ILMU RIJAL HADITH
1.0 PENDAHULUAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda. Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan nikmat-nikmat yang dipinjamkan-Nya, Syukur alhamdulillah juga kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk mengkaji Jarh Wa Ta’dil dalam sanad hadis Rasulullah s.a.w ini.
Hadis yang saya pilih dalam kajian ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang membahaskan tentang amalan manakah yang paling afdhal,. Pada hadits ini para sahabat bertanya kepada Nabi yang mana satukah amalam yang paling afdhal, maka Nabi menjawabnya, perbahasan juga tertumpu kepada apakah makna haji yang mabrur, dalam membahaskan haji yang mabrur ini diambil pendapat-pendapat ulama’-ulama’ seperti Qadhi Iyadh, al-Harabi, al-Jauhari dan lain-lain lagi. Di dalam kertas kerja ini saya akan menerangkan lebih lanjut lagi berkenaan dengan keterangan hadis tersebut.
Semoga kajian mengenai hadis ini dapat memberi pengetahuan yang amat berguna kepada saya dan banyak memberikan manfaat di masa akan datang. Akhir kata, segala kekurangan yang terdapat di dalam kajian ini merupakan kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri. Oleh itu, segala teguran dan serta panduan yang berguna amat saya alu-alukan agar boleh memperbaiki kekurangan yang diharapkan akan dapat menjadi bekalan pada masa akan datang. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan setiap kekurangan itu datangnya dari Allah juga tetapi berlandaskan kelemahan dari diri saya sendiri.
Wallahua’lam. Sekian, Terima Kasih.
2.0 TEKS HADITH
حَدَّثَنَا اَحمدُ بنُ يُونُوسَ وَمُوْسَى بنُ اِسْمَاعيلَ قَالاَ حَدّثنَا اِبْرهِيمَ بنُ سَعدٍ قال حدثنا ابنُ شهابٍ عن سَعِيدِ بنِ مُسَيَّبِ عن ابى هُرَيْرةَ اَن رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم سُئِلَ : أَيُّ العَمَلِ أَفْضَلُ ؟ فقال : اِيمانٌ باللهِ وَرَسُوْلِهِ. قِيْلَ : ثُمَّ مَاذَا ؟ الجِهَاد في سبيلِ اللهِ. قِيْلَ : ثُمَّ مَاذَا ؟ قَالَ : حَجٌّ مَبْرُور
Maksudnya: “Daripada Ahmad bin Yunus dan Musa bin Ismail kedua-dua mereka berkata, diceritakan kepada kami daripada Ibrahim bin Sa’din berkata daripada Ibn Syihab daripada Sa’id bin Musayyab daripada Abu Hurairah sesunguhnya Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam ditanya: Manakah amalan yang paling afdhal ? Baginda bersabda : Beriman dengan Allah dan Rasulnya. Berkata sebahagian mereka : Kemudian apa ? Jihad di jalan Allah. Sebahagian mereka berkata : Kemudian apa lagi ? Haji yang mabrur”.
Imam Nawawiy telah diberitahu hadith seperti diatas oleh Muhammad bin Rafi’ dan Ahmad bin Humaid, dari Abdul Razaq, Ma’mar, dari al-Zuhri. Hadith ini telah juga diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Nasa’e (vii halaman 93) secara ringkas dan Imam Bukhari (lll/1519).
