Latest News

"SATU KALIMAH", AL-QURAN AS-SUNNAH DIUTAMAKAN, BID'AH DIHAPUSKAN

Tuesday, September 1, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 6:47 AM

luqman al-jawa merdeka

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Memang agak terlambat sedikit coretan mengenai merdeka ini,namun apa yang bertuahnya dan lainnya merdeka pada tahun ini ialah bertemunya tanggal 31 ogos 2009 dengan Bulan Ramadhan, wahh, ini sudah menjadi petanda yang amat baik, rsenya ini kali pertama merdeka dalam bulan puasa, seingat saya la, mudah-mudahan terdapat perkara yang baik dan hikmah yang menanti disana, mana lah tahu Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar Islam, serta menerapkan segala hukum-hukum Islam, siapa yang tahu???

Anak-anak muda kini girang melaungkan lafaz MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!,, NAMUN APAKAH MEREKA TAHU AKAN ERTI MERDEKA SEBENARNYAA??? TIDAK kurangnya mereka yang mengibarkan jalur gemilang disetiap rumah, kenderaan, dan berbagai lagi, apakah mereka benar-benar merdeka?? satu persoalan yang perlu dijawab....

Memang negara kita sudah merdeka, namun bagi saya selagi sesebuah negara itu, khususnya Malaysia, yang mana terdiri daripada majoriti umat Islam, masih lagi gagal menerapkan hukum-hukum Islam yang sebenar, apakah mampu Malaysia dikemudian hari akan berdiri teguh, memegang tampuk panji-panji Islam, lihatlah pada hari ini, apabila kes seorang wanita yang meminum arak yang disabitkan hukuman rotan, apa yang berlaku pada masyarakat sekeliling??? ramai yang membantah atau ramai yang menyokong??? kini timbulnya isu bahwa Islam kejam terhadap wanita, hukum Islam tidak relevan lagi pada zaman ini, Islam pengganas, macam-macam lagi yang disuarakn oleh mereka yang mana dalang disebalik perkara ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah Yahudi, kita sedang dijajah sedikit demi sedikit, penjajahan yang amat halus sekali yang mana memberi impak yang mendalam, Ya ALLAH kau lindungilah Malaysia, JADIKANLAH MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG BENAR-BENAR ISLAM

Kejayaan sesebuah negara itu adalah disebabkan oleh penyatupaduan umat, lihatlah sejarah silam, apabila Islam terbina dalam satu khalifah, bukankah Islam amat kukuh, padu, tidak goyah, malah ditakuti musuh-musuh, tidak seperti hari ini, umat berpecah-belah,bahkan dalam negara Islam sendiri pun berpecah, Islam sesama Islam pun berpecah, bagaimana kita ingin mengorak langkah??? menuju kemerdekaan yang abadi??? sebuah kemerdekaan yang bermotokan " AL-QURAN SUNNAH DIUTAMAKAN, BID'AH DIHAPUSKAN" "SATU KALIMAH" dan bukan lagi "SATU MALAYSIA"
walau apa pun mungkin satu malaysia merupakan satu langkah diperingkat awal, sapa tahu???

CUBA KITA LIHAT SENDIRI...ini berdasarkan mata dan pemerhatian saya selama di universiti, khususnya fpi, kita telah dipisahkan dan dipecah-pecahkan, dipecah-pecahkan pelbagai bahagian, kelab dan sebagainya, inilah mula timbulnya perpecahan, mana tidaknya, semenjak diuniversiti lagi telah dipecah-belahkan, manakan tidak mahu kita berpecah...bagi saya pembahagian jabatan-jabatan hanya akan menimbulkan perpecahan dikalangan ahli-ahli jabatan, cukuplah didirikan sebagai sebuah fakulti Islam yang mana segala metod dan aliran pembelajaran yang sekata dan sama,lihatlah pada hari ini, ramai mahasiswa2 yang saling berkelahi, pancung-memancung, yang akhirnya timbulnya pergaduhan yang membawa kepada dendam dan dengki, berat sebelah, tidak adil, tidak amanah dan sebagainya. Disini saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi saya kesal kepada sistem pembelajaran, mengapa perlu dipecah-pecahkan kepada jabatan-jabatan???? mahasiswa-mahasiswa adalah mangsa pergaduhan kepada sikap dan kebodohan orang-orang diatas....kekesalan ku tidak akan terhenti sampai disini....

Akhir kalam saya masih bersyukur Malaysia Merdeka, walaupun bukan merdeka yang sebenar-benarnya, insyaallah suatu hari nanti....

Sama-samalah kita meneliti dan memperingati detik-detik sejarah kemerdekaan dibawah ini:...
MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA


Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tunku Abdul Rahman (UMNO2) Pictures, Images and Photos

Perdana Menteri Malaysia Pertama - BAPA KEMERDEKAAN

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
( 1957 - 1970)

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment

KLIK UNTUK BERSEDEQAH