Latest News

PRAKTIKAL DI DARULIFTA' BRUNEI DARUSSALAM

Friday, August 14, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 12:40 PM

Bersama Timbalan Mufti Brunei
: http://www.brunet.bn/gov/mufti/arkib/2009/090511.htm KLIK DISINIhttp://www.brunet.bn/gov/mufti/arkib/2009/090704.htm

SEKADAR SEBUAH PERKONGSIAN PENGALAMAN
Menunggu Flight Ke Brunei
SEDANG MENUNGGU FLIGHT KE BRUNEI
Mungkin agak terlambat sedikit saya menceritakan pengalaman saya membuat attachment di Brunei, namun sudi-sudikanlah membacanya sekadar coretan dari kalam hatiku ini.

Bersyukur kami kehadrat Ilahi dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam kerana telah berjaya menjalani kursus latihan amali industri di Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam selama 2 bulan dengan jayanya, bermula 09 Mei kami bertolak ke Brunei sehingga 06 Julai kami sampai pulang ke Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam kerana sudi menerima kami untuk menjalani kursus latihan amali industri di sini. Turut berjasa, Pengurus Kanan Jabatan Mufti Kerajaan Dato’ Ahmad Bukhari bin Dato’ Seri Setiaraja

Seterusnya jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia, terutamanya pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengajian Islam yang banyak membantu serta berkorban bagi mencurah ilmu pengetahuan dan didikan sempurna untuk menjadikan anak-anak muridnya orang yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara.

Kemudian, syukran jazilan ditujukan juga buat penyelia saya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Sulaiman bin yang banyak berkorban dan bersusah payah demi kemajuan anak muridnya dan setinggi-tinggi penghargaan buat Ustaz Awang Rosli selaku penyelia JMK, Pegawai-pegawai Ilmu yang banyak membantu kami menimba pengalaman sepanjang kami menjalani praktikal, Pengeran Mat Zin dan Awang Mohammad Riffin, yang banyak membantu kami di sana khususnya dalam aspek pengangkutan menghantar kami pergi dan balik tanpa mengharap balasan, nasihat-nasihat serta pengalaman-pengalaman dalam menempuhi alam pekerjaan , segala teguran, nasihat dan pandangan beliau amat saya hargai dan hanya Tuhan sahaja dapat membalas segala jasa baik beliau. Selain itu, jutaan penghargaan juga buat teman sepraktikal saya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, saudara Farid Najmi bin Ahmad Pisol. Kerjasama dan ukhwah kami menguatkan lagi jalinan kami dengan pihak JMK. Disamping itu, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada individu yang sentiasa membantu saya menimba pengetahuan dan pengalaman bekerja sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Praktikal di Darulifta' Brunei

Sepanjang tempoh penempatan kami di JMK kami telah diletakkan di pelbagai bahagian antara bahagian-bahagian tersebut ialah pentadbiran dan perancangan dan kewangan, urusetia fatwa, ifta’ (istinbat), buhuth dan irsyad, penerbitan dan penerangan, perpustakaan Islam Brunei dan yang terakhir sekali balai pameran Islam Sultan Haji Hasanal Bolkiah. Kami disana telah diletakkan di semua bahagian tersebut dan disana tugas hakiki kami adalah disemua bahagian, ini kerana memandangkan kami disana dilatih untuk tidak terkongkong dalam satu bahagian sahaja bahkan setiap pekerja disana mengamalkan konsep 3 in 1 iaitu setiap pekerja mesti berkebolehan didalam setiap bidang dan bahagian, ini bertujuan jika mana-mana kakitangan yang bercuti mengejut atau mempunyai masalah tertentu maka tugasannya akan digantikan kepada sesiapa sahaja yang ditentukan oleh ketua, maka bagi kami tiada istilah tugas hakiki kerana kami pada setiap minggu akan dipindahkan ke setiap bahagian, bahkan semua bahagian merupakan tugas hakiki kami, begitu juga dengan tugas harian dan tugasan luar biasa susah untuk kami terangkan memandangkan mengikut apa yang kami ketahui tugasan luar biasa seperti lawatan, penulisan artikel adalah merupakan kerja kami sehari-hari.
Sepanjang tempoh lapan minggu ini, saya didedahkan dengan pelbagai tugasan untuk dilaksanakan. Bagi saya, semua tugasan yang diberikan ini bukanlah suatu bebanan malah ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Selain itu ia juga merupakan suatu tapak untuk saya mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari di universiti selain menimba pengalaman di dalam bidang pekerjaan.
Namun disini kami cuba untuk mengkelaskan serba sedikit, walaupun ianya seperti yang telah saya katakan tadi bahawa kesemua tugasan kami adalah dikira tugasan luar biasa, namun kami cuba membuat mengikut format laporan yang digariskan oleh FPI, UKM, antaranya adalah seperti berikut

TUGAS HAKIKI
Sebagaimana yang sedia maklum, Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam merupakan suatu jabatan yang berperanan penting dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam. Ianya termasuklah kerja-kerja berkaitan dengan pentadbiran, masalah keluarga dan rumah tangga, dakwah, pengurusan masjid, penguatkuasaan, serta pendakwaan mahkamah serta banyak lagi.

Dalam hal ini, kami telah berpeluang untuk merasai tugas-tugas kesemua bahagian yang terdapat di Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam. Namun demikian, kebanyakkan tugas diberikan kepada pelatih lebih berbentuk urusan berkaitan pentadbiran serta perkara-perkara yang melibatkan urusan berkaitan akademik seperti mendraf fatwa, membuat irsyad hukum dan menaip set fatwa lama. Pelatih juga banyak diajar serta ditunjukkan cara-cara serta kaedah untuk merujuk kitab-kitab mencari jawapan permasalahan fatwa yang disoalkan.

Selain tugas yang berbentul ilmiah, pelatih juga didedahkan dengan bahagian komunikasi, pelatih diletakan dibahagian kaunter untuk menguruskan bahagian urusan berkaitan cabutan bertuah. Dibahagian ini, komunikasi amatlah penting kerana terdapat sedikit perbezaan gaya bahasa antara dua buah negara, ini menjadika pelatih lebih teliti untuk berkomunikasi dengan pelanggan.


TUGAS HARIAN


Tugas harian sepanjang tempoh latihan amali pelatih Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam ialah bermula dengan bahagian Urusetia Fatwa iaitu berkaitan urusan menaip set fatwa mufti kerajaan tahun 1968 dan 1969. Semasa urusan menaip set fatwa ini, ketelitian dan pemahamam amat penting kerana bahasa dan tulisan yang digunakan adalah bahasa agak lama dan sukar dibaca.

Selain itu juga, pelatih juga turut ditempatkan di bahagian Ifta iaitu bahagian mendraf dan mengeluar fatwa. Setiap soalan yang diterima dibawa ke bahagian ini dan para pegawai termsuk pelatih berkesempatan mencari bahan rujukan kitab-kitab. Pelatih juga diberi permasalahan yang ditimbulkan oleh masyarakat untuk mencari bahan rujukan.
Kemudian, pelatih ditempatkan di bahagian bhuhut dan irsyad, Dibahagian ini pelatih didedahkan dengan bahan artikel untuk penulisan artikel, artikel yang hendak ditulis adalah berkaitan dengan memperbetulkan urusan agama seharian masyarakat islam Brunei. Kemudianpelatih ditempatkan di bhagian penerbitan, Antara tugas di bahagian penerbitan adalah menyemak dan mencari jika terdapat kesalahan dalam bahan yang akan dicetak dan diterbitkan. Peletih juga diberi peluang menyiapkan artikel untuk dikeluarkan didalam majalah terbitan Jabatan Mufti Kerajaan. Dalam bahagian penerbitan ini juga pelatih juga diberi tugasan menyalin dan menyetak cekera padat untuk dijual serta diajar teknik pemasaran.
Kemudian pelatih diletakan di bawah bahagian balai pameran islam sultan hasanal bolkiah dan perpustakaan islam. Antara tugas yang dilakukan ialah menerima tetamu yang datang melawat ke balai pameran dan pelawat yang datang ke perpustakaan.

Secara kesimpulannya, pelatih mendapat banyak maklumat serta pengalaman semasa dalam tempoh Latihan Amali Industri tersebut. Apa yang penting ialah pelatih dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari di universiti dengan tempat melakukan Latihan Amali Industri ini. Pelatih juga turut dapat merasai pengalaman bekerja di pejabat khususnya di Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam yang mempunyai kaitan secara langsung dengan pengajian pelatih di Universiti Kebangsaan Malaysia.

TUGAS LUAR BIASA

Sepanjang tempoh latihan amali yang telah dilalui, pelatih telah menempuh pelbagai tugas khas yang agak luar biasa bagi pelatih. Antara tugas-tugas tersebut ialah lawatan ke bahagian penerangan. Tujaan lawatan ini diadakan ialah meninjau perjalanan bahagian ini. Hal ini bersangkutan dengan jabatan muft kerana dibahagian inilah irsyad hukum dikeluarkan. Dalam lawatan ini, pelatih didedahkan dengan penerbitan dan percetakan.
Antara tugas lain pelatih ialah ditugaskan untuk menghadiri pertandingan musabaqah al-quran peringkat negara yang diadakan untuk mencari wakil pertandingan membaca al-quran peringkat antara bangsa yang akan diadakan di Malaysia. Semasa mengikuti program tersebut, pelatih dapat merasai berada dalam majlis yang diadakan dan menjadi satu pengalaman yang amat berharga. Pelatih juga dibawa melawat ke stesyen radio brunei. Tujuan lawatan ini diadakan untuk mengetahui pros rakaman irsyad hukum di radio yang melibatkan ara pegawai jabatan mufti.
Daripada program tersebut, berbagai-bagai input serta pengalaman berguna yang dapat diperolehi serta diambil iktibar oleh pelatih. Impaknya, ia menyebabkan pelatih lebih mendalami serta memahami tentang sesuatu program dijalankan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai tugasan kami sepanjang penempatan di JMK disini kami sertakan lampiran yang kami sertakan berasingan.
My Pic di Borneo Bulettin
PETIKAN AKHBAR BORNEO BULLETIN
BERSAMA PENGIRAN MAT ZIN
BERSAMA HAJI YUSOF
POSING
MAKAN2
PEMBENT6ANGAN KERTAS KERJA
MOU
BALAI PAMERAN SULTAN
LAWATAN KE RTB
MENDENGAR TAKLIMAT




Currently have 1 comments:

  1. Unknown says:

    salam.saya nk tnye la.company yg ambil plajar jurusan engineering utk practical ada x?

Leave a Reply

Post a Comment

KLIK UNTUK BERSEDEQAH