2.1 KETERANGAN HADITH
: أَيُّ العَمَلِ أَفْضَلُ ؟ فقال : اِيمانٌ باللهِ وَرَسُوْلِهِ. قِيْلَ : ثُمَّ مَاذَا ؟ الجِهَاد في سبيلِ اللهِ. قِيْلَ : ثُمَّ مَاذَا ؟ قَالَ : حَجٌّ مَبْرُور
Riwayat lain yang juga terdapat dalam bab ini adalah sabda Rasulullah,“Wahai Rasulullah, amal perbuatan apa yang paling utama?” Rasulullah menjawab, “ Iman kepada Allah dan jihad di jalanNya.” Abu Dzar berkata, “Aku berkata, “Hamba sahaya mana yang paling utama?” Rasulullah menjawab, “Yang paling utama disisi keluarganya dan yang paling mahal harganya.” Abu Dzar berkata, “ Aku kembali berkata, “Jika aku tidak mampu melakukannya?” Rasulullah menjawab, “Kamu menolong orang yang bekerja atau yang berbuat sesuatu untuk orang yang tidak bekerja. Abu Dzar berkata, “Aku berkata lagi, “ Wahai Rasulullah, bagaimana menurut anda jika aku tidak mampu melakukan sebahagian oerbuatan tersebut?” Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu menahan keburukanmu terhadap manusia. Kerana hal itu merupakan sedeqah darimu untuk dirimu sendiri.” Kemudian riwayat hadith, “ Amal perbuatan apa yang paling utama?” Rasulullah menjawab, “ Mengerjakan solat tepat pada waktunya.” “ Abdullah bin Masud berkata, “Aku berkata, “ Kemudian apa?” Rasulullah bersabda, “Berbakti kepada kedua orang tua.” Abdullah bin Masud berkata, “Aku berkata, “Kemudian apa?” Rasulullah menjawab, “Jihad fi sabilillah.” Abdullah bin Masud berkata kalaulah bukan kerana kasihan kepada beliau, pasti aku akan minta terus ditambah(keterangan tersebut).”
Adapun yang dimaksudkan dengan haji yang mabrur dalam redaksi hadith ini, maka al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullahu ta’ala telah menyebutkan bahawa Syamr berkata, “Dia merupakan sebuah ibadah yang tidak dicampuri dengan sedikit pun unsur dosa. Orang-orang arab biasa berkata, “Barratyaminuhu yang bererti sumpahan bersih dari unsure pelanggaran. Barrat bai’uhu ertinya jual belinya bersih dari unsure manipulasi.” Namun ada juga yang mengatakan bahawa erti kata mabrur adalah diterima. Al-Harabi berkata, “Burru hajjaka memiliki erti Allah telah menerima hajimu, maksudnya dia kembali pulang dengan mendapatkan pahala. Dalam sebuah hadith disebutkan, haji yang mabrur adalah memberikan makanan dan bertutur kata yang baik. Berdasarkan keterangan inilah, maka kata birr dipergunakan untuk mengungkapkan perbuatan baik. Ada juga ungkapan dalam bahasa Arab birrul waalidain wal mu’minin yang bererti berbakti kepada dua orang tua dan orang-orang mukmin. Al-Qadhi juga berkata, kata mabrur juga boleh juga diertikan kejujuran dan ketulusan kerana Allah ta’ala. Demikianlah akhir keterangan al-Qadhi Iyadh.
Al-Jauhari di dalam kitabnya Ash-Shihaah berkata, “ Dalam bahasa Arab biasa digunakan frasa barra hajjahu, burra hajjahu,dan barrallaahu hajjahu. Kesemua kalimah ini memiliki erti Allah telah menjadikan ibadah hajinya sebagai haji yang mabrur. Sedangkan orang yang mengertikan mabrur sesuatu yang diterima, maka masih susah untuk diterima dengan tanpa ganjalan. Sebab tidak ada seorang yang boleh mengetahui apakah sebuah ibadah diterima oleh Allah ataukah tidak. Namun pernyataan seperti inibiasa dikritik seperti berikut, “ Bukankah diantara tanda-tanda kalau ibadah hajinya diterima adalah jika dia semakin banyak berbuat baik.
3.0 AL-BUKHARI
3.1 Latar Belakang Peribadi
Imam Bukhari atau nama sebenarnya Abu Abdillah Muhammad bin Abu Hassan Ismail Bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Bukhari. Dilahirkan di Bukhara pada 13 Syawal tahun 194 Hijrah bersamaan 21hb. Julai 810 Masehi pada hari Jumaat dan beliau wafat pada1 Syawal tahun 256 hijrah bersamaan 31hb. Ogos 870 masehi di kampung Khartang, salah sebuah kampong di daerah Samarkand, Bukhara, ketika berusia 62 tahun. Gelaran yang pernah diberikan kepadanya dengan nama Ibnul Ahnaf, Abu Abdullah bin Abil Hasan al-Bukhari al-Hafiz. Beliau terkenal dengan panggilan al-Bukhari kerana dinisbahkan kepada daerah kelahirannya di Bukhara.
Bapanya meninggal dunia ketika Imam al-Bukhari masih kanak-kanak. Abu Syahbah dalam kitabnya menyebut bahawa Iman al-Bukhari dibesarkan dalam keluarga baik, beriman dan sentiasa mendapat makanan yang bersih. Beliau juga dibesarkan dalam keluarga yang bertaqwa. Setelah bapanya meninggal dunia, al-Bukhari dijaga dan dididik oleh ibunya sendiri yang merupakan seorang wanita yang solehah. Pada tahun 210 hijrah, beliau bersama-sama abangnya Ahmad menunaikan haji ke Mekah. Imam Bukhari tidak terus pulang ke Bukhara bersama abangnya Ahmad, tetapi mahu tinggal di Mekah. Semasa berada di Mekah dan Madinah, beliau menulis kitabnya: al-Jami’ al-Sahih. Ketika berusia 18 tahun beliau telah mampu menghasilkan kitab: Qadaya al-sahabah wa al-Tabi’in Serta turut menghasilkan kitab: al-Tarikh yang ditulisnya di sisi maqam Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
3.2 Guru-guru Beliau
Bukhari mempelajari hadis dari ramai guru antaranya ialah :
1) Ubaidillah bin Musa
2) Muhammad bin Abdullah al-Ansoriy
3) Affan, Abi ‘Asim al-Nabil
4) Makki bin Ibrahim
5) Abi al-Mughirah, Abi Mashar
6) Abu ‘Asim al-Nabil
7) Muhammad bin Salam al-Baikandi
8) Muhammad bin Isa al-Tiba’I
9) Ahmad bin Hambal, shak bin Mansur
10) Khalad bin Yahya bin Sofwan
11) Ayub bin Sulaiman bin Bilal
12) Ahmad bin Ishkab dan lain-lain lagi.
3.3 Anak-anak Muridnya
Antara anak murid Imam Bukhari pula ialah :
1) Imam Abu al-Hussin Muslim al-Hajjaj al-Naisaburi
2) Imam Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tarmizi
3) Imam Solih bin Muhammad
4) Imam Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah
5) Imam Muhammad bin Nasir al-Maruzi
6) al-Hafiz Abu Bakar bin Abi Daud Sulaiman bin al-Ashat
7) Hafiz Abu Qasim Abdillah al-Husin bin Ismail al-Muhamili
8) Imam Abu Muhammad Hamad bin Syakir an-Nasfi
9) Abu Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Matar
10) Abu Abdullah Muhammad bin Yusof
11) Ishak bin Ibrahim bin Mu’aqil al-Nasfi
12) Abu al-Fadl Ahmad bin Salamah al-Naisaburi
13) Salleh Bin Muhammad dan lain-lain lagi.
3.4 Penilaian mengenai beliau dan Pendapat ulama-ulama tentang
Beliau berada di dalam tabaqat Atba’ al-Tabiin iaitu orang-orang yang berkumpul dengan al-Tab’in. Terdapat tiga bahagian tabaqat Atba’ al-Tabi’in iaitu :
1) Tabaqat al-Kubra: Imam Ahmad bin Hanbal
2) Tabaqat al-Wusta: Imam al-Bukhari
3) Tabaqat al-Sughra: Imam al-Tirmidhi
Antara pendapat ulama mengenai beliau ialah :
1) Ahmad bin Siyar al-Marwazi : “Muhammad bin Ismail menuntut ilmu dan duduk di kalangan manusia dan mempelajari hadis, beliau mahir pula tentang hadis, baik pengetahuannya dan baik hafalannya”.
2) Ja’far bin Muhammad al-Qattani berkata beliau mendengar Muhammad bin Ismail berkata : “ aku menulis hadis lebih dari seribu guru, apa hadis yang berada disisiku tidak ada yang tidak disebutkan sanadnya”.
3) Mahmud bin al-Nadhir al-Syafi’I : “aku memasuki Basrah, Syam, Hijaz dan Kufah dan tiap-tiap darinya aku melihat ulama-ulama di sana kerap kali menyebut Muhammad bin Ismail”.
4.0 AHMAD BIN YUNUS
Nama penuh beliau adalah Ahmad bin Abdullah bin Qais al-Tamimi al-Yarbu’I al-Kufi dan telah dinasabkan kepada nama datuknya. Berkata Imam Ahmad bin Hanbal sesungguhnya perawi yang meriwayatkan kepada Ahmad Bin Yunus bahawasanya beliau adalah Syekhul Islam, Imam Bukhari berpendapat beliau wafat di Kufah dalam bulan Rabiul Akhir pada tahun 227 hijrah dan pendapat lain menambah pada malam jumaat.
4.1 Nama-Nama Gurunya
1) Al-Thawri
2) Ibn Uyaynah
3) Zaidah
4) Asim bin Muhammad
5) Ibn Abi al-Zanad
6) Israel
7) Al-Laith
8) Malik
9) Khalaq
4.2 Nama-Nama Muridnya
1) Al-Bukahari
2) Muslim
3) Abi Daud
4) Abu Bakar bin Abi Syaibah
5) Hajaj bin Syair
6) Abdun Bin Hamid
7) Abu Zar’ah
8) Abu Hatim
9) Shoaqah
10) Yusuf bin Musa
11) Al-Harith bin Abi Usamah
12) Ismail Samawiyah
13) Ishaq al-Harbiy
14) Ibrahim al-Jawjazani
5.0 MUSA BIN ISMAIL
Nama penuh beliau ialah Musa bin Ismail al-Munqri, dan maulanya Abu Salmah al-Tabuzki al-Basri, Berkata Imam Bukhari beliau wafat pada tahun 223 hijrah, mengikut Muhammad bin Saad beliau wafat di Basrah pada malam ketiga belas.
5.1 Nama-Nama Gurunya
1) Jarir bin Hazim
2) Mahdi bin Maimun
3) Hanid bin Qasim
4) Mubarak bin Fadhalah
5) Al-‘Itor
6) Himam bin Yahya
7) Wahib bin Khalid
8) Abi Hilal al-Rasibi
9) Yazid bin Abi Ibrahim al-Tastari
10) Qais bin Rabi’
11) Himad bin Salmah
12) Juwairiah bin Asma’
13) Bakar bin Abdul Aziz bin Abi Bakrah
14) Daud bin Abi al-Farath
15) Sulaiman bin Mughirah
16) Salam bin Abi Muti’
17) Abdul Aziz Majisyun
18) Abdul Wahid bin Ziyad
19) Amr bin Yahya al-Sya’idi
20) Marwan bin Musa al-Nahwi
21) Abdul Aziz bin Muslim
22) Abdul Warith bin Said
23) Abi Uwanah
24) Mu’tamar bin Sulaiman
5.2 Nama-nama muridnya
1) Al-Bukhari
2) Abu Daud
3) Husin bin Ali al-Hilal
4) Zuhli
5) Ahmad bin Hasan al-Tarmidzi
6) Ubaidillah bin Fadhalah
7) Abdul Rahman bin Abdul Wahab al-Ammi
8) Abu Bakar Ahmad bin Amru bin Abi Asimmal-Nabil
9) Yahya Ibn Mu’in
10) Ahmad bin Mansur al-Ramadi
11) Abu Zar’ah
12) Abu Hatim
13) Abas al-Duri
14) Muhammad bin Yahya bin al-Dharis
15) Abu al-Ahwas al-A’kbari
16) .Muhammad bin Ghalib Tamtam
17) Abas bin Fadl al-Asfati
5.3 PENDAPAT ULAMA’-ULAMA’ TERHADAP BELIAU
Berkata Abu Hatim aku mendengar Abu Walid al-Tialis berkata sesungguhnya Musa bin Ismail thiqah dan benar. Berkata Ibn Abi Hatim menanyakan kepada Ubai bahawasanya beliau adalah thiqah sebagaimana yang dikatakan al-Hajaj aku tidak mengetahui seseorang pun yang aku ketahui lebih baik hadith yang diriwayatkan daripada Abi Salmah melainkan beliau, berkata Ibn Saad beliau adalah thiqah meriwayatkan banyak hadith, dan telah disebutkan oleh Ibn Hibban dalam kitabnya Al-Thiqat.
6.0 IBRAHIM BIN SA’DIN
Nama penuh beliau adalah Ibrahim bin Sa’din Abi Waqas al-Zuhri al-Madani..
6.1 NAMA-NAMA GURUNYA
1) Sa’din (bapanya)
2) Usamah bin Zaid
3) Khuzaimah bin Thabit
6.2 NAMA-NAMA ANAK MURID
1) Saad ibn Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf (anak saudaranya)
2) Habib bin Abi Thabit
3) Abu Ja’far al–Baqir
6.3 PANDANGAN ULAMA’-ULAMA’ TERHADAP BELIAU
Berkata Ibn Saad beliau adalah thiqah dan banyak meriwayatkan hadith, berkata al-A’jli Madani beliau adalah pengikut yang thiqah, berkata Ya’kub bin Syaibah beliau dalam golongan tabaqah kedua daripada kefahaman ahli madinah selepas sahabat dan disebut namanya dalam Ibn Hibban dalam kitabnya Al-Thiqat.
7.0 IBNU SYIHAB
Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Muslim bin Abdullah bin Abdullah bin Syihab bin Abdullah bin Haris bin Zahrah bin Killab bin Murrah al-Quraisy al-Zuhri, seorang ulama’ yang mengetahui dan alim tentang Hijaz dan Syam. Mereka yang meriwayatkan daripadanya adalah Atho’ bin Abi Rabah dan Abu Zubair al-Maki dan Umar bin Abdul Aziz dan Amr bin Dinar dan lain-lain. Berkata Imam Bukhari daripada Ali bin Madani bahawa beliau mengumpulkan hadith dan berkata al-Ajri daripada Abi Daud mengumpulakn hadith Zuhri semuanya, mengumpulkan hadith beratus hadith dan membukukannya dalam bentuk musnad. Beliau wafat pada tahun 124 hijrah.
7.1 GURU-GURU BELIAU
1) Abdullah bin Umar Ibn Khattab
2) Abdullah bin Ja’afar
3) Rabi’ah bin ‘Ibad
4) Masrur bin Muhrimah
5) Abdul Rahman bin Azhar
6) Abdullah bin Amir bin Rabeah
7) Sahl bin Saad dan Anas
8) Jabir
9) Abi Tufail
10) Saib bin Yazid
11) Mahmud bin Rabi’
12) Muhammad ibn Labid
13) Tha’labah bin Abi Malik
14) Sinin bin Abi Jamilah
15) Abi Umamah bin Sahl bin Hanif
16) Qabisah bin Zuwaib
17) Malik bin Aus bin al-Hadthan
18) Abi Idris al-Khawlani
19) Abdullah bin Harith bin Nawfal
20) Ibrahim bin Abdullah bin Hunain
21) Amir ibn Saad bin Abi Waqas
22) Ismail bin Muhammad bin Saad
23) Ja’far bin Amr bin Umayyah
24) Hasan
25) Abdullah ibni Muhammad bin Hanafiah
26) Husin bin Muhammad Salmi
27) Harmalah maula Usamah
28) Hamzah
29) Abdullah
30) Ubaidillah
31) Salim Bani Abdullah bin Amr al-Harijah Ibn Zayd bin Thabit
32) Hamid
33) Abi Salmah
34) Ibrahim ibni Abdul Rahman ibn Auf
35) Salman al-Aghar
36) Sa’id bin Musayyab
37) Sulaiman bin Yasar
38) Talhah bin Abdullah bin Auf
39) Abdullah bin Abi Bakr bin Hazm
40) Abdullah bin Kaab
41) Abdullah bin Abdullah bin Utbah
42) Ubaidillah bin Abdullah bin Abi Thur
43) Abdullah bin Muhairiz
44) Ubad bin Ziyad
45) Abdul Rahman bin Malik al-Mudaliji
46) Ubaid ibn al-Syibaq
47) Urwah bin al-Zubair
48) Ubaidillah bin Iyad
49) Al-A’RAJ
50) Atho’ bin Abi Rabah
51) Alqamah bin Waqas
52) Ali bin Husin bin Ali
53) Ali bin Abdullah bin Abbas
54) Anbisah
55) Yahya ibn Sa’id bin al-Ash
56) Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr
57) Muhammad bin Hamid ibn Nu’man bin Basyir
58) Al-Muharar bin Abi Hurairah
59) Muhammad
60) Nafi’ ibn Jubair bin Mutam
61) Abi Bakr bin Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisyam
62) Al-Haithum bin Abi Manan
63) Nafi’ bin Abi Anas
64) Yazid bin Ashom
65) Abi Bakr bin Sulaiman bin Abi Hathmah
66) Abi Abid maula ibn Azhar
67) Umrah binti Abdul Rahman
7.2 ANAK MURID BELIAU
1) Atho’ bin Abi Rabah
2) Abu Zubair al-Maki
3) Umar bin Abdul Aziz
4) Amr bin Dinar
5) Sholeh bIn Kisan
6) Aban bin Sholeh
7) Yahya bin Said al-Ansori
8) Ibrahim bin Abi Ablah
9) Yazid ibn Abi Hubaib
10) Ja’far bin Rabeah
11) Ayub al-Syahtiani
12) Abdulllah bin Muslim al-Zuhri
13) Al-Awza’e
14) Ibn Juraij
15) Ishaq
16) Abdullah bin Umar
17) Umar bin Syuaib
18) Muhammad bin Ali bin Husin
19) Yazid bin al-Had
20) Muhammad bin Munqidir
21) Mansur bin Mu’tamar
22) Musa bin Uqbah
23) Hisyam bin Urwah
24) Malik
25) Muammar
26) Al-Zabidi
27) Aqil
28) Syuaib bin Abi Hamzah
29) Ibn Abi Zib
30) Yunus bin Yazid
31) Abu Uways
32) Ishaq bin Rasyid
33) Al-Laith
34) Ishaq bin Yahya al-Kalbiy
35) Bakr bin Wail
36) Ziyad bin Saad
37) Rabeah bin Sholeh
38) Sufyan bin Hussin
39) Sulaiman bin Kathir
40) Soleh bin Abi al-Ahdor
41) Abdul Rahman bin Khalid bin Masafir
42) Abdul Aziz bin Abi Salmah
43) Al-Majisyun
44) Amr bin al-Harith al-Misri
45) Mi’qal bin Abdullah al-Jazari
46) Uthman bin Abi Rawad
47) Muhammad bin Abdullah bin Abi Atiq
48) Muhammad bin Abdullah ibn Akhi al-Zuhri
49) Ibrahim bin Said bin Ibrahim al-Zuhri
50) Ja’far bin Burqan
51) Hasyim
52) Sufyan bin Uyaynah
7.3 PENDAPAT ULAMA’-ULAMA TERHADAP BELIAU
Berkata Ibn Saad bahawasanya beliau adalah thiqah, banyak meriwayatkan hadith dan mengetahui riwayah dan faqih, berkata Abu Zinad daku menulis perkara yang halal dan haram, dan adalah Ibn Shihab menulis kesemuanya apa yang didengarnya, berkata Muammar bin Sholeh bin Kisan bagiku menuntut ilmu saya dan Imam Nasa’e berkata sanad yang baik yang diriwayatkan daripada Rasulullah oleh beliau adalah ada empat, iaitu daripada Zuhri daripada Ali bin Husin daripada ayahnya dan daripada datuknya, dan daripada Zuhri daripada Ubaidillah daripada Ibn Abbas, dan Ayub daripada Muhammad daripada Ubaidah daripada Ali, dan daripada Mansur daripada Ibrahim, daripada Alqamah daripada Abdullah.
8.0 SA’ID BIN MUSAYYAB
Nama penuh beliau ialah Sa’id bin Musyyab bin Huzni bin Abi Wahab bin Amr bin A’iz bin Imran bin Mahzum al-Quraisy al-Mahzumi. Beliau wafat pada tahun ke 94 pemerintahan al-Walid iaitu pada tahun ke 75.
8.1 GURU-GURU BELIAU
1) Abu Bakar Mursalan
2) Umar
3) Uthman
4) Ali
5) Sa’ad bin Abi Waqas
6) Hakim bin Hizam
7) Ibn Abbas
8) Ibn Amr
9) Ibn al-Ash
10) Musayyab (ayahnya)
11) Muammar bin Abdullah bin Nadhlah
12) Abi Zar
13) Abi Darda’
14) Hasan bin Thabit
15) Hakim bin Hizam
16) Zaid bin Thabit
17) Abdullah bin Zaid al-Mazani
18) Utab bin Usaid
19) Uthman bin Abi al-Asi
20) Abi Tha’labah al-Husni
21) Abi Qatadah
22) Abi Musa
23) Abi Sa’id
24) Abi Hurairah
25) A’isyah
26) Asma’binti Umaiys
27) Khawlah binti Hakim
28) Fatimah binti Qais
29) Ummu Salim
30) Ummu Syariq
8.2 MURID-MURID BELIAU
1) Muhammad bin Salim bin Abdullah bin Amr
2) Zuhri
3) Qatadah
4) Syariq bin Abi Numar
5) Abu Zanad
6) Suma
7) Said bin Ibrahim
8) Amr bin Murrah
9) Yahya bin Sa’id al-Ansori
10) Daud
11) Ibn Abi Hindun
12) Thoriq bin Abdul Rahman
13) Abdul Hamid Bin Jubair bin Syu’bah
14) Abdul Khaliq bin Salmah
15) Abdul Majid bin Suhail
16) Amr bin Muslim bin Imarah bin Akmiah
17) Abu Ja’far al-Baqir
18) Ibn Munkidir
19) Hasyim bin Hasyim bin Utbah
20) Yunus bin Yusof
8.3 PANDANGAN ULAMA’-ULAMA’ TERHADAP BELIAU
Berkata Qatadah tidak pernah aku lihat seseorang yang lebih berilmu tentang halal dan haram selain Said Musayyab, berkata Muhammad bin Ishak daripada Makhul sesungguhnya aku tidak penah bertemu seseorang yang lebih berilmu daripadanya, berkata Sulaiman bin Musa adalah beliau seorang yang faqih dikalangan tabi’en, berkata Sulaiman bin Harb daripada Salam bin Miskin daripada Imran bin Abdullah al-Khoza’I daripada Ibn Musayyab sesungguhnya (انا اصلحت بين على وعثمان) , berkata Sulaiman daripada Himad bin Zaid daripada Ghilan bin Jarir daripada Sa’id begitu juga (sama pendapat diatas), berkata Said thiqah daripada ahli yang baik, berkata al-Duri daripada Ibn Mu’in barangsiapa satu kaum yang mengatakan beliau soleh diantara Ali dan Uthman maka ianya batil, berkata Uthman al-Harithi daripada Ahmad bahawasanya afdhal dikalangan tabi’en adalah Said Musayyab, berkata al-Ajli beliau adalah soleh dan faqih, berkata Ibn Hibban dalam kitab Thiqatnya adalah beliau tergolong dalam golongan tabi’en yang faqih, wara’, kuat beribadah dan beliau adalah orang yang paling faqih di Hijaz
9.0 ABU HURAIRAH
Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyhur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman.
Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia telah dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk putrinya, Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas kepada menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kuching. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a..
Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah berada di Khaibar.Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu ibunya masih belum menerima Islam malah menghina Nabi. Abu Hurairah r.a. lalu bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta baginda berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah r.a. menemui ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.
Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak dibagikan.
Pada mulanya Abu Hurairah r.a. mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah r.a. diberkati dengan daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu Hurairah dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat yang membolehkan beliau meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di kalangan para sahabat..
Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula dia mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadis.
9.1 Guru-guru beliau
9.2 Anak-anak murid beliau
9.3 Pandangan ulama’-ulama’terhadap beliau
Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya, berkata Ibn Umar bahawasanya Abu Hurairah lebih baik daripadaku dan ketahuilah ianya,
Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.
Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti Umayah. Penolakannya menyandang jawatan gabenor ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.
Antara menantunya adalah Said bin Al-Musayyab.
10.0 PENGAJARAN DALAM HADITH
Dalam hadith ini adalah berkaitan tentang amalan seseorang muslim, para sahabat bertanya apakah amalan yang afdhal maka Rasul menjawabnya dengan yang pertama iaitu beriman dengan Allah dan Rasulnya, seterusnya sahabat bertanya lagi, kemudian Rasulullah menjawab kali kedua dengan jawapan iaitu berjihad di jalan Allah, kemudian sahabat bertanya lagi, maka dijawab oleh Rasulullah dengan jawapan iaitu haji yang mabrur.
Namun apa yang terdapat di dalam hadith ini yang mana boleh dijadikan pengajaran kepada kita adalah bahawa:
1) Beriman dengan Allah dan Rasulnya, beriman dengan Allah dan Rasulnya adalah merupakan rukun daripada rukun iman, sebab itu lah baginda menjawab terlebih dahulu dengan jawapan tersebut, kerana setiap amalan yang tidak didasari dengan keimanan dengan Allah dan Rasulnya adalah sia-sia belaka dan tidak diredhai oleh Allah.
2) Berjihad dijalan Allah, selepas baginda menyatakan jawapannya yang pertama maka disusuli pula dengan jawapan kedua iaitu berjihad dijalan Allah, erti jihad adalah merangkumi aspek yang luas, sama ada jihad pergi berperang, jihad melawan hawa nafsu dan lain-lain lagi
3) Haji yang mabrur, seterusnya baginda menjawab dengan haji yang mabrur, maka apakah makna mabrur yang sebenar, seperti yang telah saya bahaskan diatas dapat dilihat bahawa umat Islam setelah beriman kepada Allah dan Rasulnya, berjihad dijalan Allah, maka amalan yang seterusnya yang afdhal ialah mendapatkan haji yang mabrur.
11.0 PENUTUP
Sebagai sebuah bangunan ilmu, Ilmu Rijal Hadis yang mempunyai anak cabangnya yang tersendiri sudah tentulah terdedah dengan kritikan dan perkembangan ilmu ini. Dari penelitian terhadap kajian ini saya dapat menilai status sesebuah hadis itu dengan lebih teliti lagi berdasarkan sanad di dalam sesebuah hadis itu.
Mengkaji Rijal Hadis dari pelbagai sumber-sumber rujukan yang sahih dan tidak tertumpu pada beberapa kitab rijal tertentu sahaja dapat membuka mata pengkaji bahawa dengan demikian maklumat tentang seseorang perawi menjadi lebih lengkap dan membolehkan kita yakin tentang keadaan kethiqahan seseorang perawi itu kerana ia memainkan peranan yang penting dalam penelitian sesuatu sanad hadis tersebut.
Selain itu, kajian ini memberi peluang kepada pengkaji untuk memahami bagaimana menentukan secara lebih pasti tentang kurun hidup seseorang perawi berdasarkan pendapat para ulama. Secara tidak langsung pengkaji dapat menentukan kedudukan tabaqat seseorang perawi itu dengan lebih tepat lagi sama ada di kalangan sahabat, tabiin atau atba’ tabiin.
Selepas memahami disiplin ilmu ini, saya dapati ilmu Rijal Hadis ini merupakan ilmu yang sangat luas. Mengetahuinya adalah menengetahui satu bahagian yang besar dalam ilmu-ilmu islam. Iman Ali bin al-Madini berkata : “kefahaman yang mendalam tentang makna-makna hadis adalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah separuh ilmu”.
12.0 RUJUKAN
Ahmad bin Hajar Al-Asqalani. 2002. Fathul Bari. Terjemahan Sahih Bukhari. Pustaka Azzam. jil 1
Ahmad bin Hajar Al-Asqalani. 1993. Tahzib Wa al-Tahzib. Beirut. Darul Ahya’ al-Turathul Arabiyy. jil 10-12
Imam al-Nawawi. 1994. Syarh Sahih Muslim. Kairo. Daarul Hadits. Jil 1
LAMPIRAN
رسول الله صلى الله عليه
ابو هريرة (58H) [Sahabat]
سعيد بن مسيب (75H) [Sahabat]
ابن شهاب الزهري (124H)[Tabi’en]
ابرهيم بن سعد ()[Tabi’en]
موسى بن اسماعيل (223H) [Atba’ Tabi’in]
امام البخاري (256 H) [Atba’ Tabi’in]
MOHON DIPERBETULKAN JIKA TERDAPAT KESALAHAN****
Currently have 0 comments: