Sunan Tirmidzhi.سنن الترمذي
1.LATAR BELAKANG KITAB
Judul kitab: al-Jamic al-Shahih wahua Sunan al-Tirmidhi
Pengarang: Imam Abu cIsa Muhammad bin cIsa bin Sawrah.
Penerbit: Darul Hadis, Qaherah.
Ditahqiq dan syarah oleh: Ahmad Muhammad Syãkir.
Bilangan jilid: 6 jilid termasuk 1 jilid fihras.
Tahun: 1999.
Cetakan: Pertama
Panjang: 24.5 cm.
Lebar: 18 cm.
Warna kulit: Hitam dan merah, manakala ukiran tulisan dan bingkai berwarna emas.
2. BIOGRAFI PENGARANG KITAB SUNAN TIRMIDHI
Nama penuh Imam al-Tirmidhi ialah Muhammad bin cIsa bin Sawrah bin Musa bin al-Dahhak, Abu cIsa al-Sulami al-Darir al-Bughi al-Tirmidhi. Perkataan al-Sulami dinisbahkan kepada Bani Sulaym iaitu satu kabilah Qays cAylan. Al-Bughi pula dinisbahkan kepada Bugh iaitu satu perkampungan di Turmuz. Abu cIsa dinisbahkan kepada kampung ini kerana beliau meninggal di kampung ini. Namun beliau lebih terkenal dengan nisbah Turmuz yang merupakan bandar tempat beliau dibesarkan di utara Parsi (Iran).
Terdapat perselisihan pandangan mengenai tarikh lahir Imam al-Tirmidhi. Syeikh Muhammad cAbid al-Sindi menyatakan tarikh lahir beliau adalah 209H. Manakala al-Shalah al-Shafadi menyatakan kelahirannya sekitar 200 tahun Hijrah. Beliau lahir ketika era pengajian hadis sampai ke Khurasan dan pusat Asia.
Beliau mula belajar hadis dalam tahun 235H ketika berumur lebih dua puluh tahun. Beliau merantau mempelajari hadith sehingga ke Khurasan, Iraq, Hijaz.
Di antara guru-guru Imam Tirmidhi ialah Imam Bũkhãrì (256H), Muhammad bin Bashãr Bundar (252H), Quthaibah bin Sacad al-Madini (240H), Ishaq bin Rahuyah (238H), Ismacil bin Musa al-Ghazari (246H), cAli bin Hajar (244H), Muslim bin al-Hajjaj (261H) Muhammad bin al-Muthanna Abu Musa (252H), Ziad bin Yahya al-Hassani (254H), cAbbas bin Abd al-cAzhim al-cAnbari (246H), Abu Sacid al-Ashaj cAbd Allah bin Sacid al-Kindi (257H), Abu Hafs cAmru bin cAli al-Fallas (249H), Yacqub bin Ibrahim al-Dawraqi (252H), Muhammad bin Macmar al-Qaysi al-Bahrani (256H) dan Nasr bin cAli al-Jahdhami (250H).
Di antara murid-murid Imam Tirmidhi yang terkenal ialah Abu Hamid Ahmad bin cAbdullah al-Marwazy , al-Haitham bi Kalib al-Shami, Muhammad bin Mahbub Abu al-cAbbas al-Mahbubi, Ahmad bin Yusuf al-Nasafi dan Muhammad bin Munzir bin Sacid al-Harawi, Abu al-Haris Asad bin Hamdawaih, Daud bin Nashr bin Suhail al-Bazdawi, cAbad bin Muhammad bin Mahmud al-Nasafi, Mahmud bin Numair, Muhammad bin Mahmud, Muhammad bin Makki bin Nuh, Abu Jacfar Muhammad bin Sufyan bin al-Nadr al-Nasafi, Muhammad bin al-Munzir bin Sacid al-Harawi.
Beliau telah mendapat banyak pengiktirafan daripada ulama antaranya ialah Abu Ismãil Abdullah bin Muhammad al-Azhari yang menyatakan: “Setelah Sunan al-Tirmidhi diperkatakan dihadapannya, menurut pendapatku kitab al-Tirmidhi lebih member manfaat (dipandang dari segi ulum al-hadith) daripada kitab al-Bukhari dan Muslim kerana kedua-duanya itu hanya dapat dinilai oleh orang yang benar-benar mahir dalam ilmu hadith, sedangkan Sunan al-Tirmidhi dapat dinilai oleh setiap pembaca , kerana Imam al-Tirmidhi menerangkan penilaian pada setiap hadith yang diriwayatkan. Manakala Abu Yacla al-Khalili berkata: “At-Tirmidzi seorang tsiqah yang disepakati para ulama”.
Beliau telah mengarang banyak kitab antaranya:
1. Kitab al-Jamic yang dikenali sebagai Sunan al-Tirmidhi. Dinamakan al-Jamic kerana ianya mengandungi lapan bahagian fiqh.
2. Al-Shama’il an-nabawiyyah wa al-khasa’il al-mustafawiyyah yang dikenali sebagai Shama’il al-Tirmidhi.
3. Kitab al-cIlal al-mufrad atau al-cIlal al-kabir.
4. Kitab al-zuhd (al-mufrad).
5. Al-Tarikh.
6. Asma’ al-sahabah.
7. Al-Asma’ wa al-kuna.
8. Kitab fi al-athar al-mawqufah.
Kitab beliau telah disyarah oleh ramai ulama di antaranya:
1. cĂridhah al-ahwazi fi syarh al-tirmidhi oleh al-Hafiz Abu Bakar Muhammad bin Abdullah al-Asybili.
2. Al-carf al-syazzi cala jamic al-Tirmidhi oleh Sirajuddin, Umar bin Roslan al-Balkini, al-Syafie.
3. Quwwat al-Mughtadhi cala jamic al-Tirmidhi oleh al-Suyuti.
4. Al-Tibb al-Syazzi fi syarh al-Tirmidhi oleh Asfaq al-Rahman Kandahlawi.
5. Tuhfatul al-Ahwazi li syarh jamic al-Tirmidhi oleh Abdul Rahman al-Mubarakfuri.
6. Miftah Kunuz al-Tirmidhi oleh Muhammad Fawaid Abd al-Baqi.
At-Tirmidzi telah meninggal dunia pada tahun 279 H.
3. PERIHAL KITAB
Bil. Perkara Jumlah
1. Keseluruhan kitab 47
2. Keseluruhan bab 2223
3. Keseluruhan hadith 3956
4. Hadith shahih 3133
5. Hadith dhaif 823
3.1. Isi Kandungan Kitab
معنه جملة الأحاديث جملة الأبواب الكتاب رقم
Bersuci 148 112 كتاب الطهارة 1
Sembahyang 339 240 كتاب الصلاة 2
Jumaat 129 82 كتاب الجمعة 3
Zakat 63 37 كتاب الزكاة 4
Puasa 127 83 كتاب الصوم 5
Haji 156 116 كتاب الحج 6
Jenazah 115 77 كتاب الجنائز 7
Nikah 66 43 كتاب النكاح 8
Penyusuan 29 19 كتاب الرضاع 9
Thalaq dan Lican 30 23 كتاب الطلاق واللعان 10
Jual-beli 117 77 كتاب البيوع 11
Hukum-hakam 64 42 كتاب الأحكام 12
Diat 37 23 كتاب الديات 13
Hudud 41 30 كتاب الحدود 14
Perburuan 29 18 كتاب الصيد 15
Qurban 31 24 كتاب الأضاحى 16
Nazar dan sumpah 24 19 كتاب النذور والأيمان 17
Perjalanan (musafir) 71 48 كتاب السير 18
Kelebihan berjihad 51 26 كتاب فضائل الجهاد 19
Jihad 50 39 كتاب الجهاد 20
Pakaian 68 45 كتاب اللباس 21
Makanan 73 48 كتاب الأطعمة 22
Minuman 36 21 كتاب الأشربة 23
Kebaktian dan hubungan silaturrahim 139 88 كتاب البر والصلة 24
Ubatan 54 35 كتاب الطب 25
Pusaka 26 23 كتاب الفرائض 26
Wasiat 9 8 كتاب الوصايا 27
Ketaatan dan pemberian 8 7 كتاب الولاء والهبة 28
Takdir 25 19 كتاب القدر 29
Fitnah 112 79 كتاب الفتن 30
Mimpi 25 10 كتاب الرؤيا 31
Saksi 9 4 كتاب الشهادات 32
Zuhud 111 64 كتاب الزهد 33
Sifat kiamat dan pengabdian dan ketaatan 107 60 كتاب صفة القيامة والرقائق والورع 34
Sifat syurga 51 27 كتاب صفة الجنة 35
Sifat neraka 33 13 كتاب صفة جهنم 36
Iman 39 18 كتاب الإيمان 37
Ilmu 43 19 كتاب العلم 38
Minta izin dan adab 48 34 كتاب الاستئذان والآداب 39
Adab 123 75 كتاب الأدب 40
Perumpamaan (amthal) 16 7 كتاب الأمثال 41
Fadhilat al-Quran 52 25 كتاب فضائل القرآن 42
Qira’at (bacaan al-Quran) 23 13 كتاب القراءات 43
Tafsir al-Quran 420 95 كتاب تفسير القرآن 44
Undangan 235 133 كتاب الدعوات 45
Kebaikan 352 75 كتاب المناقب 46
cIlal كتاب العلل 47
3956 2223
4. METODOLOGI PENGARANG
1. Imam al-Tirmidhi menamakan tajuk bab sebagai tarjamah dan membahagikan tarjamah-tarjamah (tarajum) itu kepada dua bahagian iaitu tarajum cammah (tajuk-tajuk yang berbentuk umum) dan tarajum jiz’iyyah (tajuk-tajuk kecil).
2. Terdapat pelbagai jenis tingkat hadith yang terkandung dalam kitabnya iaitu shahih, hasan, dhaif, muttashil, munqathic.
3. Kitabnya dimulai dengan membincangkan mengenai kitab Thaharah dan diakhiri dengan kitab cIlal.
4. Hadith yang dibawa oleh Imam al-Tirmidhi dipakai oleh beberapa imam, muhaddith dan juga ahli fiqh.
5. Terdapat beberapa hadith yang berulang, ia merupakan syawahid dan mutabaat pada satu-satu hadith. Jika hadith itu mempunyai kaitan dengan hadith yang lain Imam al-Tirmidhi akan menyatakan hadith ini sesuai dengan bab fulan.
6. Imam al-Tirmidhi akan menyatakan taraf hadith samada shahih, hasan atau dhaif.
5. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KITAB
Berdasarkan penelitian yang sempat dilakukan oleh penulis dapatlah dikenalpasti beberapa kelebihan dan kekurangan kitab dari aspek teknikal dan fizikal.
Kelebihan :
1. Telah disahkan oleh ulama di Hijaz, Khurasan dan Iraq. Antara pengakuan yang diberikan: “Sesiapa yang menyimpan Sunan al-Tirmidhi di rumahnya, seolah-olah Nabi s.a.w. sedang bercakap di dalam rumahnya”.
2. Kitab sahih yang baik dan banyak faedahnya. Susunannya yang bersistematik dan paling kurang mengandungi hadis yang berulang.
3. Mengandungi pendapat-pendapat mazhab dan hujah pendalilan mereka.
4. Ia turut menerangkan mengenai kedudukan hadis samada Sahih, Hasan, Dhaif, Gharib atau Mu‘allal.
5. Mengandungi keterangan mengenai perawi, samada dari aspek tajrih (mencacatkannya) atau ta’dil (mengadilinya).
6. Kitab yang membawa hadis dengan menerangkan secara berbab atau bertopik dengan tertib iaitu mengenai ilmu, hukum-hakam, kecacatan hadis yang dapat membezakan antara yang sahih dan tidak, nama dan gelaran, ta’dil dan tajrih, orang yang sempat bertemu dengan Nabi s.a.w. atau tidak dan petunjuk sejumlah perawi lain yang meriwayatkan hadis sama yang dimaksudkan.
Kekurangan:
1. Agak sukar untuk memahami metodologi yang digunakan oleh pengarang jika belum pernah mengenalinya. Sehingga memungkinkan seseorang yang tidak memahami metodnya dengan menganggapnya sebagai majhul.
2. Hukum yang dinyatakan oleh Imam al-Tirmidhi dilihat tidak bersesuaian dengan hukum kitab al-Bukhari dan Muslim. Hal ini kerana Imam Tirmidhi merupakan di antara muhaddithin yang agak mutasahil berbanding Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
6.KESIMPULAN
Daripada huraian di atas dapatlah dibuat beberapa kesimpulan iaitu; pertamanya, al-Tirmidhi merupakan seorang yang begitu alim dan konsisten dengan keilmuannya sehingga majoriti ulama menilai positif apa yang telah dilakukan olehnya, kecuali Ibn Hazm. Namun hal itu tidak mencacatkan Imam al-Tirmidhi malah sebaliknya. Keduanya, dalam kitab jamic ini, semua kategori hadith ada di dalamnya kecuali hadith yang sangat dhoif dan munkar. Setiap hadith yang dibawa mempunyai penjelasan yang telah dilakukan oleh Imam al-Tirmidhi. Ketiganya, kitab jamic inilah yang merupakan kitab pertama yang membincang dan memperkenalkan istilah hadith hasan samada hasan lizatihi atau lighairihi.
Senarai Rujukan:
(aku sengaja xnk bagi, nti korang malas copy paste je bt asingmnt)
Man jadda wa jada....ini hanyalah artikel yg dhaif, segala kesalahan mohon teguran.....
salam....
Currently have 0 comments: