Latest News

TAFSIR BAHR AL-MUHIT.تفسير بحرالمحيط

Friday, August 14, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 12:18 PM

tafsir bahr al-muhit

KITAB TAHQIQ

tahqiq ala tafsir bahrul muhit

Siapakah Abu Hayyan al-Andalusy.
Beliau ialah Muhammad bin Yusof bin Ali bin Yusof bin Hayyan al-Nafzi al-Andalusi al-Jayani al-Gharnati al-Mughrabi al-Maliki dan kemudiannya Syafi’e, dikatakan al-Nafzi dinisbahkan kepada Nafzah sebagaimana yang dikatakan oleh Yakut didalam kitabnya Mu’jam al-Buldan: “ Nafzah merujuk kepada Bandar di timur Andalusia. Dan pendapat lain mengatakan iaitu Ibn al-Imad didalam kitabnya al-Syazrat Nazrah adalah merujuk kepada satu qabilah di Andalusia, dan dinamakan dengan al-Gharnati kerana beliau lahir disitu. Gelarannya disebut dengan “ Abi Hayyan dan gelaran inilah yang mashyur dikalangan ahli ilmu yang terdahulu dan masa kini. Beliau dilahirkan di Bandar al-Gharnatah pada tahun 1654.

Peribadinya

Bekaitan dengan peribadinya, beliau dibesarkan di persekitaran yang mana disekelilingnya penuh dengan ilmu dan secara tidak langsung member kesan kepada jiwa dan ilmu beliau. Sesungguhnya Abu Hayyan ini dilahirkan dalam bai’ah keilmuan yang mana menjadikan pemikirannya matang dan tinggi akalnya dan membesar dengan semangat keilmuan yang menebal, beliau juga sentiasa mengikuti halaqah-halaqah bersama imam-imam yang berbeza untuk menuntut ilmu, dan hasil daripada halaqah-halaqah yang disertainya yang mana ianya berlainan imam dan juga bidang, maka bertambahlah keilmuannya dan kefahamannya khususnya dalam bidang fiqh, hadith, tafsir, usul bahasa dan sastera dsn banyak lagi daripada cabang-cabang ilmu.

Kesungguhannya

Pada musim sejuk pula sebagaimana riwayat yang dinyatakan beliau mempelajari ilmu dengan imam-imam yang lain yang berkaitan dengan qiraat, nahu dan bahasa. Antara syaikh-syaikhnya yang mengajarnya ialah Ibn Naqib, gurunya didalam mempelajari ilmu tafsir, Ustaz al-Fadhil Syekh Abi Ja’far Ahmad bin Ibrahim bin Zubir al-Syakafi didalam ilmu nahu dan mempelajari kitab Sibaweh, Abi Ja’far bin Tibaq dalam bidang qiraat, Abi Hassan al-Abizi dalam bahasa arab, Usataz Ibn Zubair dalam bidang balaghah iaitu dalam ilmu badi’, ma’ani, dan bayan, seterusnya dalam bidang usul fiqh dalam bidang ini beliau banyak syek-syekh yang mengajarnya antaranya ialah Abi Walid al-Baji, Syekh Usuli al-Adib Abi Hasaan Fadl bin Ibrahim al-Maafiri dan Ustaz Alammah Abi ja’far bin Zubair.

Tingkah-lakunya

Tingkal laku dan peribadinya, beliau merupakan seorang yang banyak ketawa,baik pandangan orang terhadapnya, fasih dalam berkata-kata, lidah yang petah, mempunyai kwan-kawan yang ramai, tubuhnya tinggi, wajahya bulat, sikapnya sederhana tidaklah terlalu tinggi dan terlalu rendah, mukanya sentiasa serius ketika membuat lawak dan bergurau senda, pendengaran yang tajam, cenderung kepada bidang hadith, wajahnya manis, mempunyai uban dikepalanya, janggut yang panjang dan rambutnya ikal mayang. Beliau merupakan seorang yang rajin umpamanya apabila beliau sudah selesai bertallaqi dengan syekh-syekhnya, beliau akan belajar daripada ayahnya dan menaqalkan daripadanya sebahagian bidang-bidang ilmu. Pakar Lughah (bahasa) yang masyshur, Pakar Tafsir, yang terkenal dengan karyanya al-Bahrul Al-Muhith. Kitab Al-Nahr al-Mad merupakan ringkasan beliau ke atas kitab al-Bahrul Al-Muhith. Beliau wafat pada tahun 1745.

Keluarganya.

Isterinya bernama Zamridah binti Abrak dan Abu Hayyan memanggilnya juga dengan Al-Abruhuki, isterinya wafat pada bulan rabiulakhir pada tahun 1736. Anak-anaknya berjumlah 2 orang dan bernama Nadhor atau lebih dikenali dengan nama Ummu al-Izzu, dan Hayyan. Cucunya seorang sahaja iaitu bernama Muhammad bin Hayyan bin Abi Hayyan.

Nama-nama Syaikhnya.

1) Ahmad bin Ibrahim bin Zubair bin Hassan bin Hussin al-Thaqafi (nahu, usul, sastera, qiraat)
2) Hassan bin Abdul Aziz bin Muhammad Imam Abu Ali (hadith, sastera, qiraat)
3) Ali bin Muhammad bin Abdul Rahim al-Khasni al-Abizi Abu Hassan (bahasa arab, nahu(bertallaqi kitab Sibaweh dengannya).
4) Muhammad bin Ali bin Yusof al-Alammah Radhiauddin Abu Abdullah al-Ansori al-Syatibi (pakar dalam isnad dalam quran).
5) Muhammad bin Ibrahim bin Muhammad bin Abi Nashr Imam Abu Abdullah Baha’uddin (ilmu komunikasi, perdebatan).
6) Muhammad bin Mustafa bin Zakaria bin Khawajan bin Hassan (pakar dalam bahasa arab, turki dan farsi).
7) Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Isa bin Iyash.
8) Ahmad bin Yusof bin Ali al-Fahri.
9) Abdul Haq bin Ali bin Abdullah bin Malik Abu Muhammad(pakar dalam kitab-kitab, Abu Hayyan telah mempelajari 7 kitab nahu darinya).
10) Yasir bin Abdullah bin Muhammad bin Khalaf bin al-Yasir bin Muhammad bin Abdullah bin Marwan (qiraat).
Sebenarnya banyak lagi syekh-syekh beliau kesemuanya berjumlah 15 orang syekh dan 10 orang syekh diatas adalah yang paling mashur.


Perjalanan Abu Hayyan Menuntut Ilmu
.

Abu Hayyan telah meninggalkan Andalus pada tahun 1677 untuk menuntut ilmu da tidak tahu haluan tempat menetap yang hendak dituju bahkan pergi ke satu bandar ke satu bandar untuk mencari ulama’-ulama’. Disana beliau berjumpa dengan al-Allamah al-Redha dan bertallaqi mengenai nasihat.

Seterusnya beliau ke Syam, disana beliau bertallaqi dengan ahli Mesir dan Syam disana beliau bersoal jawab mengenai masalah-masalah tertentu.

Seterusnya beliau ke Sudan dan bertemu dengan seseorang bernama Yunus da belajar ilmu denganya.

Seterusnya beliau pergi ke Iskandariah dan bertallaqi dengan Abdul al-Nasir bin Ali al-Maryuti dalam bidang qiraat.
Dan rehlah terakhir beliau berhenti di Mesir dan berehat di sana , dan disanalah beliau banyakmendapat ilmu daripada para ulama’-ulama’.


Kitab Karangan
Antara nama-nama kitab yang ditulis oleh beliau ialah:
Tafsir : 1) Bahrul Muhit.
2) Nahrul Mad.
Qiraat : 1) Aqdu al-Lali fi Qiraat al-Sab’I al-Awali
2) Al-Khalil Khaliah fi Isnad Qiraat al-Aliah
3) Taqrib al-Na’I fi Qiraat al-Kisa’i.
Dan banyak lagi, terdapat 11 kitab kesemuanya dalam bidang qiraat.

Fiqh : 1) Al-Wahaj fi Ikhtisar al-Minhaj.
2) Al-Anwar al-Ajali fi Ikhtisar al-Mahla.
3) Masail al-Rasyid fi Tajrid Masail Nihayah Ibn Rasd, tetapi tidak sempat selesai kitabnya.
4) Al-I’lam bi Arkan Islam.

Bahasa : 1) Itihaf al-Arib bima fi al-Quran.
2) Irtidha’ fil Farqu baina Dhad wa zho’.
3) Al-Idra’ al-Lisan.
Banyak lagi kitab-kitabnya dalam bidang ini semuanya berjumlah 8 buah kitab.

Nahu : 1) Al-Tazkirah
2) Al-Syazan fi Masailah Kaza.
3) Al-Syazarah.
4) Ghoyah al-Ihsan fi Ilmu Lisan.
Dan banyak lagi semuanya ada 11 kitab yang dikarangnya.


Abu Hayyan dan Kisah Israiliyyat
Didalam kitab tafsirnya iaitu Bahrul Muhit sedikit sahaja disebutkan tentang kisah-kisah yang diambil daripada israilliyyat dan banyak penerangan-penerangan didalamnya datangnya dari Israiliyyat, maka hendaklah berhati-hati ketika membacanya.

Dan antara tafsiran israiliyyat adalah berkaitan dengan kisah-kisah Nabi Yusof, kisah Nabi Daud dan isterinya, kiasah Nabi Sulaiman dan fitnah yang menimpa keatas Nabi Ayub. Dan selain itu juga Abu Hayyan dalam tafsirnya tidak selamat daripada kisah-kisah Israiliyyat dalam kisah Siti Hajar dan Nabi Musa,dan lagi apa yang ditafsirnya mengenai nama 12 bintang yang dilihat oleh Nabi Yusof dalam mimpinya dan bnayak lagi.


Metodologi Abu Hayyan dalam Tafsirnya.

Berdirinya tafsir Abu Hayyan dengan asas daripada Nahu dan Lughah, dari sini menampakkan kekuatan tafsirannya dalam setiap bab dan penerangan yang jelas. Didalam menulis tafsirnya Abu Hayyan telah menyusunnya dengan kaedah-kaedah berikut:

1) Meletakkan kalimah-kalimah mufradat berkaitan ayat di permulaan setiap surah. Ianya bertujuan supaya pentafsiran menjadi lebih jelas dan mengelakkan kesalahan daripada satu kalimah yang kadang-kadang mempunyai dua makna dan satu lafaz yang berbeza mempunyai makna yang sama.
2) Meletakkan asbabun Nuzul. Perkara ini adalah penting kerana ianya adlah satu ilmu yang wajib dipelajari oleh seorang pentafsir dan ianya juga untuk mengerahui kepada siapa dan untuk apa ianya diturunkan, mengetahui nasikh dan mansukh dan kemunasabahan ayat-ayat apabila dibandingkan dengan ayat-ayat sebelum atau selepasnya.
3) Menyebutkan wajah-wajah qiraat dan I’rab. Ini kerana wajah yang berbeza akan menghasilkan makna yang berlainan.
4) Sentiasa meletakkan hadith-hadith yang disebtukan sabit kepada Nabi Muhammad dalam ayat, juga meletakkan naqalan dari para sahabat dan gongan yang thiqat daripada kalangan tabi’en.
5) Tidak memestikan keatas dirinya menghukumkan hadith dan menisbhkannya kepada hadith yang dipegangnya, di sesetengah bahagian beliau tidak menyebutkan perawi hadith, memadai dengan mensyarahkan hadith daripada mufassirin dan ulama’.
6) Terdapat juga hadith-hadith dhaif didalam tafsirannya, yang mana diriwayatkan oleh seorang yg tidak thiqah, tetapi ianya adalah jarang sekali dijumpai.
7) Meletakkan juga perbahasan fiqh 4 mazhab, jika ianya berkaitan dengan soal hukum-hukum fiqh.
8) Meletakkan syawahid syair, disisinya syawahid syair mempunyai tempat yang tinggi dalam pembinaan qawaid nahu dan lebih mudah baginya menerangkan makna ayat dan juga beliau membuat penerangan-penerangan yang banyak.

Pegangan Akidahnya

Bermualanya Abu Hayyan di Madinah dan di Andalus, sepertimana yang sebelum ini, adalah beliau berpaling daripada ilmu-ilmu aqliyyah seperti falsafah, mantiq dan ilmu kalam dan astrologi dan sebagainya, beliau tidak dipengaruhi dengan ilmu-ilmu ini melainkan sedikit dan jarang-jarang, dan adalah beliau dipengaruhi dengan ilmu tersebut sedikit sehinggakan tidak terlihat. Dan dengan ilmu tersebut menjadikan masyarakat Andalus pemikiran yang sesat dengan menggunakan ilmu falsafah kerana menyibukkan diri dalam ilmu tersebut yang bersifat dengan sifat zindiq, dan kesemua ahli fiqh dan ahli hadith menolak ilmu terebut dan memberi gambaran yang buruk.

Dan itulah yang dikatakan oleh pentahqiq bahawa Abu Hayyan semasa di Andalus mempunyai aqidah yang selamat, dan persekitarannya yang lebih menjerumus kepada ilmu-ilmu aqliyyah seperti falsafah,ilmu kalam dan mantiq tidak mempengaruhi beliau, bahkan beliau lebih cenderung untuk mengikuti hadith dan manhaj al-Quran.

Berkata Ibn Hajar rahimahullah daalm kitabnya al-Darar(الدرار) tentang aqidah Abu Hayyan: “Beliau adalah boleh dipercaya, hujjah yang sabit dan selamat daripada ikutan falsafah dan al-I’tizal dan tajsim.

Abu Hayyan dan kebatinan

Tidak banyak dibincangkan tentang beliau terhadap kebatinan namun ada sedikit ulasan oleh pentahqiq mengenai beliau berkaitan kebatinan iaitu pandangan beliau terhadap kebatinan dalam kitab tafsirnya jelas sekali beliau meninggalkan pendapat dan kata-kata golontgan batiniyyah yang terkeluar dari lafaz-lafaz arabiyyah dari segi dalilnya.

Abu Hayyan dan Mazhab Fiqhnya

Adalah beliau berpegang dengan fiqh mazhab Maliki di Andalus kerana beliau disana mempelajari kitab Muwatta’ Imam Malik, dalam satu riwayat didalam kitab-kitab tabaqat dan juga sejarah mengatakan beliau bertukar-tukar mazhab berbilang-bilang iaitu mazhab maliki, zahiri dan yang terakhir sekali bermazhabkan syafi’e. Selepas sampainya ke Mesir beliau mengikut mazhab Syafi’e dan mengarang kitab al-Wahaj fi Ikhtisar al-Minhaj dan Minhaj adalah karangan Imam Nawawi rahimahullah, dan beliau juga mensyarahkan mazhab dalam fiqh syafi’e, kebanyakan pandangan-pandangan didalam kitab tafsirnya diambil daripada pendapat Imam Syafi’e.


Sumber Rujukan Kitab Tafsir Bahr al-Muhit.

Tafsir: Beliau mengambil daripada kitab syaikhnya iaitu Syekh Imam Sholeh al-Qudwah al-Adib Jamaluddin Abi Abdullah Muhammad bin Sulaiman bin Hassan bin Hussin al-Maqdisi al-Ma’ruf bi Ibni Naqib iaitu:
1) Al-Kasyaf
2) Muharar al-wajiz
3) Tahrir wa tahbir.
Qiraat :
1) Al-Iqna’.
2) Kitab Misbah.
Hadith :
1) Sahih Bukhari
2) Sahih Muslim
3) Sunan Abi Daud
4) Sunan Nasa’e
5) Sunan Tirmidzhi
6) Sunan Ibn Majah
7) Musnad Thialisi
8) Sunan Daruqutni
9) Mu’jam Kabir/ Awsad/ Shorir.
Kitab Nahu :
1) Al-Kitab
2) Al-Tashil
3) Al-Mumta’
4) Al-Takmil syarah Tashil
5) Al-Tazkirah
Usul Fiqh :
1) Al-Mahsul
2) Al-Isyarah
3) Syarh Kitab Isyarah.
4) Mukhtasar al-Mahsul
5) Al-Qawaid.
Fiqh :
1) Al-Mahla.
2) Al-Anwar al-Ajali fi Ikhtisar al-Mahla.
Tarikh :
1) Al-Sirah
2) Qalaid al-Aqyan wa Mahasin al-A’yan.
3) Syilah.
Usuluddin :
1) Tidak disebutkan kitab yang khusus berkaitan sumber usuluddin.
Balaghah :
1) Minhaj al-Bulagha’e wa Syaraji al-Adaba’.
2) Nizam al-Quran.
3) Al-Intisar fi I’jaz al-Quran.




Tafsir Ayat 180 Surah al-A‘raf Menurut Abu Hayyan dan Mufassirun yang lain.

Berkaitan dengan Asmaul Husna.

Ertinya: “Hanya milik Allah al- Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.( Surah al-A‘raf : ayat 180).

Secara umumnya, ayat 180 surah al-A‘raf merupakan ayat yang diturunkan di Mekkah. Melihat kepada pengertian zahir daripada ayat ini, dapatlah kita memahami bahawasanya ia mengandungi pengertian mengenai seruan kepada hambaNya, supaya senantiasa memohon kepadaNya dengan menyeru nama-namaNya yang terbaik ataupun Asma-ul Husna.

Selain itu, ayat ini juga mengandungi penegasan kepada orang beriman supaya mengabaikan mereka yang melakukan penyelewengan terhadap nama-nama Allah serta menyerahkan urusan yang berkaitan dengan mereka kepada Allah. Sesungguhnya mereka akan menerima azab yang setimpal dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.

Dalam melihat kepada munasabah ayat pula, kita akan mendapati setelah Allah menerangkan tentang sifat ahli neraka Jahannam pada ayat sebelumnya iaitu ayat 179, yang mana sesungguhnya mereka merupakan golongan yang lalai kerana tidak menggunakan aqal dan hati mereka untuk memahami al-Qur’an, di samping membersihkan jiwa mereka dengan iman dan ilmu yang bermanfaat, maka ayat 180 ini hadir sebagai petunjuk tentang cara terbaik untuk merawat penyakit lalai dengan senantiasa mengingati dan menyeru nama-nama Allah yang baik itu.

Kemudian, ayat selepasnya menghuraikan tentang dua golongan umat Muhammad iaitu golongan yang memberi petunjuk dengan hak dan adil , manakala satu golongan lagi merupakan golongan yang mendustakan ayat Allah dan menyesatkan. Justeru, ternyata kesinambungan ayat sebelum dan selepas bagi ayat 180 surah al-A‘raf telah disusun oleh Allah dengan begitu rapi sekali dan menjadi pengajaran yang berguna kepada kita.

Imam Abu Hayyan al-Andalusi di dalam kitab tafsirnya al-Bahr al-Muhit, menerangkan bahawasanya, setelah melihat kepada kronologi ayat 179 surah al-A‘raf sehinggalah sampai kepada ayat 180 surah al-A‘raf, ternyata Allah telah memberikan peringatan penting kepada umat manusia agar mengingati Allah dan menyeru kepadaNya dengan Asma-ul Husna.

Ini kerana, dengan cara inilah ia mampu menyelamatkan umat manusia dan jin daripada menjadi bahan pembakar api neraka. Sesungguhnya hati yang lalai daripada Allah, akan mudah diresapi penyakit cintakan dunia. Tambahan pula, apabila seseorang itu selalu menyeru Allah dengan nama-namaNya yang terbaik dan senantiasa mengingati Allah, akan timbul kelazatan ketika melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.[1]

Beliau juga meriwayatkan daripada al-Zamakhsyari apa yang dimaksudkan dengan perkataan فادعوه بها , ialah serulah kepada Allah dengan nama-nama yang terbaik dan para ‘ulama’ telah berselisih pendapat di dalam perkara yng berkaitan dengan penamaan menggunakan nama-nama Allah ke atas selainNya. Abu Bakar al-Baqilani berpendapat harus, manakala Abu Hassan al-Asy‘ari, jumhur ‘ulama’ dan para fuqaha’ berpendapat tidak harus dan inilah pendapat yang paling tepat. [2]

Di dalam kitab tafsirnya juga, Imam Abu Hayyan al-Andalusi menyatakan tentang perbahasan ‘ulama’ dalam persoalan yang berkaitan al-af‘al (perbuatan) Allah yang terkandung dalam firmanNya :1) Ertinya : “ Allah akan memperolok-olokkan mereka kembali........”(al-Baqarah:15)

2) Ertinya : “ Mereka memikirkan tipu daya, dan Allah juga menipu daya ke atas mereka......(al-Anfaal : 30)

‘Ulama’ berselisih pendapat, adakah kita boleh mengitlaqkan (menisbahkan) kepadaNya dalam lafaz ism fa‘il seperti ألله مستهزء بالكافرين dan ماكر بالذين يمكرون Sebahagian ‘ulama’ mengatakan harus dan sebahagian lagi tidak mengharuskannya. Dan pendapat kedua ; golongan yang tidak mengharuskannya lebih tepat. Walau bagaimanapun itlaq (menisbahkan) kepadaNya tanpa quyud (mengaitkannya dengan ikatan yang kuat) , adalah dilarang secara ijma‘.[3]

Imam Abu Hayyan al-Andalusi juga menegaskan sebagaimana yang diriwayatkannya daripada Mujahid “ Sesungguhnya, golongan yang menyelewengkan nama Allah adalah golongan yang menamakan Allah sebagai abun (bapa) dan berhala-berhala mereka sebagai arbab(tuhan-tuhan)". [4]



Imam al-Tabari dalam kitabnya Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil al-Qur’an telah mentafsirkan mengenai permulaan ayat 180 surah al-A‘raf yang bermaksud: “Hanya milik Allah Asma-ul Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama baik itu dengan meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya “ Dan di antara nama-namaNya yang terbaik itu ialah al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa ), al-Jabbar ( Yang Maha Memaksa) dan kesemua nama-nama Allah itu adalah yang terbaik.

Beliau juga menyatakan mengenai sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi :

"ان لله تسعة و تسعين أسمأ , مئة الا واحد , من أحصاها كلها دخل
الجنة "
Ertinya : “ Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu kurang satu menyamai seratus. Sesiapa yang membilangnya (menyebutnya) pasti masuk syurga”.(Muttafaq ‘alaih)
Beliau juga mengulas, adapun yang dimaksudkan oleh Allah tentang golongan yang menyelewengkan nama-nama Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya.....” adalah merujuk kepada golongan musyrikin.

Sesungguhnya mereka telah melakukan penyelewengan yang nyata dengan menamakan berhala dan tuhan mereka dengan nama-nama yang diambil daripada nama Allah seperti al-Latta daripada Allah dan al- ‘Uzza daripada al- ‘Aziz.

Selain itu, beliau menyatakan yang dimaksudkan dengan ( يلحدون) adalah golongan yang mendustakan Allah. Dan ada sesetengah pandangan menyatakan ia merujuk kepada golongan yang mensyirikkan Allah. Imam al-Tabari meriwayatkan di dalam kitab tafsirnya daripada Ibn Zaid bahawasanya apa yang dimaksudkan oleh Allah dengan “ dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya.....” adalah golongan kafir dan ayat ini telah dinasakhkan (dimansuhkan) dengan perintah supaya membunuh mereka. Namun demikian, pandangan ini disanggah kerana bagi Imam al-Tabari, Allah tidak memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya membunuh mereka , bahkan ayat ini merupakan suatu ancaman dan ugutan kepada golongan yang menyelewengkan nama Allah dan azab yang bakal disediakan ke atas mereka.

Dan yang paling penting , Allah menyatakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya membiarkan urusan mereka kepada Allah apabila tiba ajal mereka. Ini kerana, di dunia lagi mereka telah mengkufuri Allah, menyelewengkan nama Allah dan mendustakan RasulNya.


Seterusnya, Imam al-Qurtubi di dalam kitab tafsirnya iaitu al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an menyatakan, mesej penting yang ingin disampaikan oleh Allah di dalam ayat 180 surah al-A‘raf ialah suatu perintah untuk ikhlas beribadah kepada Allah, di samping menjauhi golongan musyrikin dan golongan mulhidin (yang menyelewengkan nama Allah).

Di samping itu, satu perbahasan yang menarik mengenai sesuatu yang dinamakan dan perkara yang diberi nama telah dibentangkan di dalam kitab ini. Imam al-Qurtubi telah meriwayatkan daripada Ibn Hisar di dalam kitab al-Katib al-Asna menyatakan, adapun perkataan و لله , merujuk kepada sesuatu yang dinamakan iaitu Allah dan الأسماء pula merupakan jama‘ kepada ism dan merujuk kepada perkara yang diberi nama iaitu Asma-ul Husna (nama-nama Allah yang terbaik).

Seterusnya perkataan فادعوه , kembali kepada sesuatu yang dinamakan iaitu Allah dan Dialah Yang Maha Berhak untuk diseru sebagaimana maksud perkataan tersebut. Manakala perkataan بها , merujuk kembali kepada Asma-ul Husna iaitu perkara yang diberi nama dan hendaklah jangan menyeru kepada Allah selain daripada Asma-ul Husna ini.

Beliau juga menyatakan, sesungguhnya nama-nama Allah yang terbaik itu memberikan suatu kebaikan pada pendengaran manusia serta menenangkan jiwa manusia. Ianya merupakan bukti dan tanda kepada keagunganNya, kemuliaanNya, rahmatNya serta kelebihanNya. Beliau juga memberitahu tentang suatu tuntutan ke atas hambaNya supaya meminta kepadaNya dengan setiap nama-namaNya dengan makna yang mempunyai salingkaitan dengan permintaan si hamba seperti يارحيم ارحمني (“Ya Allah Yang Maha Pengasih, kasihilah aku”).

Seterusnya, di dalam mentafsirkan pengakhiran ayat 180 surah al-A‘raf yang bermaksud “ dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya.....”, beliau mengatakan ini adalah perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat supaya meninggalkan mereka dan tidak perlu berhujah dengan mereka seterusnya meyerahkan urusan yang berkaitan dengan kejahatan mereka kepada Allah.



Berikut adalah perkembangan tafsir selepas pembukuan seperti yang disebut oleh Ustaz Ahmad Rida di dalam muqaddimah tafsirnya Majma al-Bayan
1) Kurun ke-3 hijrah
Muhammad bin Jarir al-Tabari( Jami’ al-Bayan)
2) Kurun ke-4 hijrah
a)al-Naysaburi
b)Abu Hasan al-Asari
c)Ali bin Isa al-Rummani
d)Abu Hilal al-Askari
e)Abdullah bin Muhammad al-Kufi
f)Ibn Hibban
g)Ibn Furak
2) Kurun ke-5 hijrah
a)Abu Jaafar Muhammad bin al-Hasan al-Tusi
b)Al-Sayyid al-Syarif al-Rida al-Musawi
3) Kurun ke-6 hijrah
a) al-Zamahsary( Tafsir al-Kasyaaf)
b) Abu Ali Al-Fadl bin Hassan al-Tabarsi(Majma’al-Bayan)
c)Abu al-Baqa’ al-Abkari
d)Abu Muhammad al-Baghawi
e)Ibn al-Dahhan
4) Kurun ke-7 hijrah
a) al-Baydawi(Anwar al-Tanzil)
b) Ibn Razin
c) Syaikh Muhyi al-Din bin al-Arabi( al-Futuhat)
d)Ibn ‘Aqil
e)Muhammad bin Sulayman al-Balkhi @ ibn al-Naqib
5) Kurun ke-8 hijrah
a) Syaikh Badr al-Din al-Zarkasy
b)Ibn Kathir Ismail bin Umar
c)Abu Hayyan al-Andalusi( Bahr )
d)Muhammad bin Irfah al-Maliki@Ibn al-Naqqasy
6) Kurun ke-9 hijrah
a) al-Biqai(Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayy wa Al-Suwar)
b)Al-Mawla al-Jami
c)Burhan al-Din bin Jamaah
d)Ala al-Din al-Qarmani ( Bahr al-Ulum)
e) Jalal al-Din al-Sayuti
7) Kurun ke-10 hijrah
a) Syaikh Ali bin Yunus al-Nabati(Mukhtasar Majma’ al-Bayan)
b)Al-Allamah Ibn Kamal Basya Ahmad bin Sulayman Al-Rumi
c)Abu Saud al-Imadi( Irsyad al-Aql Al-Salim Ila Mazaya al-Kitab al-Karim
d) Syaikh Abu Yahya Zakariyya bin Muhammad al-Ansari
8) Kurun ke-11 hijrah
a) Syaikh Ali al-Qari
b)Syaikh Hassan al-Burini
c)Syaikh Baha’ al-Din al-Amili(Ayn al-Hayah)
d) Syaikh Khayr al-Din al-Ramali
e)Al-Syihab al-Khafaji
9) Kurun ke-12 hijrah
a) Syaikh Abd al-Ghani al-Nabilsi(Tahrir al-Hawi fi Syarh Tafsir al-Baydawi)
b)Sayyid Hasyim al-Bahrani(Al-Burhan fi Tafsir al-Quran)
10) Kurun ke-13 hijrah
a) al-Alusi( Ruh al-Maani)
b)al-Sayyid Mahmud al-Hamzawi
11) Kurun ke-14 hijrah
a) Syeikh Muhammad Abduh
b)Syeikh Muhammad Rasyid Rida(al-Manar).

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment

KLIK UNTUK BERSEDEQAH