Latest News
Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Sunan Tirmidzhi.سنن الترمذي

Posted by luqman al-jawa on Saturday, January 22, 2011 , under | comments (0)



Photobucket
1.LATAR BELAKANG KITAB

Judul kitab: al-Jamic al-Shahih wahua Sunan al-Tirmidhi
Pengarang: Imam Abu cIsa Muhammad bin cIsa bin Sawrah.
Penerbit: Darul Hadis, Qaherah.
Ditahqiq dan syarah oleh: Ahmad Muhammad Syãkir.
Bilangan jilid: 6 jilid termasuk 1 jilid fihras.
Tahun: 1999.
Cetakan: Pertama
Panjang: 24.5 cm.
Lebar: 18 cm.
Warna kulit: Hitam dan merah, manakala ukiran tulisan dan bingkai berwarna emas.


2. BIOGRAFI PENGARANG KITAB SUNAN TIRMIDHI

Nama penuh Imam al-Tirmidhi ialah Muhammad bin cIsa bin Sawrah bin Musa bin al-Dahhak, Abu cIsa al-Sulami al-Darir al-Bughi al-Tirmidhi. Perkataan al-Sulami dinisbahkan kepada Bani Sulaym iaitu satu kabilah Qays cAylan. Al-Bughi pula dinisbahkan kepada Bugh iaitu satu perkampungan di Turmuz. Abu cIsa dinisbahkan kepada kampung ini kerana beliau meninggal di kampung ini. Namun beliau lebih terkenal dengan nisbah Turmuz yang merupakan bandar tempat beliau dibesarkan di utara Parsi (Iran).

Terdapat perselisihan pandangan mengenai tarikh lahir Imam al-Tirmidhi. Syeikh Muhammad cAbid al-Sindi menyatakan tarikh lahir beliau adalah 209H. Manakala al-Shalah al-Shafadi menyatakan kelahirannya sekitar 200 tahun Hijrah. Beliau lahir ketika era pengajian hadis sampai ke Khurasan dan pusat Asia.
Beliau mula belajar hadis dalam tahun 235H ketika berumur lebih dua puluh tahun. Beliau merantau mempelajari hadith sehingga ke Khurasan, Iraq, Hijaz.
Di antara guru-guru Imam Tirmidhi ialah Imam Bũkhãrì (256H), Muhammad bin Bashãr Bundar (252H), Quthaibah bin Sacad al-Madini (240H), Ishaq bin Rahuyah (238H), Ismacil bin Musa al-Ghazari (246H), cAli bin Hajar (244H), Muslim bin al-Hajjaj (261H) Muhammad bin al-Muthanna Abu Musa (252H), Ziad bin Yahya al-Hassani (254H), cAbbas bin Abd al-cAzhim al-cAnbari (246H), Abu Sacid al-Ashaj cAbd Allah bin Sacid al-Kindi (257H), Abu Hafs cAmru bin cAli al-Fallas (249H), Yacqub bin Ibrahim al-Dawraqi (252H), Muhammad bin Macmar al-Qaysi al-Bahrani (256H) dan Nasr bin cAli al-Jahdhami (250H).


Di antara murid-murid Imam Tirmidhi yang terkenal ialah Abu Hamid Ahmad bin cAbdullah al-Marwazy , al-Haitham bi Kalib al-Shami, Muhammad bin Mahbub Abu al-cAbbas al-Mahbubi, Ahmad bin Yusuf al-Nasafi dan Muhammad bin Munzir bin Sacid al-Harawi, Abu al-Haris Asad bin Hamdawaih, Daud bin Nashr bin Suhail al-Bazdawi, cAbad bin Muhammad bin Mahmud al-Nasafi, Mahmud bin Numair, Muhammad bin Mahmud, Muhammad bin Makki bin Nuh, Abu Jacfar Muhammad bin Sufyan bin al-Nadr al-Nasafi, Muhammad bin al-Munzir bin Sacid al-Harawi.


Beliau telah mendapat banyak pengiktirafan daripada ulama antaranya ialah Abu Ismãil Abdullah bin Muhammad al-Azhari yang menyatakan: “Setelah Sunan al-Tirmidhi diperkatakan dihadapannya, menurut pendapatku kitab al-Tirmidhi lebih member manfaat (dipandang dari segi ulum al-hadith) daripada kitab al-Bukhari dan Muslim kerana kedua-duanya itu hanya dapat dinilai oleh orang yang benar-benar mahir dalam ilmu hadith, sedangkan Sunan al-Tirmidhi dapat dinilai oleh setiap pembaca , kerana Imam al-Tirmidhi menerangkan penilaian pada setiap hadith yang diriwayatkan. Manakala Abu Yacla al-Khalili berkata: “At-Tirmidzi seorang tsiqah yang disepakati para ulama”.


Beliau telah mengarang banyak kitab antaranya:
1. Kitab al-Jamic yang dikenali sebagai Sunan al-Tirmidhi. Dinamakan al-Jamic kerana ianya mengandungi lapan bahagian fiqh.
2. Al-Shama’il an-nabawiyyah wa al-khasa’il al-mustafawiyyah yang dikenali sebagai Shama’il al-Tirmidhi.
3. Kitab al-cIlal al-mufrad atau al-cIlal al-kabir.
4. Kitab al-zuhd (al-mufrad).
5. Al-Tarikh.
6. Asma’ al-sahabah.
7. Al-Asma’ wa al-kuna.
8. Kitab fi al-athar al-mawqufah.


Kitab beliau telah disyarah oleh ramai ulama di antaranya:
1. cĂridhah al-ahwazi fi syarh al-tirmidhi oleh al-Hafiz Abu Bakar Muhammad bin Abdullah al-Asybili.
2. Al-carf al-syazzi cala jamic al-Tirmidhi oleh Sirajuddin, Umar bin Roslan al-Balkini, al-Syafie.
3. Quwwat al-Mughtadhi cala jamic al-Tirmidhi oleh al-Suyuti.
4. Al-Tibb al-Syazzi fi syarh al-Tirmidhi oleh Asfaq al-Rahman Kandahlawi.
5. Tuhfatul al-Ahwazi li syarh jamic al-Tirmidhi oleh Abdul Rahman al-Mubarakfuri.
6. Miftah Kunuz al-Tirmidhi oleh Muhammad Fawaid Abd al-Baqi.



At-Tirmidzi telah meninggal dunia pada tahun 279 H.

3. PERIHAL KITAB

Bil. Perkara Jumlah
1. Keseluruhan kitab 47
2. Keseluruhan bab 2223
3. Keseluruhan hadith 3956
4. Hadith shahih 3133
5. Hadith dhaif 823


3.1. Isi Kandungan Kitab
معنه جملة الأحاديث جملة الأبواب الكتاب رقم
Bersuci 148 112 كتاب الطهارة 1
Sembahyang 339 240 كتاب الصلاة 2
Jumaat 129 82 كتاب الجمعة 3
Zakat 63 37 كتاب الزكاة 4
Puasa 127 83 كتاب الصوم 5
Haji 156 116 كتاب الحج 6
Jenazah 115 77 كتاب الجنائز 7
Nikah 66 43 كتاب النكاح 8
Penyusuan 29 19 كتاب الرضاع 9
Thalaq dan Lican 30 23 كتاب الطلاق واللعان 10
Jual-beli 117 77 كتاب البيوع 11
Hukum-hakam 64 42 كتاب الأحكام 12
Diat 37 23 كتاب الديات 13
Hudud 41 30 كتاب الحدود 14
Perburuan 29 18 كتاب الصيد 15
Qurban 31 24 كتاب الأضاحى 16
Nazar dan sumpah 24 19 كتاب النذور والأيمان 17
Perjalanan (musafir) 71 48 كتاب السير 18
Kelebihan berjihad 51 26 كتاب فضائل الجهاد 19
Jihad 50 39 كتاب الجهاد 20
Pakaian 68 45 كتاب اللباس 21
Makanan 73 48 كتاب الأطعمة 22
Minuman 36 21 كتاب الأشربة 23
Kebaktian dan hubungan silaturrahim 139 88 كتاب البر والصلة 24
Ubatan 54 35 كتاب الطب 25
Pusaka 26 23 كتاب الفرائض 26
Wasiat 9 8 كتاب الوصايا 27
Ketaatan dan pemberian 8 7 كتاب الولاء والهبة 28
Takdir 25 19 كتاب القدر 29
Fitnah 112 79 كتاب الفتن 30
Mimpi 25 10 كتاب الرؤيا 31
Saksi 9 4 كتاب الشهادات 32
Zuhud 111 64 كتاب الزهد 33
Sifat kiamat dan pengabdian dan ketaatan 107 60 كتاب صفة القيامة والرقائق والورع 34
Sifat syurga 51 27 كتاب صفة الجنة 35
Sifat neraka 33 13 كتاب صفة جهنم 36
Iman 39 18 كتاب الإيمان 37
Ilmu 43 19 كتاب العلم 38
Minta izin dan adab 48 34 كتاب الاستئذان والآداب 39
Adab 123 75 كتاب الأدب 40
Perumpamaan (amthal) 16 7 كتاب الأمثال 41
Fadhilat al-Quran 52 25 كتاب فضائل القرآن 42
Qira’at (bacaan al-Quran) 23 13 كتاب القراءات 43
Tafsir al-Quran 420 95 كتاب تفسير القرآن 44
Undangan 235 133 كتاب الدعوات 45
Kebaikan 352 75 كتاب المناقب 46
cIlal كتاب العلل 47
3956 2223



4. METODOLOGI PENGARANG

1. Imam al-Tirmidhi menamakan tajuk bab sebagai tarjamah dan membahagikan tarjamah-tarjamah (tarajum) itu kepada dua bahagian iaitu tarajum cammah (tajuk-tajuk yang berbentuk umum) dan tarajum jiz’iyyah (tajuk-tajuk kecil).
2. Terdapat pelbagai jenis tingkat hadith yang terkandung dalam kitabnya iaitu shahih, hasan, dhaif, muttashil, munqathic.
3. Kitabnya dimulai dengan membincangkan mengenai kitab Thaharah dan diakhiri dengan kitab cIlal.
4. Hadith yang dibawa oleh Imam al-Tirmidhi dipakai oleh beberapa imam, muhaddith dan juga ahli fiqh.
5. Terdapat beberapa hadith yang berulang, ia merupakan syawahid dan mutabaat pada satu-satu hadith. Jika hadith itu mempunyai kaitan dengan hadith yang lain Imam al-Tirmidhi akan menyatakan hadith ini sesuai dengan bab fulan.
6. Imam al-Tirmidhi akan menyatakan taraf hadith samada shahih, hasan atau dhaif.


5. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KITAB
Berdasarkan penelitian yang sempat dilakukan oleh penulis dapatlah dikenalpasti beberapa kelebihan dan kekurangan kitab dari aspek teknikal dan fizikal.
Kelebihan :

1. Telah disahkan oleh ulama di Hijaz, Khurasan dan Iraq. Antara pengakuan yang diberikan: “Sesiapa yang menyimpan Sunan al-Tirmidhi di rumahnya, seolah-olah Nabi s.a.w. sedang bercakap di dalam rumahnya”.
2. Kitab sahih yang baik dan banyak faedahnya. Susunannya yang bersistematik dan paling kurang mengandungi hadis yang berulang.
3. Mengandungi pendapat-pendapat mazhab dan hujah pendalilan mereka.
4. Ia turut menerangkan mengenai kedudukan hadis samada Sahih, Hasan, Dhaif, Gharib atau Mu‘allal.
5. Mengandungi keterangan mengenai perawi, samada dari aspek tajrih (mencacatkannya) atau ta’dil (mengadilinya).
6. Kitab yang membawa hadis dengan menerangkan secara berbab atau bertopik dengan tertib iaitu mengenai ilmu, hukum-hakam, kecacatan hadis yang dapat membezakan antara yang sahih dan tidak, nama dan gelaran, ta’dil dan tajrih, orang yang sempat bertemu dengan Nabi s.a.w. atau tidak dan petunjuk sejumlah perawi lain yang meriwayatkan hadis sama yang dimaksudkan.

Kekurangan:
1. Agak sukar untuk memahami metodologi yang digunakan oleh pengarang jika belum pernah mengenalinya. Sehingga memungkinkan seseorang yang tidak memahami metodnya dengan menganggapnya sebagai majhul.
2. Hukum yang dinyatakan oleh Imam al-Tirmidhi dilihat tidak bersesuaian dengan hukum kitab al-Bukhari dan Muslim. Hal ini kerana Imam Tirmidhi merupakan di antara muhaddithin yang agak mutasahil berbanding Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.



6.KESIMPULAN
Daripada huraian di atas dapatlah dibuat beberapa kesimpulan iaitu; pertamanya, al-Tirmidhi merupakan seorang yang begitu alim dan konsisten dengan keilmuannya sehingga majoriti ulama menilai positif apa yang telah dilakukan olehnya, kecuali Ibn Hazm. Namun hal itu tidak mencacatkan Imam al-Tirmidhi malah sebaliknya. Keduanya, dalam kitab jamic ini, semua kategori hadith ada di dalamnya kecuali hadith yang sangat dhoif dan munkar. Setiap hadith yang dibawa mempunyai penjelasan yang telah dilakukan oleh Imam al-Tirmidhi. Ketiganya, kitab jamic inilah yang merupakan kitab pertama yang membincang dan memperkenalkan istilah hadith hasan samada hasan lizatihi atau lighairihi.


Senarai Rujukan:
(aku sengaja xnk bagi, nti korang malas copy paste je bt asingmnt)
Man jadda wa jada....ini hanyalah artikel yg dhaif, segala kesalahan mohon teguran.....

salam....

SUNAN IBNU MAJAH سنن ابن ماجه

Posted by luqman al-jawa on Friday, May 7, 2010 , under | comments (1)



Photobucket
LATAR BELAKANG RINGKAS KITAB


Nama asal Sunan Ibnu Majah ialah al-Sunan. Nama ini telah digunakan sendiri oleh Ibnu Majah tetapi memandangkan al-Sunan itu terlalu umum kerana terdapat juga kitab-kitab hadith lain yang dinamakan dengan al-Sunan. Maka dengan itu, dihubungkan nama kitb kepada penyusunnya dan dinamakan Sunan Ibnu Majah.

Mempunyai 4 jilid.

Kitab ini adalah salah satu karya Ibnu Majah yang terbesar dan masih beredar sampai sekarang. Beliau menyusun sunan menjadi beberapa kitab dan bab.
Kitab sunan ini disusun secara baik dan indah menurut sistematika fiqih. Beliau memulai sunan ini dengan bab mengikuti sunnah Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Dalam bab ini dia membahas hadits yang menunjukkan kekuatan sunnah, kewajiban untuk mengikuti dan mengamalkannya.


Kitabnya berwarna Merah, Hitam dan Emas
Antara jenis tulisan yang digunakan dalam kitab ini ialah Khat Nasakh, Khat Thulus, Khat Riqaah dan lain-lain.


KEDUDUKAN SUNAN IBNU MAJAH


Sebagian ulama sudah sepakat bahwa kitab hadits yang pokok ada lima, yaitu Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan an-Nasa’i, Sunan at-Tirmidzi.
Mereka tidak memasukkan Sunan Ibnu Majah mengingat derajat kitab ini lebih rendah dari lima kitab tersebut.


Tetapi sebagian ulama menetapkan enam kitab hadits pokok, dengan menambah Sunan Ibnu Majah sehingga terkenal dengan sebutan Kutubus Sittah (enam kitab hadits).
Ulama pertama yang menjadikan kitab Sunan Ibnu Majah sebagai kitab keenam adalah al-Hafizh Abdul Fadli Muhammad bin Tahir al-Maqdisi (wafat tahun 507 H) dalam kitabnya Atraful Kutubus Sittah dan dalam risalahnya Syurutul A’immatis Sittah. Pendapat ini kemudian diikuti oleh al-Hafizh Abdul Ghani bin al-Wahid al-Maqdisi (wafat tahun 600 H) dalam kitabnya al-Ikmal fi Asma’ ar-Rijal. Pendapat mereka inilah yang diikuti oleh sebagian besar ulama.


Mereka memasukkan Sunan Ibnu Majah sebagai kitab keenam tetapi tidak memasukkan al-Muwatta’ Imam Malik. Padahal kitab ini lebih shahih daripada kitab milik Ibnu Majah. Hal ini dikarenakan di dalam Sunan Ibnu Majah banyak terdapat hadits yang tidak tercantum dalam Kutubul Khamsah (lima kitab hadits), sedangkan hadits yang terdapat di dalam al-Muwatta’ seluruhnya sudah termaktub dalam Kutubul Khamsah.
Diantara para ulama ada yang menjadikan al-Muwatta’ ini sebagai kelompok Usulus Sittah (enam kitab hadits pokok), bukan Sunan Ibnu Majah. Ulama pertama yang berpendapat demikian adalah Abul Hasan Ahmad bin Razin al-Abdari as-Sarqasti (wafat sekitar tahun 535 H) dalam kitabnya ad-Tajrid fil Jami’Bainas Sihah. Pendapat Razin ini diikuti oleh Abus Sa’adat Majduddin Ibnu Asir al-Jazairi asy-Syafi’i (wafat tahun 606 H). Az-Zabidi asy-Syafi’i (wafat tahun 944 H) dalam Taysirul Wusul juga punya pendapat demikian. Sebenarnya derajat al-Muwatta’ lebih tinggi dari Sunan Ibnu Majah.



BIOGRAFI PENGARANG KITAB

Ibnu Majah, atau nama lengkapnya Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini adalah seorang ahli hadis yang terkenal kerana menyusun kitab Sunan Ibnu Majah. Ia lebih akrab dipanggil Ibnu Majah. Sebutan Majah dinisbahkan kepada ayahnya, Yazid, yang juga dikenal dengan nama Majah Maula Rab’at. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Majah adalah ayah dari Yazid. Namun demikian, pendapat pertama adalah lebih rajah. Manakala perkataan al-Qazwani adalah berasal daripada Qazwain iaitu nama sebuah Bandar yang termasyhur di Iraq.
Ulama yang dikenali dengan sifat kejujuran dan akhlak mulianya ini dilahirkan di Qazwin, Irak. Beliau dilahirkan pada tahun 207 H.


Ibnu Majah mulai belajar sejak usia remaja. Namun baru mulai menekuni bidang ilmu Hadis pada usia 15 tahun pada seorang guru ternama kala itu, yaitu Ali bin Muhammad At-Tanafasi (w. 233 H). Bakat dan minatnya di bidang Hadis makin besar. Hal inilah yang membuat Ibnu Majah mengemabar ke beberapa daerah dan negara untuk mencari, mengumpul, dan menulis Hadis. Puluhan negeri telah ia kunjungi, antaranya ialah Rayy (Teheran), Basra, Kufah, Baghdad, Khurasan, Suriah, dan Mesir. Dengan cara inilah, Ibnu Majah dapat menghimpun dan menulis puluhan bahkan ratusan Hadis dari sumber-sumber yang dipercayai kesahihannya. Malah dalam berbagai kunjungannya itu, ia juga berguru pada banyak ulama setempat. Seperti, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin Al-Azhar, Basyar bin Adam, dan para pengikut perawi dan ahli Hadis, Imam Malik serta Al-Lays. Dari pengembaraannya ini, terdapat ramai ulama yang telah meriwayatkan Hadis dari Ibnu Majah. Antaranya ialah Ishaq bin Muhammad, Ali bin Ibrahim bin Salamah Al-Qattan, Ahmad bin Ibrahim, dan sebagainya.


Sepanjang hayatnya, Imam Ibnu Majah telah menulis puluhan buku, baik dalam bidang Hadis, sejarah, feqh dan tafsir. Di bidang tafsir, beliau telah menulis Tafsir Al-quranul Karim. Sementara di bidang sejarah, Ibnu Majah menulis buku At-Tariikh, karya sejarah yang memuat biografi para perawi Hadis sejak awal hingga ke masanya. Lantaran tak begitu monumental, kemungkinan besar kedua karya tersebut tak sampai di tangan generasi Islam berikutnya.


Karyanya yang menjadi monumental dan terkenal di kalangan kaum muslimin adalah hasil karyanya di bidang Hadis yang berjudul Kitab Sunan Ibnu Majah. Kitab ini merupakan karya terbesar beliau. Dalam kitabnya itu, Ibnu Majah telah meriwayatkan sebanyak 4000 buah Hadis seperti yang diungkapkan Muhammad Fuad Abdul Baqi, penulis buku Mu’jam Al-Mufahras li Alfaz Alquran (Indeks Alquran), jumlah Hadis dalam kitab Sunan Ibnu Majah berjumlah 4.241 buah Hadis. Sebanyak 3002 di antaranya termaktub dalam lima kitab kumpulan Hadis yang lain. Ia bukan hanya melingkungi hukum Islam, malah turut membahas masalah-masalah akidah dan muamalat. Dan daripada banyak Hadis yang diriwayatkan, beberapa kalangan ulama mengkategorikan sebahagiannya sebagai Hadis lemah. Pada asalnya, kitab Sunan Ibnu Majah ini tidak mempunyai tingkatan atau tidak termasuk dalam kelompok kutubus sittah kerana dalam kitabnya ini terdapat hadith yang daif bahkan hadith munkar. Oleh karena itu para ulama’ memasukkan kitab Al-Muwaththa karya Imam Malik dalam kelompok perawi yang lima (Al Khamsah). Menurut Ibnu Hajar ulama yang pertama kali mengelompokkan atau memasukkan Ibnu Majah ke dalam kelompok Al Khamsah itu adalah Abul Fadl bin Thahir dalam kitabnya Al Athraf, kemudian disokong pula Abdul Ghani dalam kitabnya Asmaur Rizal. Namun begitu, kedudukan Sunan Ibnu Majah di dalam al-Sunan al-Sittah adalah dikatakan paling rendah sekali kerana didapati banyak hadith dhaif dan dikatakan juga terdapat hadith maudu’ di dalamnya.


Atas ketekunan dan konsistensinya di bidang ilmu-ilmu Islam itu, khususnya disiplin ilmu Hadis, banyak ulama yang kagum dan menilainya sebagai salah seorang ulama besar Islam. Seorang ulama bernama Abu Ya’la al-Khalili al-Qazwini misalnya, berkata: “Ibnu Majah adalah seorang kepercayaan yang besar, yang disepakati tentang kejujurannya, dapat dijadikan argumentasi pendapat-pendapatnya. Ia mempunyai pengetahuan luas dan banyak menghafal Hadis.” Ulama lain, seperti Zahabi dalam Tazkiratul Huffaz, mengambarkannya sebagai seorang ahli Hadis besar dan mufassir (ahli tafsir), pengarang kitab sunan dan tafsir, serta ahli Hadis kenamaan negerinya. Sementara mufassir dan pengkritik Hadis kenamaan, Ibnu Kasir, dalam karyanya, Al-Bidayah, berkata: “Muhammad bin Yazid (Ibnu Majah) adalah pengarang kitab sunan yang masyhur. Kitabnya itu merupakan bukti atas amal dan ilmunya, keluasan pengetahuan dan pandangannya, serta kredibiliti dan kesetiaan beliau kepada Hadis dan usul serta furu’.”


Setelah sekian lama mendedikasikan hidup dan fikirannya kepada Islam, akhirnya Imam Ibnu Majah menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 22 Ramadhan 273 H/887 M pada hari Selasa. Ia dimakamkan di tanah kelahirannya, Qazwin, Irak. Ada pendapat yang mengatakan beliau meninggal pada tahun 275 H, namun pendapat yang pertama lebih rajih. Walaupun beliau sudah lama sampai ke penghujung perjalanan hidupnya, namun hingga kini beliau tetap dikenang dan disanjung oleh seluruh umat Islam dunia. Dan ini adalah bukti bahwa beliau memang seorang ilmuan sejati. Umat Islam terus mengenangnya melalui berbagai karyanya, terutama Kitab Sunan Ibnu Majah yang termasuk dalam Kutubus Sittah (Enam Kitab Utama Hadis).



LATAR PENDIDIKAN

Perjalanan beliau dalam pendidikan adalah sama dengan para imam-imam terdahulu yang gigih menuntut ilmu, beliau juga melalui perjalanan yang cukup panjang untuk mencari secercah cahaya ilmu Ilahi, dan kerana itulah ilmu yang dituntut oleh beliau memiliki nilai yang tersendiri. Antaranya beliau sudah melakukan rihlah ilmiyah-nya ke beberapa daerah; seperti kota-kota di Iraq, Hijaz, Syam, Pârs, Mesir, Bashrah, Kufah, Mekah, Madinah, Damaskus, Ray (Teheran) dan Konstatinopel.


Dalam pengembaraannya itu, beliau telah bertemu dan bermuzakarah dengan ramai guru yang dicarinya dan daripada merekalah beliau menggali sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan dan menggali potensinya. Rihlah ini akhirnya menghasilkan hasil yang sangat manis dan bermanfaat kerana dengan perjalanannya inilah yang memberi inspirasi kepada lahirnya buku yang sangat besar sekali manfaatnya, iaitu kitab "Sunan Ibnu Majah".


GURU-GURU DAN ANAK MURID IBNU MAJAH

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan keintelektualan anak didiknya, maka tidak hairan sekiranya, seorang guru yang hebat mempunyai anak didik yang sama hebat dengan dirinya malahan terdapat juga anak didik mereka yang lebih hebat. Dalam perjalanan konteks rihlah ilmiyah beliau telah menemukan beliau dengan banyak para syeikh pakar dalam bidang hadits, antaranya adalah kedua anak syeikh Syaibah (Abdullah dan Usman), akan tetapi beliau lebih banyak meriwayatkan hadits dari Abdullah bin Abi Syaibah. Dan juga Abu Khaitsamah Zahir bin Harb, Duhim, Abu Mus'ab Az-Zahry, Al-Hafidz Ali bin Muhammad At-Tanafasy, Jubarah bin Mughallis, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin Al-Azhar, Basyar bin Adam dan para pengikut perawi dan ahli hadits imam Malik dan Al-Lays.


METODOLOGI PENGARANG


Dalam penulisannya, beliau memulakan dengan mengumpulkan hadits-hadits dan menyusunnya menurut kitab atau bab-bab yang berkenaan dengan masalah feqh, hal ini seiring dengan metodologi para muhaddithin yang lain. Setelah menyusun hadits tersebut, imam Ibnu Majah tidak terlalu memfokuskan ta'liqul Al-Hadits yang terdapat pada kitab-kitab feqh tersebut, tetapi beliau hanya mengkritik hadits-hadits yang menurut pandangan beliau adalah penting. Seperti kebanyakan para penulis kitab-kitab feqh yang lain, setelah mereka menulis hadits, mereka akan memasukkan pendapat para ulama faqih, namun dalam hal ini terdapat sedikit perbezaan antara Ibnu Majah dan penulis kitab lain, dimana beliau tidak menyebutkan pendapat para ulama faqih setelah penulisan hadits.


Imam ibnu Majah juga ternyata tidak melakukan pengulangan hadits berulang kali kecuali hanya sebahagian kecil saja sekiranya dirasakan penting menurut beliau.
Ternyata kitab Sunan ini tidak semuanya diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti perkiraan orang banyak selama ini, tapi pada hakikatnya terdapat di dalamnya beberapa tambahan yang diriwayatkan oleh Abu Al-Hasan Al-Qatthany yang juga merupakan periwayat dari "Sunan Ibnu Majah".


KLASIFIKASI HADITH


Sunan Ibnu Majah berisi hadits shahih, hasan dan dhoif bahkan hadits munkar dan maudlu, meskipun jumlahnya kecil. Dibandingkan dengan kitab sunan yang lain, nilai Sunan Ibnu Majah jauh dibawahnya. Al-Mizzi berkata: “Semua hadits yang hanya diriwayatkan oleh Ibnu Majah sendirian adalah dhoif”.
Al-Hafizh Syihabuddin al-Busairi (wafat tahun 840 H) dalam kitabnya Misbah az-Zujajah fi Zawaid Ibnu Majah membahas hadits-hadits tambahan (Zawaid) di dalam Sunan Ibnu Majah yang tidak terdapat dalam Kutubul Khamsah, serta menunjukkan derajat hadits itu: shahih, hasan, dhoif atau maudlu. Usaha Busairi ini menguatkan bantahan terhadap pendapat al-Mizzi sekaligus menguatkan pendapat Ibnu Hajar.
Terlepas dari pro-kontra, yang jelas derajat Sunan Ibnu Majah lebih rendah dari Kutubul Khamsah dan merupakan kitab sunan yang paling banyak mengandung hadits dhoif oleh karena itu, sebaiknya tidak menjadikan hadits yang hanya diriwayatkan oleh Ibnu Majah sebagai dalil kecuali setelah mengkajinya terlebih dahulu. Bila ternyata hadits tersebut shahih atau hasan, maka boleh dijadikan pegangan; jika dhoif, hadits tersebut tidak boleh dipakai


Daripada keseluruhan hadithnya, terdapat empat ratus dua puluh lapan hadits diriwayatakan oleh para rijal yang dipercayai dan sanadnya shahih. Seratus sembilan puluh sembilan hadith, sanadnya adalah hasan. Enam ratus tiga belas hadits sanadnya dho'if. Sembilan puluh sembilan hadith sanadnya adalah Mungkar dan Maudu’. Oleh sebab itu buku ini dianggap istimewa disebabkan majoriti isinya diisi dengan hadith yang shahih, sedangkan hadith yang mungkar dan maudu’ hanyalah didapati dengan jumlah yang sedikit. Manakala hadith yang lain terdapat dalam kitab al-Sunan al-Sittah yang lain.


428 Para rijal yang dipercayai dan sanadnya shahih
199 Sanadnya Hassan
613 Sanadnya Dhaif
99 Sanadnya Munkar dan Dusta.

Manakala menurut syeikh Al-Bany, dalam sunan ini terdapat sekitar lapan ratus hadits yang masuk dalam kategori hadits dho'ifhttp://www.blogger.com/img/blank.gif.


KRITIKAN ULAMA’ TERHADAP IBNU MAJAH

Sunan Ibnu Majah adalah sebuah kitab hadith yang termasyhur dan tersohor setiap pelusuk bumi. Walaupun, telah sedia maklum bahawa Sunan Ibnu Majah mengandungi hadith Dhaif. Namun, karya Imam Ibnu Majah ini telah berjaya menarik perhatian bagi umat Islam mengenai kewujudannya, sehingga ramai ulama’ kemudian yang mengkaji kitab ini. Terdapat dari para ilmuan terhadap kitabnya.


Kitab ini memiliki keistimewaan yang sememangnya patut diberikan pujian, berkat kegigihan imam Ibnu Majah dalam menghasilkan karya yang terbaik dan bermanfaat bagi kaum muslimin sedunia, dapat dilihat bahawa buku ini memiliki susunan yang baik dan tidak ada pengulangan hadith yang sama kecuali sekiranya ia dianggap penting oleh pengarang. Shiddiq Hasan Khan dalam kitab 'Al-Hittah' berkata, "Tidak ada 'Kutubu As-Sittah' yang menyerupai seperti ini (Kitab Sunan Ibnu Majah), kerana ia menjaga sekali adanya pengulangan hadith-hadith, walaupun ada itupun hanya sebahagian kecil saja. Seperti Imam Muslim R.A. dalam kitabnya, beliau turut tidak mengadakan pengulangan hadith dalam beberapa sub judul kitab, tapi beliau hanya mengulang hadith tersebut dalam satu judul.


Menurut al-Zahabi pula yang telah memetik sebahagian kata-kata Ibnu Majah kepada Abu Zar’ah, “Aku bentangkan kitabku kepada Abu Zar’ah(seorang tokoh hadith yang masyhur), kemudian beliau menberi pendapat, jika kitab ini sampai ke tangan orang yang mempelajari hadith nescaya akan ditinggalkan banyak kitab hadith yang lain.”

Manakala di dalam Kitab Tahzib al-Tahzib, Ibnu Hajar menjelaskan bahawa Sunan Ibnu Majah adalah sebuah kitab hadith yang lengkap dan mengandungi banyak bab. Di dalamnya terdapat beberapa hadith yang lengkap dan mengandungi banyak bab. Di dalamnya terdapat beberapa hadith yang dhaif. Ini menyebabkan seorang tokoh hadith yang bernama al-Sarra berkata, “Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, kebiasaanya adalah dhaif”.

Menurut al-Hafidz al-Muzi, beliau berpendapat bahawa kebanyakkan gharib yang terdapat di dalam Sunan Ibnu Majah adalah dhaif.


Ulama’ yang mensyarahkan Sunan Ibnu Majah

Seperti sunan yang lain, Sunan Ibnu Majah juga disyarahkan oleh beberapa orang ulama’ yang terkenal, antaranya:

1. Jalaluddin al-Suyuty (meninggal dunia pada 911H), syarahnya dinamakan Misbah Al-Zujajah `Ala Sunan Ibnu Majah.
2. Al-Syeikh Sirajuddin Umar bin Ali al-Mulqan al-Syafie (meninggal dunia pada 804H), syarahnya dinamakan Ma Tamasa Ilaihi al-Hajat `Ala Sunan Ibnu Majah.
3. Abi al-Hassan bin Abdul Hadi al-Sindi (meninggal dunia pada 1136H), syarahnya Kifayah al-hajat Fi Syarh Ibnu Majah.
4. Kamaluddin Muhammad bin Musa (meninggal dunia pada 808H), kitabnya dinamakan al-Dibaajah.
5. Abdul Ghani al-Dihlawi (meninggal dunia pada 128H), syarahnya dinamakan Injaah al-Hajat.
6.

PENUTUP

Sunan Ibnu Majah merupakan sunan yang menjadi rebutan dan menyebabkan perselisihan pendapat di kalangan ulama’ selepasnya. Ini adalah disebabkan kerana masalah dalam meletakkan Sunan Ibnu Majah di kedudukan ke berapa selepas Sunan al-Khamsah. Sunan Ibnu Majah sering kali dibandingkan dengan al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Namun demikian, Sunan Ibnu Majah lebih diutamakan oleh kebanyakkan ulama’ adalah kerana didalamnya terdapat banyak penambahan hadith berbanding al-Muwatta’.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa Imam Ibnu Majah adalah seorang ahli hadith yang terkemuka dan mempunyai keperibadian yang istimewa, ilmunya yang luas, kesabarannya yang berterusan serta usahanya yang gigih dalam menghasilkan karya-karyanya. Kesungguhan dan ketekunan beliau menceburkan diri dalam tafsir adalah untuk menjelas, mengolah kitabullah melalui hadith Rasulullah s.a.w serta mengkaji dan mencatat sunnah Rasulullah untuk rujukan generasi terkemudian.

Peninggalan Imam Ibnu Majah telah menyebabkan keadaan dan suasana pada waktu itu keruh dan kesedihan yang meyelubungi keseluruhannya. Sehingga Muhammad Ibnu Al-Aswad al-Qazwini iaitu seorang penyair terkenal pada masa itu telah menunjukkan kesedihannya melalui bait syairnya.“Sesungguhnya kehilangan Ibnu Majah telah melemahkan kemahkotaan ilmu dan mengoncangkan segala-galanya.

HADITH-HADITH TENTANG PERUBATAN NABI الطب النبوي

Posted by luqman al-jawa on Saturday, May 1, 2010 , under | comments (1)



labu Pictures, Images and Photos
Makan Mentimun Beserta Kurma
‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏وعبد الله بن عون الهلالي ‏ ‏قال ‏ ‏يحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏ابن عون ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إبراهيم بن سعد ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن جعفر ‏ ‏قال ‏: رأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يأكل القثاء بالرطب
‏(اخرجه المسلم كتاب الاشربة في أكل القثاء بالرطب: 3806‏ ( ‏

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.
Penjelasan Hadith

Menurut Abu Isa al-Tirmidzhi: Ianya hadith hasan lagi shahih lagi gharib. Ketahuilah bahawa makan timun Arab dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti dengan mentimun, maka barangsiapa membiasakan diri dengan makan mentimun dengan kurma masak boleh membesarkan badan, kerana timun Arab mempunyai khasiat padanya untuk membesarkan badan, selain itu juga ianya dapat menghilangkan dahaga, mendatangkan kekuatan tenaga bagi sesiapa yang menghidunya kerana padanya terdapat bau yang harum, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya tidak mudah busuk dan rosa.


Manakala kurma itu pula sifatnya panas pada peringkat pertama dan lembap pada peringkat kedua, ianya dapat memberi kehangatan terhadap makanan yang sejuk, akan teapi menyebabkan dahaga dan lekas menjadi busuk dan rosak, selain itu ianya boleh mengeruhkan darah dan menyebabkan pening kepala. Begitulah sifat kedua-duanya itu yang mana saling berlawanan antara satu sama lain, yang mana timun itu bersifat sejuk manakala kurma itu bersifat panas.


Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas. Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith, Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.


Berubat dengan Tamar Nabi

‏قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ أَكَلَ سَبْع تَمَرَات مِمَّا بَيْن لَابَتَيْهَا حِين يُصْبِح لَمْ يَضُرّهُ سُمّ حَتَّى يُمْسِي ) ‏
‏اللَّابَتَانِ هُمَا الْحَرَّتَانِ , وَالْمُرَاد لَابَتَا الْمَدِينَة , وَقَدْ سَبَقَ بَيَانهمَا مَرَّات . ‏
(اخرجه البخاري كتاب الطب في الدواء بالعجوة للسحر:5327)

Maksudnya: “Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.


Penjelasan Hadith
Tamar Nabi ialah Al-Ajwah. Ia adalah sejenis tamar kota Al-Madinah Al-Munawarah, bijinya lebih besar dari tamar Ash-Shaihaani, warnyanya agak hitam, merupakan suatu tanaman junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Antara manfaatnya ialah ia berguna unutuk menguatkan urat-urat perut, mengendurkan ketegangan urat-urat saraf dan melembutkan perangai seseorang yang kasar. Memakan tamar sebelum makan pagi dapat membunuh bakteria dalam perut. Meminum air rendamannya dapat melancarkan pembuangan air kecil seterusnya ia dapat menguatkan limpa. Kajian terbaru menunjukkan tamar secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiat dan dapat menyembuh banyak penyakit.


Untuk mengubati penyakit kencing manis , caranya ialah dengan memakan secara biasa tujuh biji sekali makan, dengan tiga kali makan sehari, sebelum memakan makanan yang lain. Dimakan waktu pagi, tengahari. Dan petang atau malam. Timbangan sekilogram kira-kira 60 biji (2 kilogram seminggu).


Berubat dengan Cendawan
حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏حدثنا ‏ ‏غندر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الملك ‏ ‏سمعت ‏ ‏عمرو بن حريث ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏سعيد بن زيد‏ ‏قال ‏ سمعت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏الكمأة ‏ ‏من ‏ ‏المن ‏ ‏وماؤها شفاء للعين ‏

(اخرجه البخاري كتاب الطب باب المن شفأ للعين رقم 5272)

Maksudnya: “Hadis Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang sangat istimewa) dan dapat mengubati mata”.
Said bin Zaid r.a. memberitakan Rasulullah bersabda: Ertinya : “Cendawan itu berasal dari Mannah (makanan dari langit atau embun) dan airnya penyembuh sakit mata.”


Penjelasan Hadith
Cendawan tumbuh berbentuk batatas (payung), warnanya coklat, dan banyak tumbuh di musim hujan (tengkujuh). Cendawan banyak mengandungi vitamin A dimana ia dapat mengubati gangguan dalam pemandangan mata. Sesungguhnya ia telah diserupakan dengan Manna yang diturunkan oleh Allah dari langit berdasarkan persesuaian antara keduanya, disebabkan kerja mencari dan mengutipnya tidak letih dan tidak menyukarkan (sebagai turun dari langit), begitu juga ia tidak payah ditanam (dengan membajak tanah) dan tidak perlu pula menjirus dan mengusahakannya.Menurut satu sumber: cendawan merupakan suatu makanan pengenyang bagi Bani Israel semasa mereka berada di Padang Tih yang penuh dengan cendawan bagi menggantikan roti gandum.


MINGGUAN MALAYSIA 13 JAN 2008 :
Bukan satu rahsia. Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan.Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau.Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.


‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat. Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England.Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.


Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser.‘‘Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.‘‘Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,”.


Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi).Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu:‘‘Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.‘‘Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.


Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor.Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.‘‘Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.‘‘Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell.


Berubat dengan Limau Utrujj
وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأُتْرُجَّةِ ريحها طيب وطعمها طيب، ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التَّمْرَةِ لا ريح لها وطعمها طيب حُلْوٌ، ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مُرٌّ، ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر".
(رواه البخاري في كتاب التوحيد باب قراءة الفاجر والمنافق وأصواتهم وتلاوتهم لا تجاوز:7005)


Maksudnya : “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran seperi buah Utrujjah (limau); baunya harum dan rasanya manis (enak). Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah kurma yang tidak berbau tetapi rasanya manis (enak).Dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran seperti minyak wangi; baunya harum tetapi rasanya pahit). Dan perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzalah, (buah yang pahit), tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit”.


Penjelasan Hadith
Utrujj ialah nama sejenis pokok limau yang banyak ranting berduri; mempunyai daun dan buah. Manakala buahnya seperti limau yang besar dan seperti Burtuqaal (limau manis) bentuknya hampir bujur seperti betik dan bermuncung. Warnanya warna emas indah. Limau ini mempunyai dua ciri keistimewaan iaitu keharuman baunya dan keenakkan rasanya.


Bau Utrujj akan menyembuhkan wabak seperti hawar, dan sampar serta keburukkan udara. Manakala kulit buahnya dijadikan bahan adunan (makjun) yang berguna untuk perut dan ia dapat menguatkan keinginan seks jantina. Adapun buahnya, airnya diminum bagi orang yang perutnya panas ia dapat menyejukkan rasa tidak selesa dengan cepat. Ia juga dipercayai dapat menguatkan hati yang lemah dan menyukakan hati yang duka.
Limau Utrujj juga dapat menimbulkan selera makan dan dapat menahan rasa dahaga: menghentikan radang kerongkong, berdebar hati dan menghilangkan rasa kesedihan. Selain itu ia berguna untuk menghilangkan racun yang membunuh dalam tubuh dengan cara meminum air pati dicampur dengan air suam kuku. Ia juga berguna untuk semua mangsa sengatan binatang yang berbisa, iaitu dengan cara mencincangkannya dengan halus dan kemudian diletakkan di tempat sengatan.Selain dari itu ia juga berupaya dalam menambahkan air mani, menyuburkan badan dan melipatgandakan vitamin-vitamin dalam badan.


Khasiat Buah Labu
حدثنا ‏ ‏قتيبة بن سعيد ‏ ‏عن ‏ ‏مالك بن أنس ‏ ‏فيما قرئ عليه عن ‏ ‏إسحق بن عبد الله بن أبي طلحة ‏ ‏أنه سمع ‏ ‏أنس بن مالك‏ ‏يقولا ‏ إن خياطا دعا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لطعام صنعه قال ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏فذهبت مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إلى ذلك الطعام فقرب إلى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏خبزا من شعير ومرقا فيه ‏ ‏دباء ‏ ‏وقديد ‏ ‏قال ‏ ‏أنس ‏ ‏فرأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يتتبع ‏ ‏الدباء ‏ ‏من حوالي ‏ ‏الصحفة ‏
‏قال ‏ ‏فلم أزل أحب ‏ ‏الدباء ‏ ‏منذ يومئذ .
(اخرجه مسلم في الأشربة جواز أكل المرق واستحباب أكل اليقطين وإيثار أهل المائدة:3803)


Maksudnya: “Daripada Hadis Anas bin Malik r.a:
Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ‏”.


Penjelasan Hadith
Menurut hadith diatas, sebagaimana pemakanan yang digemari nabi selain kurma, Nabi Muhammad saw menggemari buah labu. Buah labu antara lainnya sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat yang masih belum terungkap lagi, kini kajian moden mendapati buah labu kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat yang baik untuk tubuh badan, begitulah pemakanan baginda yang sebenarnya merupakan satu kaedah pemakanan yang baik, justeru itulah ditekankan bahawasanya mengikut sesuatu yang datangnya dari baginda dan menyelusuri sunnah-sunnahnya merupakan kebaikan dan kemaslahatan bagi umat manusia seluruhnya.


Labu adalah sejenis buah yang biasanya bersaiz bulat labu merah berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.
Dalam buku Vegetables: For Health and Healing nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.Katanya lagi, daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.


Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand. Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.


Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur. Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

HADITH BERKENAAN SIASAH PART 1الأحاديث السياسة

Posted by luqman al-jawa on , under | comments (0)



PoLitiK Pictures, Images and Photos
2.0 SIASAH

Siasah dianggap sebagai wasilah untuk menggariskan jalan yang dapat membimbing manusia ke arah kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat, termasuklah urusan individu. Pada hakikatnya keadaan ini tidak akan dapat terlaksana dalam kehidupan umat kecuali dengan melaksanakan hukum-hukum Islam.

Siasah dan politik merupakan dua istilah yang hampir sama kerana bagi sesetengah pendapat menyatakan bahawa yang membezakan antara siasah dan politik adalah matlamatnya. Terdapat pendapat mengatakan siasah tidak hanya terbatas dengan urusan dunia, malah merangkumi juga urusan akhirat. Manakala politik pula sebaliknya iaitu lebih terbatas kepada urusan dunia sahaja.

Perkataan siasah adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab. Kalimah siasah dari segi bahasa membawa erti perintah, tegak, melakukan pembaikan dan mendidik. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, siasah merupakan pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan. Penggunaan siasah menurut istilah yang digunakan oleh cendekiawan Islam tidak jauh berbeza daripada pegertian siasah dari sudut bahasa. Ini dapat kita perhatikan melalui takrif-takrif yang diberikan oleh penulis-penulis berikut:

1) Abul-Baqa: Siasah ialah melakukan sesuatu yang membawa kebaikan kepada makhluk dengan membimbing mereka ke jalan membawa kejayaan kini dan masa depan.
-Siasah daripada anbiya’ ke atas orang perseorangan dan awam dalam urusan zahir dan batin.
-Siasah daripada sultan dan raja-raja ke atas individu dan awam dalam urusan zahir sahaja.
-Siasah ulama’ sebagai pewaris kepada para nabi ke atas individu dalam urusan batin sahaja.
2) An-Nasafi: Melingkungi masyarakat dengan sesuatu yang membawa maslahat kepada masyarakat baik secara lembut atau keras.
3) Abd. Wahab Khallaf: Mentadbirkan urusan awam di negara Islam dengan sesuatu yang dapat melaksanakan kepentingan dan menolak bencana selagi tidak mencanggahi hukum syariat dan dasar-dasar asasnya, sekalipun tidak sepakat dengan kata ulama’ mujtahidin.
4) Ibnu Aqil: Perbuatan yang boleh membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan menjauhkannya dari kerosakan sekalipun tidak disyariatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, berdasarkan pelbagai pendapat mengenai definisi siasah di atas, pandangan dari Abd Wahab Khallaf adalah pendapat paling rajih. Menurut definisi-definisi siasah di atas, dapat disimpulkan bahawa siasah merupakan perkara yang diterima syarak sehinggakan digelar juga sebagai siyasah syariah iaitu siasah yang dapat mentadbirkan urusan agama dan manusia dengan cara yang membawa kepada maslahat di dunia dan akhirat dengan mempergunakan pelbagai cara asalkan ia tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam.

Manakala perkataan politik adalah dari bahasa Yunani iaitu “politikos” yang membawa erti kepunyaan Negara. Selain itu dalam bahasa Belanda ditulis “politiek” yang beerti siasat, tipu muslihat, pemerintahan, siasat pemerintahan, mempolitik sesuatu dan mengetahui sesuatu dengan menggunakan tipu muslihat .

Menurut Deliar Noer politik ialah segala aktiviti atau sikap yang berhubung dengan kekuasaan dan yang bermaksud untuk mempengaruhi, dengan jalan mengubah atau mempertahankan sesuatu macam bentuk susunan masyarakat. Dengan pengertian sistem politik sebagai hubungan manusia yang mencakupi bentuk-bentuk kekuasaan, pengawasan, pengaruh dan autoriti secara luas. Maka pengertian politik bukan hanya terbatas pada negara tetapi juga merangkumi bentuk-bentuk organisasi kemasyarakatan lain seperti organisasi sosial, organisasi buruh, organisasi keagamaan, organisasi kesukuan bahkan mungkin juga keluarga. Manakala menurut Miriam Budiarjo pada umumnya dikatakan bahawa politik adalah pelbagai kegiatan dalam suatu sistem politik yang berkaitan proses menentukan tujuan-tujuan dari sistem itu dan melaksanakan tujuan-tujuan itu .

Huraian kesemua takrif di atas hampir-hampir sama samaada siasah mahupun politik. Dari pelbagai definisi yang dikemukakan di atas, terdapat dua kecenderungan siasah atau politik iaitu politik yang mengaitkan negara dan pandangan yang mengaitkannya dengan masalah kekuasaan autoriti atau dengan konflik. Jadi berdasarkan kajian kami, siasah di sini lebih menjurus kepada kenegaraan sahaja iaitu melibatkan corak pemerintahan sesebuah negara berdasarkan syariat Islam demi kemaslahatan masyarakat.

2.1 Dalil Siasah.

Kalimah “siasah’ dalam pengertian politik yang berhubungkait dengan urusan pemerintahan telah mula digunakan sejak zaman Rasulullah lagi. Rasulullah s.a.w sendiri menggunakan kata politik (siasah) dalam hadis berikut :
عن فرات القزاز قال سمعت أبا حازم قال قاعدت أبا هريرة خمس سنين فسمعته يحدث عن النبي صلى الله عليه وسلم قال كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وإنه لا نبي بعدي وسيكون خلفاء فيكثرون
(البخاري , ك آحاديث الأنبياء, ب باب ما ذكر عن بنى اسرائيل , رقم3196)
Terjemahan hadis:
Nabi s.a.w bersabda: “Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada ramai para khalifah."
Mengikut pendapat Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari menyatakan lafaz تَسُوسُهُمُ الأنْبِيَاءُ (mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi) bermaksud apabila nampak pada mereka kerosakkan, maka Allah mengutus Nabi untuk menegakkan urusan mereka dan menghapuskan apa-apa yang mereka ubah dari hukum Taurat. Pada hadis ini terdapat isyarat bahawa menjadi keharusan bagi masyarakat adanya pemimpin yang menguruskan urusan mereka, membimbingnya pada jalan yang baik, memberi hak kepada orang yang dizalimi dari yang menzalimi. Dalam lafaz وَإِنَّهُ لا نَبِيَّ بَعْدِي (Tidak ada nabi setelahku ) yakni melakukan apa yang dilakukan oleh mereka. Dan وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ (namun akan ada ramai para khalifah) beliau menjelaskan bahawa yang dimaksud adalah mereka membesar-besarkan perbuatan mereka yang buruk.


Jadi, hadis tersebut jelas menunjukan bahawa siasah itu diurusi oleh para nabi, setelah wafat mereka maka khalifah-khalifahlah yang menjalankan tugas tersebut. Itulah bukti bahawa kekuasaan dan tanggungjawab pengurusan kepentingan umat adalah semata-mata milik penguasaan iaitu khalifah dan orang-orang yang ditugasi oleh khalifah. Dengan kata lain, tanggungjawab pengurusan kepentingan umat dibatasi hanya milik penguasa. Tidak diperkenankan pihak lain melaksanakan tanggungjawab ini, kerana syara’ telah menentukan bahawa kekuasaan dan tanggungjawab pengurusan umat adalah milik khalifah dan orang-orang yang diangkat oleh khalifah.



3.0 LARANGAN TAAT KEPADA PEMIMPIN DALAM PERKARA KEMUNGKARAN.

Menurut konsep yang sebenar, seseorang pemimpin itu pada asalnya telah diberikan mandate oleh rakyat untuk menjaga agama Islam dan politik duniawi. Dengan ini, selama mana pemimpin itu mengikut syarat perwakilan yang telah ditetapkan maka selama itulah dia layak menjawat jawatan sebagai ketua sesebuah Negara. Menjadi tanggunjawab rakyat juga untuk mentaatinya selagi mana tidak menyalahi syarak. Hal ini bertepatan dengan hadis di bawah:

عن عبدالله رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال السمع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب وكره ما لم يؤمر بمعصية فإذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة
( البخاري,ك الأحكام ,ب باب السمع والطاعة للاءمام ما لم تكن معصية , رقم 6611 )


Terjemahan hadis:

Dari Abdullah r.a., dari Nabi s.a.w bersabda: “ Mendengar dan taat itu adalah wajib atas orang Islam dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila diperintahkan melakukan maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat”.

( ما لم يؤمر بمعصية ) ومن الصبر على ما يقع من الأمير مما يكره, والوعيد على مقارنة الجماعة
Hendaklah kita bersabar di atas perkara yang tidak disukai terhadap pemerintah, dan janji buruk bagi mereka yang keluar dari jemaah.

( فاءذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة) أي لا يجب ذلك بل يحرم على من كان قادرا على الاءمتناع, وفي حديث عبادة بن صامت " لا طاعة لمن عصى الله تعالى " ومن عجز وجبت عليه الهجرة من تلك الأرض.
Tidak wajib taat pada perkara kemaksiatan dan haram bagi mereka yang mampu untuk mengelakkan diri daripadanya. Berkata ‘Ubadah bin Somit “ Tidak perlu taat bagi orang yang menderhakai Allah”. Sesiapa yang tidak mampu mengelaknya, maka wajib baginya berpindah dari tempat itu.”.

. Jadi, jika pemerintah mengarahkan kita melakukan perkara yang jelas menyanggahi ajaran al-Quran dan al-Sunnah, maka kita tidak boleh mentaatinya. Ketaatan itu hanya dalam perkara macruf sahaja. Di sini para pemerintah hendaklah sedar bahawa golongan yang mentaati mereka ketika mereka melakukan kemungkaran adalah golongan yang menjual agama dan tidak jujur terhadap diri dan pemerintah itu sendiri.

Kewujudan sesuatu maksiat hendaklah dibenci dan dibantah. Namun ini tidak bererti kita boleh menentang pemerintah. Sebaliknya perkara-perkara lain yang tidak termasuk mungkar haruslah ditaati. Begitu juga golongan ulama’. Sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah tidak menghalang mereka bekerjasama dengannya dalam perkara yang macruf. Bahkan jika kerjasama itu untuk mengubah yang mungkar, maka ia termasuk tuntutan agama.

Menasihati para pemerintah hendaklah dilakukan secara berterusan. Jika dia menolak, dia akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang dilakukannya kelak. Sebaliknya, kita terlepas daripada dosa membiarkan maksiat berleluasa. Jika dia melakukan kezaliman, maka balasan kezaliman akan dibalas kepada orang yang menzalimi di akhirat kelak. Begitu juga jika melakukan maksiat, balasan hanya terhadap kelakuan maksiatnya.

Pemerintah yang menyuruh kepada kemungkaran bukan sahaja tidak boleh ditaati bahkan diharuskan untuk diperangi jika situasi menjatuhkan pemerintah sebegini lebih kurang kemudharatannya berbanding kemudharatan terhadap Negara Islam dan rakyat keseluruhannya. Itupun menurut Nabi s.a.w jika pemerintah mereka secara terang-terangan meninggalkan sembahyang dan menunjukkan kekufuran mereka kepada agama islam.

Selain itu terdapat juga hadith yang menjelaskan bahawa boleh membuat pemberontakan terhadap pemerintah yang memudharatkan rakyat dan mereka terang-terangan meninggalkan solat. Apatah lagi jika pemerintah secara terang-terangan keluar daripada Islam, iaitu menjadi kufur. Kekufuran yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w ini hanya kepada pemerintah yang benar-benar menunjukkan kekufuran mereka.


Para ulama’ berpendapat, kewajipan amar makruf dan nahi mungkar tidak gugur hanya disebabkan ia tidak memberi sebarang kesan kepada pemerintah. Bahkan dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin. Nasihat kepada pemerintah hendaklah dilakukan secara bersemuka bukannya dengan mencanag segala keburukan di belakangnya sebagai modal politik semata-mata. Maka jelaslah di sini, bahawa penting seseorang itu menjadi rakyat yang baik untuk kesejahteraan , keamanan dan kemakmuran negara. Negara yang baik bukan sahaja datang daripada pemerintah yang baik, tetapi ia juga perlu datangnya daripada rakyat dan pengikut yang baik.



4.0 KETAATAN PADA PEMERINTAH HANYALAH PADA PERKARA KEBAIKAN


Setiap muslim wajib mentaati para pemerintah dalam apa jua perkara sama ada perkara tersebut disukai atau dibenci selagi ia bukan berbentuk maksiat kepada Allah. Sekiranya pandangan kita berbeza dengan pemerintah sedangkan pandangan itu tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah secara jelas, maka kita diamkan diri dan serahkan urusan itu kepadanya. Walaubagaimanapun, perkara itu tidak menghalang kita memberikan pandangan melalui saluran yang tepat dan cara yang betul. Oleh itu, mentaati pemerintah dalam perkara yang baik dan tidak bertentangan dengan syariat menjadi keutamaan kepada rakyat untuk diikuti. Sebagaimana yang telah disarankan oleh Nabi s.a.w berkaitan ketaatan kepada pemerintah hanyalah pada perkara kebaikan:
عن علي رضي الله عنه ه قال : بعث النبي صلى الله عليه وسلم سرية وأمر عليهم رجلا من الأنصار وأمرهم أن يطيعوه فغضب عليهم وقال أليس قد أمر النبي صلى الله عليه وسلم أن تطيعوني ؟ قالوا بلى قال قد عزمت عليكم لما جمعتم حطبا وأوقدتم نارا ثم دخلتم فيها . فجمعوا حطبا فأوقدوا فلما هموا بالدخول فقام ينظر بعضهم إلى بعض قال بعضهم إنما تبعنا النبي صلى الله عليه وسلم فرارا من النار أفندخلها ؟ فبينما هم كذلك إذ خمدت النار وسكن غضبه فذكر للنبي صلى الله عليه وسلم فقال ( لو دخلوها ما خرجوا منها أبدا إنما الطاعة في المعروف )
(مسلم, ك في الإمارة ,ب باب وجوب طاعة الأمراء في غير معصية , رقم 1840 )
( عزمت عليكم ) آمركم وأؤكد أمري لكم وأجد فيه . ( ما خرجوا . . ) لأن الدخول فيها معصية فإذا استحلوها كفروا واستحقوا الخلود فيها وهذا جزاء من جنس العمل . ( الطاعة ) للأمر واجبة . ( المعروف ) هو ما لا يتنافى مع الشرع ]

Terjemahan hadis:

Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah saw telah mengirim sepasukan tentera dan menyerahkan pimpinannya kepada seorang lelaki Ansar, dan menyuruh supaya mereka taat kepadanya. Tiba-tiba lelaki Ansar itu marah kepada mereka seraya berkata: “Bukankah Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kamu taat kepadaku?” Mereka menjawab: “Bahkan!” lelaki itu berkata: “Kini aku perintahkan kamu supaya mengumpulkan kayu dan menyalakan api dan hendaklah semua kamu masuk ke dalam api”. Lalu mereka mengumpulkan kayu dan menyalakan api. Dan ketika mereka hendak masuk ke dalam api masing-masing berpandangan antara satu sama lain dan berkata: “Kami mengikuti Nabi saw hanyalah kerana lari dari api, apakah kami memasukinya sekarang”. Tatkala mereka berada dalam keadaan demikian tiba-tiba api menjadi padam dan redalah kemarahan pemimpin tentera itu. Kemudian kejadian itu diceritakan kepada Nabi saw lalu beliau bersabda: “Jika mereka memasuki api itu tentulah mereka tidak akan keluar darinya untuk selama-lamanya. Ketaatan itu hanyalah dalam perkara kebaikan.”

Mengikut keterangan dari hadith tersebut sebagaimana pendapat Imam Nawawi dalam kitab syarahnya Sahih Muslim bi Syarah al-Nawawi yang menyatakan bahawa ianya adalah perbuatan pemimpin tersebut yang menyuruh orang dibawahannya untuk mengumpulkan kayu api dan masuk kedalam api tersebut, ianya bukanlah daripada riwayat Ibn Huzafah al-Sahmi dan pendapat ini adalah dhoif, lelaki atau ketua tesebut menurut pandangan Imam Nawawi adalah beliau bernama Abdullah yang ingin menguji orang-orang dibawahnya, namun apa yang pasti lelaki berkenaan adalah dari kalangan Ansar.

Berkaitan dengan sabda Nabi yang berbunyi: لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْم الْقِيَامَة, Imam Nawawi menyatakan bahawa Nabi mengetahui jika sahabat-sahabat tersebut masuk kedalam api maka nescaya mereka tidak akan keluar darinya sehinggalah hari kiamat adalah berdasarkan wahyu dari Allah, jika mereka masuk kedalamnya nescaya mereka tidak akan keluar secara mutlak, jika sekiranya mereka keluar pun adalah pada hari kiamat.

Seterusnya mengikut pendapat Ibn Hajar al-Asqalani pula dalam kitabnya Fathul Bari menyatakan seperti berikut قَوْله ( عَنْ أَبِي عَبْد الرَّحْمَن ), beliau adalah al-Salmi dan Ali adalah anak Abi Talib, lafaz ( فَغَضِبَ ) daripada riwayat Hafaz b Riath daripada al-A’mash dalam bab ahkam dengan lafaz " فَغَضِبَ عَلَيْهِمْ, manakala dalam riwayat Muslim pula dengan lafaz " فَأَغْضَبُوهُ فِي شَيْء. Dalam lafaz ( مَا خَرَجُوا مِنْهَا إِلَى يَوْم الْقِيَامَة . Ibn Hajar mengatakan bahawa ianya bermaksud jika mereka masuk ke dalam api tersebut nescaya mereka telah melakukan maksiat dan pelaku maksiat itu berhak mendapat neraka dan jika mereka masuk kedalamnya nescaya mustahil mereka akan keluar darinya untuk selamanya dan sesungguhnya jika mereka masuk kedalamnya nescaya mereka seperti membunuh diri mereka sendiri yang mana perkara itu adalah ditegah, sebab itulah ianya dinamakan maksiat dan pelaku maksiat itu berhak mendapat neraka.

Dalam lafaz الطَّاعَة فِي الْمَعْرُوف beliau menerangkan bahawa taat itu hanyalah dalam perkara yang baik sahaja dan tiada ketaatan dalam maksiat, dalam hadith ini orang dibawah tidak perlu taat kepada arahan pemerintah ataupun pemimpin ini kerana ianya telah menyalahi syara’ dan ketika itu ianya dalam keadaan marah dan ketahuilah ketika marah adalah dibawah kekuasaan akal fikiran yang waras.



5.0 ALLAH MENGHARAMKAN SYURGA KEPADA PEMIMPIN/PEMERINTAH YANG MENIPU RAKYATNYA.

Ancaman keras dan celaan terhadap pemimpin yang diamanahkan untuk memerintah rakyat, namun mereka justeru mengkhanati, , menzalimi, menipu, dan membohongi rakyat. Mereka selalu memberi janji-janji manis namun tidak pernah ditepati. Pemimpin-pemimpin yang berkelakuan sebegini tidak akan disenangi oleh rakyat malah Allah juga memberi balasan dan azab yang pedih kepada mereka berdasarkan salah satu hadis Nabi s.a.w berkaitan pemimpin yang menipu rakyat :

حدثنا ‏ ‏شيبان بن فروخ ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو الأشهب ‏ ‏عن ‏ ‏الحسن ‏ ‏قال ‏ عاد ‏ ‏عبيد الله بن زياد ‏ ‏معقل بن يسار المزني ‏ ‏في مرضه الذي مات فيه قال ‏ ‏معقل ‏ ‏إني محدثك حديثا سمعته من رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لو علمت أن لي حياة ما حدثتك إني سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏ما من عبد ‏ ‏يسترعيه ‏ ‏الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة.
( مسلم , ك الإمارة , ب باب استحقاق الوالي الغاش لرعيته النار, رقم 1125 )

Terjemahan hadis:
Dari al-Hassan katanya: Telah kembali Ubaidillah b. Zaid Ma’qil b. Yasar di dalam sakitnya yang menyebabkannya meninggal dunia, sesungguhnya aku telah mendengar satu hadith daripada Rasulullah s.a.w yang mana aku ketahui dalam hidupku, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Mana-mana hamba yang Allah memberikannya jawatan ketua(pemerintah) kepada orang ramai(rakyat) dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah akan mengharamkan syurga kepadanya”.


Dalam hadith ini daripada Syaiban b Furu’ daripada Abu al-Ashhab iaitu beliau bernama Ja’afar b Hayyan Uthoridi al-Sa’di al-Basri sehinggalah kepada Rasulullah saw membincangkan bagaimana jika seseorang pemerintah mahupun pemimpin yang menipu rakyatnya atau orang yang dipimpinnya maka Allah akan mengharamkan syurga keatasnya, begitulah makna hadith ini dalam riwayat Mi’qal b Yasar dengan lafaz مَا مِنْ عَبْد يَسْتَرْعِيه اللَّه رَعِيَّة يَمُوت يَوْم يَمُوت وَهُوَ غَاشّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّه عَلَيْهِ الْجَنَّة, dan terdapat juga riwayat lain yang serupa semaksud dengannya iaitu dengan lafaz مَا مِنْ أَمِير يَلِي أَمْر الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لَا يَجْهَد لَهُمْ وَيَنْصَح إِلَّا لَمْ يَدْخُل مَعَهُمْ الْجَنَّة, manakala ianya berbeza dengan sabda Rasulullah saw yang berbunyi dengan lafaz حَرَّمَ اللَّه عَلَيْهِ الْجَنَّة, dan sesungguhnya disini terdapat dua ta’wilan yang utama, dalam pandangan hadith pada lafaz pertama ianya menunjukkan mustahil akan masuk syurga, dan makna yang kedua Allah mengharamkan masuk ke syurga bersama-sama orang-orang yang berjaya dan terhormat dan makna tahrim disini membawa maksud tegahan.


Berkata Qadhi ‘Iyadh rahimahumullah maknanya adalah tegahan daripada menipu rakyat ataupun menipu orang yang dibawah kepimpinannya kepada barangsiapa yang telah diberikan oleh Allah jawatan kepadanya demi untuk kemaslahatan agama mahupun dunia, maka apabila khianat dengan apa yang telah diperintahkan Allah untuk beriman dengannya maka ianya tidak sah sebagaimana yang telah diserahkan tanggungjawab kepadanya oleh Allah, dan sesungguhnya dengan berdirinya atau adanya hadith ini adalah langkah untuk menjaga syariat Islam dan melindungi daripada setiap apa yang masuk ke dalam syariat Islam bertujuan untuk mengubah dan melalaikan hak-hak Allah ataupun untuk meninggalkan sifat keadilan padanya dan sebagainya maka ini semua adalah menipu dan khianat, berkata Qadhi sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw sesungguhnya itu adalah daripada dosa-dosa besar yang mengakibatkan pelakunya jauh daripada syurga.


6.0 TIDAK MEMINTA-MINTA JAWATAN.

Islam tidak menggalakkan umatnya meminta sebarang jawatan kepimpinan khususnya bagi sesiapa yang tidak dapat memastikan dirinya dapat menunaikan tanggungjawab tersebut dengan adil dalam erti kata sebenarnya. Disebabkan untuk menunaikan keadilan perkara yang sukar, maka sebab itulah sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar dan Umar tidak meminta jawatan tersebut malahan dalam kes mereka dilantik sekalipun mereka akan cuba memindahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain yang dirasakan orang lain lebih berhak dan lebih layak untuk berlaku adil berbanding dirinya. Ini kerana berdasarkan hadis Nabi s.a.w :

‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الرحمن بن سمرة ‏ ‏قال ‏ قال لي رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يا ‏ ‏عبد الرحمن بن سمرة ‏ ‏لا تسأل ‏ ‏الإمارة ‏ ‏فإنك إن أعطيتها عن مسألة ‏ ‏وكلت ‏ ‏إليها وإن أعطيتها عن غير مسألة أعنت عليها وإذا حلفت على يمين فرأيت غيرها خيرا منها فكفر عن يمينك ‏ ‏وائت الذي هو خير
(مسلم , ك الأيمان, ب باب ندب من حلف يمينا فرأى غيرها خيرا منها ان يأتي الذي هو خير ويكفر عن يمينه , رقم 3120 )
‏
Terjemahan hadis:

Dari Abdul Rahman bin Samrah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Wahai Abdul Rahman ! Janganlah engkau meminta jawatan pimpinan sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat-bulat kepadaku, sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu. Jika kamu telah terlanjur bersumpah, kemudian kamu melihat ada sesuatu yang lebih baik daripada sumpahanmu itu, maka hendaklah kamu membayar denda dari sumpahanmu tadi dan hendaklah kamu mengerjakan sesuatu yang lebih baik daripada itu.

Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari: “Maksud hadith di atas ialah sesiapa yang meminta jawatan pemimpin lalu diberikan kepadanya maka dia tidak diberikan bantuan disebabkan keinginannya…”. Katanya lagi: “Sesiapa yang tidak mendapat bantuan daripada Allah terhadap pekerjaannya maka dia tidak akan mempunyai kemampuan melaksanakan pekerjaan tersebut. Oleh itu maka tidak sepatutnya diterima permintaannya (untuk menjadi pemimpin).

Sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah tidak akan menolongnya jika dia memerintah. Sesiapa yang tidak ditolong Allah tentu dia gagal melaksanakan amanah seperti yang dikehendaki Allah, sama ada yang kecil ataupun yang besar dan dalam apa urusan sekalipun. Namun ini bukanlah bererti mustahil untuk dia melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang dibawahnya. Ada pemimpin yang kafir tetapi dapat melakukan kebaikan dan keadilan. Ini adalah hasil daripada usaha dan kesungguhannya bersama dengan keizinan Allah. Namun pertolongan Allah dengan keberkatan dan rahmatNya tidak akan diperolehi jika seseorang tamakkan kuasa.

Di sudut yang lain, mereka yang menuntut jawatan sebenarnya telah meletak keistimewaan atau kelayakan pada diri sendiri. Ini adalah lambang keegoan, sedangkan Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah al-Najm ayat 32:


    •    •              •   •         • 

Terjemahan:

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

Kata ‘Abd ar-Rahman Ibn Nasir al-Sa’di dalam tafsirnya: “Ayat bermaksud jangan kamu meberitahu manusia mengenai kesucian (kebaikan) jiwamu kerana mencari pujian di sisi mereka”.

Meminta jawatan adalah suatu bentuk menuntut diiktiraf kelebihan diri di hadapan orang lain. Sedangkan Islam mahu supaya jawatan dipikul oleh mereka yang dibaluti dirinya dengan tanggungjawab, kesedaran dan penuh rendah diri di hadapan Allah dan memahami benar-benar ianya merupakan amanah dan beban bukan tempat kemegahan.

Kata Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris dalam An-Nizam as-Siyasi fi al-Islam: “Secara umumnya meminta menjadi pemimpin adalah dilarang di dalam Islam. Dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang ada mengukuh hukum haram atau sekurang-kurangnya makruhnya perkara tersebut.

Oleh itu, para pemimpin yang beriman hendaklah memastikan mereka yang dilantik menguasai apa-apa urusan orang Islam terdiri dari kalangan yang dibantu pelaksanaan kerjanya oleh Allah ke arah kebaikan di dunia dan akhirat. Hendaklah dielakkan dari melantik mereka yang tidak dibantu Allah. Antara cara yang diajar oleh Nabi s.a.w untuk mengenal individu yang tidak dibantu oleh Allah ialah orang yang tidak meminta jawatan.




7.0 PEMIMPIN YANG ADIL

Islam menuntut umatnya berlaku adil terhadap semua golongan manusia tanpa mengira umur, pangkat dan darjat bahkan melarang keras sebarang perbuatan zalim, penindasan dan pilih kasih. Kepimpinan adalah satu tugas yang amat berat kerana seseorang itu bertanggungjawab kepada Allah dan manusia. Namun tanggungjawab tersebut mestilah dilaksanakan seadil-adilnya kerana selain disenangi oleh rakyat pemimpin yang adil juga mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di bawah:

حدثنا علي بن المنذر الكوفي حدثنا محمد بن فضيل عن فضيل بن مرزوق عن عطية عن أبي سعيد قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن أحب الناس إلى الله يوم القيامة وأدناهم منه مجلسا إمام عادل وأبغض الناس إلى الله وأبعدهم منه مجلسا إمام جائر
( الترمذي, ك الاحكام عن رسول الله, ب باب ما جأ في امام عادل , رقم 1250, قال أبو عيسى حديث أبي سعيد حديث حسن غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه)

Terjemahan hadis:

Dari Abi Sacid berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hampir tempat duduknya ialah ketua (pemimpin yang adil) dan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat dan baginya azab yang pedih ialah ketua (pemimpin) yang zalim.”

Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan dalam kitab Fath al-Bari, mengenai pemimpin yang adil. Pemimpin di sini maksudnya ialah memilik autoriti dalam kepimpinan agung, iaitu sesiapa pun yang memiliki kelayakan untuk mengurus urusan kaum Muslim (khalifah). Menurut beliau penjelasan yang paling baik berkaitan dengan adil ialah dengan mengikuti perintah Allah, dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya, tanpa kurang atau lebih. Daripada kenyataan ini dapat difahami dengan jelas bahawa keadilan pemimpin hanya mungkin terjadi apabila seseorang pemimpin tersebut secara individu memang memiliki sifat-sifat ‘adalah (adil). Oleh kerana itulah, dalam agama Islam , adil merupakan syarat mutlak bagi calon pemimpin (khalifah). Seterusnya seseorang pemimpin perlu menerapkan seluruh hukum-hukum Allah secara keseluruhannya dalam kepimpinan beliau terhadap rakyatnya. Dengan demikian, sesungguhnya pemimpin yang adil hanya mungkin terhasil dalam sebuah sistem pemerintahan yang berpegang kepada syariah Islam. Mustahil terjadinya pada sistem sekular pada ketika ini untuk membentuk sesebuah pemerintahan yang benar-benar berlandaskan syariah Islam. Mengharapkan keadilan pemimpin dalam sistem sekular jelas ibarat mimpi yang mustahil bakal terjadi.

Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu perlulah memiliki syarat-syarat yang telah digariskan di dalam agama Islam iaitu mestilah beragama Islam, adil, berilmu, melaksanakan hukum-hukum Allah dan bersikap sama rata serta tidak berlaku zalim. Pemimpin itu mestilah seorang Muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana Islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam. Sifat adil pula perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam, kerana pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu, ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak di muka bumi ini. Sebagaimana syarat penerimaan syahadah dalam hukuman jenayah memerlukan sifat adil, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam. Golongan ulama’ dan umara’ perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam di dalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh al-Imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin, Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam dengan katanya : ” Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad’afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka.”



8.0 BAIA'H


Baiah dari sudut etimologi:
Menurut Ibn Maudzur mengemukakan, bayacahu mubayacah, biyaa bererti menawarkan dengan penjualan, baicah adalah transaksi jual beli, pembaiatan dan kesetiaan. (Lisanul Arab Maddatu Ba'i)
Al-Raqhib mengatakan, bayaca al-sultan bererti penguasa melakukan baicah, iaitu jika baicah yang diberikan kepadanya menjamin kesetiaan rakyat kepadanya. (Mufradatu Gharabil Quran).

Definisi menurut istilah:
Perjanjian untuk setia dalam kebaikan.

Baicah juga bermaksud perjanjian atau janji taat setia kepada mana-mana pemimpin secara rela. Pengertiannya mirip dengan teori "Kontrak Sosial" di dalam ilmu politik moden. Baicah wajib diberikan kepada pemimpin yang layak serta dilantik menurut lunas-lunas yang diakui oleh Islam. Perkara ini dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w :


عن نافع قال جاء عبد الله بن عمر إلى عبد الله بن مطيع حين كان من أمر الحرة ما كان زمن يزيد بن معاوية فقال اطرحوا لأبي عبد الرحمن وسادة فقال إني لم آتك لأجلس أتيتك لأحدثك حديثا سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوله سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول من خلع يدا من طاعة لقي الله يوم القيامة لا حجة له ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية
( مسلم ,ك الامارة , ب باب وجوب ملازمة جماعة المسلمين عند ظهور الفتن, رقم‏ 3441 )


Terjemahan hadis:

Dari Zaid bin Muhammad dari Nafic katanya: cAbdullah bin Umar telah datang berjumpa cAbdullah bin Muthic. Ketika itu sedang terjadi ketegangan politik pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah. cAbdullah bin Muthic menyuruh pelayannya untuk mempersilakan dan melayani tetamunya. Akan tetapi cAbdullah bin Umar berkata: “Jangan, sesungguhnya aku datang berjumpa denganmu bukan untuk bertamu. Aku hanya mahu menceritakan kepadamu sebuah hadis yang aku pernah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.” cAbdullah bin Muthic menjawab: “ Betul, aku pernah mendengarnya juga daripada Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang melepaskan tangannya daripada ketaatan, maka pada hari kiamat kelak dia akan bertemu Allah dalam keadaan tidak mempunyai hujjah sama sekali dan sesiapa mati dalam keadaan tidak mempunyai baicah ditengkuknya, dia akan mati dalam keadaan jahiliah.”

Hadith ini mengandungi tuntutan(طلب), merupakan qarinah yang tegas, yang menunjukkan bahawa tidak taat kepada imam merupakan sesuatu yang haram. Manakala وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً adalah berkaitan dengan keadaan tidak ada Imam boleh diertikan ليس عليه امام , Baicah hanya diberikan kepada Imam, tidak kepada yang lain, sebab yang dicela Rasulullah adalah kosongnya di bahu seorang Muslim daripada baicah kepada Imam sehingga dia meninggal dunia.

Apabila seseorang itu telah memberi baicah kepada mana-mana pemimpin, wajib baginya memberi ketaatan kepada pemimpin tersebut, selagi mana dia tidak menyuruh perkara-perkara mungkar serta melarang perkara-perkara makruf.



8.1 Kesan-kesan baicah:

1) Imam atau Pemimpin memperolehi kekuasaan

Dalam hal ini Ibn Taimiyyah berkata: "Seandainya ditakdirkan bahawa yang membaicah Abu Bakar hanya Umar dan sebahagian sahabat sahaja, sedangkan sebahagian sahabat lain tidak melakukannya, Abu bakar tidak akan menjadi seorang pemimpin. Abu Bakar menjadi pemimpin hanya baicah jumhur umat Islam. Begitu juga wasiat Abu Bakar kepada Umar untuk menduduki khilafah setelah kewafatannya terwujud dengan pembaiatan seluruh umat Islam terhadap Umar. Seandainya mereka tidak melaksanakan wasiat Abu Bakar dan tidak bersedia membaicah Umar, nescaya Umar tidak menjadi seorang khalifah''.

2) Baicah merupakan transaksi (aqad) pertama dan terbesar yang kepadanya terfokus seluruh transaksi yang lain.
Transaksi tersebut terjadi di antara individu seperti transaksi perdamaian, pensyarikatan, dan sewa-menyewa. Begitu juga transaksi yang bersumber dari pemerintah untuk para pembantunya di empat wilayah kekuasaan, iaitu:
a) Wilayah kekuasaan umum yang menangani tugas-tugas umum, iaitu para menteri.
b) Wilayah kekuasaan umum yang menangani tugas-tugas tertentu atau terbatas, iaitu para gabenor.
c) Wilayah kekuasaan khusus yang menangani tugas-tugas umum,iaitu hakim, panglima tentera.
d) Wilayah kekuasaan khusus yang menangani tugas-tugas khusus, iaitu hakim wilayah.

3) Baicah mampu membatasi sikap umat terhadap pemerintah (berdasarkan kedudukannya dalam syariat)
Pembaiatan terhadap pemerintah dianggap memenuhi kriteria syariat jika dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kekuatan dan pertahanan dari jumhur umat Islam dan ditetapkan melalui musyawarah. Dalam hubungan itu umat Islam wajib menjaga baicah tersebut dan membela pemerintah yang telah dibaicah. Jika pemerintah itu ditawan setelah dibaicah, seeluruh umat wajib membebaskannya dari tangan musuh, baik dari kalangan orang musyrik atau orang Islam yang zalim.

4) Pemerintah memperolehi pertolongan rakyatnya dengan cepat.
Bukti terbaik yang berkaitan dengan hal ini adalah pengalaman Rasulullah dan para sahabat dalam peperangan Hunain.

Di sini bagi sesiapa yang memiliki kemampuan dan kekuasaan serta melaksanakan maksud kekuasaan tersebut, maka ia termasuk ulil amri. Allah telah memerintahkan umat Islam untuk mentaatinya selama mana mereka tidak menyuruh kepada perbuatan maksiat kepada Allah.

SAHIH MUSLIM,صحيح مسلم

Posted by luqman al-jawa on Thursday, January 7, 2010 , under | comments (1)



Photobucket

SIFAT FIZIKAL KITAB SAHIH MUSLIM
1. JUDUL KITAB : SAHIH MUSLIM
2. NAMA PENGARANG : Imam Abu Husain Muslim bin al-Hajjaj
Al-Qusairyy an-Naiaburi.
3. TERBITAN : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah Beirut- Lebanon
4. TAHUN CETAKAN : 1421 H – 2000 Masehi
5. BIL JILID : 1 jilid sahaja
6. WARNA KULIT BUKU : Merah
7. WARNA TULISAN BUKU : Emas
8. KETEBALAN KITAB : 5 cm
9. KEPANJANGAN KITAB : 25 cm
10. KELEBARAN KITAB : 17.3 cm
11. HALAMAN MUKA SURAT :1200 tidak termasuk kulit


SEJARAH PEMBUKUAN KITAB SAHIH MUSLIM

Kitab ini merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih selepas Kitab al-Quran. Kedua kitab Sahih ini diterima baik oleh segenap umat Islam. Imam Muslim telah mengerahkan seluruh kemampuannya untuk meneliti dan mempelajari keadaan para periwayat hadis, menyaring hadis-hadis yang diriwayatkan, membandingkan riwayat riwayat itu antara satu sama lain. Imam Muslim sangat teliti dan begitu berhati-hati dalam menggunakan lafaz-lafaz dan selalu memberikan isyarat jika terdapat sebarang perbezaan antara lafaz-lafaz tersebut.

Usaha yang sedemikian rupa telah menghasilkan sebuah kitab bermutu tinggi dan menjadi rujukan utama oleh umat Islam hingga dekad ini. Bukti kukuh mengenai kehebatan kitab karyanya ini merupakan suatu kenyataan yang dilakukan sendiri oleh Imam Muslim yang telah menyaring segala isi kandungan kitabnya dari ribuan riwayat hadis yang pernah didengarinya dari ratusan ulama sezaman dengannya. Di dalam hal ini, pernah diceritakan yang ia menyebutkan: “Aku menyusun kitab Sahih ini yang telah disaring dari 300,000 buah hadis.” Diriwayatkan dari Ahmad bin Salamah, dia berkata: “Aku menulis bersama Muslim untuk menyusun kitab Sahihnya itu selama 15 tahun. Kitab itu berisi 12.000 buah hadis.”

Setelah menyusun kitab sahih itu, Imam Muslim -rahimahullah- memperlihatkannya kepada para ulama hadis untuk diperiksa. Al-Khatib meriwayatkan dari Makki bin Abdan, salah seorang hafiz dari Naisabur, ia berkata: "Saya mendengar Muslim berkata: "Aku memperlihatkan kitabku ini kepada Abu Zur'ah ar-Razi. Semua hadis yang ditunjukkan ar-Razi ada kelemahannya, aku tinggalkan. Dan semua yang dikatakan sahih, itulah yang kutulis." Itulah sikap rendah hati Imam Muslim yang tidak terbujuk oleh hawa nafsu dan bangga atas pendapatnya sendiri.

LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM

BIODATA
Nama Sebenar :Al-Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn al-Warid Ibn Kusyaz al-Qusyairi al-Naisaburi, atau Sering dikenali sebagai Imam Muslim.
Tarikh kelahiran : Bulan Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masehi
Tempat Kelahiran : Naisaburi
Keturunan : Beliau berasal daripada keturunan yang mulia dan terhormat. Beliau terdidik dalam suasana dan keluarga berilmu.
Sifat Keperibadian :Imam Muslim seorang yang kuat beribadat, bertaqwa, sangat menghormati gurunya, warak, berani dan Tawaduk.

PENDIDIKAN

Imam Muslim mempunyai kepintaran yang luar biasa dan kecerdasan ingatan serta kefahaman yang tajam. Beliau merupakan orang yang gemar dan sangat kepada ilmu pengetahuan serta suka berbincang dengan ulama. Imam Muslim telah mempelajari al-Quran , Kesusasteraan Arab serta Tatabahasa Arab. Ketika usia 10 tahun beliau telah menghafaz al-Quran seutuhnya serta ribuan hadis berikut sanadnya.

Beliau belajar dan mendalami ilmu hadith ketika berusia 15 tahun. Untuk itu, beliau telah melakukan pengembaraan di merata tempat seperti Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan negara negara lainnya untuk mengumpul dan mempelajari hadith dengan lebih mendalam lagi. Dalam pengembaraanya Imam Muslim banyak mengunjungi ulama-ulama kenamaan untuk berguru hadith daripada mereka. Contohnya Di Khurasan, Imam Muslim berguru dengan Yahya bin Yahya dan Ishak bin Rahawaih, di Ray berguru dengan Muhammad bin Mahran dan Abu 'Ansan. Manakala Di Iraq pula beliau belajar hadith dengan Ahmad bin Hambal dan Abdullah bin Maslamah; di Hijaz belajar dengan Sa'id bin Mansur dan Abu Mas'Abuzar; di Mesir berguru dengan 'Amr bin Sawad dan Harmalah bin Yahya, dan kepada ulama ahli hadits yang lain.

Imam Muslim berkali-kali mengunjungi Baghdad untuk belajar dengan ulama-ulama ahli hadith, dan kunjungannya yang terakhir pada 259 H. Semasa Imam Bukhari datang ke Naisabur, Imam Muslim selalu datang kepadanya untuk berguru, ini kerana beliau mengetahui jasa dan ilmunya. Ketika terjadinya fitnah atau ketegangan antara Bukhari dan Az-Zihli, Imam Muslim berpihak kepada Bukhari, sehingga hal ini menjadi sebab terputusnya hubungan dengan Az-Zihli. Imam Muslim dalam Sahihnya mahupun dalam kitab lainnya, tidak memasukkan hadith-hadith yang diterima dari Az-Zihli padahal ia adalah gurunya. Hal serupa beliau lakukan terhadap Imam Bukhari iaitu tidak meriwayatkan hadith dalam Sahihnya, yang diterima daripada Bukhari, padahal Imam Bukhari adalah gurunya. Walaupun Imam Muslim tidak memasukkan Hadith yang diriwayatkan daripada mereka berdua, Imam Muslim sentiasa menghormati ilmu mereka.

GURU-GURU IMAM MUSLIM

Antara ulama-ulama yang telah mengajar ilmu hadith kepada Imam Muslim ialah:
• Abdullah bin Masallamah ,
• Imam ahmad bin Hanbal
• Ishak bin Rahawiyah,
• Ibn Abu Syaibah,
• Yahya bin Mu’in
• Ishak bin Mansur
• Abu Bakar bin Abi Syaibah
• Abdullah bin Abd. Rahman
• Muhammad bin Abdullah bin Namir

MURID-MURID IMAM MUSLIM

Ketokohan imam Muslim dalam bidang hadith dikenali oleh orang ramai dan para ulama’ ketika itu, kehebatan beliau dalam bidang hadith ini menyebabkan ramai dikalangan umat islam dan ulama’ belajar dengan beliau antara murid beliau ialah:
• Muhammad bin Abdul Wahab al-firai
• Abu Hatim Muhammad bin Idris al- Razi
• Abu Bakar Muhammad bin al- Nadir bin Salmah al- Jarudi
• Ali bin Husain bin Janid al-Razi
• Saleh bin Muhammad Juzrah
• Abu I’sa al- Tarmizi Sohibu Jami’
• Ibrahim bin Abi Talib
• Ahmad bin Salmah al-Naisaiburi
• Abu Bakar bin Khazimah
• Mkhi bin Abdan
• Abdul Rahman bin Abi Hatim Al-Razi
• Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin Syarqi


KEAHLIAN DALAM BIDANG HADITH

Imam Bukhari merupakan ulama terkemuka di bidang hadith sahih, berpengetahuan luas mengenai dalam selok belok hadith, serta ketajaman kritikannya, maka Imam Muslim adalah orang kedua setelah Imam Bukhari, baik dalam ilmu dan pengetahuannya maupun dalam keutamaan dan kedudukannya.
Imam Muslim banyak menerima pujian dan pengakuan dari para ulama ahli hadit maupun ulama lainnya. Al-Khatib al-Baghdadi berketa, "Muslim telah mengikuti jejak Bukhari, memperhatikan ilmunya dan menempuh jalan yang dilaluinya." Pernyataan ini tidak bererti bahawa Muslim hanyalah seorang pengikut. Sebab, beliau mempunyai ciri khas dan kriteria tersendiri dalam menyusun kitab, serta metod penulisan baru yang belum pernah diperkenalkan orangsebelumnya.

KARYA-KARYA IMAM MUSLIM

Selain karyanya yang terkenal iaitu Sahih Muslim, Imam Muslim telah mengarang berbagai-bagai kitab serta penulisan-penulisan yang lain yang telah tersebar dikalangan orang-orang seperti tersebarnya angin di tempat yang terbuka, tanpa apa-apa halangan, supaya ia sampai ke hati serta akal para pembacanya. Isi kitab-kitab itu telah bercampur gaul dalam jiwa mereka seperti tercampurnya air dalam segala yang hidup.

Antara hasil karya imam Muslim :
1. Al-Musnad al-Kabir
2. Al-Asma’ Wal Kunni
3. At-Tamnyiz
4. Al-Ifrad
5. Sualat Ahmad Ibnu Hanbal
6. Lain-lain lagi

KEWAFATAN IMAM MUSLIM

Imam Muslim Meninggal dunia di Kota Nasr Abad, Nisabur pada hari Ahad malam Isnin, 25 Rejab tahun 261H bersamaan 875M dalam usia 57 tahun.
3.8 SEBAB KEMATIAN IMAM MUSLIM
Telah disebut sebab kematian Imam Muslim: Suatu hari Imam Muslim mengadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadith. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu hadith kepada Imam Muslim, tetapi beliau tidak mengetahui akan hadith tersebut. Beliau balik dengan tekad untuk memcari catatan hadith tersebut.
Sesampainya di rumah, beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu.
”Sesiapa pun tidak boleh masuk menjumpaiku pada malam ini.” kata Imam Muslim kepada keluarganya.Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun di bawa masuk ke dalam biliknya. Beliau menyemak catatan-catatan hadithnya. Apabila selesai membaca satu hadis, beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. Kemudian membaca satu hadis lagi, lalu mencapai sebiji kurma dan memakannya setelah satu hadis yang dibacanya selesai. Demikianlah seterusnya sehingga pagi dan tanpa disedarinya dan satu bakul kurma telah habis dimakannya. Akibatnya, beliau sakit perut yang membawa kepada ajalnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, sesuai dengan segala jihadnya, manfaat yang dia telah menghulurkannya serta jihad dan kesabarannya, bagi membuahkan ilmu yang dia telah tinggalkan.
ISI KANDUNGAN KITAB

1. Kitab ini dimulakan dengan terjemahan imam Muslim, terjemahan ini telah dilakukan oleh Imam Nawawi dalam Kitab ( tazhib al- asma wal lughat ), Imam Nawawi memperkenalkan sedikit sebanyak tentang biodata Imam Muslim samaada dari segi latar belakang kehidupannya dan pendidikannya

2. Kitab ini seperti dengan kitab lain juga terdapat Mukaddimah yang ditulis dengan warna merah manakala intipatinya warna hitam. Dalam mukaddimah dimuatkan beberapa bab yang berkaitan dengan larangan meriwayatkan hadith dari perawi yang lemah, wajib riwayat dari perawi yang siqah dan mengemukakan hadith yang berkaitan dengan hukuman yang akan dikenakan kepada mereka yang melakukan pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w.

3. Seterusnya masuk kepada tajuk pertama yang dikenali dengan kitab hingga kitab akhir di mana setiap kitab itu pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang dipanggil bab.

4. Dimulakan dengan kitab Iman hingga kitab Tafsir, setiap kitab akan didahului dengan Basmalah

KANDUNGAN KITAB


BIL KITAB BIL. BAB BIL. HADIS

1. كتاب الايمان 96 380
2. كتاب الطهاره 34 40
3. كتاب الحيض 33 126
4. كتاب الصلاة 52 285
5. كتاب المسجد ومواضع 55 316
6. كتاب الصلاة المسافرين وقصرها 57 312
7. كتاب الجمعة 18 73
8. كتاب العيدين 4 22
9. كتاب صلاة الاستسقاء 4 17
10. كتاب صلاة الكسوف 5 29
11. كتاب الجنائز 37 107
12. كتاب الزكاة 55 177
13. كتاب الصيام 40 222
14. كتاب الاعتكاف 4 10
15. كتاب الحج 97 522
16. كتاب النكاح 24 143
16. كتاب الرضاع 19 65
18. كتاب الطلاق 9 67
19. كتاب اللعان - 20
20. كتاب العتق 6 25
21. كتاب البيوع 21 123
22. كتاب المساقاة 31 143
23. كتاب الفرائض 4 17
24. كتاب الهبات 4 32
25. كتاب الوصية 5 22
26. كتاب النذر 5 13
27. كتاب الأيمان 13 59
28. كتاب القسامة والمحاربين والقصاص والديات 11 39
29. كتاب الحدود 11 46
30. كتاب الأقضيه 11 21
31. كتاب اللقطه 5 19
32. كتاب الجهاد 51 150
33. كتاب الإماره 56 185
34. كتاب الصيد والذباح وما يؤكل من الحيوان 12 60
35. كتاب الأضاحي 8 45
36. كتاب الأشربه 35 188
37. كتاب اللباس والزينة 35 127
38. كتاب الآداب 10 45
39. كتاب السلام 41 155
40. كتاب الألفاظ من الآدب وغيرها 5 21
41. كتاب الشغر 1 10
42. كتاب الرؤيا 4 23
43. كتاب الفضائل 46 174
44. كتاب فضائل الصحبه رضي الله تعالى عنهم 60 232
45. كتاب البر والصلة والأداب 51 166
46. كتاب القدر 8 34
47. كتاب العلم 6 16
48. كتاب الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار 27 99
49. كتاب الرقاق 11 59
50. كتاب التوبة 19 83
51. كتاب صفات المنا فقين واحكامهم 19 84
52. كتاب الجنة وصفة نعيمها وأهلها 28 143
53. كتاب الزهد والرقائق 19 75
54. كتاب التفسير 7 34
JUMLAH KESELURUHAN 1327 5700


METODOLOGI PENULISAN

Berdasarkan pemerhatian saya, kitab Hadith Sahih Muslim karangan Imam Muslim yang telah ditahqiqkan oleh Imam Nawawi menggunakan pelbagai disiplin ilmu metodologi Hadith. Di sini saya ingin lampirkan dua metodologi iaitu:
 Metodologi secara umum berkaitan dengan kitab ini
 Metodologi penulisan yang khusus yang telah digunakan oleh Imam Muslim dalam penulisan hadithnya.

1. Metodologi Umum
Tulisan :
• Menggunakan tulisan dalam bentuk Khat Nasakh
• Tajuk atau kitab dan bab ditulis dengan warna merah
• Manakala sanad, matan dan ayat al-Quran ditulis dengan warna hitam
• Tulisan hadis ditulis dengan size yang kecil
• Meletakkan baris pada semua kalimah, hadith-hadith serta ayat-ayat al-Quran

Penyusunan Kitab:

1. Kitab ini di mulakan dengan terjemahan Imam Muslim yang dikarang oleh Imam Nawawi, dalam terjemahan ini memuatkan serba sedikit tentang biodata Imam Muslim samaada dari segi kehidupan dan pendidikan.
2. Kemudian mengulas mengenai Kitab Sahih Muslim secara ringkas dan menguraikan sedikit metodologinya.
3. Disertai juga dengan Mukaddimah, yang didahului dengan basmalah
4. Seterusnya masuk pada kitab pertama hingga kitab terakhir iaitu dimulai dengan kitab Iman berakhir dengan kitab Tafsir
5. Tajuk utama diletakkan pada setiap helaian muka surat yang baru dan ditebalkan dengan tulisan warna merah.
6. Setiap hadith dilengkapi dengan sambungan sanad, matan yang sahih, dan pada penghujung hadis diletakkan ayat-ayat al-Quran bagi menguatkan hadith tersebut.
7. Berdasarkan pada metodologi yang digunakan dalam kitab Sahih Muslim ini, beliau menyebut kalimah Haddasani dan Haddasana sebelum dinyatakan sanad dan matan hadith tersebut.
8. Meletakkan bilangan hadith pada setiap tajuk dan disertakan juga nombor hadith yang tidak berulang bertujuan memudahkan para pengkaji dan pembaca membuat rujukan pada kitab syarah Sahih Muslim dan dapat mengetahui bilangan hadith yang terdapat pada setiap tajuk dengan mudahnya.
Gaya bahasa:
 Bahasa yang sederhana, boleh difahami dan diterjemahkan sesuai dengan proses pembelajaran.memuatkan hadith-hadith yang mudah diingati dan fahami .

2. Metodologi Khusus

• Sahih Muslim adalah hasil kajian dan pengumpulan hadis yang dibuat oleh Imam Muslim daripada jumlah asalnya sebanyak 30,000 buah hadith yang dikumpul selama 15 tahun
• Imam Muslim menetapkan syarat dan menggunakan metodologi tertentu dalam mengumpul dan menulis hadis dalam Kitab Sahihnya, iaitu :

1. Tidak meriwayatkan hadis kecuali dari perawi yang adil, kuat hafalannya, jujur, amanah, tidak pelupa. la juga meriwayatkan dari perawi yang memiliki sifat-sifat lebih rendah dari sifat tersebut di atas.
2. Hadith yang diriwayatkan mesti bersambung sanad dari awal hingga akhir.
3. Hadith itu mestilah disandarkan kepada Rasulullah s.a.w

BILANGAN HADITH DALAM KITAB MUSLIM

• Bilangan hadis tidak berulang yang dimuatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim adalah 4,000 .Manakala Jumlah kesemua hadith yang disebut secara berulang adalah sebanyak 12,000 hadith.
Imam Muslim pernah berkata : saya susunkan Musnad al-Sahih ini dari 300 ribu hadith yang didengari.
• Pendapat Ulama’ lain mengenai bilangan hadith dalam sahih Muslim antaranya :

• Hafiz al-‘Iraqi berkata ; dengan mengambil kira hadith-hadith yang berulang, jumlah hadithnya lebih banyak dari yang terdapat dalam kitab Bukhari kerana turuq yang pelbagai. Katanya bilangannya 12 ribu hadith dan 4000 hadith tanpa mengira hadith berulang.
• Winsink : pernah menyenaraikan di awal bukunya Miftah kunuz al-Sunnah hadith-hadith utama dari setiap tajuk utama yang terdapat dalam Sahih Muslim telah menyebut yang jumlah hadithnya adalah 5781 hadith.

KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SAHIH MUSLIM
Kedudukan ;

1. Sahih Muslim adalah salah satu daripada kedua kitab yang masyur dikalangan umat islam selepas kitab suci Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Kitab ini mengandungi hadith-hadith sahih sahaja
2. Kitab Sahih Muslim dikumpulkan di dalam 54 tajuk yang dikenali dengan kitab yang merangkumi bidang :
a) Muamalat
b) Jihad
c) Zikir
d) Fada’il al-Amal
e) Ibadah


Keistimewaan Sahih Muslim;

1. Tidak ada sebarang penambahan atau kritikan dan pengurangan terhadap kitab sahih itu pada zaman beliau dan juga selepas kematiannya sehingga sekarang
2. Jumhur ulama bersetuju dan bersepakat mengiktiraf kedudukan kitab Sahih Muslim
Sebagai kitab Kedua selapas Sahih Bukhari.
3. Sahih Muslim juga dianggap istimewa kerana mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Metodologinya berbeza dengan metodologi Imam Bukhari, di mana beliau mengumpulkan matan-matan yang berbeza di dalam satu riwayat disatu tempat tanpa dipecahkan kepada beberapa bab.
b) Tidak banyak hadith-hadith yang berulang dan akan cuba mengelakkannya jika boleh.
c) Penjelasannya tidak terputus-putus , tetapi mengikut langkah-langkah teratur di dalam judul-judul yangt tertentu.


KITAB – KITAB SYARAH MUSLIM

1. SAHIH MUSLIM BI SYARH AL-NAWAWI
- (Al-Imam Muhyiddin Abi Zakaria Ibn Syaraf al-Nawawi )
-Tahun cetakan : 1990 Masehi
- Bilangan Jilid : 18 jilid
• Metodologi Kitab
 Kitab ini bermula dengan basmalah kemudian hadith berserta syarahannya
 Pada setiap juzuk pengarang meletakkan isi kandungan
 Kitab ini juga mempunyai satu buku khusus bagi indeks
 Indeks ini meliputi : tajuk, kitab dan bab, hadith-hadith qawliyyah mengikut abjad, nama-nama perawi daripada kalangan sahabat dan penerangan hadith-hadith setiap daripada mereka.
 Terdapat juga indeks-indeks khusus seperi ayat al-Quran dan sebagainya

2. FATH MUN’IN SYARAH SAHIH MUSLIM
- Profpesor Dr. Musa Syahin Lasyin
-Tahun Cetakan : 2002 M bersamaan 1423H
-Juzuk : 10 juzuk

• Metodologi kitab
 Pada permulaan buku ini dimulai dengan muqaddimah
 Berikutnya kitab ini menyenaraikan kandungan bagi kitab
 Kemudian dimulakan dengan bab hadith syarahnya yang disebut dengan makna umum, perbahasan arab dan kefahaman hadith.

3.IKMAL-IKMAL AL-MUALLIM SYARAH SAHIH MUSLIM
- al-Imam Muhammad bin Khalifah al-Wasytani
- Tahun Cetakan : 1994 M bersamaan 1415H
- Bil Juzuk :9 Juzuk
4. AL- SIRAJ AL-WAHHAJ FI KASYH MATALIB IBN AL-HAJJAJ
- Abi al-Tayyib Muhammad Siddiq khan bin Hasan bin Ali
- Tahun cetakan : 2004 M

5. AL-MUFHIM LIMA ASYKALA MIN TALKHIS KITAB MUSLIM
- Al-Imam al-Hafiz Abi Abbas Ahmad bin Imran bin Ibrahim al-Qurtubi
- Tahun cetak : 1996 M bersamaan 1417 H

8. PENUTUP
Secara kesimpulannya, Kitab Sahih Muslim adalah salah sebuah dari dua kitab yang sahih selepas al-Quran dan as-Sunnah yang mengandungi hadith-hadith yang sanadnya bersambung dan disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Di samping itu juga, kitab ini mengandungi intipati yang berkaitan dengan kehidupan social umat Islam. Oleh itu, amatlah sesuai dijadikan panduan dan rujukan dalam kehidupan seharian untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Jadi secara keseluruhannya, kitab Sahih Imam Muslim amatlah sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mengenali, mengetahui serta mempelajari hadith-hadith yang sahih. Semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini dapat memberi manfaat kepada kita untuk mengkaji hadith dan mempelajarinya dengan lebih mendalam.



9. RUJUKAN
Al-Imam Abi Hussain Muslim bin Hajjaj Qusyairy. 2001. Sahih Muslim.
Beirut Lebanon: Dar al-Kotob al-Ilmiyah
CD Hadith. Mausuah al-Hadith as-Syarif al-Kutub at-Tis’ah.
Anisah Zainal Abidin. 2006. Pemikiran Islam Semasa. Bangi: Jabatan Usuluddin dan
Falsafah
Rusli Abdul Roni. 2003. Tesis Pemikiran Syeikh Muhammad al-Ghazali al-Saqa
(1917-1996) dalam Beberapa Permasalahan Fiqh Islam. Bangi: Fakulti Pengajian
Islam UKM
http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Muslim 18/7/2009
http://www.scribd.com/doc/3272315/BIODATA-IMAM-MUSLIM-alahkam-net-Si- http://www.scribd.com/doc/8009413/Kenali-TokohTokoh-Hadith:19/7/2009
http://mohdfikri.com/blog/20/7/2009

KLIK UNTUK BERSEDEQAH