Latest News

ISLAM, ALKOHOL DAN JOLLY SHANDY

Sunday, December 27, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 11:03 PM

dna gif Pictures, Images and Photos

Dalam artikel ni, adalah berkisar berkaitan aspek sains, iaitu satu cabang sains "kimia" teringat dulu mase sekolah2, subjek ni la antara my fovourite selain biologi, so terfikir plak, rsenya sayang la kalo nk ditinggalkan ilmu ni mcmtu je, so ak tulisla mn termampu utk mengingatkan kmbali ilmu dlm bidang kimia ni agar xlupa, sgt sayang kalo dilupakan, ilmu sains adalah ilmu fardhu kifayah, dan biasanya kita umat Islam akan mementingkan ilmu fardhu ain berbanding fardhu kifayah, namun bg aku dua-dua ilmu ni penting, disebabkan lemah dlm bidang sains, umat Islam sekarang tertindas, tertipu, diperkotak-katikkan, so tidakkah timbul kesedaran di minda masing2 utk menguasainya??? lu fikir la sendiri...
jom kte trus pergi kpd apakah sebenarnya alkohol ni,

Alkohol diletakkan dalam kumpulan organic yang terdiri daripada unsur hydrogen, karbon, dan unsur-unsur lain.Unsur-unsur yang terkandung dalam setip alcohol ialah hydrogen, karbon dan oksigen, contohnya etanol C2H5OH mempunyai 2 atom karbon, 6 atom hydrogen dan 1 atom oksigen.

SIRI HOMOLOG ALKOHOL
Setiap molekul alcohol terdiri daripada dua bahagian iaitu:
a) Satu rantai yang berasal daripada alkana seperti –CH3, -CH2CH3,
b) Satu kumpulan hidroksil (-OH).

Kumpulan hidroksil dipangil sebagai kumpulan berfungsi manakala bahagian rantai dipanggil bahagian alkil, jadi setiap alcohol akan sekurang-kurangnya mengandungi daripada satu rantai alkil dan satu kumpulan berfungsi –OH. Kumpulan berfungsi –OH (hidroksil) menentukan sifat-sifat alcohol. Pada amnya, semua sebatian organic yang mempunyai kumpulan berfungsi –OH dipanggil alcohol dan kesemuanya akan mempunyai sifat kimia yang serupa. Formula umum bagi alcohol ialah CnH2n+1OH atau R-OH. R ialah kumpulan alkil yang berasal daripada alkana

Penamaan alcohol ringkas, dengan system penamaan IUPAC, gantikan “a” dalam perkataan alkana dengan “ol” sebagai contohnya: metana=methanol, etana=etanol, propane=propanol, butane=butanol.

Sifat-sifat Fizik Alkohol
Alkohol boleh wujud dalam bentuk cecair dan pepejal. Dua belas ahli yang pertama dalam diri homolog alcohol wujud dalam bentuk cecair tak berwarna pada suhu bilik manakala alcohol yang lain wujud dala bentuk pepejal. Alkohol yang kecil seperti methanol mempunyai ketumpatan, takat lebur, dan takat didih yang rendah, jika saiz alcohol bertambah kesemua sifat fizik akan turut berubah. Takat didih alcohol adalah lebih tinggi dari takat didih alkana yang sepadan dengannya, metana=-88°C,methanol=65°C, etana=-42°C,etanol=78°C, pertambahan takat didih ini disebabkan oleh kewujudan kumpulan hidroksil, -OH dalam molekul alcohol.

Setiap molekul alcohol terdiri daripada 2 bahagian yang mempunyai keterlarutcampuran yang berlainan dalam air. Ekor (hidrokarbon) tidak larut dalam air manakala kepala (hidroksil) sangat larut dalam air, jadi jika bahagian ekor terlalu panjang, ia akan mengurangkan keterlarutan keterlarutan alcohol dalam air. Oleh hal yang demikian alcohol yang mempunyai rantai yang panjang biasanya tidak terlarut campur dalam air.

Alkohol yang mempunyai lebih daripada 3 karbon dalam rantai, biasanya tidak terlarutcampur dalam air. Alkohol yamg mempunyai kurang daripada 3 karbon boleh terlarutcampur dalam air dengan mudahnya, misalnya methanol, etanol, dan propanol adalah terlarutcampur dalam air.

Penggunaan Alkohol
Alkohol sebagai bahan api
Seperti kebnyakan bahan organic yang lain, alcohol boleh dibakar untuk membebaskan tenaga haba, semasa pembakaran gas karbon dioksida dan air dihasilkan seperti yang ditunjukkan dalam persamaan tindak balas berikut:

2CH3OH(ce)+3O2(g)--2CO2(g)+ 4H2O(ce)+Haba Metanol.

Tenaga haba yang dibebaskan ini boleh digunakan untuk menggerakkan kenderaan bermotor. Jadi etanol boleh digunakan untuk menggantikan bahan api petroleum. Contohnya di Brazil, campuran etanol dan petrol telah digunakan sebagai bahan api untuk menggerakkan kenderaan berenjin seperti bas dan sebagainya. Penggunaan alcohol sebagai bahan api adalah lebih bersih jika dibandingkan dengan petroleum. Ini disebabkan pembakaran alcohol tidak membebaskan gas-gas yang beracun seperti oksida-oksida plumbum dan sulfur, jadi pencemaran udara dapat dikurangkan, pencemaran udara daripada oksida-oksida sulfur dan plumbum ini boleh menjejaskan kesihatan kita.

Alkohol sebagai pelarut
Alkohol ialah satu sebatian kovalen , alcohol yang ringkas wujud dalam bentuk cecair dalam suhu bilik. Sifat ini membolehkan alcohol digunakan sebagai pelarut bukan air yang baik, bahan organic biasa tidak larut dalam air tetapi boleh larut dalam alcohol, bahan-bahan ini adalah seperti cat, minyak wangi dan sebagainya, sebagai contoh alcohol boleh melarutkan cat dan boleh menanggalkan cat di tangan kita, spirit bermitil ialah sejenis alcohol yang boleh digunakan melarutkan cat dan digunakan sebagai pelarut untuk laker, varnish,syelek,dammar,minyak wangi, kosmetik, pencelup, dakwat pencetakan dan dadah.

Alkohol jenis butanol digunakan sebagai pelarut untuk minyak sayuran, damar, lilin, lemak.

Alkohol dalam bidang perusahaan kimia
Penggunaan methanol digunakan untuk membuat metanal iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat larutan formalin, formalin digunakan untuk mengawet specimen biologi.

Metanol juga digunakan untuk membuat metal metakrilat, bahan ini digunakan untuk membuat polimer perspeks yang digunakan sebagai kaca tiruan.
Penggunaan etanol untuk membuat bahan-baha kimia seperti eter, ester dan kloroform, bahan-bahan kimia ini digunakan sebagai pelarut bahan-bahan organic, etanol juga digunakan untuk membuat etanal yang boleh ditukar kepada asid etanoik (cuka).
Glikol digunakan untuk membuat ester, kedua-dua bahan ini boleh juga digunakan sebagai pelarut khas, glikol digunakan juga untuk membuat kain terilena dan pita perakam bagi alat-alat seperti computer, gliserol digunakan juga dalam industry cat dan varnish.

Alkohol dalam bidang Perubatan
Etanol telah digunakan sebagai pelarut dalam industry untuk menyediakan ubat-ubatan. Hal ini disebabkan kebanyakan ubat adalah bahan organic yang tidak larut dalam air, etanol dan propan-2-ol juga digunakan sebagai bahan antiseptic( kepekatan 70%) , etanol ialah cecair yang mudah meruap, apabila etanol menyejat dari badan kita, etanol akan menyerap haba dari badan kita, hal ini akan menyejukkan badan kita, jadi larutan alcohol boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan pesakit yang mengalami suhu badan yang tinggi, larutan iodine dalam etanol boleh dugunakan untuk merawat luka.

Alokhol dalam bidang Kosmetik
Alkohol ialah pelarut organic yang baik, oleh hal yang demikian alcohol adalah sesuai digunakan untuk membuat bahan-bahan kosmetik seperti minyak wangi, losyen, sabun wangi, krim, varnish kuku dan sebagainya.
Alkohol mempunyai takat didih yang rendah, ini menyebabkan alcohol mudah meruap, oleh hal yang demikian alcohol sesuai digunakan sebagai pelarut bagi minyak wangi. Gliserol ialah sejenis alcohol yang mudah menyerap dan menyimpan air, sifat ini amat sesuai untuk digunakan dalam industry sabun dan losen kulit.

Alkohol Dagangan
Alkohol dagangan merupakan kumpulan alcohol yang paling banyak digunakan dan biasanya dipasarkan dalam pelbagai bentuk seperti spirit bermetil, spirit tulen, alcohol tulen dan alcohol minuman.

Spirit bermetil
Spirit bermetil terdiri dasripada methanol, ia tidak boleh diminum kerana beracun kepada manusia, ianya biasanya digunakan sebagai bahan api dan bahan kimia dalam makmal.

Spirit tulen
Spirit tulen terdiri daripada 95% etanol, ianya biasa dijual sebagai minuman keras, juga sebagai pelarut bahan minyak wangi.

Alkohol Mutlak
Alkohol mutlak ialah alcohol tulen yang terdiri daripada 100% etanol.

Alkohol minuman
Sebahagian alcohol yang dihasilkan digunakan untuk membuat minuman keras seperti bir yang mempunyai lebih kurang 4% etanol. Wain terdiri daripada 20% etanol, wiski brandi volka dan gin biasanya mempunyai 30% -40% etanol manakala samsu pula terdiri daripada 60%-70% etanol.


KESAN PENYALAHGUNAAN ALKOHOL

Alkohol mempunyai banyak kegunaan dan boleh member banyak manfaat kepada kita jika digunakan dengan betul, penyalahgunaan alcohol boleh membawa kesan yang buruk keatas:
a) Kesihatan badan
b) Keharmonian social

Dibawah pengaruh alcohol peminum mungkin berasa gembira dan suka bergaul, tetapi alcohol boleh juga menyebabkan seseorang itu mabuk jika ia diminum secara berlebihan. Meminum alcohol dengan kuantiti yang banyak mengurangkan kepekaan kita dalam menganggar jarak dan halaju, keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya jika seseorang itu memandu dalam keadaan mabuk.

Terlampau banyak meminum alcohol juga menyebabkan badan tidak berupaya untuk menguraikan alcohol sepenuhnya, oleh itu alcohol tersebut boleh menjejaskan kesihatan peminum. Alkohol boleh mengecutkan tisu otak, oleh itu pemikiran seseorang itu akan terjejas apabila dia mengambil alcohol dalam kuantiti yang banyak, jika kanak-kanak meminumnya pertumbuhan otaknya akan terbantut.

Alkohol juga dapat merosakkan hati, jantung dan buah pinggang, oleh sebab itu bahan-bahan beracun dalam badan kurang dsingkirkan keluar dari badan. Ketagihan terhadap alcohol akan timbul jika diminum selalu, ketagihan alcohol boleh menimbulkan gangguan kepada keharmonian social. Wanita mengandung yang biasa minum alcohol mungkin berisiko akan melahirkan bayi yang kecil dan cacat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Artikel bawah ni aku ambik daripada laman web www.zaharuddin.net, sahkah perfume dalam solat?? sebenarnyaa ramai yg sangsi sah atau tidak, namun seseorang mujtahid itu mempunyai pandangan dan pemikirannya masing2 dan juga dalil2 yang tersendiri, so perlunya kita mengetahui apa sebenarnya alkohol ni dari aspek sains, sebagaimana yang telah saya tuliskan dalam perenggan diatas

HUKUM PERFUME BERALKOHOL

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMNT 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.
diambil dr laman web zaharuddin.net

-------------------------------------------------------------------------------------

Artikel diatas tu sy sengaja tulis, sbnrnya masih banyak lg manusia terkeliru dengan pengertian arak dan alkohol, sampaikan pd masa ni org telah menganggap arak tu adalah alkohol dan alkohol tu adalah arak, alkohol sebenarnya bukanlah najis, yg najis tu adalah arak, tp jika alkohol tersebut diproses dgn menggunakan sumber dr haiwan yg tidak halal maka sah2 lah ianya najis, alkohol boleh digunakan dlm campuran minyak wangi dan boleh digunakan dalam solat.

kalau nk diikutkan alkohol sebenarnya salah satu komposisi dalam arak seperti mana dlm arak adanya air, gula dan sebagainya, dan jika kita memisahkan antara ketiga-tiga bahan tersebut dengan kaedah penyulingan maka air, gula dan alkohol akan terhasil dan ianya adalah suci, seperti mana keadaan asalnya, tetapi disebabkan ketiga-tiga bahan tersebut telah dicampurkan dan membentuk sebagai sebatian maka ianya digelar arak, bir dan sebagainya, dan apatah lagi ianya mempunyai sifat yg memabukkan, sudah pasti ianya haram sebagaimana dalil2 yg menyatakan akan keharamannya sesuatu benda yg memabukkan walaupun sedikit maka ianya tetap haram, walaupun peminumnya mabuk ataupun tidak maka tetap haram juga.

-------------------------------------------------------------------------------------


JOLLY SHANDY
Photobucket
Photobucket
Berita ni sebenarnya dh lama dh org tau, tp sje je ak sertakan dlm ni, org dh tau dh jolly shandy tu ad campuran alkohol, tp belum tentu semua org tau rupa bentuk tin tersebut, artikel ni sebenarnya sebagai satu medan dakwah dan ingatan untuk kita bersama, jika kita dh tau, sebarkanlah kpd yg tidak tahu, semoga mendapat pahala dan keredhaan dr Allah...

PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

Tambah mengejutkan lagi, minuman tersebut dijual ditempat minuman yang halal diletakkan dan tidak diasingkan, jikalau ianya khas untuk orang kafir mengapa ianya disertakan bersama minuman halal, jelas disini musuh2 Islam ingin merosakkan umat Islam dan mereka yang ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam.
klik sini nk lihat bukti
http://www.carlsberg.com.my/products/jolly.htm


-------------------------------------------------------------------------------------

Yang ni sy dpt dari internet, yg mn beliau telah mendapat email dr seorang kawannya, antara msgnya berbunyi:
Assalamualaikum..pengumuman untuk
semua, sebenarnya, air kickapoo yang
kita selalu beli dan minum itu berasal
daripada SYARIKAT ARAK! nama syarikat
itu adalah Monarch Baverage. Untuk

bukti lebih lanjut, layari:

http://www.monarch-beverage.com/home.htm

http://www.kickapoojoy.com/history.html

Fikirlah dahulu sebelum membelinya...

-------------------------------------------------------------------------------------
Yang ni sengaja artikel tambahan tgk ye...terkejut gk aku, sbb snek ni selalu kita makan, tp tidak didaftrkan dibawah sijil halal jakim, selalu tgk snek ni org bt hamper dlm sesuatu program, sukan or lain2 tp rupernya tak mendapat sijil halal dr jakim...berkaitan dgn Ecode tu, tu sy kureng pasti, adakah ianya dr sumber2 yg tidak halal, tp jika ianya memang sah mengandungi barang halal, persoalannya mengapa susah sgt nk didaftarkan kehalalannya kepada jakim...subhah3 jauhi...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
http://syubhah.webs.com/

yg ni daging dr singapore, disitu bukan main besar tertulis label halal, tp jika diselidiki disebalik makna berdekatan kod bar tersebut masyallah, sudah jelas disitu tertulis PORKLOIN RIB yg dlm bahasa melayunya bermaksud: TULANG RUSUK BABI MUDA...
Photobucket
Photobucket

JAUHILAH PERKARA SYUBHAH.....
SEKARANG NI DH BANYAK MAKANAN DAN MINUMAN KELUARAN ISLAM YG SUCI LAGI BERSIH
SO, XKAN LA NK AMBIK BARANGAN YG KITA TAK TAU ASAL USULNYA....

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment

KLIK UNTUK BERSEDEQAH