SATU BLOG LAKNAT YANG DICIPTA OLEH ORANG LAKNAT
SEBUAH BLOG YANG CELAKA LAGI LAKNAT, CUBA MENYESATKAN UMAT ISLAM MALAYSIA DENGAN PANDANGAN-PANDANGAN DAN FAHAMAN YANG MEREPEK LAGI MERAGUKAN,
MENAFSIRKAN AYAT-AYAT AL-QURAN TANPA ILMU DAN MENGIKUT KEMAHUAN HAWA NAFSU,
SAPA LAGI KALAU BUKAN RASUL SESAT HJ KAHAR, TAK HABIS-HABIS, AD BLOG PLK TU...
WAHAI SAHABAT2 JOM KITA FLAG BLOG TERSEBUT, SEBAGAI SEORNG ISLAM ANDA WAJIB MELAKUKANNYA, KERANA INI BERKAITAN DENGAN AKIDAH UMAT ISLAM, ISLAM DIHINA,
CARANYA BUKAK BLOG TERSEBUT, N THEN LIHAT ATAS SEKALI SIDEBAR BLOG, KT CITU AD CM LAMBANG BENDERA@ FLAG, N TEKAN CITU KEMUDIAN IKUTI LANGKAH2 SETERUSNYAA....
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud "Janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah"(Surah Shaad:26). Ketahuilah bahawa hawa nafsu merupakan makhluk yang letaknya jauh di lubuk hati manusia sehinggakan ramai yang tidak menyedari akan kewujudannya. Akibatnya, manusia akan mudah terpedaya dengan hasutan hawa nafsu sebagaimana yang digambarkan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam kitab (Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah) "Tuan punya hawa nafsu telah dibutakan dan dipekakkan hatinya, dia tidak lagi menghadirkan dirinya untuk Allah dan Rasul-Nya, lantaran itu redhanya adalah terletak pada redha hawa nafsunya, marahnya adalah terletak pada marah hawa nafsunya"
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi-Nabi sebelummu, jika kamu syirik nescaya akan hapuslah amalan dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Iaitu janganlah ada hukum atau undang-undang lain yang mengatasi hukum atau undang-undang atau mengatasi syariat Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Adalah bertentangan dengan Islam bahkan menipu rakyat apabila sesebuah negara menjadikan Islam sekadar agama Negara atau Islam dijadikan salah satu sumber rujukan sahaja dan sebaliknya mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dengan pertolongannya menghalang perlaksanaan hukum Hudud (kanun Kesiksaan) maka sesungguhnya ia menentang Allah pada hukum-Nya."
Jika membatalkan satu Hukum Allah di anggap menentang-Nya dan derhaka maka bagaimana dengan mereka yang membatalkan lebih dari satu?
SILA KLIK LINK INI DAN FLAGKAN BLOG TERSEBUT...
Currently have 0 comments: