dpt ponteng klas...hi2

Leave a Reply

Post a Comment

KLIK UNTUK BERSEDEQAH