Latest News

POCONG DI BULAN RAMADHAN YANG HAMPIR DICEKUP USTAZ

Thursday, September 3, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 9:13 AM

pocong Pictures, Images and Photos

Teringat ku sebuah memori, apabila masuk ramadhan je ingat balik, masuk bulan ramadhan je ingat balik, hihi,
Cerita ni berlaku time ak tingkatan 3 dulu, time tingkatan 3 ni memang bnyk bnde yg berlaku kt ak, tak kiralah baik ke buruk ke, tp apa yg penting kenangan manis tu yang banyak, dulu ak dok asrama luar, beselah bdk2 asrama sumanya memang nakal-nakal termasuklah orang yang menulis ni….hu2
Jikalau nk di ceritakan memang panjang, so ak ringkaskan jelah, tp apa yang penting kenangan ni memang tak boleh untuk dilupakan…
Ceritanya bermula begini….

Pada suatu hari di bulan ramadhan, diwaktu asar yang hampir maghrib….
“Faris bosan la, jom buat meriam jom…Faris mmg sekepala dgn ak dgn beberapa orng lagi kwn Rafee, Ali, Syazwan, Aput n seorng lagi, bdk2 pngil die Badak….ok set…
Selang stgh jam kemudian….ya…terhasillah sebuah meriam kelongkong hasil ciptaan kami….hahahaha…mmg seronok bermain meriam, tmbhn lg kalo ramai kawan2, tp asrama yg kami dok ni mmg lain dr yang lain, special pnya asrama tu yg smpai boleh main meriam tu…tp perkara yg tidak semena2 berlaku, gerakan kami dapat dihidu oleh warden kami Cikgu Suhaimi, bdk2 pngil ckgu ni Bob(mnta maaf ckgu bkn sy yg beri gelaran tu kt cikgu) mybe sbb bdn die gemuk kot, apa2 hal pun mmg warden kami mengamuk tgk kami main meriam, kami pun ap lagi CABUTTTTTTTTTTTT….pstu warden tnya bt2 muka xbersalah je, mklum la ak ni muka nmpk baik sikit tu yg warden x suspek tu…hihi…lg satu warden tu orng kampong ak..ak mmg knl dgn ayah ipar die…tp citer pasal meriam ni bukanlah isi utama yg ak nk ceritakan , ini sekadar mukadimmah shj….wakakka…

Cerita yg sebenar adalah berlaku slps solat tarawikh, waktu tu surau tempat kami sembahyang orang kampong buat 20 rakaat, so ak n kawan-kawan yang sekepala buat 8 rakaat je, konon ikut sunah la(padahal malas) hihihi….lepas je habis 8 rakaat, “ Rafee, Ali, jom cau, balik hostel, orait mereka jawab, dalam citer ni macam aku plak yang jd ketua….huhu,..kebetulan dekat saff belakang kami ada warden, garang gak warden ni, die dulu belajar kt Jordan, nama die ustaz Abbas bin Tambah, die jelling je kami nak kuar, pastu die tanya, “Ha!!! Nak pergi mana???? “ kami jawab nak balik jap ustaz, sakit perut laa,, skali lima-lima plak tu sakit perut,hahaahaha, tak lojik tol, sib baik ustaz mse tu kasi balik, tapi aku tau, ustaz saje je nak kasi peluang, padahal ustaz ni nak intip kami sebenarnya(kata hatiku),

So, agenda kami bermula disini, sebelum kami sampai di hostel, kami mesti melalui sebuah jambatan yang mana sudah usang, banyak paku-pakunya yang sudah tertanggal, so kami berhati-hati melintasi jambatan tu, krak, krak, krak bunyi jambatan tu, macam nak runtuh je, elok je sampai kt hostel,…hahahahaha, kami bat meting dulu, maklum la nak buat program besar nih, janagn sampai kantoi pulak nnti, ok, Faris kamu ambil baldi besar, Rafee, kamu cari cadar putih, n Ali kamu cari bedak n aku cari lampu suluh, ok suma gerak,…..tak sampai 5 minit semua berkumpul ditempat masing-masing, ok beyeh2 suma bnde dh dapat.

Selepas itu kami pun memulakan agenda berikutnyaa, dalam cerita ini aku telah dipilih sebagai watak utama untuk mengendalikan program ini, memandangkan akulah yang paling tinggi sekali dlm banyak2 membe ak, so apa lagi, kawanku bernama Rafee sedia membaluti tubuhku dengan kain putih, siap ikat lagi dengan kemas dari kaki sampai dkt badan, n Ali pulak make-up aku letak bedak kt muka aku, selesai je make-up n mendandan aku sebegitu rupa, aku pun diangkat oleh kawan-kawan ku berdiri atas baldi, memang nampak tinggi sekali,(apa yang sebenarnya kami buat ni???? Buat pocong laa….huhuhu) kalo nak diikutkan malam tu, memang muka aku dh sebijik cm pocong dh, dahla tinggi, memang tinggi la, orang pun kalo tgk rse takut,

Dalam 5 minit menunggu, ak mula resah, “Weh Rafee!!! Mana budak-budak pompuan ni??? Tak lalu-lalu pun???, Sabar la kejap lagi lalu la tu, waktu ni biasanya bdk-bdk pompuan tu lalu pergi ke Dewan Makan(ni budak-budak pompuan yang tak puasa, diorng dahla x gi sembahyang terawikh, sbnrnya bukan xleh sembahyang pon saje malas, pastu bat alasan datang bulan, pastu nak pegi melantak kt Dewan Makan plk, huhuhu, mana boleh) inilah tugas aku dan kawan-kawan untuk member pengajaran kepada mereka,hahahhahaaha,

Tiba-tiba, weh Man tu diorang dh dekat dah, tegur Rafee, ok3, Ali hidupkan lampu suluh, Faris buat sound effect mengilai, n aku pun siap sedia menjadi pocong jadian di bulan Ramadhan ni….hahahaha….elok je dak2 pompuan tu lalu, Ali pun mula la hidupkan lampu suluh, suluh kat muka aku, Faris pulak bukak n tutup pintu nampak cam ada angin kuat, Rafee pulak menjerit
“HAHAHAHAHAHHA,HIHHHHHHHHHHIHIHIHI(BUNYI MENGILAI) aku pulak buat2 gaya menakutkan, suasana mse tu memang gelap, so nampak memang real, memang menjadi la kami bat program malam tu….hihihi….ak tgk budak2 pompuan tu MENJERIT SEKUAT HATI, PASTU LARI LINTANG PUKANG, HANTUUU (diorang teriak)….hahahaaha…..ak n kawan2 gelak terbahak2 melihatkan reaksi budak2 pompuan yg mati-mati ingatkan kami pocong betul
HAHAHAAHA,…KAMI GELAK2 TAK HENTI…masa tu ak masih atas baldi lagi n ditempat yang sama, manakala kawan2 ak dok kt tepi ak, elok kami syok gelak je, dengan tidak semena-mena sebuah motorsikal Honda 50 yang cukup kami kenali bunyinya MENDERUM LAJU MENUJU KEARAH HOSTEL KAMI, beliau ialah warden kami USTAZ ABBAS B TAMBAH, dengan lampu motor yang terang menyala-nyala, ditambah lagi dengan bunyi sound effect jambatan usang yang dilaluinya, berbunyi krak,krak,krak sudah cukup menunjukkan situasi ustaz itu datang dengan penuh marah n bengang, kami berlima terpegun n tergamam seketika melihatkan kehebatan ustaz menderum motornya ala-ala MAT REMPIT,HIHI,…tapi apa yang lawaknya, ustaz tu pun berubah muka sebaik sahaja nampak pocong kt depan pintu hostel, deruman motor mula diperlahankan, dalam hati aku lawak btul ustaz ni takkan takut gak pocong dalam bulan pose ni, pada mase tu aku nampak jelas riak wajah ustaz terkejut melihat ak, tapi dengan tidak semena2 ustaz tu jadi berani pulak,

Ustaz terus menderum motornya menuju kearah aku, aku rse tergamam, dan berdiri kaku, aku lihat kanan, Rafee dah lari, aku lihat kiri Faris n Ali pun dah xde, sudah, abislah aku kali ni, bisik hatiku, aku nak lari badan dah diikat cam pocong, pastu pulak atas baldi pulak tu, cmne ak nk lari ni….waaaaaaaa….tolong ak….pada mse tu jugak ak sempat buat2 gaya menyeramkan, mana la tau ustaz tu xjadi dtg ke kerana takutkan ak, namun sangkaanku meleset, ustaz semakin mendekatiku dengan motosikal Honda 50 NYA, ADUHH PAROK NI,,, aku pun mengambil inisiatif terakhir, iaitu melompat sekuat hati dari atas baldi tu, LOMPAT….LOMPAT….LOMPAT….AKU MENUJU KEARAH PINTU BELAKANG, time tu ak dah nampak memang cam pocong betul dah, memang watak ak sebagai pocong memenuhi kreteria-kreteria dalam dunia perpocongan….huhuhu, waktu tu yaAllah,,, tuhan je yang tau cmne perasaan ak, ustaz mula masuk melalui pintu depan, ak plk lari terlompat3 ikut pntu belakang, ustaz kejar aku, aku lompat lagi, ustaz kejar lagi aku lompat sekuat hati, memang pecut giler laaa tahap lompatan aku mase tu, sampai ustaz pun x terkejar aku, kire laju la maknanya, ustaz yang kakinya xdiikat tu pun xsempat nk kejar ak, huhuhu…

Aku lari masuk hutan belakang hostel, memang jauh gak aku masuk hutan sorng diri malam2, daripada kantoi dek ustaz baik aku masuk hutan, kang malu plk, ak digelar pocong ramadhan, hihihi, aku nekad masuk hutan, ak toleh belakang ustaz dh xde dh, ak sempat cari port nyorok dalam hutan tu, TIBA-TIBA, ADA SUARA MEMANGIL-MANGIL AKU, “MAN…MAN…MAN…” dalam hati aku alamak pocong mana plk yg panggil aku ni, dh la dalam hutan ni, ak seram gak mse tu, tiba2 sekujur tubuh keluar dari semak, waduh3…sudaaaaah !!!! toyol mana pulak ni….dh la botak, hitam pulak tuu…ak amati betul2 rupernyaa Rafee….haaaaaah…lega hati aku (kalo nak tau Rafee ni kulit die memang hitam, mcm ad kacukan India, pastu mse tu die botak plk tu) huhuhu…. “weh Rafee ko memang babunn btul la….sanggup ko tnglkn ak”….sound ak kt die….mrh gk time tu….tapi kami tergelak mengingatkan peristiwa td… “ weh skng ko bukakkn ikatan kaki ak ni, jenuh aku lari cam pocong terlompat2 dikejar ustaz, elok je Rafee baru nk bukak satu ikatan kat kaki,

JENG…JENG…JENNNNNNNNNNNGGG….TEMPAT PERSEMBUNYIAN KAMI DAPAT DIKESAN OLEH USTAZ, wohh aku pn apalagi lompat….lompat….lompat….nasib baik tali ikatan terbukak mase ak lompat tu so sng la aku nk lari, larian ku kini bertambah laju mencecah 30km/j, aku lari tapi badanku masih diikat tangan pon xleh gerak lagi, baru kaki je sempat ditanggalkan talinya, kali ni kami berdua lari menuju ke sebuah rumah jiran berdekatan, dibelakang rumah, kami menyorok disitu….fuhhh…selamat….pd waktu tu aku mula terfikir, kalaulah tuan rumah ni nampak kami berdua yang cmni, satu cam pocong n satu lagi hitam cam toyol, mesti tuan rumah tu menjerit or pengsan….hahahhaaha
Pada mase tu…ak sempat menjengah kearah hostel, ak dengar ustaz sedang marah-marah, sapa pulak yg ustaz marah2 tuu…maklum la umah tmpt kami nyorok tu xjauh lebih kureng 15 meter je dr hostel .,,kami berdua terpinga2…sapa ek yg kena sound dengan ustaz tuu, memang lama kami tunggu kt blkng umah jiran tu…hampir2 setengah jam la, lps stgh jam je, ustaz menderum motor laju balik ke surau, aku pada mase tu masih lengkap memakai kostum pocong lagi….kikikki…lantas kami pun berlari masuk balik hostel, ak tengok Faris dan Ali telah berjaya ditawan ustaz, hahahaaahaha….siap kena tazkirah lg diorng ckp, malam tu kami berkongsi2 pengalaman, pastu ketawa terbahak-bahak…..Masyaallah….xsangka kan cmni jadinyaa….kami bercerita n menceritakan pengalaman masing2…

Hemmm…huhuhu…lawak kn citer aku ni…nila kisah ak mse tingkatan 3, dulu ak mmg nakal (skng ni pun nakal gk…hihihi) kalo ikutkan mmg bnyk lgi kisah2 ak, sumanya mmg best2, tapi kali ni, aku ceritakan kisah ni dulu, n mybe minggu depan ad cerita best lg….hihihihi…. tapi walau ap pun, walaupun kami ske bat kerja giler2, namun mesti ingt, tnggjwb sbg pelajar msti jgn dilupakan, kami ad study group sendiri tau, kami selalu bljr bersama-sama, kebetulan plk mse tu ad exam PMR, CIKGU2 SEKOLAH PNDNG KAMI CM XDE MASE DPN JE NK DPT PLJR TERBAIK, maklumla, tgk muka pn xde gaya cm pelajar bijak….huhuhu….tp ak len ckit,, ak aktif dlm sukan , terutamanya ping pong, dlm bab2 pljrn ni kureng ckit, cmtulah cikgu2 pndng kami….hihihii, PD MSE TU MMG LA BDK2 TNGKTN 3 YG DOK HOSTEL CIKGU PNDNG CM LEN MACAM JE, TAU SBB AP??? SBB AD BDK2 LEN YG BKN SEKEPALA DGN KAMI BUAT HAL, tu yg cikgu2 pndng len mcm je, termasuk la kami, n lagi satu ak dulu mse tingkatan 3 dilantik dengan paksa sebagai KETUA KELAS, NI SUMA IDEA BANGANG MEMBE2 AK LA NI, PAKAT KENAKAN AK, TP YG PELIKNYA RAMAI PLK DPT SOKONGAN, MAJORITI PLK TU….WAKAKKAKA….xtaulah… kalo diingat2 kn lawak plk ak jd ketua klas…asik gaduh je dgn penolong….mklum la ak ni mn ske pegang jawatan kalo x dipaksa, melainkan ad orng cabar ak…hihihi…

Namun kami berjaya menggempakkan sekolah, HAHAHAHAAHA…. Slps habis exam je,,,…mse tu dh dkt dh nk ambk result PMR….KAMI BERLIMA DTG KE SEKOLAH DGN PENUH YAKIN, YAKIN MEMASTIKAN BIL (A) TERBANYAK PASTI DALAM GENGGAMAN KAMI, ELOK SMPAI KT SEKOLAH JE CIKGU2 TERSENYUM MELIHAT KAMI, HAAAA….MCM ad suatu petanda je…hik3…elok je ak ambil result PMR…JENG3…WAHHH….ALHAMDULILLAH….ak dpt (7A), BEGITU JUGA NG MEMBE AK, masing2 dpt (7A) ad yg dpt (6A) …..walau ap pun kami dh berjaya menggempakkan sekolah n sekaligus menaikkan nama kami dimata cikgu2 n awek2 sekolah….hhaaahahaha…
Pada bulan satu berikutnya mse tu ak tingkatan 4,,,kami berlima masih stay lg bersama, satu majlis penyampaian hadiah tahunan diadakan untuk meraikan pelajar2 terbaik sekolah, dengan tidak semena2 tiba2 guru besar mengumumkan calon2 pelajar2 cemerlang sekolah PMR, WAHHH…tiba2 disebutkan sebuah nama…LUQMAN HAKEEM, SYAZWAN, AZIM, RAFEE, AFIQ, IDZHAM, RIDWAN,n bnyk lg….HAHAHAHA….KAMI TERKEJUT BESAR…nama kami terpilih sebagai pelajar cemerlang sekolah….alhamdulillah…kami pun meluru ke pentas dengan bangga n sedikit cover macho,hahaha….untuk mengambil hadiah yg disampaikan oleh guru besar n dilihat oleh semua guru2, maklumla selama ini guru2 x bajet pun kami boleh sampai ketahap ini, kami berlima pulak tu budak2 asrama yg dikatakan banyak buat kes2 yg teruk, tp tu tohmahan je sbnrnyaa…aku melihat ustaz husin tersenyum, melihat ak, begitu juga cikgu Razali tersengeh melihat kejayaanku yg tidak diduganya, beliau ingtkan aku ni hanya sekadar pndai main ping pong rupernya bijak sikit la dlm pljrn (bukan nk bangga ye, skdr kalam hatiku ini),

Selepas itu, kemana shj kami pergi, pasti ramai cikgu2 yg tegur kami, sblum nix de pon, lg satu thp kefemesan ak, sampai ak g pasar pun ustaz tegur ak….kikikikiki….selepas hamper dua minggu or lbh kami bersekolah disitu, aku mula hendak dilantik sebgai pengawas oleh ustaz, tp ak enggan, bukan wang dan jawatan yg ak inginkan, ak inginkan sahabat2 yg setia, guru2 yg menyayangi ak, tu je dh cukup…lps tu ap jd kt ak…??????

Pada hari Jumaat, Sayyidul Ayyam, bermula la sebuah perbarisan mingguan, ntah knp dada ak tiba2 berdebar2…dug dap…dug dap…maka seperti biasa dimulakan dgn nasyid asmaul husna…sepanjang menyanyikan asmaul husna ak melihat sekeliling dewan, ntah kenapa aku begitu sayu sekali, melihatkan sekolah ini, mcm ad sesuatu yg akan berlaku sebentar lagi, tiba pula ucapan pengetua sekolah, die tersenyum seperti biasa, tp pg ni senyumannya luar biasa, assalamualaikum, disini sy tidak ingin bercakap panjang, Cuma sy ingin umumkan satu perkara penting, iaitu disini terdapat surat tawaran menduduki sekolah2 sekolah berasrama penuh n sekolah2 sekolah agama tinggi bagi meneruskan pengajian dalam bidang SAINS TULEN, nama2 adalah seperti berikut, MOHD AFIQ, IDZHAM, RIDWAN, NAHHH…KALI NI AK TERKEJUT LAGI….LUQMAN, AZIM, SYAZWAN DAN LAIN2….SILA BERJUMPA SY SELEPAS PERHIMPUNAN INI UNTUK MENGAMBIL SURAT TAWARAN INI…SEKIAN TQ…
WAHHH….GEMBIRA TOL KAMI, tp dulu ak xtau lngsung ap bnde sains tulen ni,

ARGHHH…LETIH LA AK CITER….AKAN KU SAMBUNG LG DI EPISOD AKAN DTG
SEKIAN WASALAM….

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment

KLIK UNTUK BERSEDEQAH