Latest News

TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM UST ASRI

Thursday, August 13, 2009 , Posted by luqman al-jawa at 7:04 AM

rabbani Pictures, Images and Photos


Salam takziah diucapkan buat keluarga allahyarham ust Asri diatas pemergian beliau ke rahmatullah, tidak lupa diucapkan buat anak-anak muridku Mohd Fathi bin Asri dan juga anak-anak beliau yang lain disini Ustaz Luqman sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanmu, yang mana dahulu belajar di Sekolah Rendah Islam Al-Muarrif yang mana sempat kami berbual mesra berta'aruf dan juga berkongsi-kongsi pengalaman semasa minggu Amal Islami.

Sedih rasanya kehilangan seorang ust yang serba boleh terutamanya dalam bidang nasyid, berkhutbah dan lain-lain lagi, sempat saya mendengar khutbah jumaat yang dibacakan oleh beliau di Masjid Bukit Sentosa(jikalau tidak silap)memang sangat menakjubkan dan semua hadirin yang mendengarnya kebanyakannya tekun dan teliti mendengarnya, dengan suaranya yang lantang dan ditambah kemerduan suaranya pasti membuatakan sidang jemaah tidak akan terlelap.

Kepada Mohad Fathi dan adik-adik yang lain diharapkan agar kuatkan semangat, dan ingatlah setiap manusia pasti akan kembali kepada penciptanya, tabahkanlah jiwa, belajarlah rajin-rajin sudah pasti inilah harapan kedua ayah dan ibu dari UKM Ustaz Luqman mendoakan semoga allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang salih...AMINNN...

Teringat saya akan sebuah lirik nasyid yang beliau telah cipta yang mana ianya mengandungi message yang mendalam:

setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana
akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa....

Memang sungguh sayu sekali apabila mendengar lagu ini, apatah lagi penciptanya sudah tiada lagi...

akhir kalam sekali lagi diucapakan takziah buat keluarga Mohd Fathi...

Sekian,

Wasallam

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment

KLIK UNTUK BERSEDEQAH