SANGGAHAN ORIENTALIS DAN JAWAPAN ULAMA'
Definisi Orientalis
Orientalis berasal dari perkataan orient yang bererti timur dan orientalis pula biasanya dirujukkan kepada orang-orang barat yang mengkaji ilmu-ilmu ketimuran seperti bahasa, sastera, tamadun dan agama. Tetapi bagi dunia Islam, apabila disebut orientalis atau orientalisme ia merujuk kepada orang barat yang mengkaji tentang tamadun dan selok belok agama Islam termasuk al-Qur’an, al-Hadith, sejarah, bahasa dan lain-lain.
Orientalis dan Islam
Meskipun istilah ‘orientalis’ dari segi formalnya baru digunakan pada abad ke 18 tetapi ia mempunyai pertalian dengan latar belakang psiko-historis dari peringkat awal kelahiran Islam yang berdepan dengan golongan agamawan Yahudi-Kristian. Pertengahan umat Kristian dan juga Yahudi dapat dilihat dari dendam kesumat dan konflik dari mereka seperti gambaran negatif mereka terhadap Islam. Peperangan menguasai Sepanyol dan beberapa siri peperangan salib adalah rentetan dari dendam kesumat mereka terhadap Islam.
Di mana serangan yang dilakukan oleh tentera salibiyyin ke atas negara-negara Islam adalah disebabkan factor utama, iaitu faktor agama dan taksub [m/s 75] membuta tuli serta factor politik. Pada anggapan mereka bumi ini hanya layak didiami oleh orang Kristian sahaja. Berikutan itu proses pembersihan bumi ini dari didiami oleh orang-orang Islam perlu dilakukan. Selain dari itu serangan mereka juga didorong oleh factor politik dan penjajahan. Di mana kekayaan hasil bumi, kemajuan dan ketenangan yang dimiliki oleh negara-negara Islam pada masa itu khususnya negara Syam dan sekitarnya sedikit sebanyak mendorong mereka untuk menjajah negara-negara tersebut. Kegiatan penjajahan ini dipelopori oleh British dan Perancis dan diikuti oleh kuasa penjajah yang lain seperti German, Amerika dan lain-lain. Tetapi kehandak Allah (s.w.t.) mengatasi segalanya, di mana setelah peperangan salib yang berterusan selama dua ratus tahun berakhir dengan kekalahan dan kekecewaan kepada tentera salibiyyin.
Berikutan dari kekalahan dan kekecewaan tersebut, mereka mula mengalihkan pandangan mereka daripada serangan senjata kepada serangan mental dan fikiran. Dari sinilah mereka mula mengkaji tentang Islam dari pelbagai aspek termasuk aqidah, tafsir hadith, sastera dan lain-lain yang berkaitan dengan agama sebagai persiapan terhadap serangan mental dan fikiran umat Islam. Dapatlah dikatakan motif kajian terhadap bidang-bidang keislaman yang bersifat negative adalah pencetus ke arah melahirkan orientalisme khususnya di Inggeris (1779), Perancis (1799), dan di negeri-negeri lain. Dalam kata lain serangan orientalis adalah merupakan lanjutan dari konfrantasi antara Kristian da Yahudi dengan Islam yang pada awalnya lebih bersifat ‘un-realistic militant’ kea rah yang bersifat penyusupan di dalam kegiatan intelektual dan persuratan.
Orientalis dan al-Hadith
Kecenderungan awal di kalangan orientalis ialah berusaha membuktikan al-Qur’an bukannya wahyu Allah (s.w.t.), sebaliknya ia adalah ciptaan Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri. Namun usaha mereka tidak berjaya, kerana kesahihan al-Qur’an disokong oleh fakta sejarah konkrit, lagipun ia dijamin sendiri oleh Allah (s.w.t.) untuk memeliharanya dari segala penyelewengan dan penipuan. Selepas usaha mereka bagi menimbulkan keraguan terhadap al-Qur’an sebagai sumber yang utama dan pertama gagal, mereka beralih pula kepada sumber yang kedua, iaitu al-Hadith. Mereka berusaha membuktikan bahawa al-Hadith adalah rekaan umat Islam yang terkemudian dan tidak ada hubungkait dengan Nabi Muhammad (s.a.w.).
Golongan orientalis barat berminat di dalam pengkajian al-Hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya sejak lebih kurang dua ratus tahun yang lampau. Mereka membuat pengkajian kritis, membuat suntingan (tahqiq) dan menerbit banyak karya berbahasa Arab di bidang pengajian al-Hadith. Mereka juga telah menterjemahkan beberapa karya al-Hadith dan ilmu-ilmu yang berhubung dengannya ke dalam bahasa latin serta menulis buku-buku ilmiah dan makalah-makalah kritis tentang masalah asa berhubung dengan disiplin pengajian al-Hadith. Pengkajian tentang asal dan perkembangan al-Hadith secara komprehensif dan kritis juga dilakukan dan diterbitkan oleh sarjana-sarjana barat dengan tujuan yang sama, iaitu untuk menimbulkan keraguan kepada umat Islam tentang autoriti al-Hadith sebagai sumber kedua kepada syariat Islam.
Di antara orientalis barat yang membuat kajian terhadap al-Hadith ialah A. Sprenger, J. Horovitiz, A. Guillaume, W. Muir, S. Mackensen Ruth, R. A. Nicholson, Nabia Abbott dan T. W. Juynboll. Mereka telah menimbulkan beberapamasalah pokok dalam pengajian al-Hadith dan perkembangannya. A. Sprenger di anggap sebagai pelopor dalam usaha ini dan diikuti oleh William Muir. Akhirnya lahirlah I. Goldziher yang dianggap sebagai seorang tokoh orientalis yang paling terkemuka dalam bidang kajian al-Hadith serta paling merbahaya. Ini kerana beliau bukan sahaja pakar dalam bidang al-Hadith, tetapi juga mahir dalam bahasa Arab sehinggakan beliau digelar sebagai bapak orientalis di zamannya. Beliau telah mengarang banyak buku dan menulis beberapa artikel yang membicarakan tentang pegumpulan, sejarah, dan perkembangan formal al-Hadith. Karya utama beliau dalam pengajian ini, ialah ‘Muhammadanische Studien’. Tulisan-tulisan dan buku-buku beliau masih lagi menjadi rujukan utama kepada orientalis moden. Malah terdapat juga beberapa tokoh dan sarjana Islam yang terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh beliau. Antaranya ialah Ahmad Amin melalui bukunya ‘Fajr al-Islam’ dan Abu Rayyah melalui bukunya ‘Adwa‘ ‘ala al-Sunnah al-Muhammadiyyah’ dan lain-lain.
Antara pandangan dan rumusan yang dibuat oleh Goldziher terhadap al-Hadith ialah beliau menganggap bahawa sebahagian besar al-Hadith adalah lahir dari perkembangan semasa dalam agama Islam sama ada dari segi agama, sejarah dan social pada abad pertama dan kedua hijrah. Ini bererti kebanyakkan al-Hadith bukannya sahih datang daripada Rasulullah (s.a.w.), sebaliknya ia merupakan ciptaan umat Islam di zaman kecemerlangannya. Oleh itu, al-Hadith pada pandagan beliau tidak boleh dijadikan sebagai sumber penting dalam agama Islam. Tetapi hanya sebagai bahan penting kepada keterangan-keterangan sejarah perkembanganpelbagai aspek kebudayaan Islam zaman kemudian di bawah pengaruh bukan Islam.
Bagi menyokong pendapat tersebut, beliau cuba mengelirukan umat islam berhubung dengan sejarah penulisanj al-Hadith yang merupakan perkara utama yang dibincangkan oleh orientalis. Di mana Goldziher telah mengemukan sekumpulan al-Hadith yang menyatakan telah wujud beberapa sahifah yang dicatat pada zaman Rasulullah s.a.w, tetapi beliau meragui kenyataan itu datangnya dari generasi pertama umat Islam. Bagi beliau kemunculan riwayat tersebut merupakan ciptaan umat Islam terkemudian dalam usaha mereka membuktikan bahawa al-Hadith telah ditulis oleh generasi pertama umat Islam. Namun beliau tidak dapat menyokong pendapatnya secara konklusif.
A. Sprenger pula berpendapat bahawa al-Hadith disampaikan melalaui lisan selama lebih satu abad dan hanya ditulis di sekitar abad kedua Hijrah dan bukan pada zaman Rsulullah s.a.w sementara A. Guillaume membuat konklusi bahawa al-Hadith mesti dianggap sebagai satu rekaan. Pendapat ini disokong oleh Ruth. Sementara J. Schacht pula mendakwa al-Hadith berhubung dengan undang-undang direka dan hanya dianggap sahih mulai pertengahan abad kedua hijrah dan selepasmya sahaja. Beliau juga tetap menolak kenyataan tentang al-Hadith yang diusahakan pengumpulanya oleh Khalifah Abd al-Aziz (994 H-101 H.), kerana pada anggapan beliau semua al-Hadith sebagai rekaan selepas kewafatan ‘ Umar Abd al-‘ Aziz.
Orientalis juga menolak kenyataan yang mengatakan Khalifah Umar Abd al- Aziz adalah orang yang pertama meminta Abu Bakr Ibn Hazm (m. 117 H.), Ibn Shihab al-Zuhri (m. 124 H.)dan lain-lain supaya mengumpul dan menyusun al-Hadith. Oleh itu bagi kebanyakan orientalis, pengumpulan al-Hadith telah ditulis sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat. Pendapat ini dikemukakan oleh Sezgin dan Nabia Abbott, namun mereka berdua tetap menolak al-Hadith ditulis semasa Rasullullah s.a.w masih hidup. Sebenarnya penolakan orientalis terhadap penulisan al-Hadith di awal Islam berpunca dari anggapan mereka bahawa kebanyakan al-Hadith adalah rekaan umat Islam yang terkemudian.
Jawapan Ulama’ Islam kepada pandangan Orientalis Terhadap Al-Hadith
Pandangan-pandangan yang diutarakan oleh orientalis, baik mengenai penulisan Al-Hadith maupun mengenai isnadnya dan sekaligus terhadap Al-Hadith telah ditolak oleh beberapa ulama’ Islam. Antarany ialah Shaikh Mustafa al-Siba’ie melalui kitabnya ‘Al-Sunnah Wa Makanatuhu’, Mustafa A’zami melalui kitabnya ‘Dirasat Fi Al-Ahadith al-Nabawiyyah’, Muhammad ‘ajjah al-Khatib menerusi kitabnya ‘ al-Sunnah Qabla al-Tadwin dan Muhammad Abu Syahbah menerusi kitabnya ‘difa’ An Al-Sunnah ‘. Menerusi kajian-kajian dan penyelidikan ilmiah yang dilakukan, mereka dapat menolak segala keraguan yang cuba ditimbulkan oleh orientalis terhadap al-Hadith khususnya mengenai penulisan al-Hadith di awal Islam. Mereka telah mengemukakan bukti-bukti bahawa al-Hadith telah pun dicatat sebahagian besarnya semasa Rasullullah s.a.w masih hidup.
Walaupun pada peringkat awalnya Rasulullah s.a.w melarang para sahabat daripada menulis al-Hadith semasa hayat baginda kerana ditakuti bercampuraduk dengan al-Quran. Ini ditambah pula bilangan sahabat yang pandai menulis al-Hadith pada masa hayat baginda dengan mendapat keizinan khusus darinya. Di antara sahabat yang menulis semasa hayat baginda , ialah Abdullah Ibn Amru Ibn al-As’ (m. 65 H), Jabir Ibn Abdullah(m. 78 H.), Samurah Ibnu Jundub (m. 60 H.), dan Sa’ad Ibn Ubadah (m. 15 H.). Rasullullah s.a.w mengizinkan Abdullah Ibn ‘Amru al-‘As menulis al-Hadith, kerana beliau seorang penulis yang baik.
Begitu juga dengan beberapa sahabat yang lain yang turut sama dalam menyumbang dalam penulisan al-Hadith di zaman Rasulullah s.a.w seperti Sahifah Jabir Ibn Abdullah al-‘Ansari yang diriwayatkan oleh Qatadah Ibn Di’amah seorang tabi’in. Selain itu terdapat banyak lagi hadith-hadith yang ditulis pada masa hayat Rasulullah s.a.w oleh para sahabat, tetapi tidak sampai kepada kita. Ini di sebabkan sebahagianya dibakar oleh sahabat dan juga tabi’in kerana ditakuti ia terjatuh kepada yang bukan ahlinya.
Di samping hadith-hadith yang ditulis khusus oleh Rasulullah oleh sahabat, terdapat juga hadith-hadith yang ditulis secara tidak langsung melalui surat-surat perjanjian, surat dakwah dan surat-surat mengenai cukai seperti surat yang dihantar kepada Raja Habsyah dan surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah kepada raja-raja bukan Islam yang menyeru mereka memeluk Islam. Kesimpulanya semasa Rasulullah s.a.w masih hidup terdapat hadith-hadith yang ditulis oleh para sahabat, Cuma tidak secara rasmi, tetapi lebih bersifat individu.
Selepas Rasulullah s.a.w wafat, iaitu pada zaman sahabat penulisan al-Hadith secara individu jauh lebih bnayak dari zaman Rasulullah s.a.w. Antara sahabat dan tabi’in yang menulis al-Hadith pada zaman ini, ialah Abu Bakar al-Siddiq (m. 13 H.), ‘Umar al-Khatab (m. 23 H.), Mu’adh Ibn Jabal (m.51 H.), Amr Ibn Hazm (m. 50 H.), al-Mughirah Ibn Syu’bah (m. 51 H.), Hammam Ibn Munabbih (m.131 H.). Hammam Ibn Munabbih adalah seorang tabi’in yang banyak menerima dan menulis al-Hadith daripada Abu Hurairah r.a Hasil tulisannya kumpul dalam satu sahifah yang terkenal dengan nama Sahifah Sahihah bagi Hamman Ibn Munabbih. Sahifah ini telah ditulis pada zaman sahabat dan ia telah sampai kepada kita dengan sempurna sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hammam daripada Abu Hurairah dan ia telah didapati oleh Doktor Muhammad Hamidullah dalam bentuk manuskrip di Dimasyq dan juga Berlin. Malah kandunganya mempunyai beberapa persamaan dengan kandungan yang terdapat dalam musnad Ahmad Ibn Hanbal dan Sahih al-Bukhari. Kewujudan sahifah ini sebagai bukti yang jelas bahawa penulisan al-Hadith telah bermula pada abad pertama Hijrah lagi.
Proses penulisan al-hadith secara individu ini berterusan sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar ‘Abd al-Aziz (99 H. -101 H. ). Di mana penulisan dan pengumpulan al-Hadith secara rasmi bermula dengan arahan dan pemintaan yang dikeluarkan oleh beliau kepada gabenor-gabenor. Antara ulama’ yang menyahut seruan, ialah Abu Bakar Ibn Hazm (m 117 H.) dan Ibn al-Zuhri (m. 124 H. ).
Dari kenyataan di atas dengan sendirinya menolak dakwaan Goldziher yang menyatakan bahawa kebanyakan al-Hadith adalah hasil draipada perkembangan islam semasa dan bukannya dari Rasulullah s.a.w dan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Ini ditambah pula dengan ketelitian dan kecermatan umat islam menerima sesebuah al-Hadith. Bukan mereka sahaja menyelidik setiap al-Hadith yang diriwayat oleh sesama mereka, malah mereka juga sentiasa menyelidik tentang pendusta dan pencipta Hadith-Hadith palsu. Justeru itu mereka dapat membezakan antara Hadith sahih dan palsu. Ketelitian dan kecermatan ini di ikuti oleh generasi selepas sahabat, iaitu tabi’in dan atba’ tabi’in. Kesungguhan mereka ini terbuti melalui beberapa kaedah dan metod serta ilmu-ilmu yang dicipta yang bukan sahaja bagi mengenal pasti Hadith-Hadith sahih dan palsu, tetapi juga bagi mengenal pasti perawi-perawi yang boleh diterima riwayatnya dan sebaliknya. Antara ilmu tersebut, iailah ilmu al-Jarah wa ta’ dil’ ilmu Rijal al-Hadith, ilmu ‘ilal al-hadith dan lain-lain. Di mana ilmu ini yang merupakan komponen kepada ilmu- ilmu al-Hadith telah menjadi satu disiplin pengajian ilmu yang lengkap dan sistematik.
Apabila sesebuah al-Hadith oleh perawi, sudah tentulah agak sukar sekali untuk membuat andaian bahawa berlakunya perbohongan dan penipuan. Ini kerana perbezaan mazhab dan fahaman yang dianuti serta kedudukan mereka yang berjauhan agak sukar bagi mereka untuk mengadakan satu pakatan pembohongan dan penipuan terhadap sesebuah al-Hadith. Jikalau pun ada amalan biasa mencipta isnad bagi memalsukan al-Hadith, ia adalah mustahil kerana ahli-ahli al-hadith sentiasa membuat pemeriksaan dan pembandingan segala perbezaan yang terdapat. Dalam pemeriksaan tersebut isnad palsu sentiasa ditemui dan tidak mungkin tetinggal tanpa diperiksa dan diselidiki. Walaupun begitu tidaklah dinafikan bahawa setiap penyalin al-Hadith itu tidak pernah membuat kesilapan yang perlu dibuat pemeriksaan teliti bagi memperbetulkanya. Faktor ini juga menolak dakwaan J. Schacht yang mengatakan isnad telah ditiru oleh perawi-perawi lain. Ini kerana perawi-perawi ini berasal dari tempat yang berjauhan dan berbeza kebudayaan, fahaman dan mazhab di antara mereka dan pertemuan di antara mereka adalah amat-amat sukar sekali.
Sementara dakwaan orientalis terhadap tumpuan kritikan ahli al-Hadith terhadap isnad tanpa teks al-Hadith adalah tidak benar sama sekali, kerana jika diteliti terhadap ulasan dan huraian mereka terhadap tekas al-hadith ternyata mereka juga tidak ketinggalan bercakap dan mengkritik teks al-Hadith sekalipun tidak sehebat kritikan mereka terhadap isnad al-hadith. Ini kerana kritikan terhadap isnad al-hadith kebiasaannya dilakukan oleh al-Hadith yang mempunyai autoriti dalam hal tersebut. Sementara kritikan terhadap tekas al-Hadith biasanya dilakukan oleh ahli fiqh.
Kesimpulan
Dari perbincangan di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa orientalis-orientalis barat telah lama beruasaha dan membuat kajian terhadap al-Hadith dengan tujuan menimbul keraguan kepada umat Islam terhadap autoriti al-Hadith sebagai salah satu sumber asas kepada syariat Islam. Usaha-usaha tersebut telah dibuat dengan pelbagai cara dan metod untuk menyarankan bahawa al-Hadith adalah perkara terkemudian yang direka oleh generasi Islam yang menyusul pada akhir abad pertama, kedua dan ketiga hijrah dan tiada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w tetapi ternyata segala keraguan yang ditimbulkan terhadap autoriti al-Hadith sebagai sumber syariat adalah tidak berasas sama sekali. Perkara ini jelas dengan bukti-bukti yang ditemui dan kemukakan oleh ulama’ Islam yang menggambarkan bahawa kriteria dan nilaitara periwayatan al-Hadith dan isnad serta perawinya adalah benar selain dari yang ditolak oleh al-hadith yang terkawal. Dengan ini jelaslah bahawa al-hadith tetap utuh autoritinya sekalipun cuba dipertikaikan oleh musuh-musuh Islam.
ORIENTALISME DAN PENGAJIAN AL-HADITH
Sesungguhnya sedar tidak sedar, sebenarnya umat Islam kini berdepan dengan serangan secara terancang, samada secara fizikal dan minda. Usaha musuh untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah luntur sejak sekian lama. Mereka akan melakukan apa saja bagi memastikan Islam dan umatnya terus berada di landasan yang salah dalam melaksanakan propaganda supaya arahan, kewajipan dan amalan agama diragui dan ditinggalkan penganutnya sendiri.Perkara inilah yang sedang dan sudah dilakukan golongan bijak pandai bukan Islam. Golongan orientalis yang secara ilmiah dan melalui hujah akademik menyerang pemikiran masyarakat Islam supaya mereka berasa sangsi dan tidak yakin dengan segala ajaran serta tuntutan agama yang disyariatkan.
Orientalis-orientalis barat berminat di dalam pengajian al-Hadith dan kesusateraan-kesusasteraan cabangnya sejak lebih kurang dua ratus tahun silam. Mereka membuat pengkajian kritis, menyediakan suntingan dan menerbitkan banyak karya berbahasa Arab di dalam lapangan pengajian ini. Mereka juga telah menterjemahkan beberapa buku Hadith dan ilmu berhubungkait dengannya ke dalam bahasa mereka, dan mereka menulis buku-buku ilmiah dan makalah kritis tentang masalah asas yang rumit berhubungan dengan kesusateraan al-Hadith. (el-Muhammady, 1991 : 48)
Golongan orientalis juga bukan sahaja mengkaji al-Qur’an untuk menggugat kebenarannya sebagai wahyu dan sumber perundangan Islam, malah mereka juga mengkaji Sunnah untuk menimbulkan keraguan yang sama, kerana Sunnah dianggap oleh Muslim sebagai wahyu dan sumber kedua perundangan Islam. (el-Muhammady, 1994 : 78)
Orientalis ketika membincangkan al-Hadith, memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu pengertian Sunnah, masalah Isnad sebagai saluran bagi menetukan kesahihan Sunnah dan akhirnya pengumpulan Sunnah. (el-Muhammady, 1994 : 78)
Sementara itu, berhubung dengan definisi Sunnah, J. Schacht berpendapat bahawa Sunnah yang bererti pembawaan Rasulullah s.a.w merupakan pengertian yang diberikan oleh Syafi‘ie. Pengertian ini adalah bertentangan dengan kefahaman ulama’ sebelumnya, yang menganggap Sunnah tidak semestinya dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w malah ia dimaksudkan juga tradisi dan pembawaan hidup masyarakat. (el-Muhammady, 1994 : 78)
Ada juga pendapat J. Schacht tentang Isnad. Beliau berpendapat bahawa kaedah dan kriteria yang digunakan oleh ulama’ untuk menilai periwayat Hadith, untuk menentukan kesahihan Hadith adalah tidak cukup, dan natijah daripada itu ialah timbulnya banyak pemalsuan dalam pengumpulan dan penilaian Hadith. Berhubung dengan pengumpulan Hadith pula, beliau berpendapat bahawa ia berlaku dua ratus tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Justeru itu banyak berlaku pemalsuan terhadapnya (el-Muhammady, 1994: 78).
Kesudahannya, berdasarkan alasan yang dikemukakan itu maka jelaslah bahawa Hadith adalah maklumat palsu dan dengan sendirinya segala hukum yang terkandung di dalamnya adalah palsu belaka dan merupakan rekaan ahli-ahli Hadith. Bagi Muslim, beliau tidak mudah menerima dakwaan ini, kerana terdapat data-data yang kukuh dan benar untuk menunjukkan kebenaran pembawaan Rasulullah s.a.w berhubung dengan pengertian Sunnah di kalangan ulama’ Hadith. (el-Muhammady, 1994 : 79)
Penggunaannya ada dua, iaitu Sunnah dalam penggunaan biasa dalam bahasa Arab sebagaimana yang dinyatakan di atas dan kedua pengertian istilah setelah Sunnah ini dipengaruhi oleh ajaran Rasulullah s.a.w yang kemudiannya menjadi satu bidang ilmu yang tersendiri. Pengertian Sunnah mengikut istilah, yang merujuk kepada pembawaan Rasulullah s.a.w adalah ditentukan selepas kedatangan Baginda dan setelah Baginda dapat menunjukkan secara jelas pembawaan itu untuk diikuti oleh kaum Muslimin dalam semua perkara. Pembawaan Rasulullah s.a.w bukan sahaja terselah dalam kehidupan peribadinya, malah mempengaruhi kehidupan individu yang lain dan mempengaruhi corak hidup masyarakat. Melalui Sunnah ini, Baginda cuba menyeragamkan pembawa hidup manusia dan mengurangkan perbezaan di antara mereka seberapa banyak yang boleh. (el-Muhammady, 1994 : 79)
Oleh itu, berdasarkan penjelasan dan alasan yang diberikan dapatlah diyakini bahawa Hadith adalah maklumat yang sebahagian besarnya adalah benar daripada Rasulullah s.a.w yang menjadi penjelas kepada maksud al-Qur’an dan pentafsir kepada pengertiannya, terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadatan dan kerohanian. Maksud al-Qur’an tidak dapat difahami sepenuhnya tanpa bantuan Hadith, justeru itulah ulama’ meletakkan Hadith sebagai sumber kedua perundangan Islam.
Pengkajian tentang asal usul dan perkembangan al-Hadith secara komprehensif dan kritis juga diterbitkan oleh sarjana-sarjana barat. Antara kajian yang pernah dibuat ialah Handbuch der Islam Literature (Berling/Leipzig, 1923) oleh D. Gustav Pfann-Muller. Dalam karya utama I. Goldziher dalam bidang al-Hadith ini iaitu Muhammedanische Studien ada membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan permulaan dan perkembangan al-Hadith, politik, gerakan-gerakan mazhab dan kebudayaan dalam sejarah Islam yang telah mempengaruhi perkembangan bahasa dan pengajian al-Hadith. Beliau telah membincangkan tentang kebaikan dan kecacatan di dalam kesusasteraan al-Hadith mengikut pendapat beliau sendiri. Di dalam buku ini ternyata pengaruh idea-idea New Testament, Neo Platonic dan Gnostic telah menguasai dan mempengaruhi pengajiannya di dalam bidang tersebut. (el-Muhammady, 1991 : 49)
Sebagai kesimpulannya, beliau menggangap kesusasteraan al-Hadith bukanlah mewakili idea-idea original dan idea-idea Rasulullah s.a.w. Sebaliknya, ia telah menggambarkan pemikiran mereka yang terkemudian ataupun pengikut-pengikutnya yang datang kemudian. Sehubungan dengan itu, al-Hadith tidak boleh ditempatkan sebagai satu sumber asas agama Islam yang datang daripada Rasulullah s.a.w, tetapi hanya sebagai bahan penting kepada keterangan-keterangan sejarah perkembangan berbagai aspek kebudayaan Islam zaman kemudian di bawah pengaruh-pengaruh bukan Islam. (el-Muhammady, 1991 : 49)
Para sarjana orientalis ini, di samping menghasilkan kajian kritis dan kritikan yang menyelewengkan, juga telah membuat pengkajian di dalam ilmu al-Hadith. Salah satu sumbangan pengkajian atau penerokaan mereka di dalam bidang ini ialah The Concordance and Indices of Muslim Tradition yang diasaskan pada enam himpunan Kanonik al-Hadith bersama dengan Sunan al-Darimi, Muwatta‘ al-Imam Malik dan Musnad Ahmad b. Hanbal. Penulis-penulis yang menyumbang kepada karya pengajian al-Hadith terbesar ialah A. Sprenger, I. Goldziher, T. W. Juynboll, A. J.Wensinck, J. Horovitz dan lain-lain lagi. The Royal Academy of Amsterdam adalah penaung kepada usaha-usaha para orientalis ini. (el-Muhammady, 1991 : 49 & 50)
Usaha ini telah dibantu oleh beberapa akademi dan institusi pendidikan di beberapa buah Negara. Kerja ini disambung oleh De Haas, yang dibantu oleh M. Fu‘ad ‘Abd al-Baqi dan lain-lain lagi. Penulisan Concordance ini dimulai pada tahun 1916 dan disambung oleh empat puluh orang sarjana dari berbagai negara. Bahagian pertama telah diterbitkan pada tahun 1936 dan dua puluh enam bahagian lagi dalam tahun 1961. Ia mengandungi ekspresi-ekspresi atau ungkapan-ungkapan di dalam buku-buku Hadith di atas mengikut susunan abjad, nama-nama perseorangan dan lainnya disimpan untuk dimuatkan di bahagian-bahagian terakhir. Karya terbesar ini tetap berguna dan sudah tentu akan menjadi asas kukuh dan berterusan untuk karya-karya terpenting pada masa akan datang di dalam berbagai bidang kesusasteraan dan kebudayaan Islam, khasnya di dalam kesusasteraan al-Hadith walaupun ia mempunyai beberapa kelemahan. (el-Muhammady, 1991 : 50)
THE INFLUENCE OF ANIMISM ON ISLAM PART 1
Dalam artikel ini adalah makalah berkaitan ringkasan buku "The Influence of Animism On Islam, dalam artikel ini juga diutarakan sedikit tolakan terhadap pendapat penulis Samuel Zwemer yang memburuk-burukkan Islam sebagai agama animism, artikel ini hanya sekadar coretan biasa dan bukanlah terlalu detail ataupun exstrim terhadap kajian ini,segala salah dan silap hendaklah diperbetulkan dan diberikan komen, marilah kita baca sedikit bingkisan yang tidak seberapa ini...
2. Sifat fizikal buku
Tajuk: The Influence of Animism on Islam
Penulis: Samuel M. Zwemer
Terbitan: The Macmillan Company, London
Warna Buku: Merah Hati
Muka Surat: 244 m.s
Jumlah Bab: 12 bab
3. Pengenalan ringkas buku
Buku ini berjudul “ The Influence of Animism on Islam” yang dikarang oleh Samuel M. Zwemer, dalam buku ini mengandungi 12 bab dan mengandungi 244 muka surat. Antara tajuk-tajuk dalam bab-bab tersebut ialah Islam dan tahyul, animism dalam pengubatan Islam, sifat tahayul dalam doa orang muslim, rambut jari dan tangan, kurban aqiqah, qarin, jin dan lain-lain lagi.
Dalam buku ini pengarang cuba merungkai bahawa Islam itu mempunyai banyak pengaruh-pengaruh tahayul dalam keagamaannya berdasarkan bukti-bukti yang dibawanya disertakan pengalaman hidupnya selama bergaul disamping muslim di banyak kawasan tertentu, semua pendapatnya adalah daripada hasil kajiannya dan tidak semestinya kajiannya itu benar dan sahih, dalam mentohmah segala ajaran Islam bermula dari apakah amalan-amalan tahayul dalam Islam sehinggalah masuk kepada amalan haji, aqiqah qurban, tangkal, jin, sihir, qarin dan sebagainya.
Seterusnya, dalam mengemukakan dalil dan bukti, penulis cenderung untuk memburuk-burukkan Islam dan dalam masa yang sama mempromosikan ajaran Kristian, sebagaimana yang kita tahu, penulis adalah mubaligh Kristian dan berjuang untuk memartabatkan agama tersebut. Dalam pengkajiannya terhadap orang Islam, penulis cenderung untuk mengkaji penduduk Islam di kawasan Asia dan Afrika, beliau membanding-bandingkan ajaran Islam di kedua-dua benua, dan beliau mendapati banyak wujudnya kepercayaan tahayul terkandung dalam Islam umpamanya azimat, tangkal, sihir dan sebagainya.
Dan seterusnya dalam bab terakhir yang menbicarakan tentang Zar, pengusiran dan penghalauan terhadap syaitan menggunakan jampi serapah dikatakan terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri, sedangkan ajaran tersebut langsung tidak terdapat dalam Islam, ianya adalah timbul daripada penganut Islam itu sendiri dan bukan dari ajaran Islam yang tulen, mereka yang masih terbawa-bawa ajaran nenek moyang mereka sebelum memeluk Islam, sepatutnya penulis perlu meneliti terlebih dahulu hal ini. Antara upacara untuk menghalau syaitan sebgaimana yang dituliskan oleh Zwemer beliau menyatakan perlunya menabur kacang, manisan di sekeliling dan korban darah dan berlaku rasukan untuk menghalau syaitan, itu semua adalah tidak benar, sebagaimana dlaam pengubatan Islam semuanya adalah persis mengunakaan ayat-ayat quran dan tidak perlu mengunakan darah dan sebagainya.
Akhir sekali, sekalipun buku ini banyak mengkritik Islam, namun ianya bagus untuk dibaca oleh orang yang selayaknya dna mempunyai ilmu yang tinggi untuk menolka kembali segala tohmahan tersebut.
4. Biodata pengarang
Samuel Marinus Zwemer dilahirkan pada 12 April 1867, beliau digelar sebagai Rasul Islam, selain itu beliau adalah seorang Amerika, mubaligh, dan sarjana. Beliau dilahirkan di Vriesland, Michigan. Pada 1887 beliau telah lulus menduduki ujian dari Hope College, Belanda, Mich, dan pada tahun 1890, beliau lulus ujian daripada New Brunswick Theological Seminary, New Brunswick, NJ Setelah menghabiskan perkhidmatannya menjadi Reformis Gereja, beliau kemudiannya menjadi seorang mubaligh di Busrah, Bahrein, dan di lain lokasi di Saudi 1891-1905.
Beliau juga pergi mengkaji secara luas di Asia Kecil, dan ia telah dipilih dari Kampung Royal Society of London. Pada 1929 beliau dilantik sebagai Profesor daripada Misi dan Profesor dari Sejarah Agama di Seminar Teologi Princeton di mana ia mengajar hingga tahun 1951. Beliau berkahwin dengan Amy Zwemer. Dia terkenal disebabkan beliau tidak diterima oleh American Missionary Society yang mengakibatkan dia berhijrah ke luar negeri dengan bersendirian. Dia mengkaji publisiti dunia Muslim selama bertahun-tahun. Dia berpengaruh dalam menggerakkan banyak orang Kristian untuk pergi sebagai mubaligh dan bekerja dalam negara Islam.
Menurut Ruth A. Tucker, Samuel Zwemer's menukarkan dalil-dalil yang kongkrit di dalam Islam dan cuba mengelirukan penganut Islam selama hampir empat puluh tahun perkhidmatannya dan sumbangan terbesar misi itu adalah orang-orang Kristian mengganggu keperluan keagamaan di kalangan umat Islam", beliau telah meninggal dunia pada 2 May 1952 .
Antara hasil karya-karya beliau ialah, selain menulis The Moslem World yang terdapat dalam 37 jilid. (1911-47), dan Quarterly Review (London), beliau juga menulis buku-buku berikut:
• Arabia, the Cradle of Islam (1900)
• Topsy Turvy Land (1902), with bersama isterinya, Mrs Amy E. Zwemer
• Raymond Lull (1902)
• Moslem Doctrine of God (1906)
• The Mohammedan World of Today (1906)
• Islam: a challenge to faith: studies on the Mohammedan religion and the needs and opportunities of the Mohammedan world (1907)
• Our Moslem sisters : a cry of need from lands of darkness interpreted by those who heard it , (1907) — edited with Annie van Sommer
• The Moslem World (1908) Dunia Islam (1908)
• The Nearer and Farther East: Outline studies of Moslem lands, and of Siam, Burma, and Korea (1908), with Arthur Judson Brown
• The Unoccupied Mission Fields (1910
• The Moslem Christ (1911)
• The Unoccupied Mission Fields of Africa and Asia (1911)
• The Influence of Animism on Islam : An Account of Popular Superstitions (1920)
Sebenarnya banyak lagi hasil-hasil karya beliau dalam dunia pengkritikan terhadap Islam, namun hanya sebahagaiannya sahaja saya sertakan
5. Ulasan setiap bab
5.1 Bab Pertama
Dalam bab pertama ini yang bertajuk Islam dan Animisme, pengarang cuba untuk menimbulkan keraguan terhadap Islam dan mengatakan bahawa Islam itu agama animisme yang berasal dari Arab, selain itu juga mereka menganggap seruan azan yang dilaungkan lima kali sehari yang diulang-ulang merupakan kepercayaan ataupun adat karut yang memanggil-manggil banyak tuhan. Seterusnya beliau berpendapat banyak ajaran kuno Arab telah tertanam dalam Islam sebagaimana kepercayaan animism wujud dalam al-Quran sejak berabad lamanya.
Menurut beliau lagi walaupun umat Islam sentiasa melaungkan azan setiap hari sebnayak lima kali, namun kepercayaan tersebut tetap juga tidak dapat ditangkis, justeru itu beliau memberikan ibarat bahawa betapa menebalnya sifat tahayul dalam Islam sehingga Muhammad b Abdul Wahab pengasas gerakan Wahabbi gagal untuk melenyapkan sifat-sifat tahayul yang terdapat dalam agama Islam itu sendiri.
Tambahan lagi menurut bacaan dan kajian beliau banyak kepecayaan yang datangnya dari Arab kuno tentang dewa-dewa contohnya Habal adalah menyerupai dewa lelaki yang menurunkan hujan, Wadd adalah dewa langit untuk menolka gerhana dan memperkenankan doa, Suwah, dalam bentuk seorang wanita, dikatakan daripada kuno kali. Yughuth berbentuk singa. Ya'ook adalah dalam bentuk kuda, dan menyembah di Yaman, Nasr adalah dewa helang,Manat adalah menyembah batu besar sebagai kaedah penyembahan oleh beberapa suku. Isaf dan Naila adalah benda yang berdiri di dekat Mekah di bukit Safa dan Mirwa; dengan lawatan tempat-tempat suci popular ini sekarang merupakan bahagian dari ibadah haji Islam, iaitu, mereka menjalankan ritual-ritual benda purba kala.
Sesetengah penulis pergi lebih jauh lagi untuk mengatakan bahawa Animisme terletak pada akar dari semua pemikiran Islam dan semua teologi Islam.bukan membawa manusia kepada Tuhan," tulis Dr Adriani, "berfungsi sebagai penahan ataupun jarring penahan untuk Animisme," dan bukti mengesahkan hal ini dari Sabah di mana Islam bahkan lebih tahayul daripada kafir. Animisme sebenarnya adalah pemujaan terhadap roh dan jiwa-jiwa orang yang sudah meninggal.
Di antara animisme bersin dianggap tidak menguntungkan, untuk itu kemudian jiwa cuba untuk melarikan diri dari tubuh, menguap adalah di sisi lain petanda baik, kerana nafas datang ke dalam. Mungkin kerana alasan ini kaum muslimin di mana-mana meminta pengampunan dari Tuhan ketika mereka bersin, tetapi memuji-Nya ketika mereka menguap. Sungguh pandanagan penulis ini tidak relevan berdasarkan kajian sainstifik bersin adalah petanda baik yang mana satu kaedah kuman atau bacteria dikeluarkan, orang muslim mengucapkan Alhamdulillah setelah bersin adalah kerana berterima kasih kepada Allah disebabkan terkeluarnya penyakit.
Menurut pandangan beliau lagi dari hasil kajiannya, roh-roh orang yang mati dibunuh, ataupun anak yang mati dalam kandungan akan menuntut bela dan membalas dendam keatas kematiannya dan anak-anak yang mati dalam kandungan akan bertukar menjadi pontianak.
bersambung...