MEMILIH CALON....PILIHLAH CALON YANG SESUAI
SALAM...dalam posting yang lepas saya telah menulis tentang artikel yang agak panas iaitu tentang Wahhabi, so kali ini, saya nak tulis satu artikel yang agak ringan sedikit, sebagai ubat nak release kn otak kita yang nak menghadapi exam ni, so boleh la bace artikel ni, maklum la dah nk menghadapi exam, so kite xleh tensen2, study smart n no study hard, n yang pasti study last minit...hahaha,,,so tergerak la dihati nak menulis artikel ni KHAS buat sahabat-sahabat tercinta yang sedang tensen or dh giler baca nota2 korang sebagai pengubat tensen korang....
ceritanya bermula begini.............
Encik Zakaria telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang telah memohon untuk mengisi jawatan Pegawai Perhubungan Awam yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata2 yang telah diterima dia dapati ada 4 orang pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakannya.
Encik Zakaria kemudian telah memutuskan untuk memanggil kesemua 4 orang calon tersebut datang ke pejabatnya untuk ditemu duga, dia bercadang menanyakan satu soalan yang akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.
Pada hari yang telah ditetapkan, Encik Zakaria pun memanggil keempat-empat calon tersebut datang ke pejabatnya. Sebaik sahaja ke4-4 lelaki tersebut duduk ditempat masing-masing dalam bilik temuduga, Encik Zakaria terus bertanya, "Beritahu saya apakah perkara yang paling cepat sekali berlakunya?" sambil menuding jarinya kepada lelaki pertama.
Dengan penuh keyakinan lelaki pertama pun menjawab, "Fikir"!!
"Rasional kamu?" tanya Encik Zakaria.
"Ia muncul secara tiba-tiba dalam kepala, tiada amaran awal tentang kehadirannya, fikir adalah kejadian yang paling pantas yang saya tahu! jawab lelaki tersebut sambil tersenyum.
"Itu sudah bagus!" balas Encik Zakaria. "Apakah pendapat kamu pula?" dia bertanya kepada lelaki yang kedua.
"Hmm...baiklah! kerlipan mata!" jawab lelaki yang kedua.
"Rasional kamu?" tanya beliau.
"Ia berlaku tanpa kita sedar pun, Itulah yang terpantas sekali berlakunya," jawab lelaki tersebut.
"Tepat! sekelip mata, selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu," balas Encik Zakaria sambil tersenyum, dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga.
Dengan senyuman penuh keyakinan lelaki ketiga berkata, "Apabila suiz lampu di'ON'kan , kita dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedikit pun, pergerakan cahaya itulah yang terpantas dan tercepat yang saya tahu".
Encik Zakaria amat terpikat dengan jawapan yang diberikan, dalam fikirannya tertera lelaki ketiga inilah orang yang sesuai untuk jawatan tersebut, walaubagaimanapun dia berpaling dengan lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama.
"Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, ternyatalah kepada saya iaitu perkara yang paling pantas sekali berlaknya ialah 'berak cair', ujar lelaki keempat tersebut dengan wajah yang bersahaja.
"Rasional kamu??? tanya Encik Zakaria sedikit terperanjat, namun dia berpura-pura bersahaja.
"Saya akan jelaskan." kata lelaki keempat tersebut, ceritanya begini, pada suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tetapi sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya ON suis lampu tandas itu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."
Encik Zakaria mengangguk-angguk dan sejurus kemudian dia segera mengangkat ibu jarinya dan menerima lelaki keempat tersebut sebagai Pegawai Perhubungan Awam di pejabatnya.
Currently have 0 comments